Active Topics

Keluarga Bahagia

Tazkirah Umum Dalam Hal Ehwal Hukum Hakam Islam

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 4:00 pm

LELAKI MUSLIM.

Majoriti Lelaki Muslim seperti kami di zaman ini lupa Sunnah untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Kami lupa Sunnah solat 2 rakaat sebelum Fajar.

Kami juga lupa Tahajjud adalah Sunnah.

Sehingga ada antara kami yang beranggapan 2 khutbah sebelum Solat Jumaat itu sekadar Sunnah dengan berlengah untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Kami terlupa bahkan ada di antara kami tak pernah tahu, Sunnah untuk segera menemui isteri apabila kami tergoda di luar.

Kami lupa Sunnah untuk menyejukkan kemarahan dan bebelan isteri ialah dengan pelukkan dalam kemesraan, bukannya dengan baran hingga naik kaki dan tangan.

Kami turut lupa bahawa menjadi Sunnah untuk kami mandi bersama isteri.

Wahai isteri, kami lupa untuk bantu meringankan beban kerja-kerja isteri di rumah kerana itu juga adalah Sunnah.

Satu-satunya Sunnah yang kami ingat hanyalah, lelaki Muslim boleh menikah sampai 4 orang isteri.

Dan kami sendiri tidak faham bagaimana untuk berlaku adil disaat kami terlupa untuk mengadili diri sendiri.

Dengan kami meletakkan nafsu ditempat pertama dan logik akal bersama alasan, ianya untuk mengelak dari maksiat.

Bantulah mengingati kami wahai isteri, jika kami sebagai suami terlupa dan terleka.

In shaa Allah.



www.rekamotion.my
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 3547
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by Paktam » Thu Dec 27, 2018 4:06 pm

zylajasmine wrote:
Thu Dec 27, 2018 4:00 pm
LELAKI MUSLIM.

Majoriti Lelaki Muslim seperti kami di zaman ini lupa Sunnah untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Kami lupa Sunnah solat 2 rakaat sebelum Fajar.

Kami juga lupa Tahajjud adalah Sunnah.

Sehingga ada antara kami yang beranggapan 2 khutbah sebelum Solat Jumaat itu sekadar Sunnah dengan berlengah untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Kami terlupa bahkan ada di antara kami tak pernah tahu, Sunnah untuk segera menemui isteri apabila kami tergoda di luar.

Kami lupa Sunnah untuk menyejukkan kemarahan dan bebelan isteri ialah dengan pelukkan dalam kemesraan, bukannya dengan baran hingga naik kaki dan tangan.

Kami turut lupa bahawa menjadi Sunnah untuk kami mandi bersama isteri.

Wahai isteri, kami lupa untuk bantu meringankan beban kerja-kerja isteri di rumah kerana itu juga adalah Sunnah.

Satu-satunya Sunnah yang kami ingat hanyalah, lelaki Muslim boleh menikah sampai 4 orang isteri.

Dan kami sendiri tidak faham bagaimana untuk berlaku adil disaat kami terlupa untuk mengadili diri sendiri.

Dengan kami meletakkan nafsu ditempat pertama dan logik akal bersama alasan, ianya untuk mengelak dari maksiat.

Bantulah mengingati kami wahai isteri, jika kami sebagai suami terlupa dan terleka.

In shaa Allah.



www.rekamotion.my
Terima kasih kerana bagi ilmu tntang keluarga bahagia
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 3547
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by Paktam » Thu Dec 27, 2018 4:09 pm

Ciri ciri keluarga bahagia #1: Sembahyang bersama

Sembahyang adalah tiang agama. Terjaga sembahyang kita, maka terjagalah perilaku kita.

Iklan

Bila kita sentiasa ingat Tuhan (dengan bersembahyang), kita akan takut untuk melakukan perkara yang dilarang agama. Selain itu, bagaimana sembahyang bersama boleh membahagiakan keluarga?

Sembahyang bersama pasangan dan anak-anak (sumber imej, shutterstock.com)

Jadikan waktu sembahyang sebagai waktu bersama keluarga. Sembahyang berjemaah bersama-sama pasangan serta anak-anak dan gunakan waktu ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga.

