Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Ikasnow » Sat May 04, 2019 11:39 am

Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm
Matasepet wrote:
Wed May 01, 2019 3:18 pm


Macam ii sukan lah..softball, bola baling,besball, macam ii lah😂

ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌

Amin , kalau boleh semoga Adam jadi atlet malaysia 😂
💚iqa💚

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1627
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Matasepet » Wed Jun 12, 2019 11:44 pm

Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm
Matasepet wrote:
Wed May 01, 2019 3:18 pm


Macam ii sukan lah..softball, bola baling,besball, macam ii lah😂

ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3886
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Thu Jun 13, 2019 12:32 am

Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm
Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm
Ikasnow wrote:
Wed May 01, 2019 3:33 pm



ouh hang masuk ke semua tu ?


Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
❤️ara 🐼

Matasepet
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Negeri Selangor, Malaysia
Posts in topic: 6
Posts: 1627
Joined: Thu Nov 22, 2018 11:25 am
Mood:
Has thanked: 7 times
Gender:

Re: Ringkasan Berita

Post by Matasepet » Sat Jun 15, 2019 9:33 am

Nursahirah74 wrote:
Thu Jun 13, 2019 12:32 am
Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm
Nursahirah74 wrote:
Fri May 03, 2019 11:14 pm




Saya fahm smua tu insyaallah dia bakal akn msuk 😌😌
Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
Stamina memang kene ade..kalau tk de tk stamina tk bole lah nak masuk🙂
EVOS(Zxuan) 8-) :ugeek:

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3886
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Sat Jun 15, 2019 11:57 am

Matasepet wrote:
Sat Jun 15, 2019 9:33 am
Nursahirah74 wrote:
Thu Jun 13, 2019 12:32 am
Matasepet wrote:
Wed Jun 12, 2019 11:44 pm


Aku tak masuk sukan tuh..tapi Aku minat ngn sukan tuh🙂

ouhh ...bgus laa stamina kena ada
Stamina memang kene ade..kalau tk de tk stamina tk bole lah nak masuk🙂

Yeah btul tu stamina kena bina :D
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Fri Jul 19, 2019 12:55 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*JUⓂAAT 1⃣9⃣ JUL🅰ℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣6⃣ ZULK🅰EDA#⃣ 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*artikel disiarkan pada tarikh 18julai*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

🌺 1) *PENGGUNAAN anjing pengesan untuk memeriksa bagasi dan penumpang feri berjaya mengekang kemasukan dadah menerusi feri penumpang ke Langkawi hingga ke tahap sifar sejak seminggu lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, berikutan itu pihaknya bercadang memperluaskan kaedah berkenaan ke kawasan di utara Langkawi yang mana kedudukannya lebih dekat dengan sempadan negara.*

🌺 2) *SERAMAI 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi yang mengalami keracunan selepas terhidu racun serangga pagi hari ini dirujuk ke Klinik Kesihatan Linggi dan Hospital Port Dickson (HPD) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, 12 daripada mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Linggi dan bakinya dirujuk ke HPD.*

🌺 3) *PEMILIK butik mengaku tidak bersalah atas 17 pertuduhan menipu pakej umrah dan menyalahgunakan wang bayaran pakej itu membabitkan kerugian RM393,000 di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. Tertuduh, Noraini Abu Bakar, 33, membuat pengakuan itu sebaik semua kertas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.*

🌺 4) *BUKAN saja ditahan kerana menyimpan beberapa tong gas cecair petroleum (LPG) secara haram, seorang lelaki juga bakal berdepan hukuman mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 kerana cuba menyogok pasukan keselamatan. Dalam kejadian di Tebedu, Serian 12.45 tengah hari semalam, lelaki berusia 31 tahun itu cuba memberi suapan RM4,000 kepada sepasukan anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak yang menahannya.*

🌺 5) *FUNGSI tugas dan tanggungjawab Setiausaha Politik kepada menteri akan diperinci secara lebih jelas oleh Kabinet, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), hari ini.*

