Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Tue Mar 19, 2019 1:33 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*SEL🅰SA 1⃣9⃣ ⓂAR©H 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣2⃣ REJ🆎 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣3⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣3⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣1⃣7⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣4⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣3⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣6⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣5⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 18mac*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *MANA-mana sekolah di lokasi mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) serius boleh menutup sekolah berkenaan tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Timbalan Menteri KPM, Teo Nie Ching berkata, penutupan itu bagaimanapun haruslah mengikut standard operasi biasa (SOP) yang ditetapkan.*

🌺 *BELUM selesai kes pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang akibat pembuangan sisa toksik haram sejak 7 Mac lalu, penduduk Taman Tanjung Puteri Resort, gempar apabila menemui beberapa tong biru dipercayai sisa bahan kimia di Sungai Sembilang kira-kira dua kilometer dari Sungai Kim Kim. Ia ditemui kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, sekolah ketiga terdedah pencemaran pada gelombang kedua, Isnin minggu lalu.*

🌺 *MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung di laut berhampiran Persiaran Karpal Singh, Georgetown hari ini. Mangsa yang masih berpakaian lengkap ditemui nelayan 6 petang yang kemudian membawa mayat terbabit ke pinggir laut. Mayat ditemui dengan kedua-dua tangannya terangkat dan siasatan mendapati mangsa baru meninggal dunia.*

🌺 *JAWATAN Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu dikembalikan kepada pembangkang sebagaimana disebut di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, keputusan itu perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri untuk melihat apakah penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenainya. “(Pendapat) saya, saya masih terikat (mengikut) dengan manifesto tapi kita dengar penjelasan rasional Perdana Menteri dahulu.*

🌺 *KAKITANGAN sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadapnya. Wanita itu dituduh atas dua pertuduhan memiliki dua kad tambah nilai Tesco Club berciri Touch n Go yang tidak sah membabitkan kerugian RM2,048, Februari lalu.*

🌺 *HANYA sebuah daripada 42 sekolah di Pasir Gudang mencatatkan bacaan kompaun organik tidak stabil (VOC) pada kadar lima dan tiga part per milion (ppm). Jabatan Alam Selatan (JAS) dalam kenyataan berkata, bacaan itu dicatatkan pasukan pemantau di aras bawah dan aras satu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3, jam 3 petang tadi.*

🌺 *WANITA maut selepas motosikal yang dibonceng terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Jalan Tanah Merah-Gua Ipoh di Kampung Kubang Gali, Tanah Merah, 9.40 malam tadi. Mangsa Patiah Hamzah, 54, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat parah di kepala, manakala Suaminya, Ad Adzi Hussin, 64, mengalami calar di tangan kanan dan sakit dada.*

🌺 *MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salon, K Vaitheswaran yang didakwa kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu mangsa terhumban dalam laut, Januari lalu.*

🌺 *ENAM projek infrastruktur bernilai RM1.677 bilion di Sarawak diklasifikasikan sebagai ‘projek sakit’ berikutan kelewatan kerja pembinaan sehingga gagal disiapkan mengikut jadual. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, selain Hospital Sri Aman, projek lain yang bermasalah ialah Pusat Pembangunan Baka Induk Udang Galah di Santubong; Jalan Akses ke Empangan Baleh; Pos dan Kuarters Imigresen Ba’kelalan; Jejak Warisan dari Kampung Sungai Bintangor ke Esplanade Kuching dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Semuja.*

🌺 *SUAMI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga cedera dalam kejadian Februari lalu. Tertuduh, Uzair Abd Kadir, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa berusia 35 tahun dengan menggunakan bakul baju.*

🌺 *DUA pemancing hilang selepas bot yang mereka naiki bersama lapan rakan karam di perairan Rompin kira-kira 1.9 batu nautika dari Pulau Layak, Tanjung Gemok, Sabtu lalu. Dalam kejadian 9 pagi itu, dua mangsa yang hilang dikenali Alfa Rizuan Abd Aziz dan Azwan Abu Bakar.*

🌺 *GANGGUAN perkhidmatan syarikat telekomunikasi di kawasan Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, Sabah, dilaporkan berlaku akibat perbuatan khianat, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, menara telekomunikasi berkenaan dikesan diceroboh individu tidak bertanggungjawab sebelum beberapa peralatan penting dirosakkan.*

🌺 *KAWASAN hutan seluas 4.04 hektar di Jalan Kampung Bukit Tembok, berhampiran Pasir Panjang, Port Dickson, terbakar, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Kemang, Lokman Ghani berkata, kebakaran berpunca akibat cuaca panas ketika ini.*

🌺 *MARAH anjing peliharaannya dihalau, wanita warga emas bertindak menyerang jirannya dengan penyodok longkang dan memecahkan tingkap pacuan empat roda selain turut memukul jirannya dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Sungai Siput semalam. Kejadian 10.30 pagi itu menyebabkan jiran lelaki berusia 40 tahun itu lebam lengan kanan dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput serta membuat laporan polis.*

🌺 *SEMBILAN individu ditahan polis semalam dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sembilan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.*

🌺 *PUTRAJAYA: KEMENTERIAN Kewangan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyediakan 14 unit lori dilengkapi pendingin (chiller) bagi tujuan pelaksanaan program Foodbank Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Foodbank Malaysia berperanan mengedarkan makanan kepada golongan B40 termasuk universiti awam di negara ini.*

🌺 *KESERONOKAN kanak-kanak lelaki bermain di Jeti Sungai Sebiew, Bintulu berakhir tragedi selepas ditemui lemas, semalam. Kejadian 2.52 petang itu berlaku berhampiran kawasan setinggan di Batu 2, Jalan Sultan Iskandar ketika kanak-kanak berkenaan leka bermain sebelum tergelincir.*

🌺 *SEMUA 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, akan terus ditutup sehingga cuti sekolah bermula 22 hingga 30 Mac ini sebagai langkah berjaga-jaga. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas beliau mendengar taklimat dan mendapatkan penjelasan daripada semua pihak berkuasa dan pakar yang terbabit dalam isu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, hari ini.*

🌺 *DUA remaja perempuan ditahan selepas disyaki menjual tambah nilai kepada ‘tahi judi’ bagi kegiatan judi dalam talian tanpa lesen dalam Ops Dadu di Kota Marudu, kelmarin. Dalam operasi 2.20 petang itu, dua remaja masing-masing berusia 18 tahun dipercayai bekerja sebagai penjaga premis berkenaan.*

🌺 *LELAKI bertindak kasar dengan cuba menendang jurugambar media yang membuat liputan perintah reman Ketua Penolong Pengarah jabatan kerajaan di Kedah serta tiga kontraktor yang disyaki membuat tuntutan palsu RM1.2 juta di mahkamah di Alor Setar, hari ini. Lelaki berusia 50an itu dipercayai bapa kepada suspek utama iaitu wanita berusia 41 tahun itu.*

🌺 *SEBANYAK 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, hari ini. Ia diserahkan jurucakap Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohamad Zaidi Nordi, sebagai solidariti terhadap serangan pengganas di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.*

🌺 *HASRAT tujuh warga asing yang mahu menaiki bas ke Kuala Lumpur terbantut apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam operasi bersepadu, malam tadi. Mereka adalah antara 14 warga asing yang ditahan selepas 16 anggota jabatan itu melakukan pemeriksaan terhadap 39 warga asing di premis perniagaan, kilang, rumah sewa dan terminal bas sekitar Bandaraya Alor Setar.*

🌺 *LELAKI disyaki pengedar dadah ditembak mati ketika cuba menyerang pegawai polis dengan parang dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Bakau, Lahad Datu, Jumaat lalu. Kejadian 4.30 petang itu berlaku apabila sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan ‘Strike Team’ diketuai oleh Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor menjalankan operasi khas.*

🌺 *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya. Baginda bertitah, terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan JAIS sehingga kini.*

🌺 *PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 120 Jalan Persekutuan Ipoh - Kuala Lumpur, di Behrang, malam tadi. Dalam kejadian 8.30 malam itu, R Chandran, 49, yang beralamat di Slim River, dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah termasuk putus kaki kanan.*

🌺 *SERAMAI 119 orang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, sudah dibenarkan pulang sehingga 12 tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, sehingga kini hanya 29 pesakit saja masih dirawat di wad hospital berbanding 120 pesakit yang dilaporkan semalam.*

🌺 *EMPAT anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan cabaran menangkap empat ular tedung selar pelbagai saiz di Langkawi, semalam. Pegawai Bencana Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearel berkata, empat ular tedung selar itu ditemui dalam tangki kumbahan yang belum digunakan sepenuhnya lagi di inap desa berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.*

🌺 *HASRAT dua sahabat ‘mencipta rekod’ menjadi pengedar pertama memasarkan dadah jenis syabu di daerah itu, tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), kira-kira jam 12.45 tengah hari.*

🌺 *KILANG perabot dan cermin musnah dalam kebakaran di Jalan Paya Terubong, Air Itam, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam, kilang perabot itu musnah 90 peratus, manakala kilang cermin bersebelahannya musnah 80 peratus.*

🌺 *PEMANDU kenderaan kejuruteraan parah pada bahagian kepala selepas kenderaan itu dilanggar pesawat peribadi yang baru mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 3.20 pagi itu, bahagian bumbung kenderaan jenis Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena bahagian sayap pesawat berkenaan, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, untuk menerima rawatan.*

🌺 *DUA BELAS warga Filipina dan seorang warga tempatan ditahan dalam serbuan di Semporna dan Tambunan, Sabah selepas disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas pada 11 dan 12 Mac lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, operasi itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Unit 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).*

🌺 *BONDA Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat. Berita itu dimaklumkan di Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.*

🌺 *SEORANG remaja perempuan memberi alasan mahu melihat aksi lumba haram ketika ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, awal pagi, semalam. Remaja berusia 18 tahun itu turut memaklumkan dia kerap datang ke lokasi berkenaan sambil ditemani abang angkatnya berusia 20 tahun dengan menunggang motosikal kerana dianggap aktiviti menyeronokkan.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Lelaki warga Australia yang didakwa menembak mati 50 jemaah dalam insiden keganasan di dua masjid di New Zealand, mahu mewakili diri membabitkan kes itu di mahkamah.*
*AFP melaporkan, Brenton Tarrant didakwa dengan satu pertuduhan membunuh dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch pada Sabtu lalu selepas insiden ganas terbabit, Jumaat lalu.*
*Peguam bertugas, Richard Peters yang mewakili lelaki berusia 28 tahun itu dalam pendengaran awal kes terbabit memberitahu, dia menunjukkan tidak mahu diwakili oleh peguam.*

🇦🇺 *SYDNEY: Polis anti keganasan Australia menggeledah dua rumah awal pagi ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas yang menembak mati 50 jemaah di dua masjid di New Zealand, Jumaat lalu.*
*AFP yang memetik polis berkata, dua rumah itu terletak di bandar Sandy Beach dan Lawrence, New South Wales yang berhampiran bandar Grafton iaitu tempat Brenton Tarrant membesar.*
*"Tujuan utama serbuan ini adalah untuk mendapatkan apa saja petunjuk yang dapat membantu polis New Zealand melakukan siasatan,” kata polis.*

🇮🇩 *Sentani (Indonesia): Jumlah mangsa maut dalam bencana banjir kilat di rantau ini meningkat kepada 77 orang manakala 36 lagi dilaporkan masih hilang.*
*Banjir yang melanda disebabkan hujan lebat dan tanah runtuh sejak Sabtu lalu turut menyebabkan ramai mangsa cedera.*
*Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah itu dijangka meningkat berikutan seramai 43 mangsa belum ditemui lagi.*

🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Dua hari selepas insiden serangan di dua masjid menggemparkan dunia, segelintir penduduk secara sukarela mula menyerahkan senjata api masing-masing kepada pihak berkuasa.*
*Mereka membuat keputusan itu sebagai tanda sokongan bagi menghentikan keganasan sebelum memuat naik bukti penyerahan senjata api menerusi akaun media sosial.*
*Petani yang juga ahli Parti Green dari Wairarapa, John Hart berkata, dia menyerahkan raifal separa automatik miliknya di balai polis pagi tadi.*

🇨🇳 *BEIJING: Seorang pelajar universiti dihalang menaiki sistem kereta api bawah tanah disebabkan solekan dan pakaiannya ala ‘gothic’ dianggap terlalu mengerikan untuk penumpang lain.*
*South China Morning Post melaporkan, pelajar itu memakai gaun hitam panjang, gincu merah gelap dan pembayang mata ungu, tetapi ditahan kakitangan di pusat pemeriksaan di stesen Xiaogang yang turut mengarahnya membuang solekan itu sebelum menaiki tren.*
*"Pengawal keselamatan wanita berkata, solekan saya ‘bermasalah’ dan terlalu menakutkan serta menyuruh saya membersihkannya serta-merta.*

🇹🇭 *Bangkok: Ratusan ribu pengundi memenuhi sekolah, tempat letak kereta dan kuil di seluruh Thailand, hari ini, untuk undian awal seminggu sebelum pilihan raya pertama negara itu selepas lapan tahun.*
*Lebih 2.3 juta penduduk Thailand dijangka mengundi sebelum tarikh undian rasmi pada 24 Mac ini.*
*Sejak rampasan kuasa pada 2014 yang menggulingkan kerajaan awam pimpinan Yingluck Shinawatra, pihak tentera sering menangguhkan pilihan raya demokratik sekali gus mengecewakan masyarakat awam Thailand.*

🇺🇸 *FLORIDA: Seorang wanita seberat 145 kilogram dihukum penjara seumur hidup di Florida kerana menghempap mati sepupu perempuannya berusia sembilan tahun untuk menghukum kanak-kanak itu.*
*Daily Mail melaporkan, Veronica Green Posey, 66, didapati bersalah selepas duduk di atas Dericka Lindsay lebih lima minit menyebabkan kanak-kanak itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen.*
*Veronica bagaimanapun memberi alasan tindakannya itu sebagai hukuman untuk mengawal kanak-kanak itu.*

🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Ketika terbaring di luar masjid dalam keadaan berlumuran darah akibat tembakan yang menembusi dadanya, seorang mangsa Abbas Tahir Endrise sukar untuk bercakap sambil memikirkan ia mungkin panggilan telefon terakhir kepada isterinya yang hamil.*
*Bagaimanapun, semangat pasukan perubatan di Christchurch berjaya menyelamatkan lelaki berusia 31 tahun itu yang dilihat sudah boleh bernafas dan memicit tangan isterinya, Zeynia Endrise, 34, berbanding dua hari lalu ketika keadaannya dilaporkan kritikal di unit rawatan rapi.*
*Abbas adalah salah seorang daripada 31 mangsa yang cedera selepas seorang pengganas, Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang di dua masjid pada Jumaat lalu, lapor AFP.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🙏🏻 *PENUNTUT perubatan International Medical University (IMU), Kiren Raj, 27, meminta maaf secara terbuka berhubung komennya di Facebook (FB) yang berbaur lucah dan seksis ekoran kemalangan maut yang menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong.*
*Komennya dalam bahasa Inggeris itu antaranya menulis, wanita tidak sepatutnya pulang sendirian selepas meninggalkan pusat hiburan dan kaum lelaki boleh membawa wanita pulang dengan selamat ke rumah, namun perlu ditukar dengan seks.*
*Susulan komen berkenaan tular, pihak IMU mengambil tindakan disiplin terhadap Kiren pada 11 Mac lalu selain, melakukan siasatan berhubung kejadian.*

💊 *KEMENTERIAN Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional Nan Bao Capsule berikutan dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.*
*Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuarat ke-332 berikutan pengesanan racun berjadual sildenafil dan tadalafil di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.*
*Menurutnya, sildenafil dan tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.*

🚕 *SINDIKET ‘lesen terbang’ yang menggunakan Facebook (FB) untuk menawarkan perkhidmatan mereka dikesan masih lagi aktif walaupun kegiatan itu dibongkar minggu lalu.*
*Masih menggunakan nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka seolah-olah tidak serik malah ia turut disebarkan menggunakan aplikasi WhatsApp.*
*Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie berkata, sebelum ini sindiket terbabit menggunakan logo JPJ, namun akaun itu didapati tidak lagi aktif selepas didedahkan Harian Metro, Selasa lalu.*

🏖 *MUSIM kemarau menyebabkan paras air sungai Golok surut dan mula menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil peluang untuk mandi serta berniaga di kawasan sekitar Pangkalan Pasir, di sini.*
*Kawasan itu menjadi tumpuan sejak seminggu lalu oleh pengunjung dari Kelantan dan negara jiran. Lebih 10 peniaga mengambil kesempatan membuka gerai menjual air dan makanan ringan sejak empat hari lalu berikutan lokasi itu menerima pengunjung yang ramai setiap hari.*
*Tinjauan Harian Metro di Pangkalan Pasir mendapati suasana meriah dan sungai Golok menjadi tapak pesta apabila lebih 500 orang berkunjung ke kawasan itu dan ada yang mengambil peluang mandi berikutan paras air di lokasi itu hanya kira-kira 0.2 meter (m).*

💐 *CHRISTCHURCH: Seorang kanak-kanak menyentuh perasaan netizen apabila menolak hadiah hari jadi lumayan berupa sebuah komputer riba sebaliknya meminta jambangan bunga untuk memperingati mangsa insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.*
*NZHerald melaporkan, kisah itu dimuat naik sendiri oleh bapanya, Samuel Sen di Facebook kelmarin, kerana terharu dengan sikap anaknya, Darsh yang berusia sembilan tahun.*
*Kisah itu mengundang lebih 6,300 reaksi netizen di Facebook apabila berkongsi tulisan itu sebanyak lebih 1,200 kali.*
*Mereka turut membalas komen memuji tindakan kanak-kanak itu sambil memberi ucapan hari jadi.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *SALAH satu hatrik Messi dikatakan jaringan ‘luar biasa’ ketika Barcelona menewaskan Real Betis 4-1, awal pagi tadi, menurut peminat bolasepak antarabangsa.*
*Mereka menyatakan sentuhan pemain Argentina berusia 31 tahun itu meletakkannya sebagai ‘Pemain Bolasepak Terhebat Sepanjang Zaman’ (GOAT).*
*Jaringan itu turut melenyapkan keraguan peminat selama ini berdebat siapa lebih hebat antara ‘Messi vs Cristiano Ronaldo’ - dengan pemain Barcelona itu layak mendapat status itu.*
*Seorang peminat menulis: "Saya bersumpah saya tidak tahu bagaimana orang lain boleh menyamakan pemain bolasepak lain dengan pemain ini (Messi)."*

