Active Topics

Nasihat-Nasihat Kehidupan

Tazkirah Umum Dalam Hal Ehwal Hukum Hakam Islam

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:12 am

Betapa ruginya Iblis yang telah menggoda seseorang bertahun-tahun sehingga terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, namun di akhir hayat orang tersebut bertaubat kepada Allah. Usaha Iblis selama ini akhirnya sia-sia.

Maka perbanyaklah taubat dan istighfar, jangan menunda-nunda untuk bertaubat, kerana kita tidak tahu bilakah akhir hayat kita?

Iblis sangat ingin kita meninggal dalam keadaan belum sempat bertaubat...

Diantara godaannya adalah agar kita menunda-nunda taubat sehingga kita dikejutkan dengan kematian yang datang tiba-tiba.

Sumber 👇
@quotephotovideo
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:13 am

Aku temukan kebaikan itu ada dalam empat perkara :

1. Berusaha mencintai Allah dengan melakukan hal-hal yang Sunnah.

2. Sabar atas ketentuan hukum Allah

3. Redha dengan takdir Allah Azza Wa Jalla.

4. Malu kerana selalu dilihat Allah سبحانه وتعالی

[Sayyidina Uthman bin Affan رضى الله عنه]

Sumber 👇
@quotephotovideo 🦋🦋🦋
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:15 am

TIGA AMALAN DENGAN PAHALA TANPA BATAS

Untuk tiga amalan dibawah ini Allah azza wa jalla tidak menetapkan kadar pahala yang tetap bagi pelakunya.

Demikian itu kerana ketiganya merupakan amalan yang agung disisi Allah azza wa jalla.

1. MEMAAFKAN
Allah berfirman:

“Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya berada diatas (tanggungan) Allah.” (asy-Syura: 40)

2. BERSABAR
Allah berfirman:

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS Az Zumar : 10)

3. PUASA
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Muslim no. 1151)

Semoga kita semua mampu untuk mengamalkan tiga amalan di atas.

Sumber 👇
@quotephotovideo 🐬🐬🐬
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:15 am

ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG JUJUR DAN IKHLAS

Assyaikh Abdul Aziz Ibnu Baz Rahimahullah .

Barang siapa yang jujur terhadap Allah, dan Ikhlas kerana Allah,

Nescaya Allah akan memberikan hidayah Taufik kepadanya,

Menolong nya,

Memberikan barakah pada kesungguhannya,

Memberikan hidayah terhadap umat melaluinya,

Dan Allah akan menjadikan untuknya buah tutur kata yang baik di alam semesta ini disebabkan kejujuran dan keikhlasannya.

Majmu' fatawa 24/27

Sumber 👇
@quotephotovideo 🦋🦋🦋
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:17 am

Image
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:23 am

Image
Dunia adalah alam kesibukkan, akhirat adalah alam ketakutan.
Seseorang akan berada di antara kesibukkan dan ketakutan sampai ditentukan tempat kembalinya ke syurga atau nereka.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:49 am

Image

🍃Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Kalau fail bab solat, maka amalan-amalan lain pun akan tertolak. Tatkala orang-orang bertaqwa sedang berusaha memperbaiki kekhusyukan solat mereka, dan melengkapkan solat-solat sunat, masih ada umat Islam yang langsung tak berasa bersalah, tak rasa berdosa apabila meninggalkan solat dengan sengaja.

👍Generasi muda terutamanya, generasi yang kuat dan dikurniakan oleh Allah tubuh badan sihat untuk beribadat, tapi masih ramai yang buat sambil lewa sahaja bab solat.

🍃Semata-mata sebab nak tengok wayang, sanggup melewat-lewatkan solat, bersolat ala kadar, dan lebih teruk, ada yang sanggup tak solat terus! Bagi mereka, tiket wayang berharga RM12 itu jauh lebih berharga daripada pahala solat, dan jauh lebih merugikan jika tak ditonton berbanding dicampakkan ke dalam neraka.

