Active Topics

Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Wed Feb 06, 2019 2:16 am

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
1 hari 1 hadis.

Jangan Makan Dalam Keadaan Bersandar.
Diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, Rasulullah SAW bersabda : "Saya tidak makan sambil bersandar."

(HR At Tirmidzi,Bukhari,Abu Dawud,Ibnu Majah,Ahmad dan Baihaqi)

Hadis dipetik daripada buku Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam karangan Rusydi Ramli Al Jauhari (2012).

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Wed Feb 06, 2019 2:18 am

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
1 hari 1 hadis.

Tentang Minyak Wangi.
Diriwayatkan oleh Abu Uthman Al Nahdi, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila salah seorang dari kamu diberikan minyak wangi maka dia tidak boleh ditolak kerana sesuatu yang wangi itu dari syurga."

(HR At Tirmidzi)

Hadis dipetik daripada buku Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam karangan Rusydi Ramli Al Jauhari (2012).

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 4400
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by zylajasmine » Mon Feb 25, 2019 9:36 am

مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِنٌ

"Siapa yang merasa bahagia dengan ibadah yang dia kerjakan, dan merasa sedih karena maksiat yang dia lakukan, maka itulah mukmin." (HR. Ahmad, 115; at-Tirmidzi, 2318)
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Sat Mar 30, 2019 5:39 pm

zylajasmine wrote:
Mon Feb 25, 2019 9:36 am
مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِنٌ

"Siapa yang merasa bahagia dengan ibadah yang dia kerjakan, dan merasa sedih karena maksiat yang dia lakukan, maka itulah mukmin." (HR. Ahmad, 115; at-Tirmidzi, 2318)

Kalau dua2 tak dapat rasa mcam mna 🤔🤔
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Thu May 09, 2019 6:52 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Amal Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

a. Sedekah yang pernah di buat semasa hidup sama ada berbentuk harta wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b. Ilmu bermanfaat yang disampaikan sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup. Termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan lain-lain. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

Semoga segala amal yang kita lakukan semasa hidup akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia. Antaranya kerjaya seorang guru.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:33 am

Bukti Beriman Kepada Allah dan Hari Akhirat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata baik atau diam." (Sahih Bukhari No: 5787) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman.

2. Menyambung tali persaudaraan dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

3. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur dan bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).

4. Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan fitnah, lebih baik kita berdiam diri. Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan tali persaudaraan sesama muslim.

Ambillah peluang untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga melalui kunjung-mengunjung sesama kita khususnya di bulan Syawal ini. Jadikanlah tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:35 am

Muslim Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Sahih Bukhari No: 12) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim yang paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain sama ada yang dikenali atau tidak.

2. Mengucapkan salam kepada orang Islam yang lain sama ada kita kenal atau tidak termasuk dalam kategori Muslim yang paling baik.

3. JANGAN hanya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja!

Jadilah kita muslim paling baik dengan sering menjadi pemberi kepada orang lain sama ada dalam bentuk makanan mahupun ucapan salam tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak. Lebih-lebih lagi di bulan Syawal ini.
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 218
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Hadis sahih akhir zaman dan lain2

Post by Nursahirah74 » Thu Aug 15, 2019 11:49 am

Pelihara Silaturahim Kerabat

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ

Daripada Aisyah RA isteri Nabi SAW, daripada Nabi SAW bersabda: "Ar-Rahim (silaturahim) adalah syijnah (daun pohon yang rendang) barang siapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barang siapa memutuskannya maka akupun akan memutuskannya." (Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menjaga hubungan silaturahim antara sesama kerabat (yang ada hubungan nasab) adalah kewajipan setiap orang Muslim.

2. Orang yang menjaga hubungan kekerabatan, Allah akan sentiasa menyambung dan menghubungkannya dengan Allah.

3. Orang yang tidak memelihara hubungan silaturahim, Allah juga akan memutuskan hubungannya dengan Allah

Rasulullah SAW menjelaskan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang yang memutus (silaturahim)." (Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4. Orang yang memutuskan silaturahim, tidak akan masuk syurga. Menjaga hubungan silaturahim adalah wajib pada setiap orang.

5. Orang yang menghubungkan silaturahim akan dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Marilah kita menjaga hubungan silaturahim dengan saudara-mara kita. Ambil kesempatan pada bulan Syawal ini untuk berziarah, dan menjadikannya pengikat dan pengerat hubungan sesama kerabat
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Hadith”