Active Topics

Berita 1 Dunia

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by Nursahirah74 » Fri Jan 18, 2019 7:44 pm

zylajasmine wrote:
Thu Jan 17, 2019 10:04 pm
Jumpa mayat dalam longkang

KLANG - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam longkang bersebelahan sebuah kilang di Jalan Telok Gong, Pandamaran di sini, petang semalam.

Mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemui orang ramai kira-kira pukul 3 petang oleh orang ramai sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tersebut dengan mendapati mayat berkenaan masih berada di dalam longkang berkenaan.

"Siasatan daripada pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang dipanggil ke lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) , Klang untuk dibedah siasat,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul menjelaskan, hasil bedah siasat mendapati mangsa disahkan mengidap penyakit kencing manis, hepatitis C, angin ahmar, Tuberkulosis (tibi) dan tulang mereput dan tiada sebarang unsur jenayah.

"Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya. - K! ONLINE

AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
16 Januari 2019 4:47 PM

Wah info yang menarik 😊😊
❤️ara 🐼

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Berita 1 Dunia

Post by nananazeri » Sat Jan 19, 2019 12:08 pm

Faizrosdi03 wrote:
Wed Jan 16, 2019 10:58 pm
nananazeri wrote:
Wed Jan 16, 2019 12:03 am
Faizrosdi03 wrote:
Tue Jan 15, 2019 11:03 pm


CAkap sikit merajuk gedik 😝😝
Bila masa plk aku merajuk? Dh LA panggil org gedik 😒😒
Ok fine tapi jagan bising pening ni
Pening GI LA tido.. Rehatkan kepala
Nn🙈💜

Faizrosdi03
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Indonesia
Posts in topic: 5
Posts: 1914
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 17 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by Faizrosdi03 » Sat Jan 19, 2019 11:16 pm

nananazeri wrote:
Sat Jan 19, 2019 12:08 pm
Faizrosdi03 wrote:
Wed Jan 16, 2019 10:58 pm
nananazeri wrote:
Wed Jan 16, 2019 12:03 am


Bila masa plk aku merajuk? Dh LA panggil org gedik 😒😒
Ok fine tapi jagan bising pening ni
Pening GI LA tido.. Rehatkan kepala
Ok fine bye enjoy ye😶😏😏😏
Allah 😎😎Faizrosdi cool Muhammad 😎😎

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Jan 24, 2019 1:41 pm

Bayi lahir dari rahim nenek
http://www.astroawani.com/berita-dunia/bayi-lahir-dari-rahim-nenek-196815

Seorang wanita di wilayah Shaanxi, China yang menerima rahim ibunya selepas pemindahan uterus pada November 2015 selamat melahirkan bayi lelaki sihat pada Ahad lalu.

😱😱😱😱
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Jan 24, 2019 1:42 pm

Banjir buruk di Sulawesi Selatan korbankan 21 nyawa
http://www.astroawani.com/berita-dunia/banjir-buruk-di-sulawesi-selatan-korbankan-21-nyawa-196802

Kawasan yang terbabit banjir adalah Kota Makassar dan enam kabupaten iaitu Gowa, Takalar, Jeneponto, Maros, Pangkep, dan Barru.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Jan 24, 2019 3:58 pm

Al-Sultan Abdullah Yang di-Pertuan Agong ke-16
https://www.sinarharian.com.my/article/ ... -16-1.9436

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-raja berkenan melantik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
nananazeri
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 11
Posts: 1606
Joined: Thu Nov 22, 2018 10:33 am
Mood:
Has thanked: 6 times
Been thanked: 6 times
Gender:

Re: Berita 1 Dunia

Post by nananazeri » Mon Mar 25, 2019 12:53 pm

KOTA KINABALU: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.

Beliau berkata, ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.

Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

Terdahulu, Kulasegaran mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Majikan Malaysia cawangan Sabah.

Katanya, ahli persekutuan itu memberitahu majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.

Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh negara mulai 1 Januari lalu.

Kulasegaran berkata, kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.

Ia termasuk Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.
Nn🙈💜

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 3:58 pm

*Suami isteri maut dilanggar lari*

MyMetroMutakhir
Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my

*SUAMI isteri maut, manakala anak mereka parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar lari di Kilometer 99.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Sungai Petani, semalam.*

Dalam kejadian 11.50 malam, Jamaludin Musa, 51, dan isterinya, Rapidah Ahmad@Abdullah, 46, dari Pekan Langgar, Alor Setar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak pasangan itu, Muhammad A’tiqullah, 9, yang parah menerima rawatan zon merah di wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, di Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah, berkata, dalam kejadian itu, motosikal Yamaha 135LC yang dinaiki mangsa dirempuh sebuah lori sebelum kenderaan itu melarikan diri.

“Kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga beranak itu dipercayai secara tiba-tiba mengubah laluan dari lorong susur kiri ke lorong kiri.

“Ekoran itu, lori terbabit gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran sebelum kenderaan itu menggilis suami isteri berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, akibat kemalangan itu, suami isteri terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan badan.

Anak mereka patah pada tangan kanan dan kaki kiri serta cedera pada dalaman kepala.

Beliau berkata, usaha mengesan pemandu lori dan kenderaan itu masih giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 10:26 AM*

#sungaipetani kedah. https://t.co/G8k2fqRP24
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 3:58 pm

LAHAD DATU (4 Sept) - TAHNIAH PASUKAN KHAS ESSCOM dengan kerjasama PDRM Lahad Datu telah berjaya menumpaskan 2 suspek penjenayah bersenjata di perairan Felda Sahabat, tengah malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 malam itu, apabila pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pasukan Khas Esscom bersama PDRM Lahad Datu dan Polis Marin telah berjaya memintas 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan.

Apabila diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan keselamatan. Untuk tujuan mempertahankan diri, pasukan keselamatan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri.

Namun demikian, sebuah bot lagi berjaya melepaskan diri menuju ke arah perairan negara jiran Filipina.

pemeriksan lanjut terhadap bot, menemui 2 suspek mati terkena tembakan, seorang di atas bot dan seorang di jumpai terapung.

Antara barang yang dijumpai bersama suspek adalah sepucuk senjata jenis Garant rifle bersama 2 butir peluru hidup, 1 butir kelongsong peluru.

turut dirampas sebuah bot pam berwarna merah jambu yang telah digunakan oleh suspek dalam insiden berkenaan.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4444
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 4:10 pm

Dua lapangan terbang di Papua gantung operasi penerbangan


Sabtu 31 Ogos 2019


JAYAPURA - Dua lapangan terbang awam di wilayah Papua, Indonesia ditutup sementara susulan tunjuk perasaan yang bertukar ganas sejak minggu lalu.

Agensi kawalan trafik udara kerajaan, AirNav berkata, penutupan sementara itu membabitkan Lapangan Terbang Waghete di Deyai dan Lapangan Terbang Moanemani di Dogiyai.

Jurucakap AirNav, Novy Pantaryanto turut memaklumkan petugas agensi di kedua-dua lapangan terbang terbabit dipindahkan ke Nabire atas faktor keselamatan.

"Kami mengutamakan keselamatan semua kakitangan di Papua. Jadi buat sementara waktu mereka dipindahkan Nabire. Keadaan di situ lebih aman," kata Novy.

Menurutnya, Lapangan Terbang Sentani di ibu negeri, Jayapura yang sebelum ini beroperasi 12 jam sehari ditingkatkan kepada 24 jam bagi melancarkan pengiriman bantuan logistik dan keselamatan tentera dan polis dari luar Papua.

Difahamkan terdapat berbelas lapangan terbang di seluruh Papua dan Papua Barat.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”