🌺 6) *SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan sengaja mencederakan dengan niat mendatangkan kematian ke atas seorang buruh, dua tahun lalu. Baxter Kisar, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.*

🌺 7) *PERAIRAN Selat Melaka kekal selamat untuk aktiviti perkapalan termasuk sebagai laluan perdagangan antarabangsa. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak terkesan dengan isu keselamatan cuba dibangkitkan mengenai Selat Melaka.*

🌺 8) *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, boleh disediakan dalam tempoh dua tahun lagi, sekali gus mampu diaplikasi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata, pelaksanaan pendaftaran automatik warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun susulan Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu, merupakan cabaran utama yang cukup besar, namun beliau komited SPR mampu menggalas tanggungjawab tersebut sebaiknya.*

🌺 9) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, melancarkan aplikasi telefon pintar generasi kedua dikenali Respons Rakyat (RR 2.0) untuk orang awam membuat aduan dan maklum balas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan awam. Aplikasi itu dibangunkan Biro Pengaduan Awam (BPA), Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menggantikan Rakyat Responz (RR 1.0) yang diwujudkan Mei 2016.*

🌺 10) *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di 1,001 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah rawatan, pengesanan awal dan pencegahan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah aktiviti promosi, pengesanan awal dan pengurusan kes berkaitan cubaan bunuh diri.*

🌺 11) *“SAYA tak perlu fikir semua ini, saya ada banyak benda lain nak (hendak) fikir,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan di Putrajaya, hari ini mengenai isu dalaman membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat masa ini. Ditanya samada isu dalaman itu satu liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada media untuk membuat penilaian sendiri.*

🌺 12) *SINDIKET judi dalam talian antarabangsa dikenali kumpulan Apang didalangi warga China tumpas selepas polis menyerbu sebuah premis di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, Kuala Lumpur, Isnin lalu. Sindiket terbabit dikesan menjadikan Malaysia sebagai hub menjalankan kegiatan perjudian itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di China.*

🌺 13) *SINDIKET ceti haram atau along yang menggunakan modus operandi secara atas talian didapati semakin berani menyimbah cat, merantai pagar rumah peminjam dan menampal nota pada dinding rumah. Tindakan itu dilakukan sindiket yang beroperasi sekitar Perak, Selangor dan beberapa negeri lain sekiranya peminjam gagal membayar hutang dengan kadar faedah dikenakan sebanyak 10 hingga 15 peratus.*

🌺 14) *KETUA Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan wujudnya campur tangan mana-mana pihak berhubung siasatan rakaman video seks sejenis membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Malah, beliau berkata, siasatan dijalankan pasukan khas yang ditubuhkan dibawah Jabatan Siastan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).*

🌺 15) *KERAJAAN mengesahkan 12 dron ScanEagle yang diterima dari Amerika Syarikat (AS) sudah dinilai dan selamat untuk digunakan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, penilaian itu dilakukan Kementerian Pertahanan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).*

🌺 16) *DUA premis di Jalan Gambut, Kuantan berselindung di sebalik pusat hiburan dan karaoke eksklusif sejak dua tahun lalu, sedangkan aktif menawar khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO).
Kegiatan haram itu terbongkar hasil serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 1 pagi hari ini.*

🌺 17) *SETIAP aduan atau rungutan jemaah haji dalam apa jua pemasalahan akan cuba diselesaikan segera oleh Pusat Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji (TH). Pengarah Operasi Haji Makkah Datuk Ahmad Sohaimi Abdul Rahim berkata, pusat itu adalah barisan hadapan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah.*

🌺 18) *SELEPAS direman atas tuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, suspek ‘Mie Tomoi’ direman lagi tujuh hari bermula hari ini atas tuduhan mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan dengan parang pada September tahun lalu. Perintah penahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah hari ini.*

