Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 13
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Mon Aug 26, 2019 5:33 pm

zylajasmine wrote:
Sat Aug 24, 2019 10:15 am
*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

🇲🇾 *SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH*

*KH🅰MIS 2⃣2⃣ 🔘G🌀S 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣1⃣ ZUL#⃣IJJ🅰H 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA*

*IMSAK* : 0⃣5⃣4⃣3⃣
*SUBUH* : 0⃣5⃣5⃣3⃣
*SYURUK* : 0⃣7⃣0⃣9⃣
*ZOHOR* : 1⃣3⃣1⃣9⃣
*ASAR* : 1⃣6⃣3⃣2⃣
*MAGHRIB* : 1⃣9⃣2⃣4⃣
*ISYAK* : 2⃣0⃣3⃣5⃣

*artikel disiarkan pada tarikh 21ogos*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

🌺 1) *LELAKI disyaki melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, 10 Ogos lalu akan dituduh esok. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.*

🌺 2) *AKIBAT cemburu, lelaki naik angin dan menikam kekasih bekas teman wanitanya dalam kejadian di sebuah pub di Lorong Abu Siti, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun terburai isi perut akibat ditikam suspek, manakala pemilik premis yang berusia 46 tahun pula turut cedera selepas ditikam di tangan.*

🌺 3) *MUFTI Perak Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat semua isu sedang hangat diperkatakan ketika ini hendaklah ditangani mengikut senarai keutamaan dan kepentingan terhadap rakyat. Menurutnya, masyarakat secara umum masih lagi berbicara berkenaan isu tulisan jawi, penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penceramah Dr Zakir Naik yang masih tidak menampakkan penyelesaian tuntas dan melegakan pihak yang bertelagah.*

🌺 4) *HANYA perlu ikut skrip disediakan sindiket perjudian bagi memancing warga China agar terpengaruh untuk berjudi dalam talian.
Malah skrip dalam bahasa Cina itu disimpan dalam sistem komputer dan akan digunakan ketika memujuk rakyat di negara asal mereka untuk berjudi dalam talian. Itu dilakukan 98 warga China yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong sebelum bekerja dengan sindiket perjudian dalam talian dengan bayaran RM3,000 hingga 6,000 sebulan.*

🌺 5) *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedia menyalurkan kepakaran untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pasukan keselamatan itu. Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya akan menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi membincangkan sekiranya PDRM memerlukan kepakaran dimiliki AADK.*

🌺 6) *IMPIAN warga emas menduduki kediaman lebih selesa tercapai walaupun dia hanya sempat menikmati pengalaman manis itu 15 hari sebelum kematiannya akibat serangan jantung, 11 Ogos lalu. Balunya, Zaleha Hashim, 67, berkata, dia dan arwah suami Mohamad Salleh Mohamed, 72, menetap di sebuah kediaman uzur di Taman Batu Caves sejak 10 tahun lalu selepas berpindah dari Raub, Pahang.*

🌺 7) *POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes mencuri duit tabung di Masjid Al Ikhsan Tebong, Alor Gajah pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kejadian itu disedari seorang ahli jawatankuasa masjid pada 4.30 petang sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangan duit berkenaan.*

🌺 8) *TINDAKAN pemilik rumah kedai membenarkan premisnya dijadikan stor penyimpanan rokok seludup membawa padah apabila diserbu sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, semalam. Premis di Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian itu diserbu pada 8.15 malam selepas risikan oleh pasukan itu.*

🌺 9) *WANITA menjadi ‘trend’ terbaharu militan Daish dalam melancarkan serangan di rantau Asia Tenggara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembabitan golongan itu sebagai penyerang bunuh diri semakin meningkat, berdasarkan serangan sebelum ini. Katanya, serangan gereja di Selatan Filipina pada Januari lalu dan di Surabaya masing-masing dilakukan wanita.*

🌺 10) *MODUS operandi sindiket pengedaran dadah yang menjadikan pusat hiburan keluarga untuk mengedarkan barang terlarang itu terbongkar dalam tiga serbuan berasingan di tiga daerah di Selangor, baru-baru ini. Serbuan dua hari bermula Sabtu lalu dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas menerima maklumat awam serta risikan pihaknya.*

🌺 11) *DUA beranak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka di Ayer Keroh atas sembilan pertuduhan menipu dan menerima wang berjumlah lebih setengah juta ringgit, tiga tahun lalu. Tertuduh, Koh Pueh Lye, 54, dan anak perempuannya, Koh Sing Yee, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan dan Norma Ismail.*

🌺 12) *TIDAK hadir bertugas antara kesalahan yang dikenal pasti sering dilakukan kakitangan penjara. Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Kadir Rais berkata, pihaknya turut mengesan kesalahan menyeludup artikel (barangan) larangan yang dilakukan kakitangan jabatan terbabit.*

🌺 13) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah merompak wang tunai RM250 milik seorang peniaga dengan bersenjatakan pisau, dua tahun lalu. Hakim Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman itu terhadap Zamri Awang, 37, dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April 2018.*

🌺 14) *KEGIATAN bot nelayan dari Vietnam yang menangkap hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta tumpas apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan negara di Bintulu Ahad lalu. Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi) Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, tangkapan oleh Kapal Maritim Sri Aman pada 8 pagi itu dilakukan di kawasan 106 batu nautika dari Utara Tanjung Kidurong.*

🌺 15) *MAHKAMAH Koroner di Shah Alam , hari ini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendapati tiada apa-apa lagi bagi prosiding inkues itu untuk diteruskan. “Mahkamah sebelum ini secara rasminya telah menutup inkues dan selepas meneliti semua perkara, (maka) tiada apa-apa lagi untuk diteruskan.*

🌺 16) *LELAKI menemui rangka manusia dalam keadaan berselimut di tingkat atas bangunan kosong di Jalan Bagan Luar, Butterworth semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, lelaki berkenaan menjumpai rangka terbabit di tingkat satu premis sebelum menghubungi pihak berkuasa.*

🌺 17) *PENGARAH sebuah syarikat landskap ditahan selepas merempuh sebuah restoran makanan segera di Kota Damansara semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 60 tahun itu didapati memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kereta jenis Mercedes Benz dipandunya melanggar bahagian hadapan restoran makanan segera terbabit.*

🌺 18) *SARAWAK Forestry Corporation (SFC) merampas lebih 400 haiwan peliharaan dan hidupan liar dalam serbuan di sebuah ladang haiwan di Sibu minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 38 spesies haiwan terlindung yang dipercayai disimpan secara haram.*

🌺 19) *PESARA tukang kebun sekolah maut selepas bertarung nyawa lebih 16 jam akibat kemalangan membabitkan dua motosikal di depan Masjid Simpang Krayong, Jalan Jasin Chinchin, Jasin semalam. Mangsa, Md Tar Dawi, 70, meninggal dunia 8 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka (HM).*

🌺 20) *PADAH menunjukkan isyarat lucah terhadap polis, pekerja bengkel besi buruk didenda RM300 di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Thanaseelan Sergaran, 30, mengaku salah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal menjelaskan denda.*

🌺 21) *SEORANG lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas lapan pertuduhan menerima rasuah RM6,300 daripada syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya. Tertuduh, Hanisham Din, 48, yang turut berdepan lapan pertuduhan pilihan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.*

🌺 22) *KEMENTERIAN Kewangan menegaskan tiada keuntungan diperolehi syarikat insurans melalui pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySaIam. Menterinya Lim Guan Eng berkata, skim perlindungan kesihatan itu adalah satu skim takaful yang bukan bermotif keuntungan yang ditawarkan kerajaan kepada kumpuIan B40 yang layak iaitu 3.8 juta individu.*

🌺 23) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menyelamatkan lima gajah terperangkap dalam lubang perangkap selut bekas lombong emas haram di Hutan Simpan Ibam, dekat Pekan, semalam. Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata, kumpulan gajah berkenaan terperangkap dalam lubang selut sedalam 4.5 meter selepas dipercayai ingin berkubang.*

🌺 24) *PENIAGA dari Kuantan kerugian RM40,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis bernama ‘Datuk Wong’, Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 48 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri dari Mahkamah Terengganu.*

🌺 25) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan lima warga Filipina menyusup masuk secara haram ke negara ini selepas mereka di tahan di kawasan perairan Tinagat dekat Tawau, malam tadi. Mereka yang menaiki perahu jenis bot pam itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan oleh sepasukan anggota PPM, jam 9.30 malam.*

🌺 26) *PENGENDALI perkhidmatan teksi premium, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd mendesak kerajaan tidak meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali Go-Jek kerana memberi kesan negatif kepada masyarakat. Pengasas dan Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kerajaan sepatutnya tidak melayan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang cuba membawa masuk Go-Jek ke negara ini.*

🌺 27) *PENUNTUT sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Terengganu bukan hanya kerugian RM31,500 tetapi turut kehilangan barang kemas yang terpaksa digadai selepas ditipu sindiket penipuan.
Kejadian berlaku selepas wanita berusia 21 tahun itu menerima mesej melalui akaun Instagram dihantar lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘James’, 6.45 petang 23 Jun lalu.*

🌺 28) *MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) minta pemilik sebuah premis perniagaan yang dikesan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, Sabtu lalu supaya mengemukakan surat tunjuk sebab.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Abdul Rahim Muda berkata, MPK menerima maklumat mengenai pemasangan bendera secara terbalik sebelum siasatan dijalankan pihaknya.*

🌺 29) *PEMASANGAN Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang, adalah perbuatan yang tidak disengajakan, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu, bukan niat bertujuan untuk mengaibkan atau juga satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.*

🌺 30) *LEBIH 100 anggota polis dikesan positif dadah menerusi ‘Op Blue Devil’ yang dijalankan di setiap kontinjen sejak minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, kesemua anggota dikesan positif dadah menerusi operasi berkenaan yang dijalankan bermula 13 Ogos dan beliau turut terkejut dengan jumlah tersebut yang disifatkan berada pada tahap kritikal dan serius.*

🌺 31) *“SELAGI muara tidak diperdalamkan dan dibina benteng pemecah ombak, selagi itu ia menagih korban.” Itu rata-rata jawapan nelayan ketika diminta mengulas kejadian muara Kuala Dungun yang cetek dan meragut banyak nyawa. Berdasarkan rekod dari Jun 2013 hingga kini, enam kes bot karam berlaku di situ dengan tiga kematian, (lima) hilang tanpa ditemui serta (13) berjaya diselamatkan dan semua mereka nelayan tempatan.*

🌺 32) *‘JANGAN kacau Jawi, sayang lu punya anak bini’. Itu kandungan surat diterima salah seorang ahli DAP Balakong, Lee Khai Ming, jam 11 pagi tadi. Surat dengan tulisan merah turut memaparkan gambar isteri dan anak ahli DAP disyaki dihantar individu yang marah dengan tentangan dilakukan Lee. Ia dipercayai berhubung isu pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), baru-baru ini.*