Itulah ciri ciri keluarga bahagia yang paling utama!
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 3547
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by Paktam » Thu Dec 27, 2018 4:10 pm

Keluarga lebih bahagia jika anda mengamalkan 5 perkara ini

Keluarga lebih bahagia jika anda mengamalkan 5 perkara ini

Aqma

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Iklan

5 ciri ciri keluarga bahagia

Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata menginginkan keluarga yang bahagia. Sebab itu kita sanggup berusaha untuk mengetahui apakah ciri ciri keluarga bahagia.

Ini agar kita sendiri mampu berusaha untuk membina keluarga bahagia terbabit.

Keluarga bahagia bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata.

Keluarga terjalin daripada ikatan kasih sayang yang suci dan anak-anak adalah amanah dari Tuhan.

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu kita harus faham tentang ciri ciri keluarga bahagia sebelum membina keluarga kita sendiri.

Imej menunjukan contoh asas pembinaan rumah (sumber imej,

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan asas dan ciri ciri keluarga bahagia ini? Sebenarnya, ciri ciri keluarga bahagia ini hanyalah perkara yang tampak kecil dalam kehidupan harian kita namun, impak jangka masa panjangnya sungguh besar.

Jom kita baca, apa 5 perkara kecil yang boleh menjadi ciri ciri keluarga bahagia seperti di bawah:

Ciri ciri keluarga bahagia #1: Sembahyang bersama

Sembahyang adalah tiang agama. Terjaga sembahyang kita, maka terjagalah perilaku kita.

Iklan

Bila kita sentiasa ingat Tuhan (dengan bersembahyang), kita akan takut untuk melakukan perkara yang dilarang agama. Selain itu, bagaimana sembahyang bersama boleh membahagiakan keluarga?

Sembahyang bersama pasangan dan anak-anak (sumber imej, shutterstock.com)

Jadikan waktu sembahyang sebagai waktu bersama keluarga. Sembahyang berjemaah bersama-sama pasangan serta anak-anak dan gunakan waktu ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga.

Itulah ciri ciri keluarga bahagia yang paling utama!

Iklan

Ciri ciri keluarga bahagia #2: Sentiasa ingati sifat baik

Jika kita sentiasa mengingati perkara yang baik tentang ahli keluarga kita, kita akan lebih memahami jika salah seorang ahli keluarga mengalami masalah dan menjadi negatif.

Ini akan membuatkan kita lebih prihatin dengan kelakuan ahli keluarga kita.

Prihatin amat penting dalam hubungan kekeluargaan bagi mengukuhkan lagi kasih sayang antara keluarga. 

Jadi, kalau anda ingin membina keluarga bahagia, jangan lupa ciri ciri keluarga bahagia yang satu ini, ya!
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 4:34 pm

INGATAN BUAT ISTERI.

Saat kau dah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suami kau semasa dia sedang tidur.

Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan kau namun tetap terus berusaha mencintai kau sedalam-dalamnya.

Sesekali masa suami pulang dari kerja atau dari tempat usahanya, pandang wajah dia dan cium tangannya.

Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk memberi nafkah buat diri kau dan anak-anak.

Sedangkan, sebelum akad nikah dia tak punya hutang budi terhadap kau. Bahkan dia mempunyai hutang budi sampai mati kepada ibu dan bapanya.

Dia memilih kau sebelum sempat membalas seluruh hutang budi kedua orang tuanya.

Sesekali saat kau berdua dengannya, lihatlah suami kau itu, pandanglah wajahnya dengan penuh sayang.

Itulah peribadi yang boleh menutupi masalah-masalahnya diluar rumah, agar kau tak turut sedih kerananya.

Dia berusaha menyelesaikan masalahnya sendiri agar kau tidak ikut terbeban.

Sementara kau selalu mengadukan masalah kau kepadanya, berharap dia akan mengerti dan memberi penyelesaian.

Padahal saat itu masalahnya jauh lebih besar daripada masalah kau, namun kau tetap yang diutamakannya.

Semoga Allah jadikan keluarga kita semua sebagai keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.



www.rekamotion.my
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 4:36 pm

DICABUTNYA RASA KASIH DAN SAYANG.

