Active Topics

1 Hari 1 Hadis

Pengatahuan Tentang Hadith

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 49
Posts: 3886
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Nursahirah74 » Wed Feb 27, 2019 6:03 pm

feyaa27 wrote:
Wed Feb 27, 2019 5:03 pm
❤ 1 HARI 1 HADIS ❤

Miliki Sifat Santun dan Malu

حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا

Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab: "Sejak lama." Saya berkata, "Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya." (HR Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:

a. Al-Hilm – santun (tidak mudah marah)
b. Malu

2. Ibnu Allan: Malu adalah sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.

3. Antara bentuk malu:

a. Malu melakukan kejahatan
b. Malu kerana merasa lemah
c. Malu kepada diri sendiri

4. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:

اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ

Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)

Marilah kita miliki sifat hilm (santun/tidak mudah marah) dan malu yang dicintai Allah.

#1Hari1Hadis



kenapa penting sifat malu dalam setiap umat islam 🤔🤔🤔 @feyya27
❤️ara 🐼

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 61
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Ikasnow » Sat Mar 02, 2019 3:13 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Istiqamah Jaga Lidah

عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا

Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang menjadi soleh juga kufur.

2. Semua anggota tubuh manusia akan tunduk dan mengikuti amalan lidahnya.

3. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, maka seluruh anggota seseorang itu akan mengikuti amal ketaatan hingga ia selamat di sisi Allah.

4. Lisan yang tidak dijaga malah menjadi kebiasaan mengumpat dan memfitnah, maka seluruh anggota lain akan mengikuti perbuatan itu berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

5. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf/50:18]

Ayuh jaga lidah dan istiqamah dengan amal baik agar anggota lain juga menjadi baik.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

26hb Februari 2019
21hb Jamadil Akhir 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💚iqa💚

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sat Mar 02, 2019 3:16 pm

❤ 1 HARI 1 HADIS ❤

Dua Sebab Doa Tidak Makbul

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

Dari Jabir RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau memutuskan hubungan kekerabatan." (HR Tirmizi No: 3303) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berdoa dituntut kepada setiap Muslim

2. Allah memperkenan doa apa yang dipohon oleh seseorang atau dengan cara menolak keburukan darinya dengan syarat:

a. Tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa
b. Tidak memutuskan hubungan silaturahim sesama kerabat

Hindarkanlah diri dari berdoa sesuatu yang dosa. Berusahalah mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dengan saudara mara dan kerabat seperti ibu bapa, datuk nenek, adik beradik juga sepupu dua pupu kita.

#1Hari1Hadis
23hb Jamadil Akhir 1440H
28hb Februari 2019

Sertai Telegram 1Hari1Hadis
http://telegram.me/HD1hari1hadis
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Sat Mar 02, 2019 3:30 pm

❤ 1 HARI 1 HADIS ❤

Mengutamakan Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: (وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ )

Dari Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki (yang susah) datang kepada Nabi SAW lalu baginda memberitahu para isteri baginda (jika ada sesuatu yang boleh diberi). Para isteri baginda berkata; "Kami tidak mempunyai apa-apa selain air". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu mengajak atau menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki Ansar berkata; "Aku". Lelaki Ansar itu pulang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata; "Muliakanlah tamu Rasulullah SAW ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita". Lelaki Ansar itu berkata; "Sediakanlah makanan itu, tidurkanlah anak kita dan matikanlah lampu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan itu lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali. Suami-isteri hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam. Ketika pagi harinya, lelaki Ansar menemui Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah kagum kerana perbuatan kalian berdua". Lalu Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 9 yang artinya: ("Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung").(HR Bukhari No: 3514) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dengan berusaha tidak menghampakan setiap yang datang menemui baginda

2. Melayani tetamu adalah antara tuntutan akhlak terpuji seorang Muslim

3. Memiliki sifat "itsar” (mengutamakan orang lain) melebihi diri sendiri adalah akhlak yang dikagumi dan suatu kemuliaan di sisi Allah

4. Mengutamakan dan memuliakan orang lain adalah satu daripada akhlak terpuji yang perlu diasuh sebagai satu daripada sifat RAHMAH seorang Muslim.

Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat “itsar” agar menjadi orang yang mulia disisi Allah.

#1Hari1Hadis
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Mon Mar 04, 2019 4:51 pm

❤ 1 HARI 1 HADIS ❤

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan)." (HR Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara kebahagiaan seorang ialah apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat.

2. Saling berkasih sayang dituntut dalam menjaga hubungan silaturahim khususnya dengan ahli keluarga seperti kedua ibu bapa, adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu dan lain-lain.

3. Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim:

a. Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b. Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal soleh).

Marilah kita memelihara hubungan silaturahim dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

#1Hari1Hadis
27hb Jamadil Akhir 1440H
4hb Mac 2019

Sertai Telegram 1Hari1Hadis
http://telegram.me/HD1hari1hadis
💙FN💛

User avatar
feyaa27
Ahli Forum
Leftenan
Leftenan
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 88
Posts: 1026
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:28 am
Mood:
Has thanked: 24 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by feyaa27 » Mon Mar 04, 2019 4:53 pm

Image
💙FN💛

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 55
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by zylajasmine » Tue Mar 05, 2019 6:14 am

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rahmah Terhadap Orang Jahil

عن أنس بن مالك بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

Daripada Anas B. Malik RA. Beliau berkata: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW ingin mengertaknya, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah SAW memanggil dan menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan membuat kotor, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran.” Atau sebagaimana sabda Nabi SAW yang sesuai. Setelah itu, Nabi SAW memerintahkan seorang sahabat untuk mengambil satu baldi air dan menyiram keatas kencingnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

2. Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, membaca al-Quran, dan majlis ilmu.

3. Rasulullah SAW menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan mengotorkan masjid, tetapi Rasulullah SAW tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan.

4. Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.

5. Islam mengajar kaedah menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudarat yang lebih besar. Mungkin ia akan terkejut lalu lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula.

6. Kebijaksanaan Rasulullah, dengan tidak diperlakukan orang jahil itu dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Rasulullah berjaya menasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah kepada Badwi tersebut.

7. Kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga.

8. Kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.

Contohilah Rasulullah SAW ketika menghadapi orang yang jahil.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah


04hb Mac 2019
27hb Jamadil Akhir 1440
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 34
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by nananazeri » Mon Mar 25, 2019 12:42 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Orang Sombong Diakhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang yang sombong, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1. Sombong adalah sifat iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2. Jika kita memiliki sifat merasa lebih mulia dan lebih baik dari orang lain, dibimbangi menjadi pewaris sifat sombong iblis.

3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5. Orang yang sombong akan diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Elakkan daripada merasa diri kita lebih baik dari orang lain atau memperlekeh serta merendahkan mereka.


25hb Mac 2019
18hb Rejab 1440H
Nn🙈💜

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 34
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by nananazeri » Mon Mar 25, 2019 12:44 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rapatkan Saf

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya (saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka Allah akan memotongnya” (HR Abu Daud No: 666) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Saf yang sempurna dalam solat berjemaah bukan hanya lurus malah mesti rapat (bahu bertemu bahu).

2. Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut.

3. Jangan biarkan saf renggang atau ada ruang antara Jemaah kerana ia akan dimasuki oleh syaitan (tutup celah-celah dengan merapatkan bahu) kerana syaitan akan merosakkan solat dengan was-was. Memenuhi ruang saf yang kosong adalah termasuk di dalam meluruskan saf.

4. Sesiapa yang menyambung saf bermaksud ia datang pada saf tersebut serta memenuhi ruang kosong yang ada padanya. Adapun yang dimaksudkan dengan Allah menyambungnya adalah Allah SWT akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]

5. Barangsiapa yang memotong saf pula bermaksud sesiapa yang tidak datang ke saf tersebut dan tidak memenuhi ruang yang kosong tersebut nescaya Allah akan memotongnya bermaksud terputus daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]
Nn🙈💜

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 61
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: 1 Hari 1 Hadis

Post by Ikasnow » Mon Mar 25, 2019 12:45 pm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perumpamaan Orang Berilmu

عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

Dari Abu Musa dari Nabi SAW, Baginda bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutusku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ketanah. Diantara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air (subur) sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Dan ada tanah yang keras lalu menahan air (tergenang) sehingga dapat diminum oleh manusia, memberi minum haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Dan ada tanah yang permukaannya yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Perumpamaan itu adalah seperti orang yang belajar agama yang faham dan dapat memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan mengajarkannya. Begitu jugalah perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya". (HR Bukhari No: 77). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam menggesa umatnya menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim lelaki dan wanita.

2. Ilmu sangat penting dalam kehidupan seperti air hujan yang membasahi bumi. Tanpa air kehidupan akan menjadi sukar dan terjejas.

3. Ilmu menjadi alat untuk pembangunan peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara

4. Ilmu pengetahuan perlu disertai dengan petunjuk hidayah Allah. Dengannya manusia akan terdorong melakukan perkara-perkara bermanfaat dan bencikan perkara-perkara yang membawa mudarat.

5. Ada orang yang mudah mendapat ilmu, mengamalkan ilmu serta menggunakan ilmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Orang seperti ini seperti bumi yang subur, menyerap air yang turun dan menumbuhkan tanaman untuk manafaat orang lain.

6. Ada orang yang semasa proses pembelajaran tidak mampu menyerapkan atau menyampaikan ilmu kepada orang lain hanya untuk diri dan ahli keluarganya. Ia tetap bermanfaat dan tidak memudaratkan orang lain.

7. Ada juga golongan orang yang menuntut ilmu tetapi hanya dapat pahala belajar kerana tidak mampu menerima ilmu daripada proses pembelajaran tersebut dan tidak pula mampu untuk menyampaikan kepada orang lain di atas kelemahan dirinya.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb Mac 2019
04hb Rejab 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
💚iqa💚

Post Reply

Return to “Hadith”