🌺 33) *KEMENTERIAN Luar akan memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan lima lelaki maut di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, Thailand, 13 Ogos lalu. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini pihaknya menerusi Kedutaan Malaysia di Songkhla sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian menimpa wanita berusia 31 tahun bersama dua lagi rakannya.*

🌺 34) *TIGA lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa dengan memandu lori dalam keadaan bahaya dalam usaha melarikan diri daripada ditahan polis, tengah malam tadi. Malah, mereka berjaya lolos dengan memasuki hutan berhampiran selepas lori dinaiki itu terbabas dan terhumban ke dalam parit di Taman Paka Putra, dekat Dungun, pada 12 tengah malam tadi.*

🌺 35) *SELEPAS dua jam ‘dipujuk’, gajah jantan liar yang ditangkap di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling Khamis lalu dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, hari ini. Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, gajah berusia 15 tahun dengan berat dua tan itu dipindahkan dengan bantuan dua gajah betina denak iaitu Abot dan Rampai pada 11 pagi.*

🌺 36) *DUA koperal polis ditahan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Lembah Maju, Ampang selepas memeras ugut seorang pelayan restoran, semalam. Sumber berkata, dua anggota polis berusia 30-an itu dikatakan meminta pasport milik mangsa berusia 18 tahun ketika berada di tempat kerjanya di Pandan Indah pada 6.30 petang.*

🌺 37) *BUKAN hanya menjalankan operasi secara haram, dua kilang dekat Jalan Jelebu, Seremban, turut dikesan menyebabkan pencemaran udara, sekali gus menyebabkan penduduk setempat tidak selesa. Malah kedudukannya antara 200 hingga 300 meter dari jalan utama selain tersorok daripada pandangan mata amat mencurigakan sebelum risikan dilakukan Pasukan Aduan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mendapati kedua-dua kilang berkenaan mengeluarkan bau dan bahan menyumbang kepada pencemaran udara.*

🌺 38) *MENARA dan Skybridge jambatan angkat (drawbrigde) di Kuala Terengganu dijangka dapat dibuka kepada orang ramai pada awal September ini. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd Khalizan Mahmud berkata, pihaknya dalam proses persiapan untuk menghias galeri yang terdapat di Skybridge dengan beberapa tema ditetapkan bagi memberi tarikan kepada pengunjung.*

🌺 39) *DUA lelaki dipercayai terbabit dengan beberapa kejadian samun di sekitar Kubang Pasu sejak Mei lalu sedang diburu polis. Seorang daripada lelaki berkenaan dipercayai menggunakan taktik menyamar sebagai anggota polis untuk ‘menakutkan’ warga asing, manakala seorang lagi menjadikan penunggang motosikal sebagai sasaran untuk mendapatkan wang dengan menggunakan kekerasan.*

🌺 40) *POLIS menafikan dakwaan peguam warga Ireland, Anne Brennan yang menuduh keluarga Nora Anne Quoirin ada kaitan dengan kes kematian remaja berusia 15 tahun itu. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan peguam yang juga aktivis kanak-kanak itu berniat jahat. “Siasatan sedang dijalankan. Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuatnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.*

🌺 41) *KABINET yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-Jek di negara ini. Mengesahkan perkara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, Kabinet sudah memberi lampu hijau mengenai program itu namun KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil dengan perincian undang-undang terlebih dulu secepat mungkin.*


*SEJAGAT* 🌍
==========

🇨🇳 *Gara-gara dipanggil gemuk, seorang wanita menikam mati teman lelakinya menggunakan gunting selepas disindir ketika mahu membeli aiskrim.*
*Saksi mendakwa pasangan itu bertengkar selepas lelaki terbabit menghalang teman wanitanya membeli aiskrim kerana dianggap sudah cukup gemuk dalam kejadian di Zhumadia, tengah China.*
*Shanghaiist memetik saksi memberitahu lelaki itu didengar berkata: “Dah gemuk pun nak makan aiskrim?”*

🇷🇺 *MOSCOW: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati ditikam sebanyak lapan kali oleh ibunya hanya kerana mangsa merayu ingin pulang ketika dia berparti, dalam kejadian di Kirov, timur laut Russia.*
*Daily Mail melaporkan, Anna Shishkina, 29, yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan membunuh anaknya itu dalam video yang dirakam Jawatankuasa Siasatan Russia.*
*Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia membawa anak lelakinya itu ke rumah rakan untuk berhibur bersama beberapa lelaki namun anaknya merayu ingin pulang ke rumah.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menangguhkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Denmark kerana pemimpin itu enggan menjual Greenland kepada negara terbabit.*
*AFP melaporkan, keputusan Trump itu menunjukkan dia begitu berminat untuk membeli Greenland yang dianggap sebagai perkara melucukan oleh sesetengah pihak namun Rumah Putih tetap berkeras kerana ia mempunyai lokasi strategik.*

🇮🇩 *JAMBI: Pihak berkuasa Jambi mengumumkan sekolah ditutup sehingga seminggu bermula kelmarin disebabkan jerebu yang melanda bandar itu sejak kebelakangan ini.*
*Datuk bandarnya, Syarif Fasha berkata, tempoh penutupan bergantung kepada tahap usia murid, lapor portal berita Republika.*
*”Bagi kanak-kanak prasekolah dan tadika, cuti diberikan selama seminggu. Sementara itu, sekolah rendah sehingga darjah empat pula ditutup tiga hari dan akan dipertimbangkan semula berdasarkan keadaan jerebu selepas itu,” katanya di Jambi, kelmarin.*

🇵🇰 *ISLAMABAD: Pakistan berkata ia akan membawa isu pertelingkahan mengenai Kashmir dengan India ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas New Delhi menarik semula status autonomi di bahagian wilayah itu awal bulan ini.*
*Reuters melaporkan, kerajaan itu yang berang dengan tindakan India bertindak memutuskan rangkaian perdagangan serta pengangkutan selain mengusir Duta India dari negara terbabit.*

🇮🇹 *ROME: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte semalam berkata, dia akan meletakkan jawatannya dan menyelar Menteri Luar, Matteo Salvini dari parti berhaluan kanan kerana mementingkan diri dengan keluar dari pakatan kerajaan.*
*”Saya akan menamatkan pengalaman dalam kerajaan di sini. Saya akan bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella untuk memaklumkan peletakan jawatan saya,” kata Conte selepas perdebatan di Senat.*

🇮🇩 *CIANJUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mempunyai tabiat pelik menangkap dan menggigit ular, kodok, kucing, anak ayam dan itik sampai mati.*
*Keanehan itu datang ketika Rizki Maulana Yusuf berusia enam tahun selepas diserang demam panas yang tinggi sehingga badannya kejang.*
*Ibu Rizki, Cucu, 30, memberitahu Tribunnews, dia menyedari anaknya minat bermain dengan kodok dan ular sebelum bunuh haiwan berkenaan.*

🇺🇸 *NORTH CAROLINA: Seorang bapa mencekik dan mengelar leher anak perempuannya ketika remaja itu datang melawatnya pada hujung minggu lalu sebelum menyerah diri kepada polis.*
*Joshua Burgess, 32, mengaku membunuh anaknya, Zaria, 15, di rumahnya dan siasatan polis di kediaman itu menemui beberapa objek dipercayai digunakan untuk membunuh gadis itu, lapor The Charlotte Observer.*
*Suspek yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin, mengaku melakukan pembunuhan itu, namun motif perbuatannya tidak didedahkan.*

🇮🇩 JAKARTA: Kerajaan Indonesia didesak menggubal undang-undang untuk menamatkan amalan perkahwinan kanak-kanak yang didakwa menyebabkan ribuan remaja perempuan terperangkap dalam ikatan umpama “neraka”, kata seorang peguam semalam.*
*Kemiskinan dan tradisi menyebabkan keluarga di Indonesia mengahwinkan anak mereka dan menurut UNICEF, seorang daripada empat remaja perempuan berkahwin sebelum berusia 16 tahun.*
*Secara purata, lebih 3,500 remaja perempuan Indonesia berkahwin setiap hari dan dalam beberapa kes mahkamah agama membenarkan kanak-kanak perempuan berusia bawah 16 tahun berkahwin.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Seorang lelaki menuntut cerai daripada isterinya kerana tidak tahan hanya dibenarkan makan ladu, kononnya atas arahan dukun, lapor media tempatan.*
*Menurut NDTV, lelaki itu membuat permohonan di mahkamah keluarga kerana hanya dibenarkan makan empat manisan berkenaan, masing-masing pada waktu pagi dan malam, selain tidak boleh langsung menjamah makanan lain antara tempoh itu.*
*Pasangan itu mempunyai tiga anak hasil perkahwinan 10 tahun.*

🇲🇲 *YANGON: Seramai 19 orang terbunuh manakala lebih 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak berlakunya pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik minoriti di utara Myanmar minggu lalu, kata pegawai kerajaan, hari ini.*
*Mereka yang cedera dalam pertempuran terbaru itu mendapat perlindungan di sebuah biara di sekitar bandar Lashio di utara Shan dan bergantung kepada kumpulan sukarelawan serta kerajaan untuk bekalan.*

🇺🇸 *FLORIDA: Seorang lelaki Florida yang mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan dan teman wanitanya, ditahan polis selepas dia membuat ancaman mahu melakukan serangan tembakan besar-besaran pada hujung minggu ‘untuk memecahkan rekod pembunuhan dunia.’*
*New York Post melaporkan, melalui kiriman mesej kepada bekas kekasihnya, Tristan Scott Wix, 25, mengaku mahu membunuh 100 orang yang boleh membuat dia berasa lega untuk melepaskan kemarahannya.*
*”Saya mahu menembak secara rambang ke arah orang ramai dari jarak 4.8 meter selain memecahkan rekod pembunuhan paling ramai dilakukan di dunia,” kata lelaki itu, menurut polis.*

🇮🇩 *TIMIKA, Papua: Seramai 20 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan di Parlimen Mimika di sini, hari ini.*
*Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan merosakkan kenderaan, hotel dan turut menyekat lalu lintas dengan membakar kayu dan meletakkan batu.*
*Rusuhan tercetus apabila penunjuk perasaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman di perkarangan parlimen pagi ini.*

🇧🇷 *RIO DE JANEIRO: Polis Brazil menembak mati seorang lelaki bersenjata sekali gus menamatkan drama tebusan selama beberapa jam di dalam sebuah bas di sini hari ini, lapor media tempatan.*
*Seramai 16 penumpang bas berkenaan dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata itu menawan kenderaan berkenaan di atas jambatan yang menghubungkan bandar ini dan Niteroi.*

