Active Topics

PANDANG KE HADAPAN

Perbincangan Umum Berkaitan Perniagaan

Moderators: sallehB, Aziantermizi

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 13
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: PANDANG KE HADAPAN

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 5:09 pm

KITA STEADY BRO.

"Macam mana aku nak selesaikan masalah hutang aku ni"

"Peritnya tak ada duit ni"

"Awek ajak kahwin bulan depan duit ada 5 helai je, warna hijau pulak tu"

"Sampai bila aku nak macam ni, rutin yang sama hari hari"

"Aduh bulan ni last aku kerja, bos nak resize company & kurangkan overhead"

"Esok budak-budak nak gaji, susu dengan pampers anak aku pun tak beli lagi ni"

"Alamak roadtax pulak mati"

"Bini ajak beli barang anak banyak dah habis"

"Dapur dah berminggu tak berasap yang oii"

"Natang, mesin basuh rosak pulok"

"Aduh tayar dah botak, tak perasan sebab makan dalam (mostly yang pakai kereta conti taulah musibat tayar belakang makan dalam ni)"

"Alamak duit dalam akaun tinggal RM80 mana nak cari duit ni"

"Apalah bisnes yang boleh buat dalam ekonomi sekarang"

"Nak sembahyang malas tapi kang aku tak sembahyang Allah sempitkan pintu rezeki"

"Aduh kereta dah due masuk 3 bulan"

"Kasut sekolah anak dah koyak pulak, berkebun ke apa budak ni"

"Anak minta belanja kat kolej/asrama"

Don't worry, the struggle is real and most people facing it. Kan?

Kita bro, lelaki ni dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana akalnya panjang. Otaknya ligat berpusing, tapi jangan ligat ke tempat lain pulak.

Walau matanya keranjang, walau tangan gatal add perempuan memanjang tapi sentiasa berfikir apa yang terbaik untuk keluarga. Ibu ayah, anak isteri.

Hidup ini seni, yang harus dijalani sewarasnya.

Hisap rokok dah berpuluh tahun, dalam tangan ada RM20.00, pampers Pet Pet saiz kecil RM19.00, kat rumah pampers anak tinggal 4 keping, rokok dah habis, Marlboro Soft pack RM17.00 sekotak, mana yang dipilih?

Tough decision bro macam main Who Wants To Be A Millionaire tau. End up bawak balik pampers, balik korek syiling mana yang ada untuk beli rokok.

Steady, kita lelaki kalis ekonomi, kalis dugaan, kalis mental down walau esok tak tau nak makan nasi atau tembakau.

Jangan risau, Allah tahu kau tengah usaha. Allah tahu kau penat. Allah tahu peritnya kau berperang dengan hati dan perasaan sendiri.

Allah tahu tangisan kau dalam diam, dalam sujud, dalam kereta, atas motor seorang diri.

Allah tahu.

Allah tahu.

Allah tahu.
.
.
.

Cukup ke belanja orang tua dikampung? Macam mana kesihatan diorang? Makan ke adik m-adik aku kat sekolah?

Apa jalan aku nak bantu ekonomi adik beradik, kaum keluarga. Tak teringin ke orang rumah aku ni dengan cincin, gelang permata?

Ingat bro, pasangan kita sudah ditentukan begitu juga rezeki. 50 ribu tahun sebelum Allah jadikan Syurga, bumi dan segala yang di awangan.

Andai kita sedar dan istiqamah, terasa yakin melalui apa saja yang disediakan olehNya. Walau susah harus diharungi, hubungan suami isteri, anak dan ibu bapa adalah kunci kebangkitan.

Wahai isteri bidadari hati, hargai, hormati suami, dan jangan ingkari. In shaa Allah dijanji senang duniawi, Syurga itu pasti.

Ciumlah tangan suami, singgahkanlah ciuman dipipi agar kasih sayang dikekalkan Ilahi serta beban dan tanggungjawab suami dapat dikurangi.

Semoga kita sama sama mendapat Sakinah (ketenteraman), Mawaddah (kasih sayang) dan Warahmah (rahmat).

Steady bro, kita steady.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 13
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: PANDANG KE HADAPAN

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 5:10 pm

Dalam perniagaan tak ada konsep sailang atau curi rezeki.

Allah dah tetapkan rezeki, fokus apa yang kau tengah buat.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 13
Posts: 4396
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: PANDANG KE HADAPAN

Post by zylajasmine » Sat Feb 16, 2019 7:20 pm

KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?🍜🍛🍰🎂
Tips mudah :

1. Re-New branding. Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik - anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.

2. Systematic - Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik.

3. Kualiti dan kuantiti - Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.

4. Promosi - Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita!

5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..

Kredit viral oh viral
@PeriukKitaResepiKita
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Perbincangan (Umum)”