⭐ *REAL Madrid terus berperang psikologi dengan Juventus untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea FC, N’Golo Kante, menurut laporan media di Itali.*
*Media Itali, Tuttosport, dipetik sebagai berkata oleh Daily Star, melaporkan pengurus Real Madrid Zinedine Zidane begitu bersemangat untuk mendapatkan tandatangan Kante untuk mengukuhkan bahagian tengah menjelang saingan musim 2019-20.*
*Artikel sama menyatakan juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu memang sudah lama meminati pemain pemenang Piala Dunia itu berikutan prestasinya di Leicester City dan Chelsea FC sejak lebih tiga setengah musim lalu.*

🐔 *JAMIE Carragher menyatakan tidak berasa tertarik dengan ‘sikap mementingkan diri dan tamak’ dipamerkan oleh Mohamed Salah ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Fulham, semalam.*
*The Reds menewaskan pasukan barat London itu 2-1 hasil jaringan Sadio Mane dan James Milner selepas Ryan Babel mencemaskan benteng skuad Merseyside itu menerusi gol penyamaan pada babak kedua.*
*Salah yang tidak berada pada tahap terbaiknya, terlepas beberapa peluang dan masih gagal mendapatkan sebarang gol selepas tujuh perlawanan.*

🎾 *DOMINIC Thiem menjulang trofi pertama Masters 1000 selepas bangkit daripada ketinggalan satu set menewaskan Roger Federer 3-6, 6-3, 7-5 untuk menjuarai Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, pagi tadi.*
*Momentum berpihak kepada Thiem pada set penentuan apabila dia mematahkan servis Federer dengan pukulan kilas untuk mendahului 6-5.*
*Pemain Austria itu kemudiannya terbaring dan menyapu mukanya selepas pukulan Federer yang memburu rekod enam trofi Indian Wells dan kemenangan ke-101 tersangkut di jaring.*

🏆 *PENYOKONG pasukan Harimau Malaya sudah boleh mendapatkan tiket Piala AirMarine 2019 di Kaunter Tiket Pintu C, Stadium Nasional, Bukit Jalil (berhadapan Pusat Akuatik Nasional).*
*Kaunter berkenaan sudah pun dibuka mulai jam 11 pagi tadi hingga 6 petang hari ini.*
*Kaunter tiket yang sama di Pintu C itu turut dibuka esok, Selasa (19 Mac 2019) dari 11 pagi hingga 6 petang.*

🏌🏼‍♀ *PEMAIN profesional negara, Kelly Tan gembira impian meraih kejuaraan antarabangsa pertamanya tercapai apabila menjuarai kejohanan Florisa’s Natural Classic di Florida, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.*
*Ia kejohanan kedua dalam Jelajah Symetra dan kejayaan itu membolehkan pemain dari Johor itu meraih hadiah wang kemenangan AS$18,750 (RM76,000).*
*"Ya!! Wau... sukar dipercayai... dan ia sedikit mengujakan namun akhirnya perasaan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia dan setiap kanak-kanak yang mengimpikannya. Saya mempunyai impian dan ia tercapai hari ini.*

🏑 *PENJAGA gol skuad hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya yang beraksi di Liga Hoki England mempunyai misi besar untuk memastikan kelabnya, East Grinstead menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di kedudukan empat terbaik.*
*Farah yang muncul pemain wanita pertama beraksi di liga utama England itu kini perlu membantu pasukannya mengharungi dua lagi perlawanan bertemu Bowdon Sabtu ini dan Clifton Robinsons, hujung bulan ini.*

🗣 *“SAYA hanya katakan perkara yang benar walaupun sukar diterima oleh sesetengah pihak.” Itu penjelasan jurulatih skuad bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak berhubung kritikannya mengenai sistem pembangunan bola sepak negara.*
*Akibat kata-katanya yang pedas itu, beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*
*Hodak bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan menegaskan sistem pembangunan bola sepak merangkumi umur 12 hingga 17 tahun di negara ini salah kerana tiada kelab yang akan mengambil mereka untuk menjalani latihan lebih lengkap dan sistematik.*

🐘 *SOKONGAN padu penyokong Pahang ditagih untuk memberi motivasi kepada skuad Tok Gajah mengharungi saingan Liga Super musim ini.*
*Kehadiran 67,000 penonton dalam tiga perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan membuktikan peminat Tok Gajah mampu memberi impak kepada skuad kendalian Dollah Salleh.*
*Wakil kelab penyokong bola sepak Pahang, Mohd Jusri Abd Kadir berkata, pihaknya memuji komitmen dan sokongan daripada penyokong yang memberi sokongan padu kepada skuad Pahang.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Tue Mar 19, 2019 1:38 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*ISNℹN 1⃣8⃣ ⓂAR©H 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣1⃣ REJ🆎 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣3⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣3⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣1⃣7⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣4⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣3⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣6⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣5⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 17mac*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *PEJABAT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand di Wellington, memaklumkan kerajaan negara berkenaan sudah memaklumkan mengenai penemuan mayat terbaru susulan insiden tembakan, Jumaat lalu. Pegawai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kerakyatan individu terbabit namun pemantauan rapi berhubung sebarang perkembangan terkini akan terus dilakukan.*

🌺 *“KAMI belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq yang dilaporkan hilang dan belum ditemui sehingga kini,” kata Zarina Shuib, 53. Sehingga kini, nasib Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, belum diketahui selepas melarikan diri ketika kejadian serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin. “Saya ada bertanya mengenai hal itu kepada isteri Mohd Tarmizi namun dia juga belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq.*

🌺 *KEADAAN anak sulung Rahimi Ahmad, 39, yang menjadi mangsa tembak di Christchurch, New Zealand kini semakin baik. Ahmad Razif, 11, yang sempat diselamatkan orang awam pada hari kejadian dilaporkan masih trauma berikutan melihat sendiri kejadian tembakan itu.*

🌺 *PENCARI kayu terkejut apabila menemui tengkorak manusia dalam hutan berhampiran Taman Intan Perdana, Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 47 tahun memasuki hutan untuk mendapatkan kayu.*

🌺 *SEBANYAK 218 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam operasi bermula 2 pagi itu, seramai tujuh pegawai dan 86 anggota terdiri daripada pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.*

🌺 *KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.*

🌺 *TIGA anggota polis dijatuhi hukuman penjara 18 hingga 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,050 pada 2016. Tertuduh, konstabel sokongan, V Venisan, 37; konstabel Mohd Dzulfadzli Mohamad Noor, 32 dan lans koperal, Shaiful Kamal Salleh, 35, turut dijatuhi hukuman denda antara RM10,000 hingga RM30,000.*

🌺 *MAYAT yang ditemui rentung di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit, Alor Setar, semalam, dipercayai mangsa pembunuhan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan lanjut pakar forensik di lokasi kejadian mendapati ada jerami yang tidak terbakar di bawah badan mangsa.*

🌺 *DUA sahabat lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau, Taiping, tengah hari ini. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, yang beralamat di Kampung Perak, Batu Kurau dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, beralamat di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau meninggal dunia di lokasi kejadian.*

🌺 *EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dengan insiden pergaduhan bersenjatakan pisau dan besi kuku kambing di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, semua suspek berusia 32 hingga 41 tahun ditahan anggota unit kereta peronda(MPV) pada 11.57 malam.*

🌺 *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak yang mengkritik hasrat kerajaan untuk memperkenalkan projek kereta nasional ketiga. Beliau berkata, hasrat mewujudkan jenama kereta nasional baharu bertujuan mempelajari teknologi kejuruteraan automotif terbaharu. “Orang fikir kereta kita tidak bagus, jangan beli kereta Malaysia sebaliknya beli kereta buatan asing. Mereka kata jangan buat kereta nasional ketiga, ia tidak bagus.*

🌺 *WARIS kepada lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam, diminta tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menuntut lelaki berkenaan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Hamzah Abu Hasan berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu diselamatkan dalam satu operasi bersepadu membendung penularan kegiatan mengemis dan gelandangan di sekitar daerah Melaka Tengah.*

🌺 *LELAKI parah ditetak di Pasar Besar Kota Kinabalu, akibat perselisihan faham dengan keluarga isterinya dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa berusia 40 tahun itu diserang tiga ahli keluarga isterinya dengan seorang daripadanya wanita, menggunakan pelbagai senjata, termasuk parang dan kayu, kira-kira 7.30 malam.*

🌺 *SERAMAI 20 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh, hari ini atas kesalahan berniaga tanpa lesen, Februari lalu. Kesemua peniaga berusia antara 28 hingga 60-an itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azem Fatihi Kamal.*

🌺 *SUAMI isteri yang baru berjinak-jinak menjual dadah dan daun ketum di rumah ditahan polis dalam serbuan di Taman Serting Indah, Jempol semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun dikatakan terbabit aktiviti itu sejak dua bulan lalu.*

🌺 *KESAN hidrogen sianida yang dikesan di Taman Tanjung Puteri, Pasir Gudang Rabu lalu, kurang merbahaya berbanding sianida asli yang digunakan dalam senjata kimia. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, gas sianida yang dikesan di kawasan itu adalah hasil tindak balas bahan buangan dengan campuran gas lain.*

🌺 *MEMILUKAN apabila seorang lelaki maut dilanggar motosikal ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Batu 39, Sabak Bernam, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa, Roslan Kawi, 52, dilanggar Modenas Kriss ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabas selepas cuba mengelak motosikal lain di kawasan berkenaan.*

🌺 *SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.*

🌺 *DUA suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang milik tiga individu berjumlah RM35,000 ke dalam akaun sebuah bank, pada 2017. Kedua-dua tertuduh, Norshilakhartiney Mernie, 32, yang berdepan lima pertuduhan dan Siti Noraini Zakaria, 35, dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan.*

🌺 *HANYA berbaki 200 meter lagi kawasan Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang tercemar dan perlu dibersihkan. Sehingga petang semalam, 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan yang tercemar sudah dibersihkan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kerja pembersihan berjalan lancar dan dilakukan tanpa henti sejak bermula, Rabu lalu.*

🌺 *POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh wanita warga emas di rumahnya di Taman Berjaya, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, 15 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sekitar Sungai Pelek, awal pagi tadi.*

🌺 *CUACA sangat panas menyebabkan kawasan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, Rembau, musnah terbakar, semalam. Komander Operasi bagi Zon Port Dickson, Mohd Siraj Abdullah berkata, 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau, Tampin dan Seremban dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian 7.03 petang.*

🌺 *LELAKI dikenali sebagai Aiman, 23, menangis teresak-esak selepas dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Kuala Ketil, Kedah, Jumaat lalu kerana mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat orang ramai dan hasil risikan polis.*

🌺 *SEORANG lagi mangsa skim cepat kaya di Kuantan membuat laporan polis akibat kerugian RM152,050, selepas menyertai pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal. Mangsa, seorang guru wanita berusia 48 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam selepas tidak lagi menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.*

🌺 *LEBIH 100 penduduk hilang tempat tinggal selepas 32 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, pagi tadi. Kebakaran yang bermula 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki melecur di tangan, namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa.*

🌺 *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Sabah mengeluarkan 42 amaran bertulis, tiga notis arahan dan sembilan kompaun, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan kes pembakaran terbuka. Tindakan itu dilaksanakan JAS selepas menggerakkan pasukan rondaan bagi menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka sejak pertengahan Januari lalu berikutan musim panas di negeri ini.*

🌺 *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memulakan lawatan kerja ke Paris, Perancis mulai hari ini hingga 20 Mac akan mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).*

🌺 *KERETA dinaiki dua lelaki masuk ke dalam longkang selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika melarikan diri daripada dikejar polis dalam kejadian di Jalan Ecohill, Semenyih, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketika Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan rondaan cegah jenayah, mereka menerima maklumat mengenai suspek curi kabel di Jalan Taman Maju 2, Rinching, Semenyih pada 4 pagi.*

🌺 *“KETIKA tiba, saya lihat api menjulang tinggi dan membakar semua gerai dan saya hanya mampu melihat gerai musnah di depan mata,” kata pemilik gerai, Azizul Ahmad, 36. Gerainya antara 16 gerai musnah dalam kebakaran di Medan Selera Bukit Angin, Temerloh pada 6 pagi hari ini.*

🌺 *POLIS memperoleh petunjuk menjurus kepada identiti suspek bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kini operasi memburu dan menjejak suspek giat dijalankan untuk menahan suspek berkenaan.*

🌺 *SEORANG wanita maut akibat dihempap pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di belakang Masjid Ubudiah, Kampung Lembah Masjid, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 11.50 pagi itu, mangsa, Norizan Am, 61, meninggal dunia di tempat kejadian dan difahamkan ketika kejadian mangsa sedang menolak basikalnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya.*

🌺 *DATA Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 40,916 unit kediaman pelbagai jenis di negara ini membabitkan nilai RM27.39 bilion tidak terjual dalam tempoh lapan tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, masalah pemasaran rumah selain kelayakan individu untuk membuat permohonan pinjaman menyebabkan kediaman itu gagal dijual.*

🌺 *PENGAWAL keselamatan dikenakan sogit (denda) kerana mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau melalui aplikasi WhatsApp tahun lalu. Sogit yang membawa maksud denda mengikuti adat istiadat etnik di Sabah khususnya suku kaum Dusun diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengekang pelanggaran adat dan mendisiplinkan masyarakat.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam serangan pengganas di sini Jumaat lalu meningkat kepada 50 orang selepas satu mayat ditemui di sebuah masjid yang diserang, kata Komisioner Polis New Zealand, Mike Bush.*
*”Dengan rasa sedih saya mengumumkan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi ini kini meningkat kepada 50 orang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.*
*Tambahnya, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat kepada 50 orang.*

🇳🇿 *DALAM masa kurang 24 jam dilancarkan, kempen mengumpul dana untuk membantu mangsa insiden tembakan Masjid Al Noor, Christchurch, United For Christchurch mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan masyarakat seluruh dunia.*
*Apa yang menariknya, kempen yang diadakan menerusi laman web, www.launchgood.com/christchurch itu adalah hasil keprihatinan anak muda Malaysia, Muhammad Habibullah Md Ali, 26, yang juga presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di New Zealand, Handshake People.*
*Muhammad Habibullah berkata, dia dan seorang lagi rakan terpanggil untuk mengadakan kempen itu bagi membantu mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kejadian serangan berkenaan.*

🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Tanpa berfikir dua kali, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa berdepan pengganas bersenjata sebelum tindakannya itu berjaya menghalang serangan diteruskan di Masjid Linwood.*
*Warga Afghanistan, Abdul Aziz, 48, dikatakan berdepan dengan lelaki terbabit Brenton Tarrant sambil membaling mesin kredit kad hingga dia melarikan diri dari tempat kejadian, lapor euronews.*
*Bapa empat anak itu berkata, dia berlari keluar dengan hati yang nekad untuk menghentikan serangan itu apabila membaling mesin kredit kad ketika lelaki terbabit dilihat berjalan semua ke arah kenderaannya, dipercayai untuk mengambil satu lagi senjata.*

🇮🇳 *Jharkhand: Dua beradik lelaki membunuh dan memenggal kepala seorang wanita kerana mempercayai mangsa adalah ahli sihir yang menyebabkan mereka sakit dalam kejadian di Singhbhum, baru-baru ini.*
*Suspek Vijay Malegandi, 28, dan Singhe Malegandi, 26, dari kampung Simbanda ditahan reman polis Jumaat lalu selepas mereka kembali dari Vishakhapatnam.*
*Hindustan Times melaporkan, mayat Phulmani Devi, 30, yang juga penduduk kampung itu ditemui tanpa kepalanya atas landasan keretapi pagi 3 Mac lalu.*

🇮🇩 *Jakarta: Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut, manakala 59 lagi cedera dalam banjir kilat susulan hujan lebat dan tanah runtuh di Sentani, Papua sejak semalam.*
*Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, puluhan kediaman penduduk rosak dan jumlah mangsa terjejas dijangka meningkat.*
*”Banjir sudah surut, namun pasukan mencari dan menyelamat kesukaran memasuki kawasan tertentu kerana pokok tumbang, runtuhan batu dan lumpur," katanya, hari ini.*

🇺🇸 *VIRGINIA: Seorang ibu tergamak meracunkan anaknya dengan menyuntik darah sendiri ke dalam badan kanak-kanak berusia lima tahun itu semata-mata mahu menarik perhatian pegawai perubatan.*
*Mirror Online melaporkan, rakaman CCTV dalam wad pesakit menunjukkan Elizabeth Malone, 29, menyuntik darahnya dalam hidung dan mulut kanak-kanak kurang upaya itu ketika dia terlantar atas katil.*
*Doktor mula berasa hairan apabila mangsa yang bisu sukar sembuh biarpun dimasukkan dalam unit penjagaan rapi dan mempercayai dia boleh meninggal dunia sekiranya tidak dirawat dengan teliti.*

🇮🇩 *Lombok: Gempa bumi melanda utara Lombok semalam mengorbankan dua orang manakala puluhan pelancong termasuk dari Malaysia dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh yang berlaku susulan itu.*
*Gempa bumi dengan 5.8 magnitud itu melanda jam 3 petang dan dilaporkan mengakibatkan tanah runtuh ketika kira-kira 40 pelancong tempatan dan Malaysia berada di Air Terjun Tiu Kelep.*
*Ketua agensi bencana Nusa Tenggara barat Muhammad Rum, memberitahu Kompas TV usaha mencari dan menyelamat setakat ini hanya berjaya menyelamatkan tiga daripada 40 pelancong berkenaan dengan dua ditemui mati.*