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================

👴🏼 *DEK kerana tidak mahu ke hospital, lelaki warga emas mencipta drama komedi termasuk berbahasa Tamil dengan seorang doktor hingga menimbulkan gelak tawa di klinik di Tangkak, Johor, baru-baru ini.*
*Surip Taruak, 81, dibawa ke klinik terbabit oleh anak dan cucunya akibat pendarahan hidung selepas menjalani ibadah korban pada hari pertama Aidiladha.*
*“Dari situlah bermula drama datuk. Mula-mula doktor klinik terbabit berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Inggeris tapi dia (datuk) tidak faham. Tiba-tiba datuk bertutur dalam bahasa Tamil dan kebetulan doktor merawatnya berbangsa India.*
*Gelagat lelaki mempunyai lapan anak serta 21 cucu itu dirakam Nur Adibah sebelum dimuat naik dalam Twitter dan ditonton lebih 379,000 pelayar laman sosial berkenaan.*

👊🏻 *POLIS mengesan seorang lelaki warga asing bekerja di sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, di Kajang, yang didakwa dipukul oleh majikannya.*
*Terdahulu, status tular di media sosial yang mendakwa seorang pekerja lelaki warga Bangladesh sering dibelasah dan diperlakukan seperti hamba abdi oleh majikannya.*
*Dalam status yang tular itu turut terdapat dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berlaku di kilang berkenaan memaparkan seorang lelaki disyaki majikan memarahi dua pekerjanya.*

🐈 *“KUCING itu dihantar Allah nak tengok hang bantu dia ke tak.” Itu reaksi seorang rakan terhadap Muhammad Aidil Zharif Zaikimi, 19, selepas seseorang membayar makanannya sebaik memberi kucing makan, baru-baru ini.*
*Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran di Alor Setar, Kedah ketika penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu bersarapan sebaik selesai solat Subuh.*
*Susulan itu, Muhammad Aidil Zharif memuat naik status di Twitter.
Status berkenaan mendapat lebih 20,000 tanda suka serta 15,800 ulang ciapan dari kalangan warga maya.*
*Rata-rata memuji perbuatan Muhammad Aidil Zharif selain netizen berkongsi kisah masing-masing mendapat rezeki tidak terduga.*

🌪 *PENDUDUK di kawasan Telaga Harbour Park di Langkawi, gempar menyaksikan kejadian belalai air atau sengkayan bersaiz besar melanda kawasan itu, hari ini.*
*Kejadian berlaku ketika keadaan cuaca hujan berserta angin kencang, 11.30 pagi.*
*Fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit, dilihat dari arah laut menuju ke kawasan darat.*
*Video fenomena itu kini tular di Facebook dan WhatsApp.*
*Saksi kejadian juga Pengurus Acara Kumpulan Naam, Mark Hisham berkata, kejadian itu pertama kali dilihatnya sejak enam tahun bertugas di Langkawi.*

🇲🇾 *GAMBAR yang tular di laman sosial menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban sebenarnya berlaku pada 2016.*
*Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berlaku kesilapan teknikal ketika bendera itu dipasang namun perkara itu sudah dibetulkan.*
*”Saya terima banyak pertanyaan berhubung isu bendera terbalik di IPD Seremban yang ditularkan.*

🇲🇾 *SEBANYAK 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berikutan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang memasak Jalur Gemilang terbalik di seluruh negara.*
*Malah, perbuatan itu tular di media sosial sekali gus menimbulkan rasa kurang senang rakyat.*
*NGO terbabit termasuk Jemaah Manjoi dan Pertubuhan Warisan Persahabatan Gugusan Manjoi, membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh hari ini.*

💰 *GURU dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura di Jerantut berjaya mengutip sebanyak RM2,000 bagi membantu meringankan beban Ibrahim Hassan, 42, yang terpaksa berulang-alik kira-kira 150 kilometer sehari bagi menjaga isterinya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.*
*Pengetua SMK Inderapura Suriaton Fakih berkata, sumbangan yang dikumpul sejak beberapa hari lalu itu akan diserahkan kepada Ibrahim hari ini bagi membolehkannya menampung perbelanjaan harian dirinya dan keluarga.*
*Portal Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan kegigihan bapa beranak tujuh itu yang berulang-alik dari rumahnya Taman Sri Jaya setiap malam selepas selesai bekerja menggunakan motosikal buruk bagi menjaga isterinya di HOSHAS.*

😋 *“SEJAK bulan lalu setiap hari saja jual 50,000 papan. Pernah sehari saya jual hingga 100,000 papan petai kerana permintaan amat menggalakkan,” kata penjual petai Najman Abu Bakar, 30.*
*Dia bersama saudaranya Rahimi Mat Ramli, 38, membuka gerai menjual petai di bahu jalan di Taman Kota Jaya, Pulai, Baling, di sini, sejak sebulan lalu.*
*Najman berkata, 500 ikat petai bersamaan 50,000 tangkai dijual pada harga RM25 sehingga RM40 seikat.*


*ARENA* ⏱
========

⭐ *PEMAIN bintang Juventus, Cristiano Ronaldo memberi gambaran akan bersara lebih awal berkemungkinan penghujung musim ini.*
*Pemain berusia 34 tahun itu yang menandatangani kontrak mewah selama empat tahun bersama Juventus selepas membantu kelab itu meraih gelaran Serie A pada musim pertama bersama kelab itu.*
*Ronaldo bagaimanapun enggan menolak kemungkinan menggantung butnya tahun depan biarpun mengakui berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi pada tahap tertinggi untuk beberapa tahun lagi.*

📝 *JUVENTUS bersedia untuk melakukan perpindahan mengejutkan untuk mendapatkan Luis Suarez, menurut laporan media Itali.*
*Barcelona masih berharap dapat bersama semula bersama bekas bintang mereka, Neymar dan jika perpindahan itu berlaku, kelab Itali akan cuba mendapatkan Suarez, menurut dakwaan media terbabit.*
*Skuad Catalan itu begitu terdesak untuk mendapatkan Neymar dan bekerja keras untuk mendapatkan persetujuan pelepasan daripada Paris-Saint Germain (PSG).*

💰 *OLE Gunnar Solskjaer kini boleh menggunakan £75 juta (RM380j) hasil penjualan Romelu Lukaku untuk digunakan pada Januari sekiranya perlu untuk mengukuhkan pasukan mencabar empat teratas.*
*Bos Manchester United itu dibenarkan untuk membelanjakan sebanyak £150j (RM760j) pada musim panas dengan mendapatkan Aaron Wan-Bissaka, Daniel James dan Harry Maguire.*
*Bagaimanapun, masih terdapat dua persoalan membabitkan dua pemain berpendapatan tinggi iaitu Paul Pogba dan Alexis Sanchez sebelum jendela perpindahan benua ditutup pada 2 September.*

⚽ *BEKAS pemain sayap Perancis dan Bayern Munich, Franck Ribery akan menyertai Fiorentina, umum kelab Serie A Itali itu hari ini.*
*Laman web kelab itu memaparkan video pemain berusia 36 tahun itu turun dari jet peribadi di lapangan terbang Peretola di Florence sebelum bertemu pegawai kelab.*
*Media Itali menyatakan kira-kira 300 penyokong Fiorentina turut menunggu untuk menyambut kedatangannya.*
*Ribery berkata, bekas rakan sepasukan Bayern, Luca Toni, bekas pemain kebangsaan Itali yang pernah beraksi di Fiorentina, membantu untuk meyakinkannya berpindah.*

🚵🏻‍♂ *SELEPAS menanti dua peringkat, Team Sapura Cycling (TSC) akhirnya memenangi peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Tour of Indonesia menerusi pelumba dari Australia, Marcus Culey hari ini.*
*Culey menamatkan perlumbaan sejauh 195.9km dari Kota Batu ke Jember dengan masa empat jam 15 minit 35 saat dengan menafikan cabaran pelumba Pro Touch, Rohan Du Plooy di kedudukan kedua manakala Yudai Arashiro dari Kinan Cycling Team ketiga.*

🏸 *TIADA sebarang masalah buat beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland selepas menyingkirkan Ben Lane-Jessica Pugh dari England, hari ini.*
*Kian Meng-Pei Jing yang tampil selaku pilihan ke-14 mengambil masa 44 minit sebelum menang 21-19, 21-19.*
*Pada pusingan ketiga esok, Kian Meng-Pei Jing berdepan tugas sukar bertemu pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.*

🐯 *FAKTOR kepenatan antara punca skuad bawah 18 (B-18) tahun negara tewas 0-1 di tangan Australia pada final kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) B-18 di Stadium Thong Nhat, Vietnam kelmarin.*
*Pengendali pasukan, Brad Maloney berkata, meskipun anak buahnya cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tentangan, kelekaan di hujung permainan ekoran keletihan menyaksikan kubu negara dihukum.*

🏆 *PENGENDALI PKNS FC, Datuk K Rajagobal menganggap hilang tiga mata kecundang 2-3 kepada Kedah pada saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Alor Setar, malam tadi sukar diterima.*
*Ia kerana skuadnya dua kali mendahului skuad Lang Merah.*
*Pengendali berpengalaman itu kecewa benteng pertahanannya alpa disaat akhir perlawanan dan gagal mempertahankan kelebihan gol seawal babak pertama dan turut mendahului dengan gol kedua pada babak seterusnya.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*



berita untuk hari ini takde ke ? hehhe
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Sep 04, 2019 3:59 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

📝 *SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA ANAK ANAK MURID TAHUN ENAM SELURUH MALAYSIA*

*RA🅱U 4⃣💲E🅿TEⓂBE® 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 4⃣ ⓂUHARR🅰M 1⃣4⃣4⃣1⃣ HIJR🅰H*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*artikel disiarkan pada tarikh 3sept*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

🌺 1) *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat tindakan memboikot barangan masyarakat bukan Muslim adalah tindakan kurang bijak. Ini kerana tindakan sedemikian dilihat tidak adil terhadap masyarakat bukan Muslim yang tidak mempunyai niat permusuhan dengan orang Islam di negara ini.*

🌺 2) *PROF Dr Ab Rahim Ismail, 62, yang koma selepas serangan jantung pada 15 Julai lalu di Turki selamat tiba di tanah air, kelmarin. Menantunya, Muhamad Fikri Aziz, 33, berkata, Ab Rahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.30 pagi. “Baba (bapa) bertolak dari Lapangan Terbang Istanbul jam 6.30 petang (waktu Malaysia), Sabtu lalu menaiki pesawat Singapore Airlines.*

🌺 3) *SIKAP segelintir pelancong Malaysia yang menyalahgunakan Autoriti Pengembaraan Elektronik (ETA) untuk bekerja menyebabkan pihak berkuasa Australia lebih berwaspada agar tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang. Ini kerana ketika ini, terdapat 400,000 pelancong negara ini berkunjung ke negara itu setiap tahun namun jumlah mereka yang dikesan melakukan kesalahan penggunaan ETA itu adalah terpencil dan tidak menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.*

🌺 4) *SEMBILAN pekerja dikejarkan ke Hospital Jasin akibat sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor di kilang pemprosesan ayam di Merlimau, hari ini. Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa masing-masing tiga lelaki dan enam wanita.*

