Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sun Apr 28, 2019 11:36 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Pergi dan Pulang Dari Masjid

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ رَجُلًا أَبْعَدَ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ قَالَ فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ قَالَ مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ

Dari Ubay bin Kaab katanya; Ada seorang lelaki yang setahuku tidak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tidak pernah ketinggalan dari solat. Kemudian ada orang berkata padanya atau aku sendiri (Ubay) yang berkata padanya: "Bagaimana sekiranya kamu membeli keldai untuk kamu naiki ketika gelap atau ketika panas terik? Lelaki itu menjawab; "Aku tidak ingin rumahku berdekatan masjid, sebab aku ingin langkahku ke masjid dan langkahku ketika pulang ke rumah semua dicatat." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mencatat untukmu seluruhnya." (HR Muslim No: 1065) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW sanggup berjalan kaki menuju ke masjid dengan tidak pernah ketinggalan solat berjemaah walaupun jarak rumahnya dengan masjid paling jauh berbanding dengan sahabat lain.

2. Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW yang suka agar rumahnya berjauhan daripada masjid kerana ingin pahala yang banyak disebabkan banyaknya langkahan.

3. Imam Nawawi dalam Syarah Muslim 2/130 menyatakan: Allah mengurniakan ganjaran yang sama langkahan pulang ke rumah seperti ganjaran langkahan orang tersebut menuju ke masjid (termasuklah dengan menaiki kenderaan).

Jika langkahan menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu mendapat ganjaran dengan langkahan pertama diangkat kedudukan disisi Allah dan langkahan seterusnya di beri keampunan daripada dosanya, begitu juga langkahan pulang kerumah juga mendapat ganjaran yang sama.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

18hb April 2019
12hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sun Apr 28, 2019 11:37 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rumah Jauh Dari Masjid Banyak Pahala

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتْ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ فَقَالَ يَا بَنِي سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ

Dari Jabir bin Abdullah katanya; "Di sekitar masjid ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salamah berhasrat untuk pindah berdekatan masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah SAW, baginda bersabda; "Telah sampai berita kepadaku bahawa kalian ingin pindah berdekatan masjid." Mereka menjawab; "Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu." Baginda lalu bersabda: "Wahai Bani Salamah, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat." (HR Muslim No: 1068) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Melaksanakan solat fardu berjemaah di masjid bagi lelaki adalah suatu yang dituntut bagi setiap Muslim sebagai tanda pengimarahan masjid.

2. Semakin jauh rumah daripada masjid bererti semakin besar pengorbanan yang dilakukan oleh orang beriman menuju ke masjid serta semakin banyak pahala diperolehi.

3. Rasulullah SAW melarang sahabat yang telah memiliki rumah jauh daripada masjid untuk berpindah ke kawasan yang berdekatan masjid. Yang pastinya, dia tetap datang ke masjid untuk solat berjemaah.

4. Rasulullah SAW mengulang dua kali menunjukkan penegasan mengingatkan Bani Salamah agar tidak berpindah dan menyebutkan bahawa setiap langkahannya akan dicatat sebagai ganjaran (dapat meninggikan darjat dan menghapuskan dosa).

Beruntunglah orang yang tetap ke masjid untuk solat fardu berjemaah walaupun rumahnya jauh daripada masjid.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

19hb April 2019
13hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sun Apr 28, 2019 11:38 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2. Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

3. Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Dari 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4. Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5. Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

20hb April 2019
14hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sun Apr 28, 2019 11:39 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidak Tergesa-gesa Menuju Ke Masjid

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ جَلَبَةَ رِجَالٍ فَلَمَّا صَلَّى قَالَ مَا شَأْنُكُمْ قَالُوا اسْتَعْجَلْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قَالَ فَلَا تَفْعَلُوا إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلَاةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