🇨🇳 *BEIJING: Kejadian tanah runtuh di wilayah Shanxi di utara China mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 10 lagi hilang yang turut memusnahkan beberapa bangunan lain.*
*Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, tujuh mangsa ditemui maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.*
*Kerajaan tempatan tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi AFP.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seorang wanita dihalau kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana berpakaian terlalu seksi, awal minggu ini.*
*Emily O’Connor, 21, menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum dia diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi.*
*Menurut laporan Metro.uk, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🏥 *SEORANG doktor rakyat Malaysia yang bertugas di Hospital Christchurch, Mohamad Firdaus meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kematian ketiga-tiga mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, Mohd Tarmizi Shuib dan Mohd Nazril Hisham Omar.*
*Ini kerana kata Mohamad Firdaus, ketiga-tiga mangsa masih hidup bukan meninggal dunia seperti yang ditularkan.*
*”Meskipun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) namun keadaan Rahimi setakat ini stabil dan dia masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments dalam dural space.*

☹ *“JIKA benar ada kematian membabitkan keluarga, sertakan bukti dan nama keluarga bukannya sekadar tularkan berita kematian.*
*”Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kami panik,” kata Norhayati Md Rasol, 36, ibu kepada Kamil Irfan Kamarizan, 12, salah seorang murid yang kesihatannya terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Rabu lalu.*
*Norhayati berkata, tindakan beberapa netizen sengaja mentularkan kenyataan tidak benar ketika lebih 10,000 penduduk sekitar Pasir Gudang gamat dengan pencemaran itu menambah panik keluarga terutama ibu bapa.*

👑 *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka buat kali kedua apabila Baginda difitnah kononnya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.*
*Sebelum ini, baginda murka apabila kejadian itu berlaku hingga menyebabkan 111 sekolah terpaksa ditutup dan lebih 4,000 penduduk terpaksa mendapatkan rawatan awal.*
*Dalam catatan terbaru di Facebook rasminya bertajuk 'Sultan Ibrahim Murka Ada Pihak Sebar Fitnah Isu Pencemaran Sisa Kimia,' baginda mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas, sebaliknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.*

🎮 *PERMAINAN dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.*
*Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.*
*”Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.*

👩🏻‍🏫 *TUGAS mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap sebagai cabaran sebaliknya satu kelebihan kepada dirinya selepas menerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019.*
*Guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, KA Razhiyah, 60, menerima anugerah berkenaan di Persidangan ‘Special Education Network and Inclusion Association’ (SENIA) di Hong Kong pada 24 Februari lalu.*
*Katanya, dia memulakan karier perguruan pada 1985, mula menumpukan kepada pendidikan khas pada 1990 apabila melihat cabaran mendidik pelajar istimewa berbeza daripada mengajar pelajar normal.*

🛩 *PERSIAPAN Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), diperhebatkan menjelang hari pembukaannya, 26 Mac ini.*
*Berbaki lapan hari lagi, persiapan logistik sudah siap diatur oleh penganjur, EN Project (M) Sdn Bhd dengan gabungan dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan kerajaan tempatan.*
*Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Mohamed Asri Redha Abdul Rahman berkata, LADA selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA’19, dipertanggungjawabkan memantau pelbagai persiapan terakhir itu.*

📽 *Selepas 10 tahun, kembar animasi nombor satu Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak melalui judul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bermula 21 Mac ini.*
*Ramai memuji keunikan filem kali ini yang disifatkan lebih kemas, terperinci dan idea yang ‘di luar kotak’.*
*Malah, Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik, menyifatkan Upin & Ipin boleh menjadi ejen kesusasteraan Melayu berikutan banyak elemen berkaitan Melayu dalam filem animasi ini.*

🐊 *CARDWELL (AUSTRALIA): Lebih 50 penduduk Cardwell di utara Queensland memberi penghormatan terakhir kepada seekor buaya air masin berusia hampir 80 tahun yang mati di sungai akibat luka tembakan.*
*Buaya berukuran 4.5 meter itu dikenali sebagai Bismarck, Fluffy atau Gary mula menjadi tumpuan antarabangsa selepas seorang nelayan, Ryan Moody menyiarkan video ke media sosial untuk mencari buaya berkenaan namun disahkan mati.*
*Majlis penghormatan yang diadakan di Jeti Cardwell turut dihadiri keluarga mendiang Steve Irwin.*

🐣 *Victoria: Remaja 17 tahun yang memecahkan telur di kepala senator Australia menjadi semakin popular dengan puluhan ribu peminat kini mengikutnya di media sosial, malah turut mendapat pujian beberapa kumpulan muzik tempatan yang menawarkannya tiket konsert percuma seumur hidup.*
*Will Connolly, 17, yang digelar ‘EggBoi’ (budak telur) dirakam memecahkan telur di kepala Senator Fraser Anning susulan kenyataan kontroversi berhubung serangan di masjid di Christchurch, sebelum dibawa keluar dari lokasi berkenaan oleh polis.*
*Tanda pagar EggBoyHero juga digunakan meluas di Twitter, lapor Daily Mail.*
*Sejak video itu tular, pengikut Connolly di Instagram meningkat kepada 269,000 orang, malah dia menerima lebih 30,000 komen pujian dari seluruh dunia termasuk Belanda, Maghribi serta Mesir.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *EPL RESULT: FULHAM 1 LIVERPOOL 2, EVERTON 2 CHELSEA 0*

🏆 *JUVENTUS mengalami kekalahan pertama di Serie A musim ini malam ini, apabila tewas kepada Genoa 0-2, beberapa hari selepas kelab Turin itu menewaskan Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara.*
*Cristiano Ronaldo membantu Juara Itali itu kembali ke kancah Eropah awal pagi Rabu lalu apabila jaringan hatriknya menyelamatkan defisit 0-2 di tangan Atletico pada perlawanan pertama untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.*
*Bagaimanapun bintang Portugal itu direhatkan daripada skuad itu untuk kunjungan ke Genoa dan anak buah Massimiliano Allegri longlai di tangan Genoa, kali kedua musim ini selepas seri 1-1 di Turin Oktober lalu.*

🤫 *OLE Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United menampilkan persembahan terburuknya sepanjang dia menjadi pengendali pasukan itu selepas Wolves menyingkirkan mereka daripada saingan Piala FA dengan kekalahan 2-1 di peringkat suku akhir.*
*Bagaimanapun pengendali sementara United itu masih bersemangat untuk mengubah nasib pasukan itu walaupun persembahan mereka dilihat semakin goyah.*
*Solskjaer berkata, ada banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dengan memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga untuk beraksi Liga Juara-Juara musim depan selain bakal berdepan Barcelona di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara nanti.*

🏁 *LEWIS Hamilton yang kecewa memberitahu perjuangannya di Grand Prix Australia ‘musnah’ seawal selekoh pertama ketika dia terus mencari jawapan atas kegagalan mengatasi kepantasan rakan sepasukannya di Mercedes Valtteri Bottas.*
*Juara dunia lima kali itu bermula dari petak pertama pada perlumbaan pembuka tirai tetapi dipintas seawal selekoh pertama oleh pelumba Finland itu dan pelumba Britain itu gagal menyainginya apabila ketinggalan hampir 21 saat.*

🐯 *KETINGGIAN pemain lawan tidak menghadirkan masalah buat pasukan Bawah 23 kebangsaan (B-23) untuk memberi tentangan sengit apabila berjaya mengikat Australia 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.*
*Pujian harus diberikan kepada mereka apabila tidak berputus asa mencari gol penyamaan walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi sebelum berjaya merealisasikannya pada masa tambahan separuh masa kedua.*

🚴🏻‍♂ *Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang bersedia untuk tampil sebagai wakil tunggal berbasikal ke Olimpik Tokyo sekiranya perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan.*
*Skuad trek negara kendalian ketua jurulatih dari Australia, John Beasley meletakkan harapan untuk melayakkan diri dalam acara pecut berpasukan sekali gus membuka peluang kepada dua tiket tambahan bagi acara keirin dan pecut individu.*
*Bagaimanapun persembahan kurang menyerlah pada Kejohanan Trek Dunia di Poland dua minggu lalu menyebabkan gandingan Azizulhasni bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis ketinggalan pada kedudukan ke-14.*

🚴🏻‍♀ *Pelumba negara, Jupha Somnet muncul antara yang menyerlah pada perlumbaan Piala Biwase 2019 di Vietnam yang berakhir semalam.*
*Pelumba kelahiran Perlis terbabit menaiki podium sebanyak dua kali apabila meraih kedudukan kedua pada peringkat pertama dan sembilan selain tempat ketiga dalam kategori pecut keseluruhan.*
*Jurulatih lebuh raya wanita negara, Amir Mustafa Rusli, gembira dengan Jupha serta rakan sepasukannya yang tidak pulang dengan tangan kosong.*

🏸 *MALAYSIA mampu kembali menjadi kuasa dunia dalam sukan badminton atau berada dalam kalangan lima negara terbaik jika pemain muda sentiasa diberi peluang.*
*Situasi kini memang amat berbeza berbanding 2015 hingga 2017 yang mana ketika itu Malaysia berada di kedudukan lima terbaik dunia selepas melonjak dari kedudukan ke-10.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Paktam
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Negeri Perak, Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 3542
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:21 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 9 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Paktam » Sun Mar 24, 2019 11:24 pm

zylajasmine wrote:
Tue Mar 19, 2019 1:38 pm
*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*ISNℹN 1⃣8⃣ ⓂAR©H 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣1⃣ REJ🆎 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣3⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣3⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣1⃣7⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣4⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣3⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣6⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣5⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 17mac*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *PEJABAT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand di Wellington, memaklumkan kerajaan negara berkenaan sudah memaklumkan mengenai penemuan mayat terbaru susulan insiden tembakan, Jumaat lalu. Pegawai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kerakyatan individu terbabit namun pemantauan rapi berhubung sebarang perkembangan terkini akan terus dilakukan.*

🌺 *“KAMI belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq yang dilaporkan hilang dan belum ditemui sehingga kini,” kata Zarina Shuib, 53. Sehingga kini, nasib Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, belum diketahui selepas melarikan diri ketika kejadian serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin. “Saya ada bertanya mengenai hal itu kepada isteri Mohd Tarmizi namun dia juga belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq.*

🌺 *KEADAAN anak sulung Rahimi Ahmad, 39, yang menjadi mangsa tembak di Christchurch, New Zealand kini semakin baik. Ahmad Razif, 11, yang sempat diselamatkan orang awam pada hari kejadian dilaporkan masih trauma berikutan melihat sendiri kejadian tembakan itu.*

🌺 *PENCARI kayu terkejut apabila menemui tengkorak manusia dalam hutan berhampiran Taman Intan Perdana, Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 47 tahun memasuki hutan untuk mendapatkan kayu.*

🌺 *SEBANYAK 218 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam operasi bermula 2 pagi itu, seramai tujuh pegawai dan 86 anggota terdiri daripada pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.*

🌺 *KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.*

🌺 *TIGA anggota polis dijatuhi hukuman penjara 18 hingga 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,050 pada 2016. Tertuduh, konstabel sokongan, V Venisan, 37; konstabel Mohd Dzulfadzli Mohamad Noor, 32 dan lans koperal, Shaiful Kamal Salleh, 35, turut dijatuhi hukuman denda antara RM10,000 hingga RM30,000.*

🌺 *MAYAT yang ditemui rentung di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit, Alor Setar, semalam, dipercayai mangsa pembunuhan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan lanjut pakar forensik di lokasi kejadian mendapati ada jerami yang tidak terbakar di bawah badan mangsa.*

🌺 *DUA sahabat lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau, Taiping, tengah hari ini. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, yang beralamat di Kampung Perak, Batu Kurau dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, beralamat di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau meninggal dunia di lokasi kejadian.*

🌺 *EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dengan insiden pergaduhan bersenjatakan pisau dan besi kuku kambing di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, semua suspek berusia 32 hingga 41 tahun ditahan anggota unit kereta peronda(MPV) pada 11.57 malam.*

🌺 *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak yang mengkritik hasrat kerajaan untuk memperkenalkan projek kereta nasional ketiga. Beliau berkata, hasrat mewujudkan jenama kereta nasional baharu bertujuan mempelajari teknologi kejuruteraan automotif terbaharu. “Orang fikir kereta kita tidak bagus, jangan beli kereta Malaysia sebaliknya beli kereta buatan asing. Mereka kata jangan buat kereta nasional ketiga, ia tidak bagus.*

🌺 *WARIS kepada lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam, diminta tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menuntut lelaki berkenaan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Hamzah Abu Hasan berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu diselamatkan dalam satu operasi bersepadu membendung penularan kegiatan mengemis dan gelandangan di sekitar daerah Melaka Tengah.*

🌺 *LELAKI parah ditetak di Pasar Besar Kota Kinabalu, akibat perselisihan faham dengan keluarga isterinya dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa berusia 40 tahun itu diserang tiga ahli keluarga isterinya dengan seorang daripadanya wanita, menggunakan pelbagai senjata, termasuk parang dan kayu, kira-kira 7.30 malam.*

🌺 *SERAMAI 20 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh, hari ini atas kesalahan berniaga tanpa lesen, Februari lalu. Kesemua peniaga berusia antara 28 hingga 60-an itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azem Fatihi Kamal.*

🌺 *SUAMI isteri yang baru berjinak-jinak menjual dadah dan daun ketum di rumah ditahan polis dalam serbuan di Taman Serting Indah, Jempol semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun dikatakan terbabit aktiviti itu sejak dua bulan lalu.*

🌺 *KESAN hidrogen sianida yang dikesan di Taman Tanjung Puteri, Pasir Gudang Rabu lalu, kurang merbahaya berbanding sianida asli yang digunakan dalam senjata kimia. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, gas sianida yang dikesan di kawasan itu adalah hasil tindak balas bahan buangan dengan campuran gas lain.*

🌺 *MEMILUKAN apabila seorang lelaki maut dilanggar motosikal ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Batu 39, Sabak Bernam, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa, Roslan Kawi, 52, dilanggar Modenas Kriss ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabas selepas cuba mengelak motosikal lain di kawasan berkenaan.*

🌺 *SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.*

🌺 *DUA suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang milik tiga individu berjumlah RM35,000 ke dalam akaun sebuah bank, pada 2017. Kedua-dua tertuduh, Norshilakhartiney Mernie, 32, yang berdepan lima pertuduhan dan Siti Noraini Zakaria, 35, dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan.*

🌺 *HANYA berbaki 200 meter lagi kawasan Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang tercemar dan perlu dibersihkan. Sehingga petang semalam, 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan yang tercemar sudah dibersihkan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kerja pembersihan berjalan lancar dan dilakukan tanpa henti sejak bermula, Rabu lalu.*

🌺 *POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh wanita warga emas di rumahnya di Taman Berjaya, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, 15 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sekitar Sungai Pelek, awal pagi tadi.*

🌺 *CUACA sangat panas menyebabkan kawasan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, Rembau, musnah terbakar, semalam. Komander Operasi bagi Zon Port Dickson, Mohd Siraj Abdullah berkata, 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau, Tampin dan Seremban dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian 7.03 petang.*

🌺 *LELAKI dikenali sebagai Aiman, 23, menangis teresak-esak selepas dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Kuala Ketil, Kedah, Jumaat lalu kerana mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat orang ramai dan hasil risikan polis.*

🌺 *SEORANG lagi mangsa skim cepat kaya di Kuantan membuat laporan polis akibat kerugian RM152,050, selepas menyertai pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal. Mangsa, seorang guru wanita berusia 48 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam selepas tidak lagi menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.*

🌺 *LEBIH 100 penduduk hilang tempat tinggal selepas 32 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, pagi tadi. Kebakaran yang bermula 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki melecur di tangan, namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa.*

🌺 *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Sabah mengeluarkan 42 amaran bertulis, tiga notis arahan dan sembilan kompaun, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan kes pembakaran terbuka. Tindakan itu dilaksanakan JAS selepas menggerakkan pasukan rondaan bagi menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka sejak pertengahan Januari lalu berikutan musim panas di negeri ini.*

🌺 *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memulakan lawatan kerja ke Paris, Perancis mulai hari ini hingga 20 Mac akan mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).*

🌺 *KERETA dinaiki dua lelaki masuk ke dalam longkang selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika melarikan diri daripada dikejar polis dalam kejadian di Jalan Ecohill, Semenyih, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketika Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan rondaan cegah jenayah, mereka menerima maklumat mengenai suspek curi kabel di Jalan Taman Maju 2, Rinching, Semenyih pada 4 pagi.*

🌺 *“KETIKA tiba, saya lihat api menjulang tinggi dan membakar semua gerai dan saya hanya mampu melihat gerai musnah di depan mata,” kata pemilik gerai, Azizul Ahmad, 36. Gerainya antara 16 gerai musnah dalam kebakaran di Medan Selera Bukit Angin, Temerloh pada 6 pagi hari ini.*

🌺 *POLIS memperoleh petunjuk menjurus kepada identiti suspek bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kini operasi memburu dan menjejak suspek giat dijalankan untuk menahan suspek berkenaan.*

🌺 *SEORANG wanita maut akibat dihempap pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di belakang Masjid Ubudiah, Kampung Lembah Masjid, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 11.50 pagi itu, mangsa, Norizan Am, 61, meninggal dunia di tempat kejadian dan difahamkan ketika kejadian mangsa sedang menolak basikalnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya.*

🌺 *DATA Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 40,916 unit kediaman pelbagai jenis di negara ini membabitkan nilai RM27.39 bilion tidak terjual dalam tempoh lapan tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, masalah pemasaran rumah selain kelayakan individu untuk membuat permohonan pinjaman menyebabkan kediaman itu gagal dijual.*

🌺 *PENGAWAL keselamatan dikenakan sogit (denda) kerana mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau melalui aplikasi WhatsApp tahun lalu. Sogit yang membawa maksud denda mengikuti adat istiadat etnik di Sabah khususnya suku kaum Dusun diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengekang pelanggaran adat dan mendisiplinkan masyarakat.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam serangan pengganas di sini Jumaat lalu meningkat kepada 50 orang selepas satu mayat ditemui di sebuah masjid yang diserang, kata Komisioner Polis New Zealand, Mike Bush.*
*”Dengan rasa sedih saya mengumumkan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi ini kini meningkat kepada 50 orang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.*
*Tambahnya, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat kepada 50 orang.*