🌺 5) *GURU sekolah rendah yang ditahan selepas polis menyerbu parti liar di sebuah apartmen, baru-baru dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis Nimetazepam dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Tertuduh, Farid Abdullah, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.*

🌺 6) *PADAH menceroboh sebuah rumah untuk melakukan jenayah curi, seorang lelaki dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mursyady Mamat, 37, dari Kubang Badak, Kuala Nerus mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.*

🌺 7) *DUA pengawal keselamatan warga Nepal ditahan berhubung kes pukul penyelia syarikat keselamatan sehingga mati di Jalan 13/2, di Petaling Jaya, semalam, direman selama tujuh hari. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki tempatan yang turut ditahan semalam pula direman selama satu hari.*

🌺 8) *SEMANGAT setia kawan dan kerja berpasukan antara faktor penyumbang kelancaran operasi pemadaman kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Iskandar Puteri yang berjaya ditamatkan dalam tempoh 13 hari. Selain itu, kerjasama pelbagai pihak yang memberi bantuan sepanjang operasi serta kaedah diguna pakai turut memainkan peranan penting memadamkan kebakaran di kawasan seluas 16 hektar itu.*

🌺 9) *TIGA lelaki yang sedang leka membungkus heroin di sebuah rumah ditahan polis dalam serbuan di Kampung Sungai Budor di Kota Bharu semalam. Dalam serbuan 12.10 tengah malam itu, tiga lelaki berusia antara 31 hingga 44 tahun ditahan bersama heroin seberat 55.73 gram (g) bernilai RM14,080.*

🌺 10) *WANITA warga Singapura ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di Kota Kinabalu, kelmarin, selepas dikesan memakai perhiasan disyaki peluru. Dalam kejadian 11.10 pagi itu, wanita yang bersama beberapa rakannya mahu menaiki penerbangan untuk pulang ke negara mereka.*

🌺 11) *TUN Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan beberapa negara kuasa besar dunia mengenakan sekatan terhadap negara kecil di rantau ini. Bagi Perdana Menteri, tindakan sedemikian adalah sangat tidak adil kerana bukan saja boleh merencatkan pembangunan malah turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kecil berkenaan.*

🌺 12) *MISTERI kehilangan lelaki warga emas sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam semak tepi jalan di kilometer 50 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan awam.*

🌺 13) *SINDIKET pinjaman tidak wujud yang aktif memperdaya serta menipu mangsa membabitkan kerugian lebih RM600,000 sejak enam bulan lalu tumpas selepas polis menyerbu banglo di Bandar Puteri, Klang, 29 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, serbuan pada 4.15 petang itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam serta risikan polis.*

🌺 14) *LELAKI dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama bapanya terbalik dipukul ombak dalam kejadian di perairan Nanamun, di Kota Belud, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Sharil Basir, 28, yang bekerja sebagai ustaz di sebuah sekolah agama daerah, dikatakan bersama bapanya menaiki bot ke lokasi berkenaan untuk menangkap ikan.*

🌺 15) *POLIS Selangor memburu lelaki yang didakwa terbabit dengan penipuan projek perumahan mampu milik membabitkan kerugian lebih RM1 juta. Lelaki itu dikenali Mohsin Bujang, 64, dengan alamat terakhirnya di Kondominium Desa Cahaya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.*

🌺 16) *PEMANDU lori yang ditahan polis selepas meninggalkan komen berbaur penghinaan dan perkauman di laman sosial Facebook akan dituduh esok. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson pada 9 pagi.*

🌺 17) *MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menerima permohonan maaf daripada Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin membabitkan penerbitan video yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya berkaitan penganjuran pesta gay. Penyelesaian kes saman fitnah secara baik itu dibuat selepas Wan Asshima, 35, selaku defendan bersetuju memohon maaf kepada Khalid, 62, selaku plaintif dan penyelesaian persetujuan secara baik itu direkodkan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.*

🌺 18) *KETUA Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan hanya ‘menyerang’ parti pembangkang saja tetapi lebih bersifat neutral. Beliau menafikan membuat kenyataan menuduh parti pembangkang menjadi punca isu ketegangan kaum dan agama di negara ini.*

🌺 19) *BEKAS pengarah urusan sebuah anak syarikat FELCRA akan didakwa atas beberapa tuduhan berkaitan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya berkata, pendakwaan terhadap individu terbabit mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.*

🌺 20) *DUA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan projek perlombongan bauksit yang tidak wujud membabitkan nilai RM350,000, tiga tahun lalu. Tertuduh, Hamdan Hassan, 50, dan Ahmad Ghazali Deraman, 64, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.*

🌺 21) *KEGEMBIRAAN remaja mandi sungai bersama bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di Sungai Simpangan berhampiran Jalan Water Work, Kota Marudu semalam. Dalam kejadian 2.35 petang itu, mangsa Izzat Sufi Sahrul, 16, dikatakan melakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakannya sebelum dilaporkan tiba-tiba tenggelam dan hilang di dasar sungai.*

🌺 22) *MENTERI Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan hadir menemuinya esok bagi membincangkan isu pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor. Muhyiddin berkata, beliau juga akan menjemput Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam pertemuan sama bagi melihat apa yang boleh dilakukan terhadap isu berkenaan.*

🌺 23) *SEORANG pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu, parah selepas ditikam oleh seorang penghuni Pusat Perkhidmatan, Rawatan dan Pemulihan (CCSC), di Jalan Ulu Lanang, Sibu, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa Juing Garai, 38, ditikam suspek berumur 18 tahun itu dengan pisau.*

🌺 24) *LIMA puluh enam penghuni membabitkan 15 keluarga di Rumah Panjang Noh Bin di Stalon, Belawai, Mukah tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar malam tadi. Kejadian 7.50 malam itu berlaku dengan pantas menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.*

🌺 25) *AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri. Lokman tiba di perkarangan Bukit Aman menaiki kenderaan berwarna hitam dan diiringi kira-kira 15 penyokong pada 11.34 pagi.*

🌺 26) *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan sambutan negara di Peace Palace, Phnom Penh hari ini sempena lawatan rasmi beliau ke Kemboja. Ketibaan Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut rakan sejawatnya, Hun Sen dan isteri, Bun Rany sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.*

🌺 27) *LELAKI cedera selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Rasa, di Bukit Beruntung, hari ini. Bagaimanapun, mangsa, Lee Ming, 59, bernasib baik kerana berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kenderaan itu terbakar.*

🌺 28) *POLIS sedang mengesan seorang lagi individu dipercayai terbabit dalam kes cubaan samun penunggang penghantar makanan, Grab Food pada Ogos lalu. Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Rahmani Mohd Johar, 27, atau Rahmani dipercayai terbabit dalam kejadian itu di pintu hadapan Bangunan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.*

🌺 29) *KERAJAAN tidak akan berkompromi terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak menyekat hak bersuara rakyat, bagaimanapun maklumat yang dikongsi perlulah disahkan kebenarannya.*

🌺 30) *SELEPAS lebih 12 jam dilaporkan hilang, kanak-kanak lelaki ditemui lemas di lombong berhampiran Perak Agro Tourism Resort (PATRO) di Jalan Tualang, dekat Batu Gajah, hari ini. Mangsa, Mohd Zafran Akhsa Mazlan, 4, ditemui pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada 7.04 pagi tadi.*

🌺 31) *LELAKI Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri dipercayai dilakukan rakan sebiliknya di sebuah rumah kedai di Laluan Sri Pengkalan, Pusing, Batu Gajah, semalam. Difahamkan, mangsa berusia 22 tahun dan bekerja di sebuah kedai perabot dipercayai bertengkar dengan suspek yang juga rakan sebiliknya dan pergaduhan itu didengari orang awam.*

🌺 32) *DUA beranak maut selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler dan terbakar di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Kuala Selangor, malam tadi. Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37 dan anak lelakinya, Ahmad Ariffin, yang berusia dua tahun.*

🌺 33) *REMAJA perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bandar Tasik Kesuma, di Semenyih, semalam.
Kehilangan mangsa, Siti Nurhidayah Md Shamsuzuri, 15, disedari kakaknya selepas dia didapati tiada di biliknya. Bapa mangsa, Md Shamsuzuri Maulud, 46, berkata, dia menerima mesej daripada anak sulungnya yang memaklumkan anak kedua daripada empat adik beradik itu didapati hilang kira-kira 8 pagi.*

🌺 34) *BUKAN saja mengancam untuk menyimbah cat merah di rumah, sebaliknya ceti haram atau along turut minta seorang penuntut sebuah kolej swasta menjadi budak penghantar dadah bagi melunaskan hutang yang didakwa dipinjam ibunya. Gangguan itu bermula selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa bahawa ibunya mempunyai hutang berjumlah RM4,000.*

🌺 35) *“SAYA membantah cadangan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 tahun ke 65 tahun,” tegas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu sebaliknya mahu supaya anak muda diutamakan untuk bekerja, selain dinaikkan pangkat berdasarkan merit bukan semata-mata faktor usia.*

🌺 36) *PENGANGGUR tidak sempat mengaut keuntungan menjual 60,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM600,000 selepas dicekup dalam serbuan di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu kelmarin. Lelaki berusia 34 tahun dan masih bujang itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu pada 7.30 malam.*

🌺 37) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tiada keperluan had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun. Menurutnya, secara rasionalnya sebahagian besar individu pada lingkungan usia berkenaan tidak lagi mampu untuk bekerja secara efisyen, selain berdepan beberapa kekangan berkaitan termasuk faktor kesihatan.*

🌺 38) *NELAYAN Vietnam terus rakus menceroboh dan merompak hasil laut negara apabila memperoleh empat tan hasil laut hanya dalam beberapa hari. Bagaimanapun, dua bot nelayan terdiri daripada 17 nelayan termasuk dua tekong berusia 20 hingga 53 tahun gagal membawa hasil tangkapan itu ke negara mereka selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.*

🌺 39) *KETIRISAN kutipan hasil urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini mencecah RM50 juta bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah itu berdasarkan kepada Laporan Audit Dalaman Kementerian Pengangkutan dan analisis JPJ dengan mengambil kira rekod urus niaga pembaharuan LKM yang sudah dijalankan.*

🌺 40) *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan adalah tidak tepat menamakan Opcom Holdings sebagai penerima manfaat terbesar Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SKMM memaklumkan NFCP terdiri daripada pelbagai projek infrastruktur, termasuk projek-projek komersial yang dibiayai oleh pemegang lesen sendiri malah, projek ini juga akan mempertimbangkan penggunaan teknologi-teknologi yang berbeza.*