Sebagai ibu bapa, seharusnya kita tahu dan belajar ilmu tentang tanggungjawab. Bila kita tak ada ilmu tentang tanggungjawab maka itulah antara sebab-sebab terjadinya penceraian.

Jangan kita jadi manusia yang sekadar pandai buat anak atau sekadar pasangan yang pandai melafazkan akad nikah, sekadar bijak DIY Wedding termurah semata tapi dari sudut rohani dan pengisian rumahtangga kita sebenarnya kosong.

Jangan sekadar asal halal atau acah-acah ‘Relationship Goals’ memanjang.

Bila dah ada atau akan ada anak esok, kita wajib untuk tahu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai orang tua untuk menjaga, memberikan nafkah dan sayangkan anak-anak.

Walaupun kita dah bercerai dengan pasangan, tanggungjawab dan status kita pada anak tidak akan pernah berubah walau sekecil zarah sekalipun.

Yang bercerai itu adalah kita dan pasangan, yang terputus hubungan itu hanyalah antara kita suami isteri, bukannya antara kita ibu bapa dengan anak-anak.

Masa nak kahwin dulu kenapa boleh je kita duduk semeja untuk buat perancangan, mana nak hantar gubah hantaran, mana nak cari dewan, mana nak cari katering dan baju pengantin, kan?

Kenapa bila dah bercerai kita tak boleh duduk berbincang berdua demi anak-anak untuk buat perancangan masa depan mereka?

Sebenarnya dalam kebanyakkan kes, logikanya pihak isteri tak ada masalah untuk berbincang tetapi kebanyakkan kes pihak lelakilah yang bermasalah nak buang ego untuk berbincang.

Bila dah bermasalah maka makin berkuranganlah lelaki berkualiti untuk menjadi suami dan bapa. Mengikut statistik dari sumber berkenaan, di Malaysia ini (2017) sebenarnya kaum lelaki lebih ramai dari kaum wanita.

Belum tolak lagi lelaki yang songsang sesama lelaki, itupun belum bahagi lagi dengan lelaki yang ‘convert’ jadi perempuan umpama Myvi convert Passo, Lancer GT convert Evo X.

Sumber :

https://www.bharian.com.my/rencana/muka ... hai-lelaki

Ini ada bapa yang sampai 6-7 tahun tak pernah jenguk anak, bekas isteri sampai kena bergolok gadai untuk bayar kos naik turun mahkamah semata-mata sebab nak ikat bekas suami supaya tak lari dari tanggungjawab dan melunaskan nafkah.

Bak kata pepatah, udang sama udang takkan sama anak sendiri, orang lain tetap orang lain, takkan sama dengan anak sendiri sekalipun duduk dengan atuk dengan nenek atau makcik pakcik mereka sendiri.

Dahlah kita yang jantan ni tak rasa macam mana penatnya mengandung, tak rasa sakitnya dikoyakkan doktor untuk bersalin, tambah lagi kita bangsa yang tak paham bahasa tak reti-reti nak menolong isteri buat kerja rumah dan bangun malam buat susu.

Apa yang kita nak takut kononnya isteri baru atau keluarga tak suka?

Takut kewangan kita terjejas nak menanggung lebih dari 2 keluarga yakni anak-anak hasil cinta lama dengan bekas isteri?

Inilah sebab utama kenapa anak-anak menjadi mangsa bila orang tua bercerai. Anak-anak umpama belon yang terputus talinya dan terlepas tanpa hala tuju baik dari segi kewangan, pelajaran, masa depan dan yang paling penting dari sudut moral serta ilmu agama mereka.

Berapa ramai lagi kita nak tengok anak-anak yang tertekan hasil dari ‘broken family’ terus terjerumus dengan masalah?

Kita kena sedar, keupayaan kanak-kanak dalam mengadapi implikasi dari perceraian ni berbeza mengikut peringkat umur.

Kanak-kanak dalam usia enam hingga sembilan tahun ni sangat terkesan dengan tekanan dan kepedihan. Emosi mereka amat sukar digambarkan kerana mereka sudah memahami apa yang sedang berlaku.

Tapi, mereka masih terlalu muda untuk memahami atau mengawal. Anak-anak kita pun tak tahu macam mana untuk menunjukkan reaksi terbaik terhadap kedukaan yang dialami.