🍃Semata-mata tak nak usik, tak nak kacau make up di hari persandingan, atau apa-apa event lain, sanggup tak solat, atas alasan kalau ambil wuduk nanti terpaksa make up semula daripada awal, dan itu akan memakan masa yang lama. Pendek kata, malas. Ada juga yang berwuduk ala kadar, tak sempurna wuduk mereka apabila air tak sampai ke anggota wuduk, sebab kaedah wuduknya yang takut-takut menyebabkan make up tertanggal. Wahai sahabat, make up lah setebal manapun, ia takkan dapat melindungi kulit daripada bakaran api neraka!

🍃Semata-mata sebab susah nak berwuduk, susah nak pakai kain sembahyang, susah nak cari tempat solat, malu nak solat kat tempat yang ramai orang tengok semasa sedang travel ke luar negara, maka sanggup ditinggalkannya solat fardu. Bagi mereka, pandangan manusia sekeliling jauh lebih perlu diutamakan berbanding pandangan Allah. Walhal bukannya manusia yang mampu menyelamatkan kita daripada api neraka.

🍃Dan semata-mata sebab mengantuk sangat, malas bangun dari katil, malas beralih dari selimut, sanggup ditinggalkan solat Subuh, dengan alasan nanti boleh qada. Wahai sahabat, kalian tetap berdosa sebab tinggalkan solat dengan sengaja, dan wajib bertaubat atas dosa itu. Dosa itu takkan hilang hanya dengan qada solat. Dosa itu hanya akan hilang apabila kalian bertaubat.

🍃Duhai, jagalah solat seperti kalian menjaga nyawa kalian. Tiada guna hidup seribu tahun jika solat dibuat sambil lewa, ditinggal dan diabai begitu sahaja tanpa sekelumit pun rasa bersalah dan berdosa.

🍃Baca al-Quran, surah al-Muddaththir ayat 42 dan 43 berulang-ulang kali setiap kali rasa nak skip solat fardu.

Sumber 👇
tarbiahkartun
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 11:53 am

Image

🍃Musim2 kenduri, eloklah kita ambil iktibar. Baca kelohan caterer kenduri kawin.

🍃Saya minta maaf betul-betul maaf.
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.

🍃Bila hadir di suatu majlis . Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu.
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya.
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.

🍃Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki.
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin takda makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.

🍃Ambil kuih sepinggan. Takhabis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.

🍃Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup. Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah. Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu... kita pun sedih.

🍃Siang malam kita mintak doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?

Sumber👇
tarbiahkartun
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 94
Posts: 4101
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 76 times
Gender:

PINGAT

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by zylajasmine » Mon Nov 26, 2018 5:36 pm

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..

🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..

🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..
💝💝💝💝💝💝💝
💖💖💖💖💖💖💖

#Mrs_Leftenan
#Mysterious_N

@lawakstudents
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 65
Posts: 894
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 4 times
Gender:

Re: Nasihat-Nasihat Kehidupan

Post by Ikasnow » Mon Nov 26, 2018 9:21 pm

zylajasmine wrote:
Mon Nov 26, 2018 11:15 am
TIGA AMALAN DENGAN PAHALA TANPA BATAS

Untuk tiga amalan dibawah ini Allah azza wa jalla tidak menetapkan kadar pahala yang tetap bagi pelakunya.

Demikian itu kerana ketiganya merupakan amalan yang agung disisi Allah azza wa jalla.

1. MEMAAFKAN
Allah berfirman:

“Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya berada diatas (tanggungan) Allah.” (asy-Syura: 40)

2. BERSABAR
Allah berfirman:

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS Az Zumar : 10)

3. PUASA
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Muslim no. 1151)

Semoga kita semua mampu untuk mengamalkan tiga amalan di atas.

Sumber 👇
@quotephotovideo 🐬🐬🐬

Insyaallah , sy akan amalkan pekara ini di atas 😊
💚iqa💚

Post Reply

Return to “Tazkirah Umum”