*SEJAGAT* 🌍
==========

🇷🇺 *Moscow: Seorang ibu yang tidak mampu membeli makanan untuk bayinya bertindak membunuh anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya terus menangis kelaparan.*
*Selepas membunuh anak lelakinya itu Yulia Khabitova, 28, membalut mayat mangsa dengan selimut dan menanamnya berhampiran rumahnya di kampung Ismailovo.*
*Yulia yang ditangkap polis baru-baru ini berkata, peti sejuk di rumahnya kosong tanpa makanan dan anaknya itu sentiasa kelaparan.*

🇮🇩 *Kalimantan:Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut ditusuk pisau dibaling bapanya yang berang kerana mangsa bertengkar dengan adiknya ketika berebut kudapan.*
*Dalam kejadian di Palangkaraya, Kalimantan Tengah itu, remaja bernama Eko pulang dari kedai membawa roti dan susu kotak.*
*Sebaik memasuki halaman rumahnya, dia memberi susu berkenaan kepada adiknya, namun pertengkaran tercetus apabila kanak-kanak itu juga mahu menjamah roti berkenaan, lapor tribunnews. com.*

🇨🇳 *BEIJING: Lapan kanak-kanak maut dan akibat ditikam seorang lelaki yang menyerbu masuk ke sebuah sekolah rendah di tengah China semalam, kata pihak berkuasa.*
*Dua lagi murid sekolah itu dirawat susulan kejadian di Sekolah Rendah Chaotangpo di bandar Baiyangping, Hubei pada hari pertama tahun kalendar akademik.*
*Suspek yang juga penduduk tempatan dikenali sebagai Yu berusia 40 tahun ditangkap polis di lokasi kejadian.*

🇪🇸 *Madrid: Seorang penari maut selepas perutnya terkena percikan bunga api ketika membuat persembahan yang di konsert di Sepanyol.*
*Mail Online melaporkan, Joana Sainz Garcia membuat persembahan bersama kumpulannya Super Hollywood Orchestra di Las Berlanas, Avila berhampiran Madrid pada pagi Ahad lalu.*
*Kumpulan itu yang mempunyai 15 anggota termasuk penyanyi, pemain muzik dan penari berada di pentas sebelum bunga api yang dijadikan kesan khas terkena perut Joana.*

🇮🇩 *Palembang:Hasrat seorang wanita untuk berkahwin dengan seorang remaja perempuan yang juga kekasihnya tidak kesampaian apabila keluarga remaja itu curiga mendengar suaranya.*
*Kompas. com melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai NI, 25, turut mengupah satu pasangan berlakon sebagai ibu bapanya bagi meminang kekasihnya yang baru berusia 15 tahun.*
*Jurucakap polis Semidangaji, Bastari berkata, mereka kemudian datang ke rumah remaja itu di desa Nyiur Sayak di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan untuk berjumpa keluarganya.*

🇧🇸 *Port Saint Lucie (Bahamas): Taufan Dorian melanda Bahamas semalam meragut sekurang-kurangnya lima nyawa setakat ini dan bencana itu juga memaksa perpindahan besar-besaran di pantai timur Amerika Syarikat (AS).*
*Perdana Menteri Bahamas, Hubert Minnis menyifatkan bencana alam itu sebagai tragedi bersejarah di kepulauan berkenaan.*
*”Setakat ini, Pasukan Polis Diraja Bahamas mengesahkan lima terbunuh di Abaco,” kata Minnis dalam satu sidang akhbar.*

🇦🇺 *Adelaide: Seorang wanita dilaporkan mati selepas diserang seekor ayam ketika dia mahu mengambil telur haiwan itu di dalam reban di belakang rumahnya.*
*Wanita warga emas yang berasal dari Australia Selatan meninggal dunia selepas paruh ayam itu membocorkan saluran darah mangsa menyebabkan pendarahan yang banyak.*
*News .au. com melaporkan, mangsa mengalami banyak lagi kecederaan tetapi punca kematiannya dilaporkan akibat pendarahan yang tidak dapat dihentikan.*

🇺🇸 *Oxnard (Amerika Syarikat): Angka korban tragedi kapal terbakar di luar pantai California meningkat kepada 25 orang apabila pasukan penyelam menemui 17 lagi mayat, kata media.*
*Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan lapan mangsa ditemui mati dan ramai yang masih hilang dalam tragedi pada awal pagi semalam itu.*

🇿🇦 *JOHANNESBURG: Polis menahan puluhan perusuh di ibu kota komersial Afrika Selatan, di sini, hari ini, selepas rusuhan dengan merompak beberapa kedai, membakar tayar kenderaan dan membuat halangan di persimpangan jalan.*
*Ia adalah rusuhan kedua yang meletus di bandar itu dalam seminggu.*
*Polis tidak menyatakan perkara yang mencetuskan keganasan itu, walaupun pengangguran mencapai 30 peratus, kemiskinan meluas dan jurang pendapatan dijadikan alasan sebagai punca terbaru gangguan dan serangan terhadap pendatang.*

🇬🇷 *MORIA: Pegawai Greek dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan kumpulan pertama ratusan pendatang dari pulau Lesbos, di sini, hari ini.*
*Kumpulan pertama seramai 635 warga Afghan di kem Moria dipindahkan awal pagi tadi ke utara Greece dengan menaiki bas polis di bawah pengawasan pekerja agensi pelarian PBB.*
*Pendatang berkenaan dibawa ke kapal Caldera Vista dari pelabuhan Thessaloniki di tanah besar Greece.*

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================

🚑 *AMBULANS yang melalui lorong kecemasan di rempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak di Gombak, semalam.*
*Kejadian 7.43 malam itu dirakam menerusi kamera ‘dashcam’ daripada kenderaan yang melalui jalan berkenaan.*
*Video berdurasi 15 saat yang turut tular di laman sosial itu mengundang kemarahan netizen.*

👦🏻 *POLIS mengesahkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian culik yang didakwa berlaku di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu semalam.*
*Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, setakat hari ini tiada laporan polis yang dibuat atau diterima pihaknya.*
*Menurutnya, hasil semakan di semua balai mendapati tiada kes culik dilaporkan berlaku di sekitar daerah ini.*
*Sejak semalam, satu rakaman video berdurasi 19 saat yang didakwa kes culik tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.*
*Menerusi rakaman itu, seorang budak lelaki dipercayai diambil oleh seorang lelaki yang kemudian membawa masuknya ke dalam sebuah kereta.*

📽 *(UPDATE) “VIDEO ‘culik’ yang tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp sejak semalam sebenarnya adalah rakaman untuk filem pendek,” kata Abdullah Aqili Romeli, 28.*
*Menurutnya, rakaman itu hanya lakonan untuk filem pendek yang dihasilkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Pulau Pinang di lokasi itu pada Jumaat lalu.*
*Katanya, kejadian itu bukan kejadian penculikan sebenar tetapi rakaman untuk pertandingan filem pendek yang dianjurkan Kementerian Penerangan Malaysia.*

🇲🇾 *“IDEA untuk memainkan lagu Negaraku di restoran sempena Hari Kemerdekaan Sabtu lalu adalah manifestasi rasa cinta saya kepada Malaysia,” kata Rina Abdullah.*
*Dia yang juga Pengarah Serai Group Sdn Bhd adalah individu yang bertanggungjawab di sebalik video nyanyian lagu Negaraku di restoran Jibby & Co yang tular di laman sosial sejak semalam.*
*Video nyanyian lagu Negaraku itu tular di laman sosial dan mendapat reaksi positif warganet yang kagum dengan usaha restoran itu yang mahu menyemat rasa cinta kepada negara menerusi cara berbeza.*

🎖 *NOVELIS terkemuka negara, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, 69, diumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-14.*
*Pengumuman dibuat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Putrajaya hari ini.*
*Dr Maszlee berkata, Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 21 September ini di Kuala Lumpur.*

📽 *MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan filem Tamil ‘Raatchasi’ menggambarkan dasar dan perubahan yang sedang digubal untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.*
*Beliau berkata, filem itu menterjemahkan aspirasi beliau antaranya inisiatif Program Sarapan Percuma yang juga ingin melihat guru boleh duduk makan sekali dengan anak murid.*
*Sejak kebelakangan ini, filem berdurasi dua jam 14 minit itu tular dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya netizen Melayu kerana tertarik dengan jalan ceritanya.*

👨🏻‍🎓 *“MAMA dan abah hanya mampu doakan Izzat berjaya,” kata Zubaidah Yusoff, 46, ibu kepada Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, yang kisahnya tular selepas membantu keluarga menjual petai untuk mengumpul duit bagi mendaftarkan diri sebagai penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.*
*Semalam, Muhammad Izzat mendaftarkan diri di universiti awam itu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan).*
*Sebelum itu, anak ketiga daripada 12 beradik itu melahirkan hasrat untuk menangguhkan pengajiannya berikutan berdepan dengan masalah kewangan.*

👴🏼 *RESPONDEN pelayar maya majoritinya setuju bahawa 60 tahun adalah umur bersara mandatori yang sesuai bagi rakyat Malaysia.*
*Keputusan itu diperoleh melalui hasil tinjauan pendapat dalam talian Facebook dan Twitter Harian Metro (HM) setakat jam 6 petang semalam.*
*Tinjauan pendapat menerusi akaun Facebook HM, seramai 27,000 responden (92 peratus) bersetuju dengan cadangan umur 60 tahun itu.*
*Selebihnya, 2,600 responden (lapan peratus) bersetuju umur 65 tahun adalah usia bersara mandatori yang sesuai.*

🎍 *BONSAI mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit antara tarikan dipamerkan pada penganjuran Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya Presint 1, di sini.*
*Bonsai yang dipamerkan terdiri daripada pelbagai spesies dan usia dengan paling lama dianggarkan kira-kira 90 tahun.*
*Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Induk Royal Floria Putrajaya 2019, Mustafa Kamal Ismail berkata, pelbagai kemudahan pengangkutan disediakan untuk pengunjung sepanjang sembilan hari penganjurannya bermula 31 Ogos hingga 8 September ini.*

📦 *MEXICO CITY: Seorang guru di sebuah sekolah tinggi di Mexico dikritik selepas memaksa pelajarnya memakai kotak di kepala ketika peperiksaan bagi mengelak mereka daripada meniru.*
*Luis Juarez Texis yang mengajar di Kolej Bachelors di Tlaxcala dituduh memalukan dan melanggar hak asasi pelajarnya selepas gambarnya mengawasi kumpulan pelajar yang memakai kotak di kepala menjadi tular.*
*Ibu bapa pelajar memuat naik gambar itu di media sosial dan menggesa jabatan pelajaran untuk memecat Texis.*

🚝 *Hong Kong: Rakaman tindakan polis Hong Kong membelasah orang ramai didakwa penunjuk perasaan dalam transit aliran ringan (MRT) dsini, menjadi tular dengan ada yang menganggap ia adalah keganasan polis terburuk sepanjang tiga bulan perhimpunan bantahan terhadap kerajaan.*
*Rakaman kejadian yang berlaku hujung minggu lalu, menunjukkan penumpang yang memakai topeng muka berada di atas lantai, berpelukan antara satu sama lain ketika polis menyerbu masuk ke dalam kereta api di Stesen Putera Edward.*


