Active Topics

Jus Sihat

Perbincangan Dan Soal Jawap Tentang Pencegahan Penyakit

Moderator: faziaspec

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4400
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Jus Sihat

Post by zylajasmine » Sun Feb 10, 2019 12:08 pm

Jus Kunyit:Kecutkan Rahim

Bahan: 

2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
1/2 ketul lengkuas
1/2 ketul temukunci
Garam
1 liter air putih

Cara:

Kisar semua bahan sehingga hancur.Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.

Khasiat: Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan kerana ia bisa membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.

http://T.me/PetuaDanKesihatan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4400
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Jus Sihat

Post by zylajasmine » Sun Feb 10, 2019 12:08 pm

Jus Halia:Buang Angin

Bahan:

2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh asli
Gula perang secukup rasa
Air putih

Cara:

Rendah uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.

Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.

http://T.me/PetuaDanKesihatan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4400
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Jus Sihat

Post by zylajasmine » Sun Feb 10, 2019 12:09 pm

Jus Kurma:Memberi Tenaga

Bahan:

5 biji kurma pilihan
Segelas susu segar
1 sudu besar madu

Cara:

Kisar semua bahan ini sehingga campuran kurma hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah* .Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan kala perut sedang kosong. *sebelum sarapan* .

Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.

http://T.me/PetuaDanKesihatan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4400
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Jus Sihat

Post by zylajasmine » Sun Feb 10, 2019 12:09 pm

Jus Delima:Kurangkan Kolestrol

Bahan:

1/2 sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:

kacau semua bahan ini di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.

Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kondisi kulit supaya lebih berseri dan cerah.

http://T.me/PetuaDanKesihatan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
napisah
Global Moderator
Global Moderator
Sarjan
Sarjan
Negeri Kedah, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 276
Joined: Wed Nov 21, 2018 11:35 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Been thanked: 12 times
Gender:

PINGAT

Re: Jus Sihat

Post by napisah » Sat May 11, 2019 3:28 pm

Gantikan minuman terlebih gula tiruan dengan minuman sihat yang sedap
Ramai juga yang terlalu ketagih dengan teh tarik, sirap limau dan kopi-o-ais. Jadi, bagaimana kita dapat menggantikan minuman ini dengan minuman lain? Memperkenalkan enam resipi minuman sihat dan menyegarkan untuk memastikan diet anda kekal sihat.

Senarai minuman sihat kami juga termasuk soda, air seduhan, jus unik dan tonik suam untuk membuatkan anda kekal segar sepanjang tahun. Hal yang paling menarik adalah semua minuman ini bebas gula diproses dan tidak mengandungi warna atau perasa tiruan.

Di samping itu, beberapa minuman yang kami sediakan adalah sangat cantik dan sesuai untuk dihidangkan ketika jamuan atau pesta. Jika anda mahu minuman anda lebih manis, tambah sedikit madu asli.

Mari kita lihat senarai minuman sihat kami sediakan untuk anda!

Soda pandan & lemon

Adakah anda tahu bahawa pandan, bahan yang biasa digunakan dalam sajian tempatan, mempunyai manfaat kesihatan yang banyak? Pandan dapat mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, mengurangkan stress dan satu ejen nyah-detoks yang hebat. Gabungan pandan dan soda mungkin sedikit aneh bagi yang tidak biasa mencuba gabungan bahan ini, tetapi minuman sihat ini sebenarnya sangat sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan
13g (1 sudu besar) jus pandan
13g (1 sudu besar) jus lemon
160ml air soda (1/2 tin)
ais
Hidangan untuk 1 gelas minuman



Cara-cara
Campur jus lemon dan pandan di dalam satu gelas. Kacau.
Isi gelas dengan separuh ais.
Masukkan air soda.
Untuk markah tambahan, hidangkan dengan satu hiris lemon dan daun pandan, khususnya untuk jamuan.


Tip tambahan
Masukkan 1 hingga 2 sudu teh madu untuk maniskan minuman ini, jika perlu.
Jus pandan dan lemon segar boleh disimpan dalam peti ais selama 2 hingga 3 hari, jadi jangan risau jika anda ada jus lebih.

Post Reply

Return to “Pencegahan Penyakit”