🌺 19) *JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menerima 111,142 permohonan kewarganegaraan bermula 2013 hingga 2018. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, daripada jumlah itu, 26,222 permohonan ditolak dan 6,371 lagi dibatalkan. Katanya, baki sebanyak 54,222 permohonan pula masih dalam proses, sementara 24,327 permohonan sudah diluluskan.*

🌺 20) *LIMA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban, hari ini, atas tuduhan menghalang tugas anggota polis ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, April lalu. Tertuduh S Vigane Swaren, 52; S Mangaswaran, 37; S Sivakumar, 37; M Arun, 25, dan A Yeohvan Louis, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.*

🌺 21) *LELAKI warga emas yang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa bermalam di penjara selepas Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, tidak membenarkan dia dibebas dengan jaminan. Hakim Junaidah Mohd Isa membuat keputusan tidak membenarkan ikat jamin terhadap V Subramaniam, 65, selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan.*

🌺 22) *BAGI mereka yang mengalami kemurungan atau mungkin terfikir untuk membunuh diri, Sneham Malaysia Welfare Association melancarkan satu talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi kaunseling dan sokongan emosi. Talian bantuan bebas tol itu beroperasi setiap hari bermula 4 petang hingga 8 malam.*

🌺 23) *SERAMAI 27 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, supaya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan. Mereka berpendirian tegas bahawa kenyataan berkenaan tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.*

🌺 24) *LANDASAN kereta api tunggal antara Rawang dan Kuang masih dalam proses baik pulih selepas lapan gerabak tren kargo muatan simen tergelincir berhampiran Stesen Rawang, semalam. Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahmad `Asri Khalbi berkata, ketika ini proses membaik pulih landasan masih berjalan.*

🌺 25) *REMAJA lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 1680 kilogram (kg) minyak masak dan gula di Kuala Sungai Logpond, Tawau. Dia yang berusia 18 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika mengendalikan bot jongkong pada 5.30 petang kelmarin.*

🌺 26) *PEMANSUHAN hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati di bawah undang-undang dimansuhkan sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata sebaliknya, kerajaan mencadangkan agar hakim diberi budi bicara yang lebih meluas dalam menjatuhkan hukuman selain hukuman mati iaitu penjara seumur hidup atau dipenjarakan bagi tempoh tertentu berdasarkan fakta kes.*

🌺 27) *MANJUNG: Sebuah ladang sawit di Sitiawan, dikesan menjadi lokasi pengedaran dan penagihan dadah sejak dua minggu lalu diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak, kelmarin. Lokasi berkenaan ibarat pasar yang menjadi tumpuan penagih dengan motosikal berulang-alik termasuk menjadi ‘teksi’ untuk membawa penagih mendapatkan bekalan serta melepaskan gian di kawasan berkenaan.*

🌺 28) *IPOH: Beroperasi di premis terpencil dengan keadaan tempat pembungkusan yang uzur menjadi taktik syarikat membungkus dan mengedar baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan di sini. Bagaimanapun, taktik premis dipercayai beroperasi selama enam bulan itu gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak.*

🌺 29) *‘PERBALAHAN’ antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai lumrah dalam parti politik dan hanya dianggap sebagai satu perbezaan pendapat. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbezaan pandangan itu turut dirasakan hanya satu situasi yang berlaku dalam mana-mana parti dan masih boleh diuruskan parti itu sendiri.*

🌺 30) *TIGA beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman disewa mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Senor, Meranti, Pasir Mas, hari ini. Kejadian pada 5.45 petang itu tidak membabitkan kecederaan kerana tiga beranak berkenaan tiada di rumah.*

🌺 31) *KETUA Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen. Bagaimanapun, beliau memaklumkan CyberSecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.*

🌺 32) *KECERDASAN buatan (AI) diyakini boleh memberikan ekosistem yang positif dalam pelbagai bidang sekiranya ia digunakan secara maksimum tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, AI kini adalah teknologi yang semakin diperlukan dalam pelbagai urusan, selain terbukti memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penggunanya.*