*ARENA* ⏱
========

⭐ *PENYERANG Colombia, Radamel Falcao menyertai kelab Turki, Galatasaray dari AS Monaco selama tiga tahun secara perpindahan percuma, umum kelab Turki itu awal pagi tadi selain menyatakan penyerang itu akan menerima gaji 5 juta euro (RM23 juta) setiap musim.*
*Falcao meninggalkan Atletico Madrid selepas dua musim pada 2013 untuk menyertai Monaco dengan rekod kelab 60 juta euro (RM277 juta).*

📝 *PEMAIN Arsenal, Henrikh Mkhitaryan dan Nikola Kalinic dari Atletico Madrid menyertai AS Roma secara pinjaman sejurus sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup, awal pagi tadi.*
*Dua pemain veteran itu menyertai Eden Dzeko, 33, yang menandatangani kontrak sambungan bulan lalu, di bahagian serangan Roma.*
*Roma menyatakan mereka mempunyai pilihan untuk membeli Kalinic, 33, pemain skuad Croatia yang layak ke final Piala Dunia 2018, dengan harga 9 juta euro (RM41.5 juta).*

🎾 *RAFAEL Nadal menganggap Tiger Woods sebagai “inspirasi menakjubkan” ketika pemain Sepanyol itu mendapat sokongan bintang golf ketika mempamerkan aksi bertenaga pada Terbuka AS, pagi tadi.*
*Juara 18 gelaran Grand Slam itu layak ke suku akhir kejohanan utama buat kali ke-40 dalam karier gemilangnya dengan kemenangan 6-3, 3-6, 6-1, 6-2 ke atas pemain Croatia, Marin Cilic.*
*Namun reaksi Woods, pemenang 15 gelaran utama golf, selepas Nadal meraih mata kemenangan lebih mencuri tumpuan ramai di Stadium Arthur Ashe.*

⚽ *AC Milan mengikat penyerang Croatia, Ante Rebic secara pinjaman dari Eintracht Frankfurt dengan pemain Portugal, Andre Silva berpindah ke kelab Jerman itu, menurut kelab Serie A itu awal pagi tadi.*
*Milan adalah kelab keenam buat Rebic, yang baru berusia 25 tahun, dan kelab ketiganya di Itali selepas beraksi dengan Fiorentina dan Verona sebelum ini.*

🎾 *NAOMI Osaka gagal mempertahankan mahkota kejuaraan dan dirampas kedudukan nombor satu dunia dengan kekalahan pada Terbuka AS pagi tadi, namun dia lebih tenang dengan kekecewaan itu selepas belajar banyak pengalaman berharga.*
*Pilihan ke-13 dari Switzerland, Belinda Bencic menewaskan Naomi 7-5, 6-4 pada aksi pusingan keempat di Flushing Meadows, mencetus rasa kurang gembira pemain bintang Jepun berusia 21 tahun itu yang bagaimanapun tampil lebih matang.*

🏍 *PELUANG keemasan diperolehi Adam Norrodin apabila diberi kepercayaan menggantikan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi pada Grand Prix (GP) San Marino 15 September ini.*
*Adam yang kini beraksi di Kejohanan Moto2 Eropah serta Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bukan asing dalam pentas Kejohanan Motosikal Dunia apabila pernah beraksi pada saingan Moto3 selama tiga musim bermula 2016.*

🧕🏻 *KERAJAAN negeri Terengganu sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet.*
*Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, garis panduan itu bukan sahaja melibatkan aspek pemakaian tetapi perkara lain seperti pergaulan.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 70
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Sep 19, 2019 9:57 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 1⃣8⃣💲E🅿TEⓂBE® 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣8⃣ ⓂUHARR🅰M 1⃣4⃣4⃣1⃣ HIJR🅰H*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*artikel disiarkan pada tarikh 17sept*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

🌺 1) *DUA beradik lelaki India didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan membunuh suami isteri yang disumbat di dalam bagasi di dua lokasi berasingan, bulan lalu. Kedua-dua tertuduh, Sagar Sharma, 24, dan Shubham Sharma, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam Bahasa Inggeris.*

🌺 2) *SATU kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya apabila Sri Aman mencapai bacaan 352 pagi ini.
Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 215. Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 6 pagi, lapan kawasan pula berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei : (148), Sibu (163), Bintulu (128), Mukah (138), Samalaju (114), Institut Latihan Perindustrian Miri (107) dan Miri (125)*

🌺 3) *KUALA LUMPUR: Gugusan pulau tidak berpenghuni di sepanjang Selat Melaka dan perairan Sabah dipercayai menjadi hentian sementara atau pit stop sindiket penyeludupan migran dari Indonesia dan Filipina sebelum memasuki Malaysia. Antara pulau yang menjadi pilihan sindiket itu adalah Pulau Udan, Pulau Lalang, Pulau Serimbun dan Pulau Hanyut di Selat Melaka manakala di perairan Johor pula Pulau Lima serta Pulau Banggi (Kudat) dan Turtle Island (Sandakan) di perairan Sabah.*

🌺 4) *KLUANG: “Dia hanya sempat memohon kebenaran untuk keluar makan tengah hari bersama rakan lama. Tidak sangka anak saya, Nursyauqina maut dalam kemalangan tidak lama kemudian,” kata Effendi Ariffin, 45. Dalam kejadian jam 2 petang semalam, Nursyauqina Effendi, 19, penuntut tahun akhir Kolej Vokasional Rembau di Negeri Sembilan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 82, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Sri Impian di sini.*

🌺 5) *SEPERTI tidak ambil peduli mereka diburu polis selepas insiden samun dan melepaskan tembakan sehingga seorang warga emas maut di Kangkar Tebrau, Jumaat lalu, dua suspek kes itu sekali lagi melakukan jenayah keesokannya. Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mereka menyamun lagi seorang lelaki yang mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Taman Molek.*

🌺 6) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM1.5 juta terhadap ahli perniagaan atas tuduhan bersubahat dengan perlakuan salah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menerima suapan wang RM1 juta daripadanya, enam tahun lalu. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Datuk Tan Eng Boon, 71, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan hari ini.*

🌺 7) *MALAYSIA membangkitkan semula soal program pengecualian visa buat rakyatnya yang ingin berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) dengan pihak berkuasa negara itu. Ini dilakukan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam pertemuan dengan Pemangku Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Kevin McAleenan.*

🌺 8) *FGV Holdings Bhd belum menerima sebarang laporan mengenai pembabitan anak syarikatnya dalam pembakaran terbuka di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di rantau ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Haris Fadzilah Hassan, selagi belum menerima data itu, pihaknya tidak boleh mengatakan (perbuatan) itu berlaku atau tidak.*

🌺 9) *PEMBENIHAN awan yang dirancang hari ini dan esok terpaksa ditangguhkan berikutan atmosfera kering dan ketiadaan awan berpotensi, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), Jailan Simon. Katanya, penangguhan itu sehingga waktu yang sesuai untuk melakukan proses berkenaan.*

🌺 10) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melelong 105 kenderaan pada 25 September ini membabitkan 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan satu lori. Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, semua kenderaan akan dilelong melalui lelongan awam itu dipamerkan untuk pemeriksaan awam selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat.*

🌺 11) *TIDAK tahan menanggung hutang anak hampir RM100,000 dipinjam daripada Ah Long, pasangan suami isteri yang juga peniaga terpaksa memutuskan hubungan keluarga bagi mengelak masalah berlarutan. Selain tidak sanggup menanggung beban hutang ditinggalkan, pasangan berkenaan terpaksa berbuat demikian selepas memikirkan keselamatan dua anak masih bersekolah dan tinggal bersama mereka.*

🌺 12) *“KETIKA itu mangsa cuba mengawal lalu-lintas untuk mengelak kesesakan tetapi secara tiba-tiba dirempuh bas ekspres menyebabkan dia jatuh,” kata saksi kemalangan membabitkan anggota polis di Kilometer 62 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pendang arah selatan, semalam. Dalam kejadian 11.10 malam itu, anggota polis terbabit, Sarjan Mohd Syahir Muhammad Noor, 28, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang cedera di muka akibat dilanggar bas ekspres dari arah belakang.*

🌺 13) *PASANGAN adik beradik antara enam anggota kumpulan kongsi gelap Geng 35 ditahan polis bersama 28 peket plastik berisi dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta dalam satu serbuan di Yan pada Ahad lalu. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di sebuah inap desa di daerah itu.*

🌺 14) *BERLAKU peningkatan 20 hingga 30 peratus pesakit berkaitan penyakit konjunktivitis (mata) di 42 hospital kerajaan seluruh negara akibat kesan jerebu teruk yang melanda negara. Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah berkata, peningkatan itu adalah keadaan biasa setiap kali musim jerebu melanda negara.*

🌺 15) *KERAJAAN negeri didakwa cuba menyembunyikan fakta sebenar berhubung ketiadaan bekalan air yang melanda Melaka ketika ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron berkata, ia adalah kerana krisis air yang berlaku sejak 8 September lalu ini sebenarnya adalah yang terburuk dalam sejarah pengurusan air negeri.*

🌺 16) *“SEJAK 25 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama rumah saya terputus paip bekalan air bersih selama lebih seminggu sejak 8 September lalu,” kata penduduk Kampung Bukit Tempayan, Melaka, Hazmi Bakar. Pesara tentera berusia 53 tahun itu berkata, dia sudah letih terpaksa menghubungi talian hotline Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) setiap hari sejak lebih seminggu lalu tetapi menerima jawapan sama.*

🌺 17) *TINDAKAN tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka, sepanjang musim jerebu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, setakat ini, tiada sebarang notis atau kompaun dikeluarkan kepada peniaga.*

🌺 18) *KERAJAAN melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meluaskan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) ke JPJ Perak bagi nombor pendaftaran kenderaan siri ‘ALL’ bermula Khamis ini. Siri yang bakal menjadi tarikan ramai untuk dibida itu akan dibuka selama lima hari berakhir jam 11.59 malam 23 September sebelum keputusannya diumumkan dalam tempoh 24 jam.*

🌺 19) *JIKA dua bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan kemunculan dua harimau spesies Malaya di Kampung Besul Lama dekat Bukit Besi di Dungun, kini harimau kumbang pula dilihat berlegar-legar tidak jauh dari kawasan yang sama. Harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Besul Lama, sejak dua minggu lalu.*

🌺 20) *KERAJAAN masih mencari penyelesaian bagi Malaysia Airlines Bhd yang berdepan masalah, yang majoritinya milik Khazanah Nasional Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Ia bukan mudah… kami telah berbuat banyak. Kerajaan terdahulu memberikan mereka RM6 bilion dan memecat 6,000 orang, dan selain itu, mengurangkan jumlah penerbangan.*