🇳🇿 *DALAM masa kurang 24 jam dilancarkan, kempen mengumpul dana untuk membantu mangsa insiden tembakan Masjid Al Noor, Christchurch, United For Christchurch mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan masyarakat seluruh dunia.*
*Apa yang menariknya, kempen yang diadakan menerusi laman web, www.launchgood.com/christchurch itu adalah hasil keprihatinan anak muda Malaysia, Muhammad Habibullah Md Ali, 26, yang juga presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di New Zealand, Handshake People.*
*Muhammad Habibullah berkata, dia dan seorang lagi rakan terpanggil untuk mengadakan kempen itu bagi membantu mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kejadian serangan berkenaan.*

🇳🇿 *CHRISTCHURCH: Tanpa berfikir dua kali, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa berdepan pengganas bersenjata sebelum tindakannya itu berjaya menghalang serangan diteruskan di Masjid Linwood.*
*Warga Afghanistan, Abdul Aziz, 48, dikatakan berdepan dengan lelaki terbabit Brenton Tarrant sambil membaling mesin kredit kad hingga dia melarikan diri dari tempat kejadian, lapor euronews.*
*Bapa empat anak itu berkata, dia berlari keluar dengan hati yang nekad untuk menghentikan serangan itu apabila membaling mesin kredit kad ketika lelaki terbabit dilihat berjalan semua ke arah kenderaannya, dipercayai untuk mengambil satu lagi senjata.*

🇮🇳 *Jharkhand: Dua beradik lelaki membunuh dan memenggal kepala seorang wanita kerana mempercayai mangsa adalah ahli sihir yang menyebabkan mereka sakit dalam kejadian di Singhbhum, baru-baru ini.*
*Suspek Vijay Malegandi, 28, dan Singhe Malegandi, 26, dari kampung Simbanda ditahan reman polis Jumaat lalu selepas mereka kembali dari Vishakhapatnam.*
*Hindustan Times melaporkan, mayat Phulmani Devi, 30, yang juga penduduk kampung itu ditemui tanpa kepalanya atas landasan keretapi pagi 3 Mac lalu.*

🇮🇩 *Jakarta: Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut, manakala 59 lagi cedera dalam banjir kilat susulan hujan lebat dan tanah runtuh di Sentani, Papua sejak semalam.*
*Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, puluhan kediaman penduduk rosak dan jumlah mangsa terjejas dijangka meningkat.*
*”Banjir sudah surut, namun pasukan mencari dan menyelamat kesukaran memasuki kawasan tertentu kerana pokok tumbang, runtuhan batu dan lumpur," katanya, hari ini.*

🇺🇸 *VIRGINIA: Seorang ibu tergamak meracunkan anaknya dengan menyuntik darah sendiri ke dalam badan kanak-kanak berusia lima tahun itu semata-mata mahu menarik perhatian pegawai perubatan.*
*Mirror Online melaporkan, rakaman CCTV dalam wad pesakit menunjukkan Elizabeth Malone, 29, menyuntik darahnya dalam hidung dan mulut kanak-kanak kurang upaya itu ketika dia terlantar atas katil.*
*Doktor mula berasa hairan apabila mangsa yang bisu sukar sembuh biarpun dimasukkan dalam unit penjagaan rapi dan mempercayai dia boleh meninggal dunia sekiranya tidak dirawat dengan teliti.*

🇮🇩 *Lombok: Gempa bumi melanda utara Lombok semalam mengorbankan dua orang manakala puluhan pelancong termasuk dari Malaysia dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh yang berlaku susulan itu.*
*Gempa bumi dengan 5.8 magnitud itu melanda jam 3 petang dan dilaporkan mengakibatkan tanah runtuh ketika kira-kira 40 pelancong tempatan dan Malaysia berada di Air Terjun Tiu Kelep.*
*Ketua agensi bencana Nusa Tenggara barat Muhammad Rum, memberitahu Kompas TV usaha mencari dan menyelamat setakat ini hanya berjaya menyelamatkan tiga daripada 40 pelancong berkenaan dengan dua ditemui mati.*

🇨🇳 *BEIJING: Kejadian tanah runtuh di wilayah Shanxi di utara China mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 10 lagi hilang yang turut memusnahkan beberapa bangunan lain.*
*Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, tujuh mangsa ditemui maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.*
*Kerajaan tempatan tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi AFP.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seorang wanita dihalau kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana berpakaian terlalu seksi, awal minggu ini.*
*Emily O’Connor, 21, menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum dia diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi.*
*Menurut laporan Metro.uk, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🏥 *SEORANG doktor rakyat Malaysia yang bertugas di Hospital Christchurch, Mohamad Firdaus meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kematian ketiga-tiga mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, Mohd Tarmizi Shuib dan Mohd Nazril Hisham Omar.*
*Ini kerana kata Mohamad Firdaus, ketiga-tiga mangsa masih hidup bukan meninggal dunia seperti yang ditularkan.*
*”Meskipun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) namun keadaan Rahimi setakat ini stabil dan dia masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments dalam dural space.*

☹ *“JIKA benar ada kematian membabitkan keluarga, sertakan bukti dan nama keluarga bukannya sekadar tularkan berita kematian.*
*”Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kami panik,” kata Norhayati Md Rasol, 36, ibu kepada Kamil Irfan Kamarizan, 12, salah seorang murid yang kesihatannya terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Rabu lalu.*
*Norhayati berkata, tindakan beberapa netizen sengaja mentularkan kenyataan tidak benar ketika lebih 10,000 penduduk sekitar Pasir Gudang gamat dengan pencemaran itu menambah panik keluarga terutama ibu bapa.*

👑 *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka buat kali kedua apabila Baginda difitnah kononnya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.*
*Sebelum ini, baginda murka apabila kejadian itu berlaku hingga menyebabkan 111 sekolah terpaksa ditutup dan lebih 4,000 penduduk terpaksa mendapatkan rawatan awal.*
*Dalam catatan terbaru di Facebook rasminya bertajuk 'Sultan Ibrahim Murka Ada Pihak Sebar Fitnah Isu Pencemaran Sisa Kimia,' baginda mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas, sebaliknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.*

🎮 *PERMAINAN dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.*
*Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.*
*”Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.*

👩🏻‍🏫 *TUGAS mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap sebagai cabaran sebaliknya satu kelebihan kepada dirinya selepas menerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019.*
*Guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, KA Razhiyah, 60, menerima anugerah berkenaan di Persidangan ‘Special Education Network and Inclusion Association’ (SENIA) di Hong Kong pada 24 Februari lalu.*
*Katanya, dia memulakan karier perguruan pada 1985, mula menumpukan kepada pendidikan khas pada 1990 apabila melihat cabaran mendidik pelajar istimewa berbeza daripada mengajar pelajar normal.*

🛩 *PERSIAPAN Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), diperhebatkan menjelang hari pembukaannya, 26 Mac ini.*
*Berbaki lapan hari lagi, persiapan logistik sudah siap diatur oleh penganjur, EN Project (M) Sdn Bhd dengan gabungan dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan kerajaan tempatan.*
*Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Mohamed Asri Redha Abdul Rahman berkata, LADA selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA’19, dipertanggungjawabkan memantau pelbagai persiapan terakhir itu.*

📽 *Selepas 10 tahun, kembar animasi nombor satu Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak melalui judul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bermula 21 Mac ini.*
*Ramai memuji keunikan filem kali ini yang disifatkan lebih kemas, terperinci dan idea yang ‘di luar kotak’.*
*Malah, Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik, menyifatkan Upin & Ipin boleh menjadi ejen kesusasteraan Melayu berikutan banyak elemen berkaitan Melayu dalam filem animasi ini.*

🐊 *CARDWELL (AUSTRALIA): Lebih 50 penduduk Cardwell di utara Queensland memberi penghormatan terakhir kepada seekor buaya air masin berusia hampir 80 tahun yang mati di sungai akibat luka tembakan.*
*Buaya berukuran 4.5 meter itu dikenali sebagai Bismarck, Fluffy atau Gary mula menjadi tumpuan antarabangsa selepas seorang nelayan, Ryan Moody menyiarkan video ke media sosial untuk mencari buaya berkenaan namun disahkan mati.*
*Majlis penghormatan yang diadakan di Jeti Cardwell turut dihadiri keluarga mendiang Steve Irwin.*

🐣 *Victoria: Remaja 17 tahun yang memecahkan telur di kepala senator Australia menjadi semakin popular dengan puluhan ribu peminat kini mengikutnya di media sosial, malah turut mendapat pujian beberapa kumpulan muzik tempatan yang menawarkannya tiket konsert percuma seumur hidup.*
*Will Connolly, 17, yang digelar ‘EggBoi’ (budak telur) dirakam memecahkan telur di kepala Senator Fraser Anning susulan kenyataan kontroversi berhubung serangan di masjid di Christchurch, sebelum dibawa keluar dari lokasi berkenaan oleh polis.*
*Tanda pagar EggBoyHero juga digunakan meluas di Twitter, lapor Daily Mail.*
*Sejak video itu tular, pengikut Connolly di Instagram meningkat kepada 269,000 orang, malah dia menerima lebih 30,000 komen pujian dari seluruh dunia termasuk Belanda, Maghribi serta Mesir.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *EPL RESULT: FULHAM 1 LIVERPOOL 2, EVERTON 2 CHELSEA 0*

🏆 *JUVENTUS mengalami kekalahan pertama di Serie A musim ini malam ini, apabila tewas kepada Genoa 0-2, beberapa hari selepas kelab Turin itu menewaskan Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara.*
*Cristiano Ronaldo membantu Juara Itali itu kembali ke kancah Eropah awal pagi Rabu lalu apabila jaringan hatriknya menyelamatkan defisit 0-2 di tangan Atletico pada perlawanan pertama untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.*
*Bagaimanapun bintang Portugal itu direhatkan daripada skuad itu untuk kunjungan ke Genoa dan anak buah Massimiliano Allegri longlai di tangan Genoa, kali kedua musim ini selepas seri 1-1 di Turin Oktober lalu.*

🤫 *OLE Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United menampilkan persembahan terburuknya sepanjang dia menjadi pengendali pasukan itu selepas Wolves menyingkirkan mereka daripada saingan Piala FA dengan kekalahan 2-1 di peringkat suku akhir.*
*Bagaimanapun pengendali sementara United itu masih bersemangat untuk mengubah nasib pasukan itu walaupun persembahan mereka dilihat semakin goyah.*
*Solskjaer berkata, ada banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dengan memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga untuk beraksi Liga Juara-Juara musim depan selain bakal berdepan Barcelona di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara nanti.*

🏁 *LEWIS Hamilton yang kecewa memberitahu perjuangannya di Grand Prix Australia ‘musnah’ seawal selekoh pertama ketika dia terus mencari jawapan atas kegagalan mengatasi kepantasan rakan sepasukannya di Mercedes Valtteri Bottas.*
*Juara dunia lima kali itu bermula dari petak pertama pada perlumbaan pembuka tirai tetapi dipintas seawal selekoh pertama oleh pelumba Finland itu dan pelumba Britain itu gagal menyainginya apabila ketinggalan hampir 21 saat.*

🐯 *KETINGGIAN pemain lawan tidak menghadirkan masalah buat pasukan Bawah 23 kebangsaan (B-23) untuk memberi tentangan sengit apabila berjaya mengikat Australia 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.*
*Pujian harus diberikan kepada mereka apabila tidak berputus asa mencari gol penyamaan walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi sebelum berjaya merealisasikannya pada masa tambahan separuh masa kedua.*

🚴🏻‍♂ *Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang bersedia untuk tampil sebagai wakil tunggal berbasikal ke Olimpik Tokyo sekiranya perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan.*
*Skuad trek negara kendalian ketua jurulatih dari Australia, John Beasley meletakkan harapan untuk melayakkan diri dalam acara pecut berpasukan sekali gus membuka peluang kepada dua tiket tambahan bagi acara keirin dan pecut individu.*
*Bagaimanapun persembahan kurang menyerlah pada Kejohanan Trek Dunia di Poland dua minggu lalu menyebabkan gandingan Azizulhasni bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis ketinggalan pada kedudukan ke-14.*

🚴🏻‍♀ *Pelumba negara, Jupha Somnet muncul antara yang menyerlah pada perlumbaan Piala Biwase 2019 di Vietnam yang berakhir semalam.*
*Pelumba kelahiran Perlis terbabit menaiki podium sebanyak dua kali apabila meraih kedudukan kedua pada peringkat pertama dan sembilan selain tempat ketiga dalam kategori pecut keseluruhan.*
*Jurulatih lebuh raya wanita negara, Amir Mustafa Rusli, gembira dengan Jupha serta rakan sepasukannya yang tidak pulang dengan tangan kosong.*

🏸 *MALAYSIA mampu kembali menjadi kuasa dunia dalam sukan badminton atau berada dalam kalangan lima negara terbaik jika pemain muda sentiasa diberi peluang.*
*Situasi kini memang amat berbeza berbanding 2015 hingga 2017 yang mana ketika itu Malaysia berada di kedudukan lima terbaik dunia selepas melonjak dari kedudukan ke-10.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
Wuishhhh panjang nyer
🙈 NI M€¥¥ NI 🙈

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Sun Apr 07, 2019 8:30 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*KH🅰MIS 4⃣ 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣8⃣ REJ🆎 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣4⃣6⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣5⃣6⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣1⃣1⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣9⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣2⃣3⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣3⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣2⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 3april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *ANGGOTA bomba dilihat di antara belakang jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan van EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) pada insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu, disahkan bukan Muhammad Adib Mohd Kassim. Pegawai Penyiasat Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Asisten Superintendan Lew Keng Joe sebaliknya berkata, individu berkenaan adalah anggota FRT, Mohd Hazim Mohd Rahimi.*

🌺 *KAPAL layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga RM514 juta (126 juta AS Dolar). Peguam Negara Tommy Thomas berkata, Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberikan kelulusan menerima tawaran membeli Equanimity daripada syarikat berkenaan atas terma dan syarat pegawai mahkamah.*

🌺 *BARISAN Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun sedar kempen agresif dilakukan Pakatan Harapan (PH). Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun peluang mempertahankan kerusi masih 50-50.*

🌺 *PERBICARAAN tujuh kes jenayah dihadapi Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, tetap diteruskan petang ini. Perkara itu disahkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri berkenaan ketika dihubungi, di sini, semalam.*

🌺 *AYAM yang disembelih akan dilemaskan di dalam bekas berisi air bagi mempercepatkan haiwan itu mati sebelum proses lanjut dilakukan. Itu modus operandi sebuah pusat penyembelihan ayam beroperasi secara haram di Jalan Kapar, Klang yang turut didapati kotor, busuk dan menjijikkan. Perkara itu dikesan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pelbagai agensi lain yang menjalankan serbuan ke atas premis berkenaan, kira-kira 1 pagi tadi.*

🌺 *DUA lelaki maut selepas tayar hadapan kanan sebuah kontena bermuatan cili pecah lalu terbabas dan melanggar Perodua Myvi di laluan bertentangan di Kilometer 146.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan hari ini. Kejadian 5.30 petang itu menyebabkan kedua-dua kenderaan dipandu kedua-dua mangsa terhumban ke dalam gaung kira-kira 10 meter.*

🌺 *“SAYA pergi ke tandas sekejap saja, bila kembali ke dapur saya tengok api sudah terpercik ke dinding rumah,” kata peniaga, Nuraznida Aziz, 34. Nuraznida, mangsa kebakaran membabitkan tiga rumah dalam kejadian jam 4 pagi tadi di Taman Binjai Manis, Ketereh, Kelantan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*

🌺 *TIGA pelajar lelaki maut, manakala dua yang lain cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kota Tinggi ke Bandar Penawar, Simpang FELDA Lok Heng di Kota Tinggi, petang hari ini. Penyelia Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Abdul Rani berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi dan Proton Wira.*

🌺 *SINDIKET pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan tekstil ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) apabila 338 kilogram ketamin bernilai RM20 juta dirampas di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Mac lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM, Datuk Azimah Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan anggota Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sebaik menerima maklumat awam.*

🌺 *SEORANG kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Sungai Perak di Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, semalam. Terdahulu, pada 6 petang, mangsa Ahmad Salman Omar, 11, ke kawasan sungai berkenaan yang berhampiran rumahnya bersama rakan dan ibunya.*

🌺 *PROSIDING perbicaraan hari pertama kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd sedikit tegang apabila seorang penyokong Datuk Seri Najib Razak membuat kecoh di luar bilik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Difahamkan penyokong itu yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan berkelakuan sedemikian berikutan dilarang memasuki kamar bicara bagi mengikuti prosiding yang sedang berlangsung.*

🌺 *SEBANYAK 60,000 liter air digunakan bagi mengawal kebakaran membabitkan keluasan 2.42 hektar di Taman Negara Similajau, Bintulu. Setakat 2.15 petang, semalam, kebakaran membabitkan 90 peratus kawasan terjejas berjaya dikawal menggunakan teknik semburan dari udara.*

🌺 *TINDAKAN empat premis menjual beg tangan tiruan berjenama di sekitar Klang mengundang padah apabila ‘dikunjungi’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Semua premis itu diserbu secara berasingan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor, bermula 12.30 tengah hari.*

🌺 *PERBUATAN keji pemandu lori mencabul kanak-kanak perempuan yang diasuh isterinya mengundang padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa di rumah di Klang antara 10 pagi hingga 7 malam.*

🌺 *PERBUATAN seorang peniaga menjual rokok seludup dipercayai untuk mengaut keuntungan mudah, akhirnya terbongkar hasil serbuan polis ke sebuah premis di pekan Air Mawang, Johol, Kuala Pilah, Ahad lalu. Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, kira-kira pada 11 pagi itu adalah hasil maklumat awam.*