🌺 33) *“WALAUPUN mengalami kerugian sebanyak RM300,000 apabila 320 kambing untuk Hari Raya Aidiladha dilarikan, kelmarin, saya bersyukur keselamatan dan nyawa pekerja ladang selamat,” kata pengusaha ladang kambing Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty, 51. Osman berkata, ladang ternakannya di PTD 6785, Seelong, Senai, disamun penjenayah, 10.30 malam kelmarin ketika dua pekerjanya bersiap untuk makan malam selepas sibuk menguruskan ladang berkenaan.*

🌺 34) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah mengenal pasti tiga kilang di Pasir Gudang yang disyaki beroperasi secara haram dan tindakan undang-undang akan diambil segera. Pengarah JAS Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, tiga kilang berkenaan dikesan hasil operasi bersepadu JAS bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) serta agensi berkaitan.*

🌺 35) *JURURAWAT maut manakala suaminya parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 415.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Ajil-Telemong di Kuala Berang, hari ini. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, mangsa, Zahratul Ardiah Ismail, 34, yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

🌺 36) *KUCING diberi nama Bulat yang berusia kira-kira dua tahun, kelihatan ‘gembira’ apabila diselamatkan selepas kepalanya terperangkap dalam bekas plastik sejak lima hari lalu. Bulat yang juga kucing jantan liar ditemui Rozidah Hussin, 49, dalam longkang di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, 9 pagi hari ini.*

🌺 37) *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin supaya membuat laporan polis susulan dakwaan dipukul seorang warden penjara, baru baru ini. Muhyiddin berkata, menerusi laporan itu, pihak polis boleh menjalankan penyiasatan sama ada dakwaan itu berasas atau sebaliknya.*

🌺 38) *TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim muhasabah diri susulan presiden parti itu memintanya bercuti segera jika terbukti terbabit dalam video intim yang tular, baru-baru ini. “Dengar baik-baik, suruh dia cermin diri. Suruh Anwar Muhasabah, cermin muka dia dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.*

🌺 39) *SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mencadangkan supaya pentadbiran Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dirombak sekiranya gangguan bekalan air yang dijadualkan di beberapa daerah di negeri itu pada 23 Julai ini tidak dipulih seperti yang dijanjikan. Pengerusi Suruhanjaya itu Charles Anthony Santiago berkata, SPAN memandang serius perkara itu dan berharap bekalan air di kawasan yang terjejas dapat dipulihkan pada 9 malam (26 Julai) seperti yang dijanjikan.*

🌺 40) *KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM2 juta terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa memfitnahnya berhubung jawatan dan kerjayanya. Zamihan memfailkan saman itu melalui Tetuan Azam Aziz Shahrudinali & Co di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, jam 2.30 petang semalam. Media memperoleh dokumen saman itu melalui peguam Zamihan, Datuk Shahrudin Ali.*


*SEJAGAT* 🌍
==========

🇳🇱 *MH17 menyambut ulang tahun kelima pesawat itu ditembak jatuh di Ukraine semalam, tidak sampai sebulan selepas tiga rakyat Russia dan seorang Ukraine didakwa bertanggungjawab terhadap kematian 298 penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu.*
*Keluarga mangsa dan orang ramai berkumpul di monumen tragedi berkenan di Belanda dikelilingi 298 pokok yang ditanam mewakili setiap mangsa serta bunga matahari yang benihnya diambil dari lokias pesawat terhempas di Ukraine.*
*Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata ‘kesedihan dirasai di seluruh dunia hari ini’ ketika berucap kepada keluarga mangsa di monumen di Vijfhuizen, dekat Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, di mana pesawat 777 malang itu berlepas ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.*