🌺 21) *PENGELUARAN i-Kad bagi pekerja asing digantung sementara waktu sejak 17 Julai lalu disebabkan isu teknikal. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, berikutan itu pekerja asing dikehendaki membawa pasport mereka buat masa ini.*

🌺 22) *PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memberikan fokus kepada penyampaian maklumat kepenggunaan dengan cara yang lebih berkesan dalam usaha mengekang aktiviti penipuan di negara ini. Menerusi perubahan struktur pengurusannya, ia turut membabitkan pendidikan kepenggunaan menggunakan kaedah terkini bagi memastikan nasib pengguna terus dibela.*

🌺 23) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini diberitahu bahawa projek penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah projek ‘bayi’ Datuk Seri Najib Razak. Saksi yang juga bekas pegawai khas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding bicara kes skandal 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri.*

🌺 24) *AKTIVITI riadah tiga beradik mandi di sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Bengkoka, Kampung Dandun Pusat, dekat Pitas, semalam. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, Kasnil Saak, 19, masih belum ditemui. Menurut seorang ahli keluarga, Jatiah Majinin, 30, dia difahamkan, tiga beradik itu mandi di sungai berkenaan, namun seorang daripada mereka tiba-tiba hilang.*

🌺 25) *OPERASI Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat di Sarawak pada atau selepas 19 September, tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca dan awan, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). NADMA yang memantau keadaan jerebu di Sarawak dan negeri-negeri lain juga dalam kenyataan hari ini berkata, Darurat Bencana Jerebu hanya dibuat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.*

🌺 26) *KERTAS siasatan kes lelaki membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh, 4 September lalu, diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar. “Ia (kertas siasatan) akan dirujuk kepada TPR untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.*

🌺 27) *TAHAP kualiti udara di Sri Aman, Sarawak terus merosot apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dicatatkan pada 367, iaitu tahap berbahaya, setakat 11 pagi ini. Ia berbanding bacaan 365 pada jam 8 pagi tadi. Keadaan ini menyaksikan 97 sekolah di Sri Aman, ditutup hari ini.*

🌺 28) *POLIS memburu lelaki Myanmar dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan rakan senegara yang ditemui di pelantar ikan dekat Jalan Hujung Pasir, Pantai Remis, Ahad lalu. Mayat warga asing itu ditemui orang awam pada 3.10 pagi dalam keadaan terlentang, berlumuran darah dan parah di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.*

🌺 29) *HARAPAN seorang ibu ingin melihat anak lelakinya berjaya dalam ilmu pengajian Islam dan al-Quran musnah selepas anaknya menjadi mangsa liwat beberapa pelajar di sebuah pusat tahfiz di Beserah, dekat Kuantan, sejak beberapa bulan lalu. Kejadian diketahui ibu mangsa selepas menyedari kelakuan anaknya yang berusia 11 tahun mula berubah.*

🌺 30) *SEJUMLAH 298 sekolah dengan 97 daripadanya berada di Sri Aman, ditutup hari ini, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan melebihi 200. Sekolah di Sri Aman paling teruk terjejas hari ini selepas kawasan itu mencatatkan bacaan berbahaya, 365, jam 8 pagi tadi. Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri berkata, penutupan berkenaan merangkumi 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah.*

🌺 31) *TUJUH lagi sekolah di Selangor diarah tutup, hari ini, berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan tidak sihat serta sangat tidak sihat. Penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 145 sekolah yang diarah tutup di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana dan Klang.*

🌺 32) *SEMUA sekolah di Port Dickson diarah tutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan sangat tidak sihat, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan IPU jam 6 pagi tadi.*

🌺 33) *ALOR GAJAH: “Lima minit selepas masuk ke dalam chalet, saya terdengar bunyi rekahan lantai disusuli dengan gegaran agak kuat. “Saya mengarahkan isteri, Aisyah Dollah, 41, dan tiga anak berusia antara 12 hingga 20 tahun segera keluar dari chalet kerana bimbang keselamatan mereka,” kata Azizan Mat Ali, 42. Dia berkata, demikian ketika menceritakan kejadian kaki lima chalet didiami bersama keluarga di Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, runtuh kesan akibat hakisan jam 10 malam kelmarin.*

🌺 34) *SIMPANG RENGGAM: Semakin kritikal dan membimbangkan. Itu keadaan paras air di Empangan Machap dan air di Sungai Benut yang semakin surut. Situasi itu dipercayai punca utama Bekalan Air Berjadual (BAB) terpaksa diteruskan sepanjang 36 jam bagi Zon A dan Zon B, di sini. Proses BAB akan dilaksanakan sehingga keadaan air di dua punca utama itu kembali normal dan boleh menampung secara maksimum bekalan air kepada 149,550 pengguna.*

🌺 35) *LAMAN Web Global Forest Watch Fires mendedahkan terdapat 31,367 kebakaran berlaku di Indonesia yang direkodkan dari 8 hingga 15 September lalu. Data terbabit diperolehi daripada Maklumat Kebakaran Untuk Sistem Pengurusan Sumber (FIRMS) Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi pengesanan satelit MODIS dan VIIRS. Data itu turut menunjukkan 369 kebakaran berlaku dalam Malaysia.*

🌺 36) *KAWASAN belukar seluas 2.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih terbakar dipercayai akibat tindakan tidak bertanggungjawab pendaki yang melakukan aktiviti di lokasi itu hari ini. Dalam kejadian 4.30 petang itu, 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semenyih dan Bangi dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.*

🌺 37) *PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 4 menahan lima warga Bangladesh yang mendarat di kawasan paya bakau di Pantai Kelanang, Banting hari ini. Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung berhubung pendaratan pendatang asing tanpa izin itu.*

🌺 38) *LELAKI berusia 30-an ditahan hari ini selepas disyaki individu bertanggungjawab melempar cat ke arah dua masjid di Taman Daya, Johor Bahru awal Januari lalu dan semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, lelaki yang tidak bekerja itu ditahan 3.17 pagi tadi di sebuah taman perumahan berhampiran Taman Daya di sini.*

🌺 39) *SARAWAK akan sentiasa berada dalam Malaysia, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. Beliau berkata, jika terdapat masalah ia dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit. “Biarpun kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berada di platform politik berlainan, saya yakin dan percaya perkara itu tidak akan menghalang kerjasama kami.*

🌺 40) *DUA beradik lelaki berusia 10 dan 11 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Tumpat. Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dua beradik itu dibuat di rumah mereka tengah hari semalam dan ditahan reman dua hari bermula hari ini.*


*SEJAGAT* 🌍
==========

🇮🇩 *KUPANG, INDONESIA: Seorang ibu tergamak menyembelih dua anak kembarnya yang berusia lima tahun semata-mata terlalu kecewa dengan suaminya enggan memberi wang untuk membeli tuala wanita.*
*Selepas membunuh dua anak kembarnya, Dewi Regina Ano cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya dengan menggunakan parang.*
*Kompas. com melaporkan, Dewi, 24, ditemui tidak sedarkan diri bersama mayat dua anaknya, Angga Masus dan Angkri Masus di sebuah bilik pekerja hotel di Oesapa Barat pada 5 September lalu.*

🇵🇭 *MANILA: Seramai 15 mangsa, termasuk kanak-kanak terbunuh apabila trak yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di selatan Filipina hari ini.*
*Menurut polis, kenderaan terbabit membawa kira-kira 30 penumpang dari kawasan pantai sebelum hilang kawalan ketika berada di bandar T’boli.*
*”Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari saksi, trak itu gagal dikawal akibat masalah brek.*

🇺🇸 *TEXAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dipercayai menembak adiknya yang berusia 4 tahun hingga mati ketika ibu mereka sedang tidur, dalam kejadian di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat kelmarin.*
*ABC News yang memetik polis berkata, mereka menerima laporan awal bahawa mangsa ditembak oleh salah seorang adik beradiknya sebelum dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia.*
*Menurut pihak berkuasa, mangsa dikenal pasti sebagai Truth Albright.*

🇹🇭 *BANGKOK: Lebih separuh daripada 147 harimau yang diselamatkan dari kuil Buddha yang mencetuskan kontroversi di Thailand kira-kira tahun lalu, dilaporkan mati, kata pihak berkuasa.*
*BBC melaporkan, sebanyak 86 ekor haiwan itu mati sejak dipindahkan dari kuil Wat Pha Luang Ta Bua yang terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong, Tiger Temple pada 2016.*
*Pihak Jabatan Taman Negara Thailand berkata, kebanyakannya mati akibat virus yang melemahkan haiwan terbabit akibat tekanan dialami selepas dipindahkan.*

🇭🇰 *HONG KONG: Tren penumpang dilaporkan tergelincir ketika waktu sibuk di Hong Kong hari ini hingga menyebabkan lapan orang cedera, kata pihak berkuasa.*
*AFP melaporkan, tiga gerabak tren itu terkeluar dari landasan berhampiran Stesen Hung Hom di Kowloon dan penumpang terpaksa keluar menerusi pintu yang dipecahkan.*
*Pihak berkuasa berkata, kira-kira 500 penumpang dikeluarkan dari tren dan lapan daripada mereka mengalami kecederaan sebaik tiba di stesen.*

🇮🇩 *JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan mati akibat jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia.*
*Straits Times yang memetik Kompas melaporkan, bayi kepada pasangan petani di kampung Talang Bulu, wilayah Banyuasin itu meninggal dunia kelmarin di Hospital Ar-Rashid, Palembang.*
*Dia dikatakan mengalami masalah pernafasan teruk sebelum dikejarkan ke hospital.*

🇳🇴 *OSLO: Seorang remaja terkejut apabila menemui spesies ikan pelik bermata besar kelihatan seperti makhluk asing yang ditangkap ketika memancing di luar pantai Andoya, Norway.*
*Daily Mail melaporkan, Oscar Lundahl, 19, ingin menangkap ikan halibut biru sebelum mata kailnya tersangkut pada ikan misteri itu ketika memancing pada kedalaman kira-kira 792 meter.*
*Menurut Lundahl, dia dapat merasakan tangkapan itu terlalu besar dan mengambil masa selama 30 minit untuk menarik ikan terbabit.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Kebimbangan kini tercetus kemungkinan berlaku perang antara Iran dengan Amerika Syarikat dan sekutunya selepas Presiden Donald Trump berkata, tenteranya kini sudah bersedia untuk bertindak selepas Iran menegaskan ia bersedia menghadapi perang penuh.*
*Kenyataan kedua-dua pihak itu dibuat selepas serangan terhadap kemudahan minyak Arab Saudi menyasar loji penapis di Abqaiq dan telaga minyak Kuraish.*
*Semalam, Trump melalui Twitter berkata, ‘ada alasan kukuh’ Rumah Putih tahu siapa melakukan serangan itu dan tentera Amerika kini bersedia untuk bertindak.*