Dari Abdullah bin Abu Qatadah dari bapanya ia berkata, "Ketika kami solat bersama Nabi SAW, baginda mendengar suara kecoh orang-orang. Maka setelah selesai, baginda bertanya: Apa yang terjadi pada kalian?” Mereka menjawab, “Kami tergesa-gesa menuju solat.” Rasulullah menegur mereka, “Janganlah kalian lakukan hal itu. Apabila kalian mendatangi solat maka hendaklah berjalan dengan tenang, dan rakaat yang kalian dapatkan solatlah dan rakaat yang terlewat sempurnakanlah" (HR Bukhari No: 599) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Adab mengunjungi masjid untuk solat berjamaah:

a. Orang yang menuju ke masjid untuk solat berjemaah, dia sedang mengerjakan ibadah yang agong dihadapan Tuhannya, perlu menghadirkan hatinya, dirinya dengan khusyuk dan tenang.

b. Dituntut tidak tergesa-gesa dan kelam kabut mendatangi masjid untuk solat, sehingga boleh mengganggu orang lain yang sedang solat (contohnya memasuki saf dalam keadaan termengah-mengah). Tenang di sini bukan bermaksud datang masjid dengan lambat hingga terpaksa masbuk.

c. Sebagai makmum yang terlewat, ikutilah imam (tidak mengejar) dan apa yang tertinggal ketika mengikuti imam, maka sempurnakanlah (contohnya tertinggal 1 rakaat, perlu disempurnakan rakaat yang tertinggal apabila imam memberi salam).

d. Diingatkan juga, apabila terlewat sampai ke masjid, teruslah berjemaah bersama imam walaupun hanya sempat mendapat satu rakaat atau hanya sempat bersama imam duduk di tahiyat akhir. Bukan buat jamaah baru atau solat sendirian.

Oleh itu elakkan dari tergesa-gesa dan sengaja lewat untuk ke masjid. Datanglah awal ke masjid agar tidak kelam kabut.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb April 2019
22hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💙FN💛

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 55
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Sun Apr 28, 2019 11:59 pm

feyaa27 wrote:
Sun Apr 28, 2019 11:39 pm

Insya Allah sma2 ambil iktibar sma2
❤️ara 🐼

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 01, 2019 2:40 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Amal Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

a. Sedekah yang pernah di buat semasa hidup sama ada berbentuk harta wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b. Ilmu bermanfaat yang disampaikan sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup. Termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan lain-lain. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

Semoga segala amal yang kita lakukan semasa hidup akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia. Antaranya kerjaya seorang guru.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb April 2019
23hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 01, 2019 2:41 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2. Seorang Muslim yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar, ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb April 2019
24hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1027
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Birthday
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Wed May 01, 2019 2:42 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Dari Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.

2. Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan solleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.

3. Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU" dengan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada orang lain melalui pelbagai relung dan ruang yang ada termasuk media sosial seperti whatsapp, telegram, FB dan sebagainya.

Guru Pembina Negara Rahmah

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

01hb Mei 2019
25hb Syaaban 1440H
💙FN💛

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 55
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Sat May 04, 2019 6:12 pm

feyaa27 wrote:
Wed May 01, 2019 2:42 pm

Subhanaallah ...😊 Hebat sekali
❤️ara 🐼

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 55
Posts: 4002
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Thu May 09, 2019 6:50 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Masuk Syurga

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صل الله عليه و سلم فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتَ وَصُمْتُ رَمَضَانَ وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَالَ: نَعَمْ

Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!. (HR Muslim, no. 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada orang yangcarif tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.

2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah SWT.

3. Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat terhadap syurga diperlihatkan pada kesungguhan mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana dengan bertanya kepada Rasulullah SAW melalui amal soleh yang boleh dilakukan.

4. Apabila seorang mukmin menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna (tanpa cacat), menghalalkan perkara yang halal (mengambilnya) dan mengharamkan perkara yang haram (meninggalkan), dia akan masuk syurga dengan kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain.
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Hadith”