Active Topics

RUKUN IMAN

Perbincangan Soal Fardhu A'in

Moderator: yatiyusof

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

RUKUN IMAN

Post by zylajasmine » Sun Nov 25, 2018 5:32 pm

Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 3542
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: RUKUN IMAN

Post by Paktam » Sun Nov 25, 2018 8:05 pm

zylajasmine wrote:
Sun Nov 25, 2018 5:32 pm
Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Kite sentiasa mengikut rukun ni kan
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: RUKUN IMAN

Post by zylajasmine » Sun Nov 25, 2018 8:56 pm

Paktam wrote:
Sun Nov 25, 2018 8:05 pm
zylajasmine wrote:
Sun Nov 25, 2018 5:32 pm
Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Kite sentiasa mengikut rukun ni kan

apa yang awak faham tentang iman?
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: RUKUN IMAN

Post by zylajasmine » Mon Mar 04, 2019 12:41 pm

🌾🌾🌾🌾🌾🕋🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

*AssalaaMualaikum wmt wbrt*

Saudara mukmin sekelian,

Didalam islam diwajibkan kepada orang mukmin supaya benar2 beriman kepada Allah swt, sungguh Allah azawajala yang Maha ghaib dan tidak serupa dgn sesuatu ini yg menjadikan sifatNya untuk mengenali akan diriNya iaitu dzat wajibal Wujud, lalu diperintahkan kepada setiap hamba2Nya wajib beriman kepada Dia yg menciptakan sekelian yg ada ini.

Di adakan Seawalnya akan aturan2 yg telah di tetapkan didalam Agama ( Undang2 - hukum) bagi memudahkan setiap yg beriman kepada nya menjalani kehidupan didunia ini dgn harmoni, Makmor, berdiseplin, saling hormat menghormati antara suku kaum, yg berbilang bangsa dn sentiasa mensyukuri Nikmat kurniaanNya didalam Rahmatan lil'alamiin.
Oleh itu ikutilah setiap aturan dan peraturan, Undang2 ( hukum hukum)
Yang telah ditetapkan oleh Nya dgn taat dan patuh disertakan dgn rasa Harap dan takut hanya kepada Allah swt sahaja kerana Dia Maha adil didalam melaksanakan HUKUM Nya.

Allah SWT berfirman:

سُوْرَةٌ اَنْزَلْنٰهَا وَفَرَضْنٰهَا وَاَ نْزَلْنَا فِيْهَاۤ اٰيٰتٍۢ بَيِّنٰتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
suurotun anzalnaahaa wa farodhnaahaa wa anzalnaa fiihaaa aayaatim bayyinaatil la'allakum tazakkaruun

"Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)."
(QS. An-Nur 24: Ayat 1)



*MENGETAHUI MAKSUD DIDALAM RUKUN IMAN*

Memahami 6 perkara di perintahkan Allah didalam rukun iman, iaitu :
Wajib percaya Kepada Allah
Wajib percaya kepada Rasul2
Wajiib percaya kepada Malaikat2

Wajib percaya kepada kitab2
Wajib percaya kepada hari kiamat
Wajib percaya qada' dan qadar


Justeru itu kitabullah diturunkan bagi memahami setiap perkara yg telah termaktub didalam yg lengkap kerana tidak ada satu pun yg Allah tidak sentuh didalam huum2Nya yang berada al quran itu bagi memudahkan ianya menjadi panduan kaum muslimin.


Allah SWT berfirman:

اَللّٰهُ نَزَّلَ اَحْسَنَ الْحَدِيْثِ كِتٰبًا مُّتَشَا بِهًا مَّثَا نِيَ ۖ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُوْدُ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ۚ ثُمَّ تَلِيْنُ جُلُوْدُهُمْ وَقُلُوْبُهُمْ اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ ۗ ذٰلِكَ هُدَى اللّٰهِ يَهْدِيْ بِهٖ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَمَنْ يُّضْلِلِ اللّٰهُ فَمَا لَهٗ مِنْ هَادٍ
allohu nazzala ahsanal-hadiisi kitaabam mutasyaabiham masaaniya taqsya'irru min-hu juluudullaziina yakhsyauna robbahum, summa taliinu juluuduhum wa quluubuhum ilaa zikrillaah, zaalika hudallohi yahdii bihii may yasyaaa`, wa may yudhlilillaahu fa maa lahuu min haad

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 23)

Sadaqallahul aziim

Bersambung...