🇺🇸 *NEW YORK: Aplikasi terkenal FaceApp berpangkalan di Russia yang membenarkan penggunanya mengubah penampilan mereka untuk kelihatan lebih muda atau berusia, dikecam hebat di Amerika Syarikat (AS), dengan seorang senator menggesa ia disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).*
*Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer menggesa FBI dan badan perlindungan pengguna AS, FTC menyiasat aplikasi yang dibangunkan syarikat di Saint Petersburg tetapi digunakan jutaan rakyat AS itu dari aspek risiko keselamatan dan privasi.*
*”Lokasi FaceApp di Russia menimbulkan persoalan bagaimana dan bila syarikat itu menyediakan akses data penduduk AS kepada pihak ketiga, termasuk kerajaan asing.*

🇮🇩 *MEDAN: Polis di Medan Timur berjaya menangkap satu kumpulan peragut bermotosikal yang menyasarkan golongan wanita selepas beberapa anggota polis lelaki menyamar sebagai wanita lengkap dengan memakai tudung.*
*Jurucakap polis Medan Timur, M Arifin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes ragut dan curi motosikal yang dilakukan kumpulan itu yang menjadikan wanita sebagai sasaran utama.*
*”Dalam kejadian terbaru pada Selasa lalu, kumpulan itu menendang sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita sebelum melarikan kenderaan berkenaan.*

🇺🇸 *NEW YORK: Raja dadah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang pernah meloloskan diri dari penjara kawalan maksimum dengan mengorek terowong, empat tahun lalu, dijel seumur hidup oleh mahkamah di Amerika selepas didapati bersalah mengedar bertan-tan kokain, heroin dan ganja serta terbabit dalam pelbagai konspirasi pembunuhan.*
*Hakim Daerah Amerika Syarikat Brian Cogan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan ditambahkan 30 tahun yang diwajibkan mengikut undang-undang.*
*Guzman, 62, didapati bersalah oleh juri pada Februari lalu atas semua tuduhan berkenaan yang dilakukan ketika mengetuai Kartel Sinaloa, organisasi pengedaran dadah terbesar dan paling ganas Mexico.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *SEKUMPULAN kira-kira 50 pelajar sekolah trauma menyaksikan kematian rakan mereka yang membunuh diri dengan baring di atas landasan sebelum digilis kereta api ketika waktu puncak, semalam.*
*Dalam kejadian pada waktu puncak di Stesen Chertsey, Surrey, itu Sam Connor, 14, dikatakan sempat menyerahkan beg dan telefon bimbit kepada rakannya sebelum terus baring atas landasan.*
*Penumpang kereta api, Lewis, 28, berkata, tren tiba-tiba berhenti sebelum sampai sepenuhnya di platform dan dia melihat ramai pelajar menangis selain ada yang menjenguk di bawah sambil memanggil seseorang.*

🇯🇵 *TOKYO: Seramai 13 maut manakala 37 lagi mangsa cedera, termasuk 10 daripadanya mengalami cedera parah, dalam kebakaran membabitkan sebuah syarikat produksi animasi di barat Jepun, hari ini.*
*Kebakaran dilaporkan membabitkan bangunan milik Kyoto Animation iaitu syarikat yang menerbitkan beberapa siri animasi Jepun terkenal di televisyen.*
*”12 ditemui di tingkat pertama bangunan,” kata seorang pegawai yang enggan nama disiarkan kerana angka kematian itu belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Jepun.*

🇹🇷 *ANKARA: Seramai 14 orang maut, manakala 28 lagi cedera selepas bas mini dinaiki terbalik di timur Turki, hari ini.*
*Agensi berita DHA melaporkan, kejadian berlaku di wilayah Van berhampiran sempadan Iran.*
*Menurut DHA, bas itu didapati membawa pendatang asing yang memasuki Turki secara haram.*
*Wanita dan kanak-kanak antara mangsa cedera, namun warga negara mereka belum diketahui lagi.*