Kesan dari keadaan itu akan mengakibatkan anak-anak mengalami :

* Kemurungan.

* Kurang berkeyakinan.

* Rasa malu yang sukar ditafsirkan.

* Rasa marah yang begitu mencengkam jiwa.

* Mental tercalar dan perasaan berbelah bagi terhadap kesetiaan samada nak ikut ibu atau bapa.

* Mudah terasa atau mereka mengandaikan bahawa mereka dibenci atau disisih oleh kedua orang tua yang meninggalkan mereka.

* Kanak-kanak ini hidup dengan berharap iaitu mengharap agar ibu dan ayah mereka bersatu kembali.

Belum lagi kesan dari permusuhan ibu bapa selepas bercerai. Esok kalau anak-anak berdendam, anak-anak dah keras hati jangan kita baru nak terbeliak mata.

Masa bercinta bukan main lagi kita mengayat isteri janji langit bumi dan bintang. Masa baru bergelar ayah, bersungguh azan di telinga anak.

Lelaki janganlah bertindak dayus, tujuan untuk berbincang dengan pihak bekas isteri adalah supaya anak-anak boleh terima penceraian kita.

“Wahai ibu wahai bapa, ketahuilah bahawa setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua orang tuanya yang menjadikannya samada sebagai Yahudi, Nashrani atau pun Majusi.”

Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah.

Ingatlah, jikalau kita telah melepaskan tanggungjawab sebagai orang tua selepas kita bercerai, membiarkan anak-anak tanpa menjenguk mereka atau mengenali kita sedari kecil, sebenarnya Allah sudah pun menarik perasaan kasih sayang dari hati kita.

Nauzubillah min zalik.

“Apakah engkau menciumi mereka (anak-anak), (sedangkan) kami tidak pernah berbuat demikian (kepada anak-anak kami).”

Maka Rasulullah SAW pun bersabda ;

“Apakah engkau tidak takut nanti Allah akan mencabut perasaan kasih dan sayang dari hatimu?”

(Hadis riwayat al-Bukhari daripada Aisyah r.a.)



www.rekamotion.my
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
napisah
Global Moderator
Global Moderator
Sarjan
Sarjan
Negeri Kedah, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 279
Joined: Wed Nov 21, 2018 11:35 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Been thanked: 12 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by napisah » Thu Dec 27, 2018 11:04 pm

Cara Membina Keluarga Bahagia
Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keluarga bahagia.

1. Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Anak adalah tanggungjawab besar yang diamanahkan. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada mereka kerana mereka yang paling kerap berada dengan kita. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut juga akan dapat keharmonian dalam keluarga. Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Tue Jan 22, 2019 2:07 pm

Sy kongsikan dr tok kadi kwsn sy post 😏

*SYURGA ANAK, DIBAWAH TELAPAK KAKI IBUNYA, SYURGA IBU ITU PADA SUAMINYA..TETAPI, SYURGA SUAMI ITU DIMANA LETAKNYA????*

Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yg sangat2 memberkas di hati..tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz...Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yg ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan utk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu ^_^ ❤

#berattanggungan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Wed Jan 23, 2019 10:20 am

REZEKI MELIMPAH RUAH BERPUNCA DARI HATI.
.
Manusia yang mati hatinya ialah manusia yang tidak gembira melihat kegembiraan orang lain.
.
Manusia yang mati hatinya ialah juga manusia yang sentiasa berasa jelek dan menyampah serta tidak dapat merasakan keikhlasan dengan kebaikan yang dibuat orang lain.
.
Jika kita tergolong dalam kalangan di atas, maka jelas lah mengapa rezeki kita semakin hari semakin sempit, semakin bocor, bocor dan terus bocor.

Kerana HATI yang bersih, hati yang tenang dan stabil itu lah segala punca rezeki kita yang melimpah ruah.

@Dakwah_Itu_Cinta 🌹
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Keluarga Bahagia

Post by zylajasmine » Wed Jan 23, 2019 10:38 am

🌺ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA🌺

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka." (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat ini Allah SWT menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, diantaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam hal yang ma’ruf (hal baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.



1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada Allah SWT).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

@Dakwah_Itu_Cinta 🌹
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Tazkirah Umum”