Active Topics

Berita 1 Dunia

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 12:19 pm

"Presiden Turki, Tayeb Erdogan mengumumkan pada hari Sabtu, 3 November 2018 yang lalu bahawa semua warga Turki yang berumur 65 tahun ke atas layak mendapat rumah percuma, insurans perubatan percuma, elaun bulanan sebanyak USD300 seumur hidup dan ditawarkan untuk mengerjakan haji secara percuma"
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 12:30 pm

CIMB telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi menerusi CIMBClicks.

CIMB Bank Berhad memberi jaminan bahawa portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, masih selamat dan semua urus niaga pelanggan dilindungi.

Menerusi satu kenyataan media, CIMB memaklumkan telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi menerusi CIMBClicks.

"Selain daripada memastikan sistem kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan aksara kepada 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada sistem CIMBClicks," kata kenyataan itu.

Hujung minggu lalu, media sosial kecoh dengan aduan daripada pelanggan yang mendakwa kehilangan wang selepas akaun CIMBClicks mereka diceroboh.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Thu Dec 27, 2018 12:33 pm

TAKTIK SCAMMER MELALUI KURIER SERVIS
.
Korang semua kalau ada orang hantar barang secara C.O.D tapi korang tak ada langsung buat pesanan ...

Tolong ...Tolong ... Tolong

JANGAN SIGN KERTAS UNTUK TERIMA & cakap terus SAYA TAK NAK TERIMA BARANG INI
.
Benda ni bru je jadi pada ibu & abah Nur.
Tapi alhamdulillah ibu sangat aware dengan perkara berkaitan scammer ni
.
Masa tu ibu Nur tengah jahit tempahan baju orang tiba tiba ada org Gdex hantar barang tapi secara C.O.D (Cash On Delivery) atas nama penuh abah pulak tu
.
Ibu tak terus sign kertas terima barang kemudian ibu terus call abah untuk pastikan barang tersebut...Abah cakap dia tak pernah order apa apa ... Then ibu terus cakap saya tak nak terima barang ni
.
Kalau korang nak tahu abah kak nur ni tak pernah langsung order apa apa barang pakai hp sebab hp dia pon jenis untuk call & meseg biasa je
.
Jadi 1 kepelikan disitu kan betul tak?
.
Lagi 1 korang perhatikan BERAT parcel ni
0.00KG tapi kena bayar RM 149
.
So terang terang ni adalah kegiatan scammer
.
Pesanan Nur kalau terima apa apa barang pastikan itu barang dari seller yang korang beli
.
SHARE post ini @ tag kawan jiran serta keluarga anda supaya berjaga jaga dengan taktik scammer seperti ini
.
Orang nak menipu @ scammer akan buat mcm mcm untuk curi duit kita
.
Nur doakan kamu semua dilindungi dari sebarang anasir anasir jahat
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 8:34 am

Mangsa cedera di muka dan patah beberapa batang gigi
🇲🇾📰✍🏽..........................
Penjaga kaunter pusat urut disamun tiga lelaki

SHAH ALAM - Seorang penjaga kaunter sebuah pusat urut cedera selepas dipukul dan disamun tiga lelaki  bersenjatakan parang dan besi dalam satu kejadian di sebuah premis di Jalan Setia Prima A, Seksyen U13, Setia Alam di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu cedera di muka dan patah beberapa batang gigi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Nek Zaidi Zakaria berkata, perbuatan ketiga-tiga suspek bersenjata parang dan besi itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam premis terbabit.

"Berdasarkan CCTV itu mendapati seorang suspek akan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum dua lagi rakannya menyerbu masuk ke dalam premis tersebut dan bertindak memukul serta menyamun mangsa yang berada di kaunter.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian muka dengan suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit milik mangsa serta wang tunai berjumlah RM200," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian itu tular apabila sebuah video berdurasi satu minit 44 saat dimuat turun dalam sebuah laman sosial Facebook.

Klip video itu telah ditonton hampir 57,000 pengguna media sosial sejak ia ditularkan semalam telah mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen. 
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 8:34 am

SIBU: Pasukan Task Force D4, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sibu berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan dengan bersenjatakan parang, sebuah kedai 24 jam di Jalan Aman di sini semalam. #Sarawak
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 8:34 am

Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi

SEPASANG suami isteri dilapor telah membina tempat ibadat tanpa kebenaran (haram) di belakang bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam selepas mendapat petanda dari mimpi.