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🕋🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 4
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: RUKUN IMAN

Post by zylajasmine » Mon Mar 04, 2019 12:42 pm

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🕋🌾🌾🌾🌾🌾🌾 *SAMBUNGAN*

*MENGETAHUI MAKSUD DIDALAM RUKUN IMAN*

*BERIMAN KEPADA KITAB2*

Allah SWT berfirman:

اَللّٰهُ نَزَّلَ اَحْسَنَ الْحَدِيْثِ كِتٰبًا مُّتَشَا بِهًا مَّثَا نِيَ ۖ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُوْدُ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ۚ ثُمَّ تَلِيْنُ جُلُوْدُهُمْ وَقُلُوْبُهُمْ اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ ۗ ذٰلِكَ هُدَى اللّٰهِ يَهْدِيْ بِهٖ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَمَنْ يُّضْلِلِ اللّٰهُ فَمَا لَهٗ مِنْ هَادٍ
allohu nazzala ahsanal-hadiisi kitaabam mutasyaabiham masaaniya taqsya'irru min-hu juluudullaziina yakhsyauna robbahum, summa taliinu juluuduhum wa quluubuhum ilaa zikrillaah, zaalika hudallohi yahdii bihii may yasyaaa`, wa may yudhlilillaahu fa maa lahuu min haad

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 23)

Apabila kita beriman kepada Allah dan RasulNya maka melalui para Malaikatlah yg melaksanakan setiap perintah Allah untuk menyampaikan apa yg Dia kehendaki ke atas hamba2Nya terutama hamba2 yg beriman dan bertaqwa, taat melakukan amal ibadah kepadaNya kerana orang-orang yg beriman percaya akan adanya hari kiamat dan pada qada dan qadar ( untung baik dan rugi).

Sudah tentu kepada mereka yg beriman dan mengerjakan amal soleh akan di berikan jalan yg mereka kehendaki kerana telah benar imannya dan tiada keraguan di dalam dirinya terhadap al quran dan perkara ghaib


Allah SWT berfirman:

ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ  ۛ  فِيْهِ  ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ ۙ 
zaalikal-kitaabu laa roiba fiih, hudal lil-muttaqiin

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 2)


Allah SWT berfirman:

الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِا لْغَيْبِ وَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ ۙ 
allaziina yu`minuuna bil-ghoibi wa yuqiimuunash-sholaata wa mimmaa rozaqnaahum yunfiquun

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 3)

Lantaran itu Allah swt akan membimbing orang-orang yang beriman kejalan yg di redhaiNya.

Allah SWT berfirman:

لَـقَدْ اَنْزَلْنَاۤ اٰيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ ۗ وَ اللّٰهُ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ اِلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
laqod anzalnaaa aayaatim mubayyinaat, wallohu yahdii may yasyaaa`u ilaa shiroothim mustaqiim

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."
(QS. An-Nur 24: Ayat 46)

Manakala yang masih berdolak dalih dan masih leka dgn duniawi, tdak mahu mengerjakan amal soleh dgn berbagai2 alasan maka sebenarnya mereka telah memilih jalan mereka sendiri.

Allah SWT berfirman:

وَيَقُوْلُوْنَ اٰمَنَّا بِا للّٰهِ وَبِا لرَّسُوْلِ وَاَ طَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلّٰى فَرِيْقٌ مِّنْهُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ ۗ وَمَاۤ اُولٰٓئِكَ بِا لْمُؤْمِنِيْنَ
wa yaquuluuna aamannaa billaahi wa bir-rosuuli wa atho'naa summa yatawallaa fariiqum min-hum mim ba'di zaalik, wa maaa ulaaa`ika bil-mu`miniin

"Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman."
(QS. An-Nur 24: Ayat 47)

Saudara Muslimin dan muslimat sesungguhnya bersegeralah kita kembali kepada membaiki diri dari kekilafan dan istiqomah lah dgn mengerjakan amal soleh agar di waktu penghujung zaman ini telalu banyak fitnah dan kezaliman berleluasa. Satu masa nanti tiada tempat lagi kita bergantungan harap kecuali hanya kepads Allah jua tempat kembali.

Allah SWT berfirman:

وَلِلّٰهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَرْضِ ۚ وَاِ لَى اللّٰهِ الْمَصِيْرُ
wa lillaahi mulkus-samaawaati wal-ardh, wa ilallohil-mashiir

"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk)."
(QS. An-Nur 24: Ayat 42)

Sadaqallahul aziim

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🕋🌾🌾🌾🌾🌾🌾
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Fardhu A'in”