Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Sat Nov 24, 2018 4:01 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gigit Sunnah Rasulullah SAW Dengan Gigi Geraham

حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha' ia berkata; aku mendengar 'Irbadl bin Sariyah berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat." (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW meninggalkan wasiat untuk kita laksanakan:

1. Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habasyi.

2. Sepeninggalan Rasulullah SAW, akan berlaku banyak perselisihan yang dahsyat. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh (menggigit dengan gigi geraham) sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Mengigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap berbanding mengigit dengan gigi kacip yang boleh terlepas.

3. Berpegang teguh dengan sunnah yang dimaksudkan ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Juga mengikuti jalan hidup khulafa ar-Rashidin.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ

“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (Atsar R. Abu Daud No. 2970)

4. Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji. Bid’ah yang dikeji mengikut Ibnu Hajar al-Asqalani adalah menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak dan ia adalah amalan yang dikeji oleh syarak.

#SemarakCintaRasul#
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


24hb November 2018
16hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 46
Posts: 3870
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Sat Nov 24, 2018 9:33 pm

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata; Rasulullah SAW pernah memegang sebahagian daripada tubuhku seraya bersabda: "Wahai Abdullah, jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara, dan persiapkanlah dirimu sebagai calon penghuni kubur." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 2333, Ibn Majah, No: 4114, Ahmad, No: 4865)


Matan Hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِبَعْضِ جَسَدِي فَقَالَ: يَا عَبْدَ اللَّهِ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَعُدَّ نَفْسَكَ فِي أَهْلِ القُبُورِ

]التخريج: جامع الترمذي , أبواب الزهد , باب ما جاء في قصر الأمل , حديث رقم 2333 , عن عبد الله بن عمر بن الخطاب[


Pengajaran Hadith :

Allah SWT bersifat Ar-Rahman (Maha Pengasih). Maha Pengasihnya Allah SWT menyeluruh kepada semua hamba-Nya di atas dunia ini. Manakala di akhirat kelak Allah SWT bersifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), hanya akan memberikan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dengan balasan syurga.
Dunia adalah tempat persinggahan dalam perjalanan menuju akhirat. Ianya bersifat sementara dan terlalu singkat sehingga kesempatan dan peluang yang ada tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Ketika sihat sebelum datangnya sakit dan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk, perlu direbut untuk melakukan amal ibadah serta ketaatan sebelum datangnya ajal.
Akhirat pula adalah tempat pembalasan atas setiap amal yang dilakukan di dunia. Oleh itu, lakukanlah persiapan dengan sebaik-baiknya. Bagi mendapatkan kebaikan dalam beramal, seseorang itu hendaklah menganggap diri seperti orang yang sudah mati, tiada lagi cinta kepada dunia bahkan cinta dan rindunya hanya untuk kembali ke akhirat, negeri asalnya ya
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Nov 27, 2018 4:11 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Seksaan Neraka

عَنْ سَمُرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ النَّارُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى حُجْزَتِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى عُنُقِهِ

Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda: “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.” (HR Muslim No: 5079) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut amalan yang dilakukan oleh golongan pendosa dan kufur.

2. Terdapat penghuni neraka yang dibakar api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.

3. Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatan jahat dan maksiat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT.

4. Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#


27hb November 2018
19hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Nov 27, 2018 4:21 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Azab Api Neraka Yang Paling Ringan

عَنْ نُّعْمَانَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ

Daripada an-Nu’man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang lain yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)”. (HR Bukhari No: 6076) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Umat Islam disuruh supaya takut dengan seksaan Allah SWT yang amat mengerikan pada hari kiamat.

2. Gambaran seksaan di neraka bertujuan agar kita sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

3. Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

4. Ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) hingga mendidihkan otaknya.

Berusahalah menjauhi siksaan api neraka walaupun siksaan yang paling ringan dengan menjauhi perbuatan mungkar dan melaksanakan kewajipan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#


26hb November 2018
18hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Aziantermizi
Senior Moderator
Senior Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 103
Joined: Wed Nov 21, 2018 11:30 am
Location: Ipoh
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Aziantermizi » Wed Nov 28, 2018 10:25 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Larangan Memburukkan Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755)



Pengajaran:

1. Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.

2. Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

3. Nasib diri kita adalah mengikut apa yang difikirkan oleh akal kita. Jika akal kita berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.

4. Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.

5. Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukanlah semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.

6. Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.

7. Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan tidak menjadikan orang lain sebagai pelarian (escapist) dengan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah untuk menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Thu Nov 29, 2018 10:59 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Jadi Hamba Wang Ringgit

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2. Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3. Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4. Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


29hb November 2018
20hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 46
Posts: 3870
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Fri Nov 30, 2018 11:58 am

Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:
1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 46
Posts: 3870
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 19 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Fri Nov 30, 2018 11:59 am

Nursahirah74 wrote:
Fri Nov 30, 2018 11:58 am
Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:
1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat
Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan
Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

selamat mengamalkan pada hari khamis dan jumaat ye.... ia sangat di galakkan 😊
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Sat Dec 01, 2018 2:19 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menangis Kerana Allah SWT

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” (HR Bukhari No 474) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Banyak menangis kerana ingat kepada Allah SWT adalah digalakkan bagi setiap orang Islam.

2. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam supaya ingat-mengingati antara satu sama lain untuk hidup sebagai hamba yang diredhai Allah SWT.

3. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa mendengar cerita-cerita yang boleh menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


30hb November 2018
22hb Rabiul Awal 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 54
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Mon Dec 03, 2018 11:35 am

Assalamualaikum....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah." Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali." (HR Bukhari No: 798) Status: Hadis Sahih
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Hadith”