🇮🇩 *JAKARTA: Sebanyak 23 penerbangan pesawat milik Lion Group terpaksa dilencongkan ke Balikpapan susulan jerebu teruk di Lapangan Terbang APT Pranoto, Samarinda, Kalimantan Timur, semalam.*
*Kompas melaporkan, jarak penglihatan yang hanya sejauh 200 meter menyebabkan syarikat terbabit mengalihkan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan.*
*Ia membabitkan penerbangan pesawat Lion Air, Wings Air dan Batik Air yang berlepas dari dan menuju Balikpapan, Surabaya, Yogjakarta, Denpasar dan Tangerang.*

🇹🇭 *SONGKHLA: Seorang lelaki warga Malaysia maut selepas ditikam oleh seorang pengawal keselamatan dalam pergaduhan di Sadao, Songkhla, selatan Thailand awal pagi semalam.*
*Kejadian berlaku pukul 2 pagi (waktu tempatan) apabila lelaki berusia 46 tahun dari Pulau Pinang itu bergaduh dengan pengawal keselamatan di sebuah apartmen.*
*Penyiasat Polis Sadao, Kapten Pairote Wongtawin berkata, suspek berusia 46 tahun itu mendakwa mangsa cuba memasuki apartmen tanpa kad akses.*

🇲🇲 *YANGON: Baki penduduk Islam Rohingya di Myanmar masih berdepan risiko pembunuhan beramai-ramai, kata penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.*
*Pasukan penyiasat khas itu juga memberi amaran bahawa penghantaran pulang sejuta pelarian Rohingya di luar negara masih mustahil.*
*Dalam laporan mengejutkan itu, pasukan PBB berkata, 600,000 etnik Rohingya yang masih menetap di negeri Rakhine, Myanmar berada dalam keadaan teruk.*

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================

🎻 *“GEMENTAR memandangkan itu pertama kali saya bermain biola dalam pesawat tetapi gembira kerana diberi peluang menghiburkan penumpang,” kata Naqib Naimullah Zairul Nizam, 20.*
*Naqib Naimullah dan dua rakan yang juga kembar, Mohammad Nadzmi serta Mohammad Nadzri, 20, mencuri perhatian warganet selepas video mereka bermain biola di dalam pesawat dimuat naik di Twitter kelmarin.*
*Menerusi rakaman video tular berdurasi 45 saat itu, Naqib Naimullah menunjukkan kebolehan bermain biola dengan irama lagu Bujang Lapok dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee secara spontan di hadapan penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.*

🚖 *“SAYA bersyukur kerana dipertemukan dengan uncle (pak cik) itu ketika dalam kesusahan dan berharap dapat membalas jasanya satu hari nanti,” luah Siti Nur Hanini Kamarudinn, 19.*
*Siti Nur Hanini adalah penuntut semester pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor yang menarik perhatian warganet selepas berkongsi pengalamannya dibantu pemandu MyCar berbangsa Cina bernama Yew Ah Tat.*
*Gadis berasal dari Pengkalan Hulu, Perak itu berkongsi pengalaman itu dengan memuat naik ciapan di Twitter miliknya yang sehingga kini mendapat lebih 8,500 tanda suka dan 11,700 ulang ciap oleh warganet.*

💍 *KUALA LUMPUR: “Walaupun berada di pangkalan udara berasingan namun pesawat tempur F/A-18D Hornet dan MiG-29N menyatukan cinta kami,” kata Jurusensor Senjata Pesawat, Mejar S Thayala Kumar Ravi Varman, 40.*
*Thayala mendirikan rumah tangga bersama juruterbang wanita pertama di Asia mengemudi pesawat pejuang MiG-29N, Mejar Patricia Yapp Syau Yin.*
*Menceritakan hubungan mereka walaupun berlainan bangsa, Thayala berkata, dia mengenali isterinya ketika menyertai latihan di Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Star, Kedah pada 1997.*

🐼 *BANGKOK: Seekor beruang panda jantan yang dipinjamkan China kepada Thailand mati pada usia 19 tahun di sebuah zoo di Chiang Mai, selatan negara itu hari ini.*
*Panda yang dinamakan Chuang Chuang dan beruang betina, Lin Hui dipinjamkan ke Zoo Chiang Mai pada Oktober 2003 serta ditempatkan dalam kandang berhawa dingin.*
*Berita kematian Chuang Chuang menyebabkan ramai rakyat Thailand terkejut dan melahirkan kesedihan mereka di media sosial.*
*”Ia sangat comel. Berehatlah beruang kecil,” kata pengguna Twitter, @Janekwb.*

🔫 *RIYADH: Seorang lelaki ditahan polis selepas satu rakaman video menunjukkan dia melepaskan tembakan di udara sebelum memasukkan muncung pistol ke dalam mulut bayi.*
*Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu memegang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan sebelah lagi tangannya memegang sepucuk pistol.*
*Lelaki itu kemudiannya melepaskan tiga das tembakan ke udara sebagai meraikan kelahiran bayi berkenaan.*


*ARENA* ⏱
========

🏆 *KUNJUNGAN Real Madrid ke ibu kota Perancis bagi memulakan kempen Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain mengembalikan semula memori duka buat skuad skuad rumah.*
*Ketika kedua-dua kelab bertembung dua musim lalu, PSG beraksi tanpa Neymar yang mengalami kecederaan disingkirkan pada saingan 16 terakhir.*
*Kekalahan itu salah satu daripada tiga penyingkiran berturut-berturut pada pusingan pertama buat PSG yang gagal menyinar di Eropah di sebalik pelaburan besar oleh pemilik kelab dari Qatar.*

⚽ *JUVENTUS yang beraksi tanpa kendalian Maurizio Sarri hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Fiorentina Ahad lalu dan ia bukanlah keputusan diharapkan menjelang kunjungan ke Sepanyol dalam kempen Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.*
*Juara Itali 35 kali itu melantik Sarri bagi menamatkan kemarau trofi Eropah menerusi gaya bola sepak berbeza selain berbelanja besar mendapatkan pemenang lima Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid musim lalu.*
*Minggu pertama Sarri dibayangi radang paru-paru dan skuadnya berdepan tugas getir dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.*

🦁 *FRANK Lampard berkata dia tidak terdesak menurunkan pemain muda Tammy Abraham susulan hukuman larangan perpindahan pemain dikenakan ke atas Chelsea.*
*Abraham yang dijangka tampil kali pertama dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana.*
*Abraham, 21, meledak hatrik ketika membelasah Wolves Sabtu lalu untuk jaringan ketujuhnya musim ini sekali gus amaran buat Valencia yang bakal berkunjung ke Stamford Bridge.*

🐔 *JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp menganggap Manchester City pasukan terbaik dunia walaupun juara Liga Perdana itu masih belum menjulang trofi kejohanan utama Eropah.*
*Ketika pasukannya bersiap sedia memulakan misi mempertahankan trofi Liga Juara-Juara menentang Napoli dalam aksi Kumpulan E awal pagi esok, pengendali dari Jerman itu menolak tanggapan mereka dilabel pasukan pilihan menjulang kejuaraan sekali lagi.*

🙌🏻 *DAVID de Gea menandatangani kontrak jangka panjang dengan Manchester United, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.*
*Penjaga gol berusia 28 tahun itu yang sekian lama dikaitkan dengan kepulangannya ke Sepanyol bersama Real Madrid atas beberapa sebab, menandatangani kontrak baharu selama empat tahun.*

🏃🏾‍♂ *ATLET pecut pilihan, Christian Coleman dan Noah Lyles serta pemegang rekod dunia 400 meter berpagar wanita, Dalilah Muhammad mengetuai cabaran kontinjen Amerika Syarikat menghadapi Kejohanan Olahraga Dunia bulan ini, menurut pengumuman Trek dan Padang AS.*
*Pasukan berbakat itu mengandungi lapan juara bertahan dan 13 pemenang pingat emas Olimpik Rio.*
*Naib juara dunia acara 100 meter, Coleman muncul pelumba pilihan meraih emas kali ini dengan Noah - juara 100 dan 200m Liga Berlian menjadi pilihan acara 200m di kejohanan berlangsung pada 27 September hingga 6 Oktober depan di Doha.*

🏸 *HASRAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mengekalkan rekod bersih ketika bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long tidak kesampaian apabila dia tumpas pada pusingan pertama Terbuka China hari ini.*
*Selepas cemerlang mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia pada Terbuka Indonesia Julai lalu, Zii Jia terpaksa akur kali ini apabila tumpas 16-21, 21-12, 21-23 di Pusat Sukan Olimpik, Beijing.*
*Menurut pemain dari Kedah itu, bukan mudah untuk mengulangi pencapaian menumpaskan pemain 10 terbaik dunia.*

🦅 *HASRAT Kedah untuk mengungguli Kumpulan A saingan Piala Malaysia menjadi kenyataan apabila membenam Negeri Sembilan 4-2 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.*
*Kemenangan itu menyaksikan Kedah muncul juara kumpulan dengan 13 mata, diikuti Terengganu FC 12 mata. Mereka akan berdepan naib juara Kumpulan B pada suku akhir.*

🐅 *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod bersih dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.*
*JDT yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara Kumpulan B dikejutkan dengan jaringan pembukaan UiTM menerusi Zulkifli Zakaria pada minit ke-38.*

🐯 *PENGENDALI skuad remaja negara, P Maniam tidak mahu pemain mudanya leka dibuai kejayaan menjulang Kejuaraan B-15 AFF apabila turun pada aksi pembukaan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 menentang Kemboja di Stadium Nasional, Vientiane, Laos, malam esok.*
*Menurut Maniam, kejayaan di Chonburi, Thailand bulan lalu perlu dilupakan seketika dengan aksi kelayakan AFC menjadi keutamaan pasukan yang menyasarkan tempat ke pusingan akhir tahun depan.*

🏑 *KUALA LUMPUR: Satu ketika dulu, skuad hoki negara cukup dikenali dengan penampilan pemain berbilang kaum sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai duta kepada gambaran sebenar keharmonian kehidupan di Malaysia.*
*Nama-nama seperti Sarjit Singh, Maninderjit Singh, S Kuhan, mendiang Chua Boon Huat, Lam Mun Fatt dan S Selvaraju adalah sekadar beberapa nama yang pernah menabur bakti bersama Malaysian Tigers dan cukup dikenali.*
*Namun, selang beberapa tahun, keadaan tidak lagi sama, sekali gus menimbulkan persoalan adakah kaum lain selain Melayu sudah tidak lagi berminat untuk bermain hoki satu-satunya sukan berpasukan di Malaysia yang mampu bersaing di pentas dunia.*

🧕🏻 *PERUNCIT barangan sukan terkemuka, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) secara rasmi memperkenalkan hijab sukan pertamanya menerusi jenama syarikat itu, AL Sports bagi atlet dan wanita muslimah di negara ini.*
*Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vach Pillutla berkata, hijab yang dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama antarabangsa menampilkan beberapa ciri khas terutama teknologi mudah kering.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”