🌺 *NELAYAN warga emas cedera dipukul dengan pengunci stereng dalam satu perselisihan faham di tepi sungai Kampung Seberang Pintasan, Dungun Ahad lalu. Kejadian 9 malam berlaku ketika lelaki berusia 72 tahun itu sedang membuang air yang ada di dalam bot sebelum didatangi lelaki dikenali.*

🌺 *MAYAT lelaki berusia 54 tahun ditemui dengan belitan tali pada leher di Kampung Padang Benta, Mukim Kedawang, Langkawi, hari ini. Mayat itu ditemui tertiarap atas tanah pada bahagian kiri rumah oleh anak lelaki terbabit.*

🌺 *MISI kemanusiaan kali ke-12 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Syria lebih bermakna apabila mereka bakal mendirikan sebuah penempatan lengkap pelbagai kemudahan buat pelarian Syria di Idlib. Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Sany Araby Al-Kahery berkata, penempatan yang diberi nama Perkampungan Ummah itu berjaya direalisasikan hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi kutipan yang dilancarkan sejak dua bulan lalu.*

🌺 *SEORANG pesara tentera meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas berjogging di Stadium Mini Sabak Bernam, Sabak Bernam, hari ini. Dalam kejadian 8.45 pagi, mangsa, K Siva Sundar, 47, dikatakan rebah ketika berhenti untuk berehat.*

🌺 *SEBANYAK 140 bangunan kerajaan di seluruh negara dengan 39 daripadanya terletak di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC). Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, semua bangunan berkenaan dikategorikan sebagai ‘designated building’ (bangunan ditetapkan) perlu memiliki FC.*

🌺 *ANAK dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya. Tertuduh, Nikizwan Sajani, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Afiq Agoes.*

🌺 *KEBANYAKAN nelayan pinggir pantai di Melaka Barat, di Alor Gajah, mengeluh apabila hasil tangkapan berkurangan berikutan peralihan angin monsun Timur Laut ke Barat Daya sejak hujung bulan lalu. Hidup mereka bertambah sukar apabila hasil jualan tangkapan tidak mampu menampung kos bahan api enjin sangkut manakala tenaga dikeluarkan tidak berbaloi dengan ikan yang didaratkan.*

🌺 *AHLI perniagaan bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu seorang individu membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan siasatan projek meja terowong dasar laut di Pulau Pinang, dua tahun lalu.
Tertuduh, M G Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

🌺 *SERAMAI 30 warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di kelab malam sekitar Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri di Ipoh, ditahan dalam operasi bersepadu, semalam. Operasi bermula 9 malam dan berakhir 12 tengah malam itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak.*

🌺 *BERANG ditegur kerana membuat bising, lelaki tergamak mengugut menembak bapanya sendiri dengan senapang di rumah panjang Long Tabing, Tinjar, di Kota Belud, Ahad lalu. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek 32 tahun mengancam dengan senapang buatan sendiri jenis bakakuk di kepala mangsa sambil mengatakan ‘saya tembak kau nanti’ sebanyak dua kali.*

🌺 *PENOLONG Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa 1 juta syer dalam dana SRC International Sdn Bhd dipegang Menteri Kewangan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

🌺 *JERITAN seorang wanita menyelamatkan anak lelakinya daripada dilarikan individu tidak dikenali di kawasan parkir perumahan di Jalan Laksamana Permai 3, Taman Laksamana Permai, dekat Selayang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal sempat dikejar seorang lelaki sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis.*

🌺 *POLIS menahan dua individu bergelar Tan Sri dan Puan Sri bagi membantu siasatan berhubung kes amah yang dilayan dengan kekerasan di Country Heights, Kajang, 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, dua individu berkenaan ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 8 pagi tadi.*

🌺 *PEGUAM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertikaikan kenyataan pembukaan yang dibaca Peguam Negara, Tommy Thomas ketika perbicaraan hari pertama kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Muhammad Shafee berkata, kenyataan itu tidak mengikut Seksyen 179 Kanun Prosedur Jenayah berikutan kesemua pertuduhan tidak dinyatakan secara jelas.*

🌺 *MALAYSIA kini menduduki carta teratas pasaran rokok seludup dunia membabitkan 58.9 peratus penguasaan pasaran tempatan atau kira-kira 12 bilion batang rokok seludup dijual di negara ini. Berdasarkan Kajian Rokok Seludup Malaysia (ICS) 2018, senario itu akan mengakibatkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun.*

🌺 *TIDAK puas hati menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam bungkusan plastik lut sinar berhampiran sebuah kedai di Bandar Kinrara, Serdang, kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan pihaknya berjaya mengesan dua lelaki warga Bangladesh masing-masing berusia 30-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.*

🌺 *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang memberkas enam nelayan warga Vietnam termasuk tekong ketika leka mencuri hasil laut negara di lokasi kira-kira 125 kilometer Tenggara dari Kuantan. Pengarah Maritim Malaysia negeri, Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, semua nelayan asing berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun itu ditahan 5 petang semalam.*

🌺 *BANGKAI paus yang ditemui terdampar di pantai Kuala Sala di perairan Kedah hari ini dipercayai adalah dari jenis Paus Baleen (Baleen Whale). Sumber Jabatan Perikanan Negeri Kedah berkata, paus spesis itu jarang ditemui di perairan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui bagaimana paus jenis berkenaan boleh berada di perairan Kedah.*

🌺 *UMNO Sabah mengambil pendirian tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun UMNO Sabah mempunyai ramai ahli di Sandakan, ia tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada parti pembangkang lain.*

🌺 *Kuala Terengganu: Bengang diminta memulangkan wang upah RM50, seorang buruh naik hantu apabila menyerang seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di Chendering. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.40 pagi semalam ketika mangsa berusia 56 tahun pergi ke rumah suspek berusia 38 tahun untuk meminta semula duit upah RM50 yang diberikan sebagai bayaran pendahuluan bagi kerja pembersihan.*

🌺 *WANITA kerugian hampir RM60,000 selepas rumahnya di Jalan Alor Tempoyak, Dungun dipecah masuk kelmarin. Mangsa berusia 52 tahun yang ke tingkat bawah rumahnya 7.45 pagi terkejut apabila melihat pintu hadapan rumah terbuka manakala beg yang diletakkan di ruang tamu berselerak.*

🌺 *KEMENTERIAN Kesihatan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) untuk memantau laman web serta akaun media sosial golongan antivaksin. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, golongan yang menolak vaksin di negara ini kurang satu peratus daripada jumlah penduduk.*

🌺 *MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini, mendedahkan surat tawaran pembelian Bangunan Malaysia di Hong Kong bernilai RM1.68 bilion selepas dicabar berbuat demikian oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Pendedahan surat tawaran daripada firma guaman Hong Kong itu, bagi menolak dakwaan Wee kononnya tawaran diterima kerajaan untuk pembelian aset itu adalah dalam mata wang dolar Hong Kong (HKD), bukan Ringgit Malaysia.*

🌺 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam fasa terakhir melaksanakan subsidi petrol secara bersasar sebelum dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Kewangan sudah memuktamadkan satu vendor untuk mengendalikan sistem yang akan digunakan kelak.*

🌺 *EDITOR Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menzahirkan kelegaan dan gembira apabila kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya dibicara hari ini. Clare berkata, kes penyelewengan membabitkan Najib itu sudah didedahkan sekian lama dan perbicaraan yang berlangsung hari ini menjadi penanda aras terhadap sistem perundangan di Malaysia.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇧🇳 *BANDAR SERI BEGAWAN: Kerajaan Brunei memperkenalkan undang-undang syariah yang lebih tegas, termasuk hukuman rejam sehingga mati ke atas pesalah zina dan hubungan seks sejenis meskipun berdepan dengan kecaman di peringkat global.*
*Hukum hudud di kepulauan Borneo yang diperintah Sultan Hassanal Bolkiah itu akhirnya dikuatkuasakan sepenuhnya selepas tertangguh beberapa lama.*
*Undang-undang yang turut mencakupi hukuman potong tangan atau kaki untuk kesalahan mencuri, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara dan Asia Timur melaksanakan kanun keseksaan berasaskan prinsip syariah, menyamai negara Timur Tengah seperti Arab Saudi.*

🇵🇭 *MANILA: Pihak berkuasa Filipina terkejut menemui ratusan labah-labah besar dalam bungkusan hadiah yang dikirim dan Poland, semalam.*
*Serangga yang bersesak dalam bekas plastik itu ditemui di pusat memproses surat dan bungkusan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.*
*Kastam membuka bungkusan meragukan itu dan menemui kuih, makanan oat dan serbuk teh namun pemeriksaan lanjut menemui puluhan bekas plastik berisi 747 labah-labah.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seorang lelaki merosakkan percutian bulan madu ke Mesir dengan isterinya selepas menumbuk dua pramugara yang meminta dia berhenti menghisap rokok elektronik dalam pesawat, baru-baru ini.*
*Susulan itu, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap Michael Cunnett yang turut diarahkan membayar pampasan sebanyak 500 pound (RM2,688) kepada mangsa.*
*Dalam kejadian pada Februari lalu, Cunnett, 38, minum empat gelas arak sebelum menaiki penerbangan easyJet pada jam 9 pagi di lapangan terbang Gatwick.*

🇻🇪 *CARACAS: Ketika berdepan kekurangan bekalan tenaga elektrik, rakyat Venezuela terpaksa pula berdepan masalah kekurangan bekalan air bersih.*
*Sejak beberapa bulan lalu, insiden bekalan elektrik terputus kerap berlaku menyebabkan negara itu bergelap dan berlaku kekacauan. Ia mengakibatkan pam air elektrik terpadam dan bekalan air terputus.*

🇸🇩 *KHARTOUM: Polis Sudan merampas 15 tan hasyis di Omdurman, bandar kembar Khartoum dan ia dianggap terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.*
*Hasyis adalah sejenis dadah yang dihasilkan daripada Cannabis sativa.*
*Ketua polis anti narkotik, Jeneral Hussein Nafia ketika memberitahu agensi berita SUNA, berkata dalam operasi di barat Omdurman itu, pihaknya turut berjaya merampas 80 juta pil methamphetamin.*

🇮🇩 *BATAM: Sejak empat tahun lalu, isteri ahli perniagaan di Batam, Indonesia, menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki dikenali melalui media sosial yang mengancam menyebarkan gambar bogelnya jika mangsa enggan melayan nafsu seksnya serta memberi wang.*
*Menurut media Indonesia, lelaki berkenaan, Handoko atau dikenali sebagai Acun, 46, berkenalan dengan wanita berusia 47 tahun itu melalui Facebook pada 2015.*
*Tribun News melaporkan, menurut polis, ketika pertemuan pertama mereka, wanita berkenaan tidak sedarkan diri selepas minum minuman diberi Acun.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dihinggapi jangkitan mengerikan di tapak kakinya bermain tanpa memakai kasut di ladang babi di sebuah perkampungan di Brazil.*
*Menurut Daily Mail yang memetik Jurnal Perubatan New England melaporkan, kaki kanak-kanak berkenaan dijangkiti parasit ‘tunga penetrans’ selama 10 hari sehingga mengakibatkan radang kulit, berpunca dari kutu pasir yang tinggal dalam kulit kanak-kanak berkenaan.*
*Jangkitan kutu itu kebiasaannya berlaku di kawasan terpencil atau miskin di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.*

🇹🇼 *TAIPEI: Gempa bumi berukuran magnitud 5.6 menggegarkan kawasan Taitung di tenggara Taiwan, hari ini.*
*Menurut Reuters, setakat ini, belum ada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.*
*Saksi memberitahu gempa pada kedalaman 10 kilometer itu menggegarkan bangunan di ibu negara, Taipei.*
*Lebih 100 orang terbunuh ketika gempa melanda selatan Taiwan pada 2016.*

🇺🇸 *FLORIDA: Seorang wanita China yang melepasi pemeriksaan keselamatan di pusat peranginan Mar-a-Lago milik presiden Donald Trump di sini, didapati membawa pemacu pena yang mengandungi perisian berbahaya.*
*Reuters melaporkan, wanita bernama  Yujing Zhang itu ditahan Sabtu lalu kerana memasuki kawasan larangan selain memberi kenyataan palsu kepada pegawai keselamatan.*
*Menurut dokumen mahkamah, Zhang memberi dua pasport China yang memaparkan wajahnya kepada pegawai Perkhidmatan Perisikan dan memberitahu ingin ke kolam renang.*

🇳🇿 *WELLINGTON: Polis bersenjata berunding dengan seorang lelaki yang mengunci dirinya dalam rumah selepas menerima laporan tembakan di Auckland Barat, hari ini.*
*NZ Herald melaporkan, polis menerima laporan satu tembakan dilepaskan di kawasan Glen Eden kira-kira jam 10 pagi.*
*Polis berkata, skuad khas dihantar ke lokasi sebagai langkah keselamatan dan beberapa laluan turut ditutup.*

🇨🇳 *SELAMA enam tahun budak lelaki berusia 12 tahun di wilayah Sichuan bersusah payah mendukung rakannya yang lumpuh ke sekolah setiap hari agar mereka dapat belajar bersama-sama.*
*Xu Bingyang, 12, ‘menggalas’ Zhang Ze, 12, yang seberat 25 kilogram setiap hari ke sekolah.*
*Zhang menghidap myasthenia gravis (MG) iaitu penyakit berkaitan masalah otot, saraf dan antibodi yang melumpuhkan separuh tubuhnya.*
*Menurut Daily Mail yang memetik laporan Sichuan Online, kedua-dua mereka adalah murid tahun enam Sekolah Rendah Pusat Bandar Raya Hebazi di daerah Qingshen dan Xu menawarkan bantuan memimpin Zhang berjalan sejak mereka di tahun satu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


⛈ *EMPAT anggota JPJ Perlis sanggup meredah ribut dan hujan lebat membantu wanita berusia lingkungan 30-an yang terbabit dalam kemalangan di Jejawi semalam.*
*Kisah empat anggota ini yang secara kebetulan meronda di kawasan berkenaan, tular di Facebook.*
*Dalam kejadian jam 3 petang itu, seorang wanita cedera di anggota badan selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar van di persimpangan lampu isyarat.*

🕌 *PENGGUNAAN ruang solat atau musolla di bahagian bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka digunakan untuk solat Jumaat Mei depan dan bukan 5 April ini seperti yang tular di laman sosial.*
*Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) memaklumkan, inisiatif mewujudkan ruang solat itu adalah satu usaha pihaknya untuk memudahkan umat Islam, khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat di bangunan terminal.*
*Menurutnya, ruang solat ini juga akan dibuka bagi penggunaan orang ramai setelah siap dan mendapat kelulusan berkaitan.*

👩🏻‍🎓 *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjalankan siasatan mengenai dakwaan membabitkan pensyarah di cawangan Dengkil yang gemar berzina dengan penuntut universiti itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.*
*Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu bagi tindakan lanjut.*
*”Kami turut sedang melakukan siasatan mengenainya dan tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.*
*Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik satu status berkaitan ‘Unpopular Opinion’ (pandangan tidak popular) berkaitan UiTM Dengkil.*

🚩 *CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram menafikan penularan bahan kempen parti oleh jenteranya berhubung program solat hajat dan bacaan Yasin untuknya, malam esok.*
*Sebaliknya, calon PKR itu berkata, pengedaran bahan kempen berbentuk risalah ‘Jom Solat Hajat Untuk Dr Streram’ di Masjid Imam Haji Kahar Rantau melalui WhatsApp itu sebagai fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.*
*”Ia satu perbuatan yang tidak wajar, cara kempen yang jahat dan jentera parti akan membuat laporan polis mengenai perbuatan ini.*

🍬 *ORANG ramai ditegah memakan gula-gula perangsang seks haram jenama ‘Candy B+ Complex’ yang dikenal pasti mengandungi racun berbahaya.*
*Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pihaknya menerima aduan dan maklumat daripada orang awam berkenaan penjualan produk tidak berdaftar itu secara dalam talian melalui laman sesawang http://www.11street.my.*

🦑 *MUSIM sotong bermula sejak pertengahan Mac dan dijangka berterusan hingga Ogos ini bakal memberi pulangan lumayan kepada nelayan di negeri ini.*
*Nelayan berpeluang menambah pendapatan hasil jualan sotong segar pada harga RM25 hingga RM28 satu kilogram (kg).*
*Bagi nelayan Abdillah Abd Rashid, 55, dia yang mula mencandat sejak pertengahan Mac lalu mampu memperoleh 20 hingga 35 (kg) sotong semalaman.*


*ARENA* ⏱
========


⭐ *LIONEL Messi adalah pemain terbaik dan Barcelona ‘terhutang budi’ terhadapnya atas kejayaan pasukan itu, kata bekas pemain kelab itu David Villa.*
*Barcelona ketika ini memiliki kelebihan lapan mata di puncak La Liga mengatasi Atletico Madrid menjelang perlawanan kedua-dua pasukan itu awal pagi Ahad ini dan dijadualkan menentang Manchester United pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, bulan ini.*
*Messi menjadi ‘nadi’ terhadap kejayaan Barcelona, menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan dan membuktikan magisnya tanpa henti.*

🤣 *PENYOKONG Manchester United mengkritik Sergio Romero dan Marcos Rojo kerana ‘seronok ketawa’ di bangku simpanan ketika skuad mereka mengalami kekalahan memedihkan di Wolves.*
*Pengurus skuad itu, Ole Gunnar Solskjaer yang berharap untuk berada dalam kedudukan empat teratas mengalami tamparan hebat apabila tewas 2-1 di Stadium Molineux.*
*Ia bertambah perit selepas Ashley Young dibuang padang ketika United terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika saingan berbaki enam perlawanan musim ini.*

🏎 *MICK Schumacher, anak lelaki juara dunia tujuh kali Michael, melakukan ujian sulung Formula Satu bersama Ferrari di Bahrain semalam dan muncul pemandu kedua terpantas di belakang Max Verstappen dari Red Bull.*
*Dalam cuaca hujan di litar sama yang mana bapanya menang Grand Prix pertama di Asia Barat bersama Ferrari 15 tahun lalu, Schumacher hanya dibezakan 0.597 saat berbanding pemandu Belanda berusia 21 tahun itu.*