Perkara itu diberitahu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

"Pasangan ini memaklumkan mereka membuat tapak sembahyang itu kerana fikir ia sebagai keperluan setelah mendapat 'tanda' melalui mimpi dan mahu membuat tangga untuk kemudahan orang lain termasuk warga emas yang mahu menggunakannya sebagai tempat sembahyang," katanya.

Namun Ahli Parlimen PKR itu dilapor telah segera bertindak menyelesaikan perkara berkenaan sebelum isu tersebut menjadi lebih besar.

Satu pertemuan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM telah dibuat bersama pasangan berkenaan hari ini
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 8:34 am

Sepasang ular sawa batik sedang mengawan ditangkap bomba TLDM
🇲🇾📰✍🏽..........................

LUMUT - Sepasang ular sawa batik sepanjang kira-kira lima meter dengan anggaran berat lebih 100 kilogram setiap seekor berjaya ditangkap sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini tengah hari tadi. 

Kedua-dua ular sawa berkenaan dipercayai sedang mengawan itu ditemui seorang anggota TLDM yang sedang bertugas di kawasan hutan berhampiran kira-kira pada pukul 12 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pegawai atasannya. 

Pegawai TLDM tersebut, Leftenan Komander Meor Fuad Zakaria berkata, pihaknya tidak menyangka haiwan yang disangka kecil itu memerlukan kekuatan 10 anggota bagi menariknya keluar dari semak berkenaan. 

“Kita hanya lihat ekor yang kecil salah satu daripada ular berkenaan. Bagaimanapun, ketika usaha menariknya keluar, beberapa anggota diperlukan untuk mengangkatnya. 

“Operasi mengeluarkan kedua-dua ekor ular berkenaan mengambil masa lebih 30 minit sebelum ia berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Tambah Meor Fuad, ular-ular tersebut kini disimpan sebelum ia akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) esok. 


Anggota Bomba dan Penyelamat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cuba menenangkan ular sawa yang berjaya ditangkap.

Katanya, haiwan tersebut tidak bertindak agresif ketika operasi dijalankan dan pihaknya juga melakukan operasi itu dengan berhati-hati termasuk menyiramnya dengan air. 

“Habitat ular adalah ditempat sejuk dan ia mudah agresif bila panas.  

“Sepanjang empat tahun bertugas, ini pengalaman pertama anggota menangkap ular sawa sebesar ini. Biasanya kita menerima laporan membabitkan ular bersaiz kecil," katanya. 
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 8:38 am

KUALA PILAH - Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini.

Mula dibuka kepada umum sejak dua bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripada batu berkenaan memilik tekstur beralun seperti ombak.



Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Oktober lepas.

Anak jati kampung berkenaan Ramlan Ruspan, 52, berkata pendaki yang ingin melihat keunikan Wave Rock perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang baik.

“Batu ini jumpa dah lama dah tapi baru diviralkan oleh kawan saya Abdul Razak Hashim, 45. Setahu saya setakat ini Wave Rock ini tidak dijumpai lagi di mana-mana kawasan lain di negeri ini sebab batu ini pelik sikit, jalur dia senget. Ketinggian batu ini dianggarkan mencecah 20 meter,” katanya.

Ramlan yang merupakan guru pendidikan jasmani di Sekolah St Aidan, Bahau berkata sebaik sahaja dibuka, beliau dan rakan sekampung yang kerap kali mendaki Bukit Baginda menawarkan diri menjadi juru pandu arah kepada mana-mana kumpulan atau individu yang ingin menjelajah kawasan bukit berkenaan.

“Setakat ini mereka yang telah datang ke sini selepas ia tular adalah daripada Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina. Dalam maklum balas, mereka amat teruja dan memuji kecantikan hutan Bukit Baginda dan juga Wave Rock,” katanya.

Selain Wave Rock, Bukit Baginda juga memiliki empat buah gua yang masih belum diterokai mana-mana pihak setakat ini, kata Ramlan.

“Hanya baru-baru ini sekumpulan pengkaji daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah datang meninjau keadaan gua berkenaan,” katanya sambil menambah kawasan itu yang belum diteroka sepenuhnya perlulah diwarta sebagai kawasan pelancongan dan kawasan aktiviti penyelidikan khasnya penyelidikan dan pembangunan daripada kerajaan negeri.

Para pendaki yang berminat mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

“Permit wajib dibayar pada Sabtu dan Ahad kepada pegawai perhutanan yang berada di situ manakala Isnin hingga Jumaat, bayaran permit boleh dibayar di Pejabat Hutan Kuala Pilah. Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK),” katanya.

Selain Wave Rock yang dianggarkan sebesar kira-kira 40m x 20m ukur lilitnya, daerah ini juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'Batu Hidup' daripada 300 tapak batu megalit di Negeri Sembilan. - Bernama



Kongsi berita ini:
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 89
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita 1 Dunia

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 3:52 pm

Image
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Lebih 20 buah kenderaan tersadai selepas mengalami kerosakan sebaik sahaja mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Serdang dekat sini pagi ini.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ekoran petrol yang diisi ke dalam kenderaan mereka telah tercampur dengan air yang memasuki satu tangki di stesen minyak tersebut.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk ke stesen minyak tersebut selepas kejadian berkenaan tular dalam media sosial.

“Kira-kira empat pegawai penguat kuasa dari pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kajang telah ke tempat kejadian dan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut berlaku sedikit masalah apabila satu tangki yang mengisi petrol dimasuki air.

“Saya dimaklumkan juga pihak stesen minyak sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menjelang pukul 7 petang ini stesen minyak itu boleh beroperasi seperti biasa. Setakat ini kesemua pam minyak telah ditutup dan dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai pengguna terjejas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohd. Roslan, melihat kepada kejadian yang berlaku, pihak stesen wajar untuk menanggung kesemua kerosakan dialami oleh pengguna yang terjejas.

“Di pihak KPDNHEP kami telah mengambil sampel petrol dan akan melihat kejadian ini dari sudut undang-undang yang ada, jika ada pelanggaran undang-undang kami akan kaji dan tindakan sewajarnya akan kami ambil,” katanya. – UTUSAN
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 1631
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Birthday
Gender:

Re: Berita 1 Dunia

Post by Matasepet » Fri Dec 28, 2018 4:02 pm

Denpasar - Kantor Konsulat Republik Rakyat Tiongkok (RRT) di Denpasar turut menjadi sasaran aksi demo terkait kaum muslim Uighur, Minggu (23/12) lalu. Kendati tak separah aksi di Jakarta yang sampai diwarnai pembakaran bendera Tiongkok, namun Konsul Jenderal (Konjen) RRT di Denpasar, Gou Haodong, tetap merasa perlu untuk memberikan penjelasan.

Dia menegaskan bahwa segala isu mengenai kaum muslim Uighur yang memicu kemarahan umat Muslim Tanah Air termasuk di Bali adalah tidak benar.

“Rakyat Indonesia, termasuk saudara-saudari Muslim, punya rasa keadilan yang kuat, hal itu tentu bagus. Di dunia sekarang ini, rasa keadilan justru sangat berharga. Akan tetapi peristiwa yang terjadi sekarang dan di Jakarta pada Jumat lalu, sangat menyedihkan hati saya,” ujarnya saat memberikan keterangan pers di kantornya, Kamis (27/12).

Menurut Gou, Tiongkok merupakan negara multisuku dan multiagama. Hak-hak kebebasan beragama dan kepercayaan warga negara Tiongkok dijamin Undang-undang Dasar. Pemerintah memberikan perlindungan kepada setiap warga negaranya, termasuk Muslim suku Uighur di Xinjiang untuk menjalankan ibadah mereka secara bebas.

Isu-isu tidak menyenangkan seperti Tiongkok merusak masjid, menganiaya kaum Muslim dan melarang kegiatan agama merupakan pemberitaan negatif dari media massa barat. Termasuk mengenai dugaan pelanggaran HAM dan penahanan 2 juta umat muslim Uighur, semua itu tidak benar, tegasnya.

“Anda (Muslim di Indonesia) telah ditipu orang. Rumor yang sangat mengerikan itu adalah kebohongan, adalah perbuatan fitnah, dan malah bukan fakta,” imbuhnya.

Gou menjelaskan di Xinjiang terdapat 10 suku bangsa, 14 juta penduduk yang mayoritas umat Islam, serta 24.400 masjid yang kemungkinan lebih banyak bila dibandingkan jumlah masjid per kapita di Indonesia.

Umat Islam di Xinjiang bahkan bisa membaca Kitab Alquran dalam 4 bahasa termasuk bahasa Uighur.

"Di sinilah penting untuk lebih mengenal tentang Tiongkok, khususnya Xinjiang," ujarnya.

Seperti baru-baru ini, delegasi Nahdlatul Ulama Nusa Tenggara Barat berkunjung ke Tiongkok. Kemudian, salah seorang pengurus Asita Bali juga sudah berkali-kali datang ke Tiongkok dan acapkali bersembahyang di masjid Tiongkok.

“Ada ribuan putra-putri Indonesia yang belajar di Tiongkok, mereka lebih mengenal tentang Tiongkok. Cobalah anda tanya kepada mereka. Baik kaum Muslim, maupun kaum Katolik, kaum Kristen, Kaum Buddha di Tiongkok, semua merupakan anggota dari keluarga besar Bangsa Tionghoa,” jelasnya.

Rukun
Gou menambahkan, 56 suku bangsa di Tiongkok selama ini hidup rukun dan bersama-sama membangun negerinya. Kalau tidak, Tiongkok tidak mungkin meraih keberhasilan seperti sekarang. Sebab, negara yang menganiaya umat beragama tidak akan mungkin menjadi tentram, damai, bahkan berkembang, paparnya.

Negeri tirai bambu itu juga tidak akan mungkin bisa mengirim jutaan warga negaranya untuk bertamasya ke Bali dengan gembira. Oleh karena itu, rumor mengenai kaum muslim Uighur mestinya tidak ditanggapi hingga menyulut kemarahan umat Muslim di Indonesia.

“Hubungan persahabatan Indonesia dan Tiongkok bersejarah panjang dan berkembang terus, hal ini sangat menggembirakan. Tetapi ada orang yang tak mau menerima hal ini. Ada orang yang justru memanfaatkan ketidaktahuan publik Indonesia, khususnya kaum Muslim Indonesia tentang Tiongkok, dengan sesuka hatinya membina fitnah dan berhasil mendorong peristiwa seperti hari ini,” ujarnya sedih.

Gou tak menampik di Xinjiang belakangan ini memang sering terjadi serangan teroris. Sama seperti Bali ketika menjadi sasaran aksi kaum ekstemis agama lewat ledakan Bom Bali pada 2002 dan pada 2005, ataupun serangan bom oleh teroris di Surabaya. Tiongkok pun telah mengambil serangkaian langkah deradikalisasi.

Di sebagian daerah di Xinjiang, sejumlah penduduk masih kurang menguasai bahasa Mandarin, kesadaran dan ilmu pengetahuan hukum terbatas, keterampilan kerja mereka pun tidak memadai untuk mendapatkan kerja sehingga sangat rentan akan penghasutan dan instigasi terorisme dan ekstremisme.

“Berdasarkan situasi ini, pemerintah daerah menyediakan program pelatihan dan pendidikan vokasi gratis kepada sebagian orang yang terdampak oleh pemikiran ekstremisme. Konten pelajarannya adalah bahasa Mandarin, ilmu pengetahuan hukum, keterampilan kerja dan pendidikan deradikalisasi,” jelasnya.

Hingga saat ini, tindakan antiteroris komprehensif di Xinjiang telah mendapat hasil nyata, klaimnya. Selama 21 bulan ini, tak pernah terjadi serangan teroris dan kekerasan di Xinjiang, jumlah perkara tindak pidana dan gangguan keamanan umum menurun secara drastis. Kondisi keamanan umum di Xinjiang membaik signifikan, penyebaran ekstremisme keagamaan terkendali efektif. Stabilitas sosial pun mempercepat pembangunan ekonomi.

“Indonesia diharapkan lebih memahami dan mendukung tindakan yang diambil pemerintah Tiongkok untuk memerangi terorisme dan ekstremisme, menjaga stabilitas sosial dan keamanan masyarakat di Xinjiang. Sebagai dua negara penting di Asia dan dunia, Indonesia dan Tiongkok bergandeng tangan pasti akan bersumbang besar terhadap kedamaian dan pembangunan Asia maupun dunia,” pungkasnya
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”