🇸🇦 *MAKKAH: Sejuta kad sim dan akses internet percuma diberikan sebagai hadiah kepada jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz untuk mengerjakan Haji tahun ini.*
*Arab News melaporkan, inisiatif itu adalah sebahagian program bertujuan memberi khidmat kepada jemaah yang mahu berkomunikasi dengan orang terdekat dan tersayang di tanah air.*
*Pasukan lapangan akan bekerja 24 jam sehari pada musim Haji untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada jemaah yang baru tiba supaya mereka boleh berkongsi pengalaman dengan ahli keluarga.*

🇦🇺 *SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berjaya menemui sepucuk surat di dalam botol di sebuah pantai di pedalaman Australia, dipercayai milik seorang lelaki Britain yang mencampaknya ke laut ketika menaiki kapal, kira-kira 50 tahun lalu.*
*Namun, Jyah Elliott, 9, perlu menunggu sebelum dapat berjumpa pemilik botol itu yang kini berusia 63 tahun disebabkan lelaki itu sedang belayar di kawasan Baltik, lapor stesen penyiaran ABC.*
*Elliott menemui botol berkenaan dalam kawasan pantai di selatan Australia pada Selasa lalu dan keesokan harinya, penulis surat berjaya dijejaki.*

🇸🇦 *JEDDAH: Jutaan jemaah Umrah diberikan kebebasan untuk melawat seluruh Arab Saudi sepanjang mereka berada di negara itu, kata Kabinet Saudi semalam.*
*Arab News melaporkan, ia adalah sebahagian pelan untuk meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi Arab Saudi.*
*”Kabinet memutuskan untuk memansuhkan larangan ke atas jemaah Umrah melawat tempat lain selain Makkah, Madinah dan Jeddah. Perintah diraja sedang dipersiapkan bagi ia berkuat kuasa,” kata pemangku Menteri Media, Issam bin Saeed dalam satu kenyataan kepada Saudi Press Agency (SPA).*

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================

🐅 *PENDUDUK di Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun, hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau belang di kawasan kediaman mereka.*
*Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mereka terserempak haiwan itu di kawasan hutan di kampung berkenaan kira-kira jam 10 pagi.*
*Hari ini, satu video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial menunjukkan seekor harimau sedang merayau-rayau di kawasan berkenaan.*

👩🏻‍🚒 *“MULUT orang, biasalah! Banyak lagi benda boleh buat dan saya hanya abaikan sebab apabila berdepan dengan haiwan berbisa, kena 100 peratus fokus pada haiwan itu.*
*”Saya kena abaikan suasana sekeliling sebab apabila silap langkah, akan mengundang bahaya dan membawa maut,” jelas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Noor Fazida Tina Mohamad Noor, 38, satu-satunya ‘bunga’ dalam Skuad King Cobra JBPM.*
*Kecekapan Noor Fazida menangkap seekor ular tedung selar menggunakan tangan saja di sebuah kawasan perindustrian di Rawang, menarik perhatian warganet selepas rakaman video berkaitan tular di laman sosial Twitter dan Facebook sejak semalam.*

🐋 *KEMUNCULAN sepasang ikan paus berdekatan pelantar minyak Dulang kira-kira 170 kilometer dari pantai Kerteh semalam, direkodkan sebagai yang pertama berlaku di Terengganu.*
*Kehadiran pasangan paus itu berjaya dirakam petugas pelantar berkenaan kira-kira 12 tengah hari.*
*Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang Mohd Tamimi Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan video tular berdurasi 30 saat yang merakamkan pergerakan paus itu adalah benar.*

👦🏻 *HANYA sekadar suka-suka. Namun, siapa menduga suara seorang kanak-kanak lelaki yang direkodkan bapanya dalam aplikasi Waze mencetuskan fenomena luar biasa hingga menarik minat orang ramai untuk mencuba.*
*Suara Muhammad Rayyan Mikael Mohd Rifdi, 4, direkodkan bapanya, Mohd Rifdi Rosli, 30, sebelum dimuat naik dalam Twitter hingga mendapat 35,000 ulang ciapan, 27,000 tanda suka serta 275 kali dibalas netizen.*
*Mohd Rifdi berkata, sebelum itu dia tidak terlintas untuk membuat rakaman sebelum meminta anak sulung daripada dua beradik bercakap mengikut arahan diberikan.*

🗣 *TINDAKAN Exco negeri, Norhizam Hassan Baktee yang menyentuh fizikal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, semalam, adalah tidak wajar dan sangat mengecewakan.*
*Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana tindakan itu bertentangan semangat Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) selain tidak memberi gambaran sebenar Melaka Berwibawa seperti dipromosikan kerajaan negeri.*
*“Seluruh negara melihat perlakuannya menerusi video tular di media sosial dan ia sudah pasti memberi impak psikologi kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.*

👑 *RAKYAT Johor berpeluang menyalurkan maklumat dan keluhan kepada Sultan Johor apabila Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli untuk bertemu rakyat pada jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 (KMJ 2019) bermula Sabtu ini.*
*Sultan Ibrahim bertitah, jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah KMJ 2019 tidak akan menghalangnya bertemu rakyat di pelbagai kawasan serta mendengar keluhan mereka.*
*Baginda bertitah, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah.*

⚓ *KUANTAN: Bunyi tembakan misil Exocet MM Block II memecah kesunyian Laut China Selatan yang dilepaskan dari Kapal Diraja (KD) Kasturi sebagai simbolik kepada kemuncak Eksesais Kerismas 26/2019 dan Eksesais Taming Sari 19/2019.*
*Tidak cukup dengan itu, tembakan misil Sea Skua turut menggegarkan ruang samudera negara sebaik ia dilancarkan dari helikopter Super Lynx milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).*
*Pastinya dua tembakan peluru berpandu ini menguja dan mengagumkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang berpeluang menyaksikan kehebatan persenjataan milik TLDM yang dipamerkan dalam eksesais kali ini.*


*ARENA* ⏱
========

🥊 *FLOYD Mayweather tidak berminat meninggalkan persaraannya semata-mata untuk kembali mencabar Manny Pacquiao selepas pertarungan pada 2015, kata teman rapatnya Leonard Ellerbe awal pagi tadi.*
*Ellerbe, ketua eksekutif Mayweather Promotions, memberitahu laman web boxingscene. com bahawa tawaran selumayan mana pun tidak akan mampu mengumpan Mayweather kembali ke gelanggang tinju.*
*Mayweather dipercayai menerima sejumlah AS$300 juta (RM1.23 bilion) menerusi mata kemenangan ke atas Pacquiao, yang kekal sebagai pertarungan paling mahal dalam sejarah dan menjana pulangan lebih daripada AS$600 juta (RM2.46 juta).*

⭐ *SADIO Mane mungkin tidak cukup cergas untuk permulaan kempen Liverpool musim depan susulan komitmennya di Piala Negara Afrika, kata pengurus Juergen Klopp.*
*Bintang Senegal itu mewakili negaranya untuk kejohanan di Mesir dan membantu pasukannya mara ke final di mana mereka akan menentang Algeria di Kaherah awal pagi esok.*
*Ketika majoriti pemain Liverpool kembali ke latihan pra-musim dan persiapan jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat, Mane agak ketinggalan berbanding rakan sepasukan dalam aspek persiapan pra-musim.*

👏🏻 *KIERAN Trippier menyampaikan mesej terima kasih kepada penyokong Tottenham, atas sokongan sepanjang berada di kelab itu sebelum menyertai Atletico Madrid.*
*Pemain England itu melengkapkan perpindahannya ke kelab La Liga awal pagi tadi dengan kontrak selama tiga tahun dengan bayaran awal £20 juta (RM102.3 juta) selain bayaran tambahan lain.*
*Pemain berusia 28 tahun itu dianggap melebihi keperluan Spurs biarpun sering menyertai kesebelasan utama dalam sepanjang tiga musim terakhir dan membuat 38 penampilan musim lalu.*

💸 *ARSENAL dijangka memotong sebahagian gaji Laurent Koscielny kerana keengganannya mengikuti jelajah pra-musim, menurut laporan di Perancis.*
*Kapten kelab itu mengingkari arahan pengurus Unai Emery untuk menyertai rakan sepasukan pada jelajah Amerika Syarikat ketika dia berusaha untuk meninggalkan pasukan Emirates itu.*

🏍 *BUKAN dua tetapi sekurang-kurangnya tiga pasukan berminat untuk mendapatkan khidmat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada saingan Kejohanan Motosikal Dunia tahun depan.*
*Demikian pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berhubung pasukan yang berminat untuk mendapatkan Hafizh dalam kelas Moto2.*
*Meskipun tidak terbabit secara langsung dengan masa depan pelumba yang mendapat gelaran Pescao itu, namun Razlan berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau juga perlu mengambil inisiatif untuk membantu Hafizh.*

🏹 *CABARAN pemanah negara berakhir pada suku akhir Kejohanan Memanah Ujian Olimpik di Tokyo, hari ini.*
*Harapan disandarkan kepada naib juara recurve dunia, Khairul Anuar Mohamad tidak kesampaian apabila dia terpaksa akur kepada pemanah dari Korea Selatan, Kim Woojin.*
*Khairul bermula dengan baik apabila menang set pertama mengatasi Woojin namun kebangkitan lawan sukar digugat apabila menang 7-3 dalam pertarungan lima set.*

🏊🏻‍♀ *WENDY Ng berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita hari ini ketika Nur Dhabitah Sabri gagal mengikut jejak langkahnya.*
*”Tiada apa boleh dikatakan lagi, ia sesuatu yang cukup indah bagi saya layak ke Olimpik sekali lagi.*
*”Terima kasih Tuhan dan semua yang terus menyokong saya menghadapi semua cabaran ini,” kata Wendy.*

🏸 *BEREGU campuran negara membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila tiga gandingan layak ke suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta, hari ini.*
*Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengetuai kemaraan apabila menumpaskan Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Istora Gelora Bung Karno.*

🐅 *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan aksi terakhir liga menentang Terengganu FC (TFC) pada pertembungan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok ibarat aksi akhir liga berkenaan.*
*Ini kerana skuad yang bergelar Harimau Selatan mahu mengelak detik hitam selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di di stadium sama, Selasa lalu, berulang sebelum pasukan itu secara rasmi akan menjulang kejuaraan Liga Super kali keenam berturut-turut.*

🦅 *MISI memburu kemenangan untuk kekal di tangga ketiga Liga Super musim ini menjadi impian ketua pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar apabila skuadnya berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak Jengka dalam pertemuan terakhir Liga Super menentang FELDA United, 21 Julai ini.*
*Menurut pemain berpengalaman ini, peluang skuad Lang Merah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim ini akan menjadi kenyataan jika dapat menumbangkan FELDA United yang kini dilihat bangkit merebut peluang bagi mengelak penyingkiran ke Liga Perdana.*

🐘 *BIARPUN muncul naib juara Liga Super musim ini, pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap terkilan kerana misi mempertahankan Piala FA tidak kesampaian.*
*Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kegagalan itu diharap ditebus sebaik kempen Piala Malaysia bermula, bulan depan.*

🦌 *PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) menerima sumbangan RM200,000 daripada syarikat MQ Technology Berhad selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menubuhkan syarikat The Red Warriors Sdn Bhd.*
*Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, wang itu akan diagihkan sepenuhnya kepada pemain sebelum turun menentang UKM FC, Sabtu ini.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”