🙌🏻 *VIRGIL van Dijk dan Dejan Lovren mengambil pendekatan berbeza dalam sesi latihan semalam, apabila mengasah skil penjaga gol mereka.*
*Pemain pertahanan Liverpool itu dalam persiapan berdepan bekas majikan mereka, Southampton pada awal pagi Sabtu yang juga saat getir buat Reds.*
*Dengan Manchester City akan beraksi berdepan Cardiff awal pagi esok, Liverpool mungkin turun di tangga kedua sebelum mereka dijangka bangkit di Pantai Selatan.*

⚽ *PASUKAN dari Liga M3, Kelantan United FC mencipta kejutan apabila menang tipis 1-0 ke atas Sabah dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.*
*PAHANG tidak menghadapi masalah untuk layak ke pusingan ketiga Piala FA apabila menewaskan Persada Integriti Bersatu (PIB FC) 4-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.*
*JUARA Piala Malaysia musim lalu, Perak menewaskan Negeri Sembilan, 2-1 untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA, di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.*
*PASUKAN Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya merakam kemenangan 2-1 menumpaskan Batu Dua FC dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hari ini.*

🏸 *MENYEDARI lawan mula memberi tumpuan kepada mereka, pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan mengambil pendekatan berhati-hati berdepan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pusingan kedua Terbuka Malaysia esok.*
*Menurut Aaron, mereka memang tidak pernah berdepan dengan Hoki-Kobayshi sebelum ini namun hari ini mereka berkesempatan untuk melihat aksi pasangan Jepun itu di Arena Axiata.*

🏴‍☠ *SEKURANG-kurangnya tiga individu yang layak digelar ‘penyamun’ dikenal pasti oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi punca ‘kerosakan’ kepada empat kelab, Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang dan Terengganu City FC hingga menyebabkan bekas pemain serta barisan kejurulatihan kelab berkenaan menderita tidak menerima gaji.*
*Setakat ini, individu berkenaan yang masih lagi bebas daripada sebarang tindakan, bertanggungjawab terhadap hampir RM5 juta keseluruhan tunggakan gaji membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan kelab terbabit sejak tiga tahun lalu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Apr 11, 2019 5:53 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*KH🅰MIS 1⃣1⃣ 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 5⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣4⃣3⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣5⃣3⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣8⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣7⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣2⃣5⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣2⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣1⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 10april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *“SAYA maafkan... tapi apa yang mustahak adalah meminta maaf pada rakyat kerana mereka percayakan fitnah yang disebarkan kepada saya.” Demikian reaksi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat mengenai isu cincin merah jambu berharga kira-kira RM24 juta yang tidak dibeli olehnya seperti didakwa sesetengah pihak.*

🌺 *KERAJAAN bersetuju memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan kepada FELDA. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA berkata, suntikan kewangan untuk penstrukturan dan pengukuhan operasi itu termasuk pelaksanaan inisitaif FELDA yang bertekad melahirkan peneroka baru mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian serta ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti perladangan bijak dan pertanian tepat.*

🌺 *POLIS sedang mengesan pemandu kereta jenis Honda yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari di Kilometer 5, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bukit Kayu Hitam, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, dalam kejadian 11 malam itu, penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan terbabit ketika terjatuh selepas melanggar bangkai anjing di atas jalan di lokasi berkenaan.*

🌺 *SEMALAM memasuki hari ke-18 kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, namun ahli keluarganya masih setia menjejaki pemuda itu di sekitar kawasan panas Gopeng Ultra Trail 2019 di sini. Pencarian bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan sekitarnya turut disertai ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, yang mempunyai masalah jantung.*

🌺 *HASRAT lelaki ingin menanam kelapa sawit di kawasan hutan terbantut apabila dia ditahan bersama pekerjanya ketika didapati sedang leka menebang dan meratakan tanah secara haram di hutan simpan di Sik, semalam. Bukan itu saja, ketika ditahan lelaki itu turut mengaku tanah terbabit adalah miliknya. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) Kedah, Roslan Rani berkata, lelaki berusia 60 dan 51 tahun itu dikesan melakukan kegiatan itu di Kompartmen 19 Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik, sejak seminggu lalu.*

🌺 *KIKIS, reka semula nombor casis dan cat untuk menukar identiti treler sebelum dijual kepada pembeli. Itu tindakan licik sekumpulan individu dikesan bergiat aktif menjalankan kegiatan mencuri treler milik syarikat haulier di sekitar Lembah Klang sejak lebih 10 tahun lalu. Taktik dipercayai didalangi seseorang yang mahir dalam industri haulier itu dihidu pemilik syarikat haulier yang mencurigai kesan perubahan pada nombor chasis serta treler yang dicat baharu selepas berjaya menjejaki kenderaan mereka.*

🌺 *PERSATUAN Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menganggarkan lebih 50 peratus kontraktor G1 berdaftar di seluruh negara berada dalam keadaan ‘nazak’ dan berisiko untuk gulung tikar. Presidennya, Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, seramai 31,000 kontraktor G1 yang berdaftar dan lebih separuh daripadanya terpaksa menamatkan operasi disebabkan tidak memperoleh kontrak.*

🌺 *KERANA takut ditahan pihak berkuasa, dua pekerja asing warga Bangladesh dan Myanmar bersembunyi di bawah timbunan papan sebelum ditahan anggota Imigresen. Lelaki berusia 30-an dan 40-an itu antara 61 pekerja asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu (Ops Mahir) di tapak pembinaan di Bukit Selambau, di Sungai Petani, semalam.*

🌺 *MAYAT seorang lelaki warganegara Nepal ditemui tergantung di sebuah rumah di Taman Perindustrian Perdana, Bukit Palong Chuah, Port Dickson, semalam. Mangsa berusia 34 tahun ditemui rakan serumahnya yang melakukan pemeriksaan berikutan berasa curiga kerana tidak melihat lelaki itu keluar pada 2.18 pagi.*

🌺 *BAYI lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam. Bapa mangsa, Mohd Hafez Mohamad, 32 berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja, dan sebaik dimaklumkan pengasuh kira-kira 2.30 petang yang anaknya Harraz tidak sedarkan diri, dia bergegas ke rumah pengasuh dengan menunggang motosikal.*

🌺 *LELAKI cedera di perut dan lutut akibat terkena peluru sesat ketika berada di kebun miliknya di On Lok, Batang Melaka, Jasin petang semalam. Dalam kejadian 2 petang, mangsa berusia 64 tahun pergi ke kebun bersama isteri dan anak perempuan untuk menanam cili padi serta pisang.*

🌺 *UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menetapkan sasaran untuk menjadi antara universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun lagi. Naib Canselornya Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan usia UMK kini memasuki 12 tahun. Katanya sepanjang tempoh itu UMK sudah banyak menempa kejayaan termasuk dalam bidang inovasi.*

🌺 *BUKAN sekadar teman untuk berhibur, namun sebuah pusat karaoke terletak di Jalan Cheras Perdana di Balakong turut menawarkan gadis untuk dibawa pulang sebagai teman tidur. Gadis yang ditawarkan pula terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia yang mana pelanggan perlu membayar RM400 bagi dilayan untuk tempoh satu malam sama ada di rumah sendiri atau mana-mana lokasi disukai.*

🌺 *LELAKI kurang siuman ditemui mati dipercayai akibat dilanggar lari dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Lama Papar - Kota Kinabalu, Kampung Nagapas, di Papar, malam tadi. Mayat lelaki berusia 40-an ditemui anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan, 8.40 malam.*

🌺 *KEBAKARAN hutan Taman Negara Similajau berulang dengan memusnahkan 2.42 hektar kawasan hutannya, sejak Ahad lalu. Kebakaran pertama yang bermula pada 29 Mac lalu turut mengakibatkan keluasan hutan sama terbakar namun api berjaya dikawal. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, keseluruhannya seluas 4.85 hektar kawasan hutan taman negara berkenaan musnah, manakala empat lagi tompok api sudah dikenal pasti berlaku.*

🌺 *KECEWA dengan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang mempersendakan tugas doktor pakar bius, Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S Streram mahu ‘menidurkan’ ahli Barisan Nasional (BN) khususnya bekas Perdana Menteri itu. Doktor pakar bius itu berkata, Najib tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk meraih undi rakyat.

🌺 *JENAZAH nelayan Malaysia yang meninggal ketika dirawat selepas terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf, di Pulau Simusa, Sulu akan dibawa pulang dalam masa terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, proses membawa pulang jenazah Jari Abdullah, 34 akan diuruskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

🌺 *“KETIKA sedang tidur saya dengar ada orang menjerit api beberapa kali sebelum rakan ketika itu berada di rumah mengejutkan saya untuk menyelamatkan diri. “Waktu mahu keluar, saya tengok api dari rumah jiran sebelah kanan sudah menjulang tinggi,” kata Mohd Khairul Amri Rosli, 22. Kediamannya terbakar 60 peratus dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Taman Kempas, Sungai Petani, hari ini.*

🌺 *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melakukan operasi pemutihan peniaga warga asing yang berniaga di 750 pasar tani seluruh negara dalam masa terdekat. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, anggota penguat kuasa peringkat negeri sudah diarah melakukan pemeriksaan secara berperingkat sebelum operasi bersepadu dilakukan secara besar-besaran.*

🌺 *POLIS akan memanggil beberapa individu susulan laporan dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP). Menerusi laporan dibuat, Felda mendakwa membeli saham melebihi harga pasaran sebenar iaitu pada 505 juta dolar Amerika Syarikat (AS) atau bersamaan RM2.3 bilion.*

🌺 *GABUNGAN Bersatu Sabah (GBS) dijangka meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Pengerusi bersama GBS yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ketika dihubungi hari ini berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan parti dalam gabungan berkenaan.*

🌺 *EMPAT jenazah wanita warga Indonesia mangsa kemalangan bas kilang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sudah dituntut pihak kedutaan negara itu hari ini. Empat mayat itu membabitkan mangsa dikenal pasti sebagai Fitri Nurjahari, 21, dituntut di Hospital Putrajaya, manakala jenazah Loka Harahap, 23, Rosvita Azura Afrianti dan Ayu masing-masing berusia 22 tahun dituntut di Hospital Serdang.*

🌺 *DUA pemandu lori ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) kerana mengangkut kayu hutan dianggarkan bernilai RM20,000 tanpa kebenaran di Jalan Batu 5, Sik, semalam. Pengarah JPNK Roslan Rani berkata, kedua-dua pemandu berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan serentak selepas gagal menunjukkan pas pemindah kayu diangkut mereka sekitar 8.40 malam.*

🌺 *EMPAT penarik kereta direman selama seminggu selepas terbabit dalam cubaan samun kereta ke atas seorang kontraktor di Kuala Perlis, Jumaat lalu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 37 hingga 43 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah bermula hari ini sehingga 16 April ini.*

🌺 *PKR tidak akan mengemukakan calon Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Osman Sapian, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, jawatan berkenaan adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti yang dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).*

🌺 *SEORANG lelaki bekerja sebagai pembantu perawatan di sebuah klinik kesihatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas enam tuduhan mengemukakan tuntutan elaun lebih masa palsu, dua tahun lalu. Tertuduh, Zamri Yahaya, 52, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.*

🌺 *DUA lelaki warganegara India cuba merasuah anggota polis sebanyak RM50 sebaik dikesan melakukan kesalahan menunggang melawan arus, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kedua-dua suspek berusia 40 dan 50 tahun itu direman enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.*

🌺 *POLIS sedang menyiasat dakwaan bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang dan mengorbankan 12 nyawa di Jalan S8 Pekeliling, Sepang, Ahad lalu berlumba dengan bas lain. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata, dakwaan itu dibuat seorang penumpang yang terselamat dalam keterangannya kepada polis.*

🌺 *PELANTIKAN pemangku Menteri Besar Johor akan dilakukan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa ini, menurutnya, terdapat beberapa calon untuk jawatan berkenaan namun menegaskan ia akan mengambil sedikit masa.*

🌺 *DATUK Seri Mohamad Hasan menganggap ‘cakap-cakap’ bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah hanya sekadar gurauan ketika berkempen. Beliau yang juga calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata, ia sekadar khabar angin, namun mengakui kurang selesa jika ia berterusan digunakan dalam kempen.*

🌺 *SEMUA pegawai dan anggota polis di negeri ini berusia 40 tahun dan ke atas diarahkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bekerjasama dengan hospital berdekatan bagi membolehkan pegawai dan anggota menjalani pemeriksaan kesihatan.*

🌺 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengenai cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk menukar status kes kehilangan membabitkan aktivis sosial Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh Keng Joo. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis tidak mempunyai kuasa bagi menukar status siasatan orang hilang terhadap dua individu berkenaan kepada status orang hilang yang dikuatkuasakan sebagaimana cadangan suruhanjaya terbabit.*

🌺 *JABATAN Muzium Sarawak dalam proses rundingan untuk membawa pulang rangka manusia Gua Niah yang menjadi bahan kajian sejak 50 tahun di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan dijangka selesai pada Disember 2019 nanti. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan itu antara usaha berterusan bagi membawa balik dokumen, artifak dan warisan negara yang berada di luar negara.*

🌺 *HASRAT tujuh penagih dadah melepaskan gian di kawasan ladang kelapa sawit terbantut selepas mereka ditahan polis dalam Op Sarang di Kampung Jubai Atas, Labu Besar di Sungai Kob, Kulim, Isnin lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, dalam serbuan selama dua jam setengah bermula 11 pagi itu, pihaknya menahan tujuh suspek berusia 25 hingga 55 tahun.*

🌺 *“JADIKAN ia sebagai iktibar kepada kamu dan lain-lain,” kata Hakim Kamarudin Kamsun, ketika menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 ke atas seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita terbabit yang juga penjawat awam di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat menerima bagi dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM10,000.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇯🇵 *KAGOSHIMA: Seorang gadis Jepun yang rambutnya tidak pernah digunting sejak dilahirkan buat pertama kali pada usia 19 tahun akhirnya memotong rambutnya itu minggu lalu, kerana akan memulakan pengajian di universiti bulan ini.*
*Keito Kawahara, 19, yang pernah diiktiraf mempunyai rambut terpanjang di dunia, mahu mendermakan rambutnya itu kepada organisasi bukan kerajaan untuk dijadikan rambut palsu.*
*Gadis dari Izumu, Kagoshima, mula membiarkan rambutnya menjadi panjang kerana mahu menutup parut di kepala akibat pembedahan ketika bayi.*

🇻🇪 *CARACAS: Krisis bekalan elektrik sekali lagi melanda sebahagian Venezuela termasuk ibu kota Caracas, semalam.*
*Masalah terbabit adalah yang terbesar dalam tempoh seminggu dan menyebabkan kegelapan di sekurang-kurangnya 20 hingga 23 negeri, kata sumber.*
*Bekalan elektrik sering terputus di negara itu sejak krisis besar-besaran selama lima hari pada 7 Mac lalu.*
*Masalah itu turut menimbulkan gangguan bekalan air serta menjejaskan pengangkutan dan komunikasi sehingga ramai penduduk terpaksa memendekkan waktu bekerja kepada enam jam.*

🇲🇨 *JAKARTA: Seorang lelaki pengsan akibat kepenatan dalam usahanya melarikan diri, termasuk berenang menyeberang sungai selepas dikejar pemilik motosikal dicurinya di Tanah Abang dekat sini, semalam.*
*Dalam kejadian pagi kelmarin, suspek mencuri sebuah motosikal yang diletak di hadapan sebuah rumah di Kreo, Larangan, Tangerang.*
*Kompas melaporkan, Ketua Polis Tanah Abang, Lukman Cahyono berkata, tindakan lelaki itu bagaimanapun disedari pemiliknya yang nekad mengejarnya.*

🇦🇱 *TIRANA: Polis Albania menahan empat individu dan menyoal siasat 40 lagi, semalam selepas perompak bersenjata melarikan jutaan euro dari pesawat Austria Airlines.*
*AFP melaporkan, beberapa lelaki bersenjata menceroboh masuk ke landasan lapangan terbang Tirana semalam dan mencuri wang yang sepatutnya dihantar ke sebuah bank di Vienna, Austria.*
*Polis berkata, bank asing yang beroperasi di negara itu menghantar mata wang ke Vienna kerana bank pusat Albania tidak menerima deposit seperti itu.*

🇯🇵 *TOKYO: Bangkai jet pejuang Jepun F-35A ditemui berhampiran kawasan utara negara itu hari ini selepas hilang dari radar ketika misi latihan di lautan Pasifik malam tadi.*
*Bagaimanapun, menteri pertahanan Takeshi Iwaya berkata, juruterbang masih belum ditemui lagi.*
*”Kami sudah menemui sebahagian daripada ekor pesawat itu dan operasi mencari masih diteruskan dengan bantuan beberapa pesawat serta kapal,” katanya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


☹ *“KALAU betul Acap (Mohammad Ashraf Hassan, 29) ada di Johor, Alhamdulillah, tapi orang yang sebar tular perlu tampil dan bawa kami sekeluarga ke lokasi Acap di Johor supaya kami tidak perlu mencarinya lagi,” kata Mohd Zahiruddin, 35.*
*Mohd Zahiruddin yang juga abang kepada Acap berkata, sehingga kini mereka sekeluarga belum menemui Acap dan memang ada terbaca berita yang tular mendakwa adiknya itu sudah ditemui di Johor.*
*Katanya, setakat ini berita berkenaan tidak sahih dan individu yang membuat dakwaan itu diminta berjumpa dengan keluarga dan membawa mereka bertemu Acap.*

🤕 *POLIS memburu sekumpulan lelaki disyaki terbabit dalam kejadian menyerang dan mencederakan tiga pelanggan di sebuah kedai makan di Melang, Kuala Pilah, kelmarin.*
*Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam, suspek menaiki dua kereta berhenti di hadapan premis itu.*
*Semalam, video insiden serangan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis itu tular di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian netizen.*
*Menerusi rakaman video berdurasi 42 saat, empat lelaki bersenjata memakai penutup muka, topi, baju-T selain dua suspek berseluar pendek manakala dua lagi berseluar panjang.*

