Active Topics

Deko deko

Borak Berkaitan Apa-Apa Hobi Dan Minat

Moderators: Paktam, faizridwan

Post Reply
User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Deko deko

Post by nananazeri » Fri Dec 28, 2018 9:20 pm

Image


Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri
Nn🙈💜

aiman33
Ahli Forum
Koperal
Koperal
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 2
Posts: 151
Joined: Tue Dec 25, 2018 8:08 pm
Mood:
Has thanked: 2 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by aiman33 » Fri Dec 28, 2018 9:49 pm

nananazeri wrote:
Fri Dec 28, 2018 9:20 pm
Image


Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri
Hebat juga nya kepakaran mereka ya... cantik dan elegant😎😎

Iskandar
Ahli Forum
Koperal
Koperal
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 197
Joined: Tue Dec 25, 2018 6:36 pm
Has thanked: 9 times

Re: Deko deko

Post by Iskandar » Fri Dec 28, 2018 10:49 pm

nananazeri wrote:
Fri Dec 28, 2018 9:20 pm
Image


Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri
Cantiknyer

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by nananazeri » Sun Dec 30, 2018 1:16 pm

Image






Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.
Nn🙈💜

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by nananazeri » Sun Dec 30, 2018 1:20 pm

Image





Pilih Perabot Bersaiz Kecil (Minimalis).
Senarai tips dekorasi ruang tamu rumah anda seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak.

Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.
Nn🙈💜

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 10
Posts: 833
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by Ikasnow » Sun Dec 30, 2018 1:20 pm

Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.

Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.

Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.

Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!

SEBELUM










SELEPAS











Komen anda
Lakukan 5 Perkara Penting Ini Sebelum Masuk Ke Rumah Baru » « Madu Asli Tidak Dihurung Semut, 8 Fakta Kurang Tepat Untuk Kenalpasti Madu Asli Dan Tiruan
Categories:
Interior
Tags: dekoimpianainteriormemanjangruang tamuteres
Amalina :

Comments are closed.

Related Post
Deko Bajet Hasil ‘Wow’
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi…

RM 200 Guna Barang Kedai Bajet Untuk Dapur Cantik
Setiap orang inginkan kediaman cantik. Tak kiralah bajet banyak mahupun sikit, paling tidak pepatah "RUMAH…

HIASAN RINGKAS SCANDINAVIA CETUS KETENANGAN
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi…

IMPIANA
All Rights ReservedTop | View Non-AMP Version
💚iqa💚

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by nananazeri » Sun Dec 30, 2018 1:22 pm

Image






Susunan Perabot.

Cuba susun set sofa atau kerusi di tengah-tengah, berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa.

Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.
Nn🙈💜

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by nananazeri » Sun Dec 30, 2018 1:24 pm

Image






Gantung Hiasan Dinding.
Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk dekorasi ruang tamu rumah anda dengan memberikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas.

Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, penggunaan kaligrafi contohnya, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.
Nn🙈💜

Matasepet
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 9
Posts: 1365
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by Matasepet » Sun Dec 30, 2018 1:46 pm

Assalamualaikum. Sekarang memang malas nak fikir tajuk. Jadi post kali ini adalah rangkuman projek diy terkini dekat rumah iaitu meja palet untuk taman, taman mini berkolam ikan telah mati 2x dan bbq party sepantas kilat. Ceritanya adalah selepas ini.

Sekarang memang tengah panas pilihanraya kan. Saya dari sebelum, sedang dan selepas tak delah ambil port sangat. Sebab saya rasa kau sokonglah mana-mana pun, kau juga yang kena membanting tulang bekerja setiap hari. Kau jugalah yang perlu ubah nasib diri dan keluarga. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk negara kita. Kita pun dah tak berapa lama lagi nak hidup. Harapnya generasi anak-anak kita nanti semuanya baik, tak ada korupsi, negara pun makmur. Islam tak pernah dilupa. Anak-anak dah besar letih juga nak menjawab persoalan aku undi parti apa -_-“, apa beza Umno, Pas, Amanah dan lain-lain. Oh my! Okeh as I am really bad at politics let s move to the topic todayyy.

Diy meja palet

Okey selalu berangan adalah meja taman besi warna putih kat luar. Survey sana sini SSF Home Deco bagai. Tapi Papa cakap since kitorang ada stok kayu palet jenis pine untuk photobooth dulu, dia rasa dia nak buat meja. Saya macam urm – rasaa???

For your info dak Papa ni dia sangat bizi. I memang ragui bukan kebolehan dia cuma masa dia tu. Papa ni memang pernah cat seluruh rumah kitorang dalam dan luar (dengan adik dia), buat wiring masa renovate rumah (pun dengan abang dia) dan sentiasa melayan apa-apa jua projek merapu yang aku dapat ilham seperti buai kayu dll. Talent saya seperti biasa adalah memberi cetusan idea, lepas tu dia yang akan terover excited plan nak buat itu ini (yang aku satu hape bende tak paham bab teknikal ni) pas tu tetiba benda tu siap. Kiranya dia ni suka mendengar idea lah lalu akan dikembangkan idea ittew menjadi realiti.

Tapi plan dekat 2 minggu jugak dengar nak buat-nak buat tapi tahu dia sibuk gila so saya rasa meja ni mungkin akan siap tahun depan. Lepas tu di satu petang yang damai…

tetiba dia bawak balik meja palet ni dengan 4 bangku. Bangku tu memang saya dah ada cuma 2 dah spray putih guna untuk party dulu. Saya macam urm pandai pulak dia ni buat meja. Mula-mula dulu ingat nanti mesti tak lawa hahah matik lah kalau Papa baca. Dia kata dia cuba aje buat jadi pulak. Kalau siapa yang biasa baca blog ni tahulah Papa ni dia agak teliti nak ukur tu betul-betul precise you. Takde macam aku ni ha malas-malas nak ambik pembaris bagai. Ketidaktelitian? Never exist in dak Papa’s life. Kenkadang rasa terharu gak mesti dia teliti masa nak pilih aku dulu kan wakakak –> menyedapkan hati -_-”

Oh yang atas meja ni orang sekarang panggil succulents? I bajet adalah tumbuhan kekaktusan (tanpa daun) dalam pot kecil. Ica teringin so bagitau Papa dia juga yang pergi belikan. Bekas tin tu memang ada dah lama beli di Kaison cuma tin tu dilubangkan di bahagian bawah dia (guna drill gun), tanah hitam pun ada projek tanam herba dekat dapur (read: daun bawang) hari tu. So benda-benda ni pokok, batu, cendawan, candy stick tu semua ada jual kat kedai pokok. Saya suka plan benda-benda gini kalau cuti panjang so budak-budak akan excited gila. Belakang tu Aiman punya. Si Amira (sepupu) pun dah dapat riang ria bawak balik 1 tin. Pendek kata siapkan duit ajelah untuk benda-benda macam ni sekarang dah banyak pilihan. Tapi budak-budak suka. Pokok sila bertahan jangan mati cepat ok.

Mini garden revisited

Walaupun rupa kolam ni tak berapa nak semenggah tapi saya share jugak lah. Bab luar rumah biasa Papa yang kemas. Kolam ni tak tahu kenapa dah lama terbengkalai macam tu aje mungkin sebab Papa tu yang sibuk gila. Kolam tu ada, pam tu sentiasa on, tapi ikan tak ada. Ada 1 malam tu saya terjaga pukul 3 pagi sekarang dah macam mak aku kat kampung sibuk slowkan kipas dengan tutup aircond bilik orang malam-malam  Lepas tu masa renung kat luar tengok kolam ni suram aje macam eh nampak sangat aku tak pergi area sideyard ni?? (opposite of backyard)

Esoknya bagitau Papa kenapa kita bayar bil tapi kolam takde ikan bla3x. Terus dia mengambil langkah proaktif kata nak ambik grass carpet lama saya nak tampal, lampu photobooth saya nak hias, cendawan 2 ketul tu saya jumpa dekat stor. Bermulalah kerja-kerja penampalan rumput palsu itu guna gam beli kat kedai hardware. Dia ukur, lepas tu gunting, lepas tu tampal. Kolam tu memang sedia ada. Cuma lantai tu ditampal grass carpet yang beli meter. Saya beli 1 meter dekat kedai supply barang pengantin dalam RM110 dulu. Cukuplah untuk cover area ni. Nampak juga kesan-kesan gunting tu tapi overall I okey aje asalkan kau tak suruh aku buat haha.
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Kapten
Kapten
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 1366
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Deko deko

Post by nananazeri » Sun Dec 30, 2018 2:19 pm

Image



CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN

Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.

Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.
Nn🙈💜

Post Reply

Return to “Hobi”