🌉 *LELAKI dikhuatiri lemas selepas terjun dari atas jambatan Sungai Kerian, di Parit Buntar, hari ini.*
*Dalam kejadian 9.15 pagi itu, tindakan lelaki berkenaan terjun ke sungai terbabit disedari orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.*
*Video tular mangsa terkapai-kapai di permukaan air turut sempat dirakam orang awam sebelum lelaki terbabit tenggelam dikhuatiri lemas.*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *KEGEMBIRAAN Tottenham Hotspur menewaskan Manchester City 1-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi dibayangi kecederaan Harry Kane yang mungkin menghalangnya beraksi sehingga akhir musim ini.*
*Kane, yang menjaringkan 24 gol musim ini, memegang buku lalinya dengan kesakitan sebelum sejam perlawanan selepas melakukan terjahan ke atas pertahanan City Fabian Delph.*
*Penyerang England itu meninggalkan padang serta merta dan dikhuatiri tidak dapat beraksi untuk perlawanan kedua di Manchester.*

🏌🏻‍♂ *RORY McIlroy berada pada tahap terbaiknya ketika menjejakkan kaki ke Augusta National dengan misi memburu pelengkap gelaran Grand Slam namun Tiger Woods yang tampil dengan semangat baharu mungkin ada sesuatu yang ingin diperkatakan mengenai peluang bintang Ireland Utara itu untuk menjulang Masters.*
*”Saya tidak fikir saya memulakan musim ini dengan baik dari aspek penyudah, juga mempunyai statistik yang baik tetapi melihat kepada statsitik, ia setanding dengan yang terbaik pernah saya capai,” kata McIlroy yang mencatat tujuh kejayaan dalam kelompok 10 terbaik tahun ini termasuk menjuarai Kejuaraan Pemain-Pemain bulan lalu.*

🏎 *KEMENANGAN sulung Formula Satu pastinya istimewa bagi mana-mana pelumba tetapi bagi Charles Leclerc ia jauh lebih menggembirakan jika memenanginya di China selepas terlepas peluang melakukannya di Bahrain.*
*Perlumbaan Ahad ini adalah yang ke-1,000 dalam sejarah kejuaraan itu dan pelumba Ferrari itu yang menduduki petak pertama dan mencatat masa sepusingan terpantas di Sakhir dua minggu lalu mampu melakar namanya dengan kemenangan itu.*

🚵🏻‍♂ *SEPARUH perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) sudah berlangsung namun Mr Langkawi, Andrea Guardini yang juga juara empat kali Raja Pecut masih menyepi.*
*Pemenang 24 peringkat LTdL masih tercari-cari peluang untuk melebarkan rekod kemenangan pada edisi ke-24 kali ini.*
*Peluang terbaik pelumba Bardiani-CSF dari Itali hadir pada peringkat kedua dari Senawang ke Melaka namun dia dinafikan henjutan "abih reng" oleh pakar pecut Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Harrif Saleh yang muncul juara.*

🗣 *PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) selepas hanya sebulan menyandang kerusi itu.*
*Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook FAM, jawatan itu yang dimenangi tanpa bertanding pada Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, baru-baru ini, dilepaskan selepas beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023 pada 6 April lalu.*

🏸 *SELEPAS tersingkir awal di Terbuka Malaysia minggu lalu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memadam kekecewaan selepas berjaya mengalahkan Lee Hyun Il di pusingan pertama Terbuka Singapura hari ini.*
*Zii Jia dilihat turun ke gelanggang dengan lebih bersemangat untuk membolehkannya mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-16 di Stadium Tertutup Singapura.*

🛬 *JENAZAH pemain golf profesional negara, Muhammad Arie Irawan Ahmad Fauzi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 11.45 pagi tadi.
Difahamkan pesawat ditempah khas membawa jenazah Allahyarham itu berlepas jam 3 pagi dari China.*
*Sejurus selesai proses dokumentasi, jenazah kemudiannya dibawa ke rumahnya di No 5, TAR Villas, Jalan TAR Villas, Ampang jam 12.30 tengah hari dengan diiringi polis trafik.*

⚽ *KHIDMAT ‘kuda tua’ iaitu penyerang veteran Selangor Amri Yahyah menjadi sandaran utama bagi merobek gawang Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat ini.*
*Pengendali Selangor B Sathianathan berkata, Amri yang berusia 38 tahun akan terus menggalas cabaran merobek gawang lawan untuk Gergasi Merah selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Melaka United, baru-baru ini.*
*Beliau berkata, Amri menunjukkan komitmen tinggi sekali gus mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan selain dapat membimbing pasukan dengan baik.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Apr 11, 2019 6:04 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 🔟 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 4⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣4⃣3⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣5⃣3⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣8⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣7⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣2⃣5⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣2⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣1⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 9april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri menasihatkan umat Islam yang membantu usaha pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, tidak melakukan amalan bertentangan dengan ajaran Islam. Zulkifli berkata, umat Islam dinasihatkan supaya terus bermohon kepada Allah dan melakukan solat hajat supaya Mohamad Ashraf ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).*

🌺 *“INI pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap di Johor),” kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengenai dakwaan terkini peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu, dijumpai selamat di negeri itu. Mohd Khalil berkata, polis Johor tidak menerima laporan mengenai penemuan lelaki terbabit namun akan memeriksa kesahihannya.*

🌺 *DATUK Osman Sapian sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepadanya dalam pertemuan semalam di Putrajaya dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.*

🌺 *BAU busuk yang dihidu penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau, di Parit Buntar sejak beberapa hari lalu terjawab dengan penemuan satu mayat di atas bumbung rumah, hari ini. Mayat lelaki dipercayai penduduk setempat dan berusia lingkungan 60-an itu ditemui 10.30 pagi tadi. Mayat yang sudah membusuk dan tertiarap diatas bumbung rumah itu disedari penduduk setempat selepas menemui satu tangan mangsa terjuntai dari celah-celah bumbung.*

🌺 *“HANG pasai apa?”. Itu jeritan sempat didengar seorang wanita selepas suaminya dikelar dengan pisau oleh anak mereka ketika berada di rumah di Sungai Chenaam, Nibong Tebal, malam Ahad lalu. Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa berusia 48 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di belakang leher dan luka di telinga.*

🌺 *BAYI lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling, hari ini. Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska terbabit diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh.*

🌺 *LELAKI berasal dari Myanmar tidak sempat mengedar heroin apabila dicekup polis dalam Ops Tapis di tepi sebuah rumah di Bagan Sungai Besar, Sungai Besar, semalam. Dalam kejadian 3 petang itu, suspek berusia 48 tahun dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi rumah berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan.*

🌺 *KERAJAAN menubuhkan Pasukan Projek Khas Rang Undang-Undang (RUU) Kesaksamaan Gender dalam usaha memastikan ia mengambil kira aspek agama, sosial dan kaum di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pasukan itu dianggotai wakil kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengalaman, pengetahuan serta kepakaran berkenaan isu kesaksamaan gender.*

🌺 *PROSES pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula 8 pagi ini. Pengundian awal ini membabitkan 110 pengundi masing-masing anggota tentera dan polis serta pasangan. Jumlah itu membabitkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan, manakala 36 anggota polis pula di Balai Polis Rantau.*

🌺 *AGIHAN hibah kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka lebih baik pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, kerajaan sedang melaksanakan pelan pemulihan secara berterusan dan meminta rakyat supaya terus yakin dengan institusi kewangan Islam itu.*

🌺 *MURID lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, menahan derita setengah jam apabila kon tersangkut di kepalanya, semalam. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu yang menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah jam 2.26 petang menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi kejadian kejadian.*

🌺 *SEORANG pengawal keselamatan parah dan menerima 62 jahitan selepas ditetak lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Sungai Merah, Sibu, Sabtu lalu. Kejadian 10.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 55 tahun cedera di lengan kiri dan kepala. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika kejadian mangsa bertugas di pondok pengawal tanah perkuburan Sungai Merah.*

🌺 *ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di mahkamah esok berhubung penyelewengan projek solar sekolah di Sarawak. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata, Rosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.*

🌺 *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali kedua, hari ini. Pembentangan pindaan itu berkaitan mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung. Ia bagi meminda Perkara 1 (2) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).*

🌺 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai lebih RM9,700, semalam. Menurut sumber SPRM, dua anggota polis berpangkat Sarjan dan Lans Koperal yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang dan 6.20 petang. Katanya, seorang lagi lelaki berusia 45 tahun ditahan pada 10.45 malam.*

🌺 *ATLET taekwando negara, Nur Dhia Liyana Sharuddin diperintah membuat permohonan maaf bertulis di akhbar terhadap warga emas orang kurang upaya (OKU) selepas menang saman berhubung dakwaan mencederakan mangsa di LRT Putra Heights, dua tahun lalu. Permohonan maaf bertulis terhadap bekas pegawai keselamatan, Placid P Rodriguez, 71, (plaintif) yang juga separa pekak dan buta itu perlu dilakukan Nur Dhia selaku defendan dalam tempoh sebulan bermula hari ini.*

🌺 *KERAJAAN perlu memberi hujah yang kuat, berhubung kewajaran mereka mengumumkan sesuatu projek membabitkan rakyat pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) supaya tindakan itu tidak dilihat sebagai usaha untuk meraih undi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana PRK berbeza dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang mana ketika PRK, negara masih mempunyai kerajaan yang memerintah iaitu Pakatan Harapan (PH).*

🌺 *SEPUCUK revolver .38 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan hilang pada 2010 ditemui pemandu lori sampah di Jalan Tahar 1, Johor Bahru, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.50 tengah hari yang memaklumkan penemuan senjata api itu.*

🌺 *TINDAKAN remaja lelaki mencuri motosikal di sebuah rumah pangsa Kilang Lama, Kulim, 31 Mac lalu mengundang padah apabila dia ditahan semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, mangsa menyedari kehilangan motosikal miliknya ke Balai Polis Kulim Hi Tech, untuk membuat laporan.*

🌺 *EMPAT lori tangki sarat dengan muatan 60,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM130,800 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu dalam satu cubaan seleweng minyak itu, Jumaat lalu. Ketua KPDNHEP Bintulu, Salihin Den berkata, lori tangki itu disita dalam satu serbuan dijalankan di stor simpanan barang di Kampung Kuala Segan, Bintulu, pada 6.15 petang.*

🌺 *LELAKI bersama cucunya yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing ikan pagi semalam, ditemui lemas di Pantai Tempurung, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, pagi tadi. Mangsa Ajiz Halis, 48, dan cucu lelakinya yang hanya dikenali sebagai Halid, 14, ditemui oleh orang awam kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai berkenaan, 7.15 pagi.*

🌺 *POLIS akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan bas di Jalan S8 Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat MASkargo Sdn Bhd (MASkargo) di Sepang, lewat malam Ahad lalu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata selain CCTV, pihaknya juga akan menyiasat daripada pelbagai sudut serta mencari punca insiden berkenaan menerusi keterangan yang diberikan mangsa kemalangan.*

🌺 *PEMUDA berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, awal pagi tadi. Mangsa, Mohd Afiq Irfan Rosli meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dalam kemalangan di Jalan Semambu, Kuantan, pada 4.40 pagi.*

🌺 *SINDIKET penyeludupan rokok menggunakan van khas yang diubahsuai untuk membawa masuk bahan tembakau tidak bercukai itu ke negara ini. Modus operandi terbaru sindiket berkenaan dikesan hasil serbuan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, di kawasan perindustrian Taman Johor, Kempas, Johor Bahru, 2 pagi, semalam.*

🌺 *“SEBELUM ini nak dapat sekilo ikan pun susah sebab cuaca panas sejak Januari lalu tetapi sekarang banyak pula hasil tangkapan yang dapat hingga harganya murah, ” kata nelayan, Mohd Farid Othman, 44. Mohd Farid berkata, cuaca panas yang melampau sejak tiga bulan lalu turut memberi kesan kepada golongan nelayan disebabkan hasil tangkapan berkurangan.*

🌺 *SEORANG wanita kerugian RM329,400 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, mendakwa dia mempunyai tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain terbabit dengan sindiket dadah dan aktiviti penggubahan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kejadian dipercayai bermula pada 27 Mac.*

🌺 *SERAMAI 1,100 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar, Sabtu ini. Jurucakap polis bagi PRK DUN Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, semua anggota akan ditempatkan di lokasi strategik selain pusat pengundian dan penjumlahan undi.*

🌺 *POLIS Kelantan sedang mengesan lapan suspek yang tersenarai dalam individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah termasuk bunuh dan dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lapan suspek berkenaan adalah individu paling dikehendaki daripada 860 termasuk dalam senarai Polis Kontinjen Kelantan dari 1967 sehingga kini.*

🌺 *MAHKAMAH Majistret Johor Bahru, hari ini membenarkan reman lima hari terhadap Pengarah Bahagian Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan anak lelakinya. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Faridatul Farrah Mohd Shukri bagi membolehkan siasatan kes bersubahat membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000 dilakukan terhadap kedua-dua individu terbabit.*

🌺 *TIGA nelayan warganegara asing di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau kerana disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Tinagat, Tawau, petang kelmarin. Bot nelayan tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sepasukan anggota APMM di perairan itu pada 5.56 petang.*

🌺 *TIGA nelayan warganegara asing di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau kerana disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Tinagat, Tawau, petang kelmarin. Bot nelayan tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sepasukan anggota APMM di perairan itu pada 5.56 petang.*

🌺 *POLIS percaya masih ada kira-kira 200 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya berada di perairan Thailand dan menunggu peluang untuk masuk ke perairan Perlis menggunakan bot pancung. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya masih meneliti maklumat berkenaan dari semasa ke semasa memandangkan perairan di negeri ini sering dicerobohi etnik dari Myanmar itu.*

🌺 *TIDAK sampai lima minit. Itu kepakaran geng curi motosikal yang mampu mencuri kenderaan secara ekspres di lokasi sasaran termasuk di sekitar flat dan kawasan perindustrian di sekitar Pasir Gudang. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, modus operandi itu dikesan menjadi punca kehilangan motosikal di daerah itu dan situasinya dianggap cukup membimbangkan.*

🌺 *MAYAT pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sudah di tuntut keluarga semalam. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, proses tuntutan mayat, S Suresh, 43, dilakukan selepas selesai bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang (JPFS) dan pengecaman dilakukan oleh waris mangsa.*

🌺 *Seorang lelaki warganegara asing ditahan polis kerana disyaki memiliki syabu seberat 5.10 gram bernilai RM600 di Jalan Abang Galau, Bintulu, semalam. Tangkapan suspek berusia 21 tahun itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu di depan sebuah klinik pada 10.10 pagi.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇯🇵 *TOKYO: Sebuah jet pejuang Jepun bersama seorang juruterbangnya dilaporkan hilang dari radar ketika misi latihan di lautan Pasifik malam tadi, kata kementerian pertahanan.*
*AFP melaporkan pesawat pejuang F-35 itu dipercayai hilang kira-kira jam 7.30 malam ketika melakukan penerbangan sejauh 135 kilometer di timur Misawa, timur laut negara itu.*
*Jurucakap kementerian berkata, pihaknya masih melakukan usaha pencarian dan masih belum dapat mengesahkan nasib pesawat dan juruterbang berkenaan.*

🇩🇪 *BERLIN: Seorang wanita Jerman yang menyertai kumpulan militan Daish dibicarakan hari ini kerana membiarkan hamba kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati kehausan.*
*Peguam hak asasi manusia terkenal, Amal Clooney sebahagian daripada pasukan yang mewakili ibu mangsa yang adalah orang Yazidi.*
*Defendan, Jennifer W, 27, berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah melakukan jenayah peperangan, membunuh, menyertai organisasi pengganas dan kesalahan senjata.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menganggap pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas, hari ini.*
*Ini kali pertama Amerika Syarikat menyelar sebuah kerajaan asing sebagai kumpulan pengganas, lapor AFP.*
*Ini bermakna, mana-mana pihak yang berurusan dengan dengan IRGC boleh berdepan hukuman penjara di Amerika Syarikat.*
*Trump berkata, kerajaan Iran menggunakan pasukan seramai 125,000 anggota tentera itu untuk melaksanakan kempen pengganas di peringkat global.*

🇹🇭 *BANGKOK: Polis Thailand menahan pengutip sampah yang merogol dan membunuh seorang pelancong wanita Jerman, hari ini.*
*Mayat mangsa berusia 27 tahun ditemui bawah timbunan batu dan daun kering di pulai Kon Sichang, semalam.*
*Jurucakap polis Krissana Pattanacharoen berkata mangsa yang memasuki Thailand pada 23 Mac lalu dipukul dengan teruk di muka dan tengkorak.*
*Menurut Krissana, suspek Ronnakorn Romruen, 23, bertemu dengan mangsa berhampiran lokasi kejadian sebelum merogolnya.*

🇳🇿 *WELLINGTON: Seorang pegawai tentera laut paling senior New Zealand dihadapkan ke mahkamah kerana memasangkan kamera rahsia dalam tandas kedutaan negara itu di Washington, Amerika Syarikat.*
*Komando Alfred Keating didakwa atas kesalahan cubaan ‘membuat rakaman visual intim’ dan menjalani perbicaraan di Auckland, lapor media tempatan.*
*Menurut dokumen mahkamah, Keating didakwa memasang sebuah kamera kecil dalam tandas di tingkat tiga kedutaan New Zealand di Washington pada 2017.*
*Kamera itu dipasangkan dalam ruang saluran pemanas dan kegiatan Keating terbongkar selepas penutup saluran terjatuh.*

🇺🇸 *SALEM, AMERIKA SYARIKAT: Dua pelajar kejuruteraan di sebuah universiti di Oregon berdepan hukuman penjara selepas menghantar sejumlah telefon iPhone palsu yang didakwa rosak kepada pengeluar bagi mendapatkan telefon baru sebelum ia dijual semula.*
*Daily Mail melaporkan, Yangyang Zhou dan Quon Jiang menghantar 1,500 iPhone palsu bagi menuntut waranti daripada Apple dengan mendakwa telefon yang diimport dari Hong Kong itu rosak.*
*Penipuan yang dilakukan kedua-dua pelajar itu membabitkan kerugian berjumlah AS$895,800 (RM3.6 juta).*
*Kegiatan mereka terbongkar selepas Kastam dan Kawalan Sempadan Amerika Syarikat (AS) mendapat maklumat mengenai kegiatan pelajar China yang mempunyai visa pelajar dan menemui sekurang-kurangnya lima iPhone palsu.*

🇦🇫 *KABUL: Tiga anggota tentera Amerika Syarikat dan seorang kontraktor tentera terbunuh dalam letupan di berhampiran Pangkala Udara Bagram, sini, hari ini.*
*Jurucakap polis wilayah Parwan, Salim Noori berkata, letupan itu berlaku sekitar jam 5.40 petang.*
*Sebuah kereta membawa bahan letupan mensasarkan konvoi tentera pakatan, kata Salim kepada AFP.*
*Letupan itu serangan terbaru terhadap tentera Amerika Syarikat di tengah rundingan damai berterusan di Afghanistan selepas Taliban disingkirkan lebih 17 tahun lalu.*

🇮🇶 *TEHRAN: Pihak berkuasa Iran, hari Isnin memindahkan pesakit dari sebuah hospital yang diancam banjir di barat daya Ahvaz, lapor agensi berita rasmi ISNA.*
*Iran dilanda bencana banjir selama beberapa minggu mengorbankan 70 orang.*
*Pihak berkuasa hari ini bertungkus-lumus mencegah banjir dari menimpa Ahvaz, yang juga ibu kota wilayah Khuzestan dengan penduduknya berjumlah kira-kira 1.3 juta orang.*
*Limpahan air mencetuskan kebimbangan selepas tebing sungai Karkheh pecah hingga berupaya menenggelamkan sebuah hospital di pinggir utara bandar.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


📄 *POLIS Perak menafikan mengeluarkan satu surat meminta orang ramai berhati-hati dan mengawasi anak masing-masing agar tidak keluar pada waktu malam susulan kes kehilangan orang sekitar Kuala Kangsar.*
*Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, surat tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kononnya ditandantangani Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan yang tular adalah tidak benar.*
*Menurutnya, ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat surat palsu berkenaan dan menyebarkannya bagi tujuan menakutkan orang ramai.*

👮🏻‍♂ *POLIS menafikan kenyataan individu di laman sosial mendakwa misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, sudah terungkai dan polis akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.*
*Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kes kehilangan Mohammad Ashraf, 29, masih lagi dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut kes orang hilang.*
*“Kenyataan individu mengatakan dia membongkar dan polis sudah diberitahu adalah satu perkara yang tidak betul, malah dia tidak berjumpa kita sebaliknya terus menularkan kenyataan ke laman sosial, jadi jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan serta menjadikan situasi lebih kusut,” katanya.*

👶🏻 *“DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.*
*Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh.*
*Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.*

🏠 *CALON Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram menafikan memiliki banglo mewah bernilai RM7.8 juta seperti tular di media sosial hari ini.*
*Sebaliknya, doktor pakar bius itu berkata, langsung tidak pernah melihat atau tahu siapakah pemilik banglo terbabit sehinggalah beliau dituduh sebagai pemiliknya.*
*”Tuduhan itu palsu, mana ada kolam renang dalam rumah saya dan rumah itu tiada apa-apa kaitan dengan saya.*

📿 *POLIS sedang memburu dua wanita dipercayai warga Indonesia yang disyaki mencuri rantai emas seberat 42.28 gram di kedai emas di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, 6 April lalu.*
*Kejadian 2.37 petang itu disedari selepas pemilik kedai, Nazali Sidek, 52, dari Kampung Pengkalan Setar melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 8 April sebaik menyedari seutas rantai emas berharga RM7,350 hilang.*
*Susulan kejadian itu, Nazali membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang pada 6.24 petang, semalam.*

👨🏻‍🚒 *ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.*
*Mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan oleh sekurang-kurangnya tiga individu sehingga menyebabkan kepatahan tujuh tulang rusuk kiri dan lebam, pada bahagian paru-paru kirinya.*
*Saksi inkues ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa.*

📽 *BINTANG aksi Hollywood, Steven Seagal dijangka membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.*
*Beliau akan berada di bandar raya ini sepanjang tiga hari festival berkenaan bersama beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa lain antaranya Datuk Sheila Majid dan bekas pengacara Asia’s Got Talent, Marc Nelson dan Rovilson Fernandez.*
*Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak sangat bernasib baik kerana dapat menarik kehadiran pelakon veteran yang terkenal menerusi filem aksi itu pada penganjuran AIFFA tahun ini.*

🤸🏻‍♀ *ALABAMA: Seorang gimnas berdepan detik ngeri apabila patah kedua-dua kaki ketika terjatuh dalam satu pertandingan di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.*
*Samantha Cerio yang mewakili Auburn University itu ditimpa kejadian terbabit ketika melakukan lompatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh hingga patah kaki selain terkehel kedua belah lutut.*
*Kejadian itu mengejutkan penonton apabila melihat Samantha menjerit kesakitan sebelum diusung keluar untuk menerima rawatan.*
*Dia kemudiannya memuat naik gambarnya di akaun Instagram bersama keterangan gambar memberitahu bahawa ia adalah hari terakhir buatnya bergelar sebagai seorang gimnas.*


*ARENA* ⏱
========


🎮 *TAK perlu troli.*
*Apa dilihat hanya beberapa barangan termasuk sebuku roti gandum dan enam tin Pepsi Max dalam genggaman bos Manchester United Gunnar Solskjaer selepas selesai membeli keperluan hariannya, semalam.*
*Situasi dirakam ketika pengendali dari Norway itu keluar meninggalkan sebuah pasar raya di Manchester.*
*Solskjaer akan berdepan ujian terbesar dalam karier pengurusannya apabila United menanti kunjungan Barcelona pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.*

⭐ *PENYERANG Chelsea, Gonzalo Higuain terdesak untuk berpindah secara tetap ke Liga Perdana Inggeris di sebalik mengalami kesukaran sejak tiba di Stamford Bridge secara pinjaman Januari lalu.*
*Pemain Argentina itu hanya meledak tiga gol, menentang dua kelab yang sudah tersingkir Fulham dan Huddersfield, dalam 11 penampilan ketika Chelsea bergelut untuk menduduki kelompok empat teratas.*

🍺 *BINTANG Chelsea, Danny Drinkwater ditahan polis kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk selepas merempuh sebuah kereta, hari ini.*
*Drinkwater, 29, ketika itu bersama peguam ‘glamor’ Beth Mantel, 33, baru meninggalkan sebuah majlis sebelum kereta dipandunya merempuh Skoda, awal pagi tadi.*
*Serpihan perlanggaran itu bertaburan pada laluan di Hale, Greater Manchester dan sebuah pagar juga turut mengalami kerosakan.*

🏆 *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menempuh laluan berliku apabila tewas kepada Shandong Luneng 1-2 pada aksi ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Pusat Sukan Olimpik Jinan, sebentar tadi.*
*Walaupun tewas kepada Shandong, pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Benjamin Mora apabila berjaya menguasai hampir 90 minit perlawanan walaupun terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah.*

🏁 *PRESTASI meyakinkan pada pusingan kedua di Argentina nyata memberi suntikan semangat kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menghadapi pusingan ketiga Grand Prix Amerika Syarikat (AS), hujung minggu ini.*
*Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu berharap kali ini dapat menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 pelumba terbaik sekali gus mengutip mata buat kali pertama musim ini.*
*”Perlumbaan di Argentina sangat positif.*

🏸 *SELEPAS longlai di Terbuka Malaysia apabila tersingkir di pusingan kedua, beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamer aksi lebih meyakinkan di Terbuka Singapura.*
*Pada pusingan pertama hari ini, beregu berstatus profesional itu menewaskan pilihan ketujuh dari China, Han Chengkai-Zhou Haodong 22-20, 21-15 dalam tempoh 35 minit di Stadium Tertutup Singapura.*
*Turut mara naib juara Seluruh England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan 21-13, 21-18 dalam tempoh 35 minit.*

🚵🏻‍♂ *PELUMBA Team Sapura Cycling (TSC), Benjamin Dyball selangkah bergelar juara Jersi Kuning PETRONAS selepas memenangi peringkat keempat di Genting Highlands, sebentar tadi.*
*Dia mencatatkan tiga jam 22 minit 2 saat menamatkan perlumbaan dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 114.2km.*
*Secara keseluruhan dia mengumpul 17 jam 25 minit 42 saat untuk menyarung Jersi Kuning PETRONAS dan hanya perlu mengekalkan kelebihan masa dimilikinya sehingga tamat perlumbaan di Pulau Langkawi untuk bergelar juara.*

🏸 *PENCAPAIAN tidak memuaskan, macam tidak mahu main dan banyak alasan. Itu kesimpulan yang dibuat oleh bekas pemain perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim yang turut berada di Arena Axiata ketika Terbuka Malaysia minggu lalu. Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, apa yang berlaku terhadap pemain negara tidak kira di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun profesional, ada yang memalukan dan tidak memalukan.*

🐘 *SKUAD Tok Gajah perlu memastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kutipan tiga mata jika mahu mencerahkan peluang merampas takhta Liga Super.*
*Sambil menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan skuad PJ City FC, minggu lalu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berharap kekecewaan itu tidak berulang dalam aksi selepas ini.*
*”Kalau kita ingin berikan saingan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kena pastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kemenangan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Apr 11, 2019 6:11 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*SEL🅰SA 9⃣ 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 3⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣4⃣4⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣5⃣4⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣9⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣8⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣2⃣4⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣2⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣2⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 8april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *PROSES pengundian awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau esok akan membabitkan 110 pengundi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata jumlah itu membabitkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan, manakala 36 anggota polis pula akan mengundi di Balai Polis Rantau. Menurutnya, lapan pengundi yang terdiri daripada tentera pula akan mengundi secara pos.*

🌺 *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu menstabilkan harga telur ayam yang tidak menentu ketika ini. PengerusI FAMA, Ishak Ismail berkata, ketidaktentuan yang berlaku adalah fenomena biasa iaitu naik turun terutamanya ketika memasuki fasa Ramadan dan Aidilfitri. “Namun, setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang aduan mengenai keadaan harga telur yang kritikal atau melambung begitu tinggi.*

🌺 *PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya mungkin mengambil tindakan saman terhadap seorang pelawak yang membelasah dan menendangnya dalam kejadian pergaduhan di Taman Acacia di Nilai, kelmarin. Yahya, 70, berkata perbuatan artis lelaki terbabit bukan sahaja menyebabkan kecederaan pada mukanya, tetapi dia turut mengalami trauma.*

🌺 *PELAWAK terkenal yang dikatakan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai dekat Seremban, malam kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.*

🌺 *SEORANG lagi mangsa kemalangan bas berhampiran MAS Kargo, Sepang, semalam, disahkan meninggal dunia jam 4.47 petang. Mangsa, Fitri Nur Jahari, 21, sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya disahkan meninggal dunia selepas hampir 17 jam bertarung nyawa. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia adalah 12 individu termasuk empat wanita.*

🌺 *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan berjumlah RM1.13 bilion untuk membina kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan sistem jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah, tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Sabah antara negeri tertinggi menerima peruntukan daripada KPLB pada tahun ini khusus untuk penduduk kawasan luar bandar.*

🌺 *ANGGOTA dan pegawai Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan pengedar rokok seludup yang menggunakan kenderaan lama untuk membawa bahan larangan itu di Kampung Rengit Laut, Rengit, Batu Pahat, 11.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, bertindak atas maklumat dan intipan, pasukan itu melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.*

🌺 *SELUDUP dan mahu jual dua ekor anak Orang Utan pada harga hampir setengah juta ringgit. Itu nasib malang dua haiwan jinak itu yang cuba diseludup masuk ke negara ini bersama enam ungka dan seekor musang albino menggunakan bot. Kegiatan itu digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua hasil serbuan di Jeti Nelayan Parit Unas di sini, kelmarin.*

🌺 *UPAH 50 pekerja yang diberi tugas khusus menjawab panggilan dan menerima tempahan pembelian gula-gula seks dari pelanggan seluruh Malaysia. Itu antara kegiatan sindiket penjualan produk rangsangan seks haram yang dikesan beroperasi di Johor Bahru dan mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebulan. Difahamkan setiap biji gula-gula rangsangan seks itu dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM20 sebiji.*

🌺 *POLIS memburu dua lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah selepas menemui 21,500 biji pil disyaki ekstasi yang dibuang ke dalam Sungai Pulai, Johor Bahru, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, dua lelaki lingkungan 40-an dikesan menaiki bot di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.*

🌺 *WARGA emas dari Bandar Pusat Jengka, Maran, kerugian RM4,150 selepas diperdaya seorang wanita menawarkan pakej mengerjakan umrah yang tidak wujud, tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sekitar September tahun lalu, suspek menawarkan pakej umrah kepada suri rumah berusia 77 tahun itu.*

🌺 *EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dakwaan menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil diploma palsu, tahun lalu. Tertuduh C Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.*

🌺 *PEKEBUN yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim MM Edwin Paramjothy bagaimanapun menetapkan 26 April ini bagi tarikh jatuh hukum terhadap Sharil Mohd Sarif, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.*

🌺 *LELAKI dipercayai memperdayakan gadis dengan tawaran kerja sebagai model sebelum mengugut menyebarkan gambar separuh bogel mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, selepas siasatan terhadap suspek sama di Semenanjung, selesai.*

🌺 *POLIS masih menjalankan siasatan sama ada masih terdapat pegawai dan anggota yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah susulan rampasan syabu terbesar di Ulu Tiram, Johor, bulan lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, inspektor polis berusia 30-an yang ditahan Jumaat lalu itu dipercayai baru dua bulan terbabit dalam sindiket berkenaan.*

🌺 *AIR ‘kick’ menjadi kata kunci bagi pelanggan pusat hiburan sekitar ibu negara untuk memesan minuman berperisa dadah ketika berhibur. Bagaimanapun kegiatan sindiket pengedaran dadah membabitkan dua lelaki tempatan itu tumpas apabila mereka ditahan dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Khamis lalu.*

🌺 *SEORANG remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 25.19 gram. Tertuduh, Muhammad Irfan Syazwan Zulkifli, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.*

🌺 *LELAKI berusia 33 tahun yang ada 12 rekod jenayah lampau masih tidak serik melakukan jenayah sehingga ditahan sekali lagi membabitkan empat kes pecah masuk bangunan sarang burung di Jalan Bunga Kiambang, Senai hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek ditahan bersama rakannya berusia 25 tahun 7.15 pagi tadi.*

🌺 *KEPRIHATINAN kakak berusia 24 tahun yang mengesan perubahan adiknya membongkar rahsia remaja berusia 13 tahun itu melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sejak bulan lalu. Bagaimanapun, rahsia berkenaan hanya terbongkar selepas didesak berulang kali sebelum anak bongsu itu mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya berusia 17 tahun di ruang tamu rumah mangsa.*

🌺 *IBU bapa mempunyai anak autisme perlu mementingkan aspek penjagaan, kesihatan dan rawatan pergigian kanak-kanak berkenaan. Aspek itu perlu diberi perhatian bagi memastikan tidak berlaku tindakan luar kawalan kanak-kanak itu berdepan masalah berkaitan pergigian pada masa depan. Aktivis Pasukan Pergigian Briged Negaraku Dr Fatin Nadhirah Idrus berkata, aspek berkenaan perlu dititik beratkan seawal usia kanak-kanak agar golongan itu dapat membiasakan diri dengan rutin pemeriksaan gigi.*

🌺 *“SAYA menggigil dan meminta anak mengalunkan azan kerana keadaan ketika itu menakutkan,” kata Siti Esah Penchun, 72. Siti Esah adalah antara mangsa kejadian ribut di Sungai Ramal Dalam, Kajang yang merosakkan kediaman serta harta benda miliknya. Menceritakan kembali kejadian itu, Esah berkata, kejadian ribut semalam adalah yang terburuk sejak lebih 50 tahun tinggal di situ.*

🌺 *BUKAN mudah untuk membanteras kegiatan kongsi gelap yang bermaharajalela dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di pasar borong sekitar ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sedang giat membongkar kegiatan berkenaan dan akan terus mendedahkannya.*

🌺 *KEK, beberapa botol air mineral dan sekampit beras bekalan buat 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya lelaki selama lapan hari di laut, sebelum mereka mendarat dengan bot di perairan Pantai Sungai Bahru, Kampung Belati, Kangar, awal pagi tadi. Salah seorang pelarian etnik itu, Abu Hussain Noor Hussain, 20, berkata, sepanjang tempoh itu juga, mereka berkongsi makanan yang sedikit dan terpaksa berhimpit-himpit di atas bot pancung yang membawa mereka.*

🌺 *PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah mengeluarkan 18 notis dengan nilai kompaun RM10,500 terhadap majikan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP). Pengarahnya Shaharuddin Waled berkata, kesalahan itu dikesan dalam Operasi Pengesanan (Ops Kesan) yang dilakukan di sekitar Alor Setar membabitkan 90 penguat kuasa PERKESO dari seluruh negeri.*

🌺 *SEORANG wanita berdepan detik cemas selepas terkurung kira-kira 10 minit di dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Masjid At Taqwa, Jalan Pantai Tawau lama, Tawau, pagi tadi. Mangsa, Farida Abdullah, 56, berkata, kebakaran 9.15 pagi itu turut membabitkan enam lagi kediaman lain.*

🌺 *KEBAKARAN hutan yang mencetuskan masalah jerebu serta menjejaskan kesihatan penduduk di utara Sarawak berpunca daripada perbuatan yang disengajakan. Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan penduduk, terutamanya ketika cuaca panas sekarang.*

🌺 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca permasalahan dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Sebaliknya, beliau berkata, kadar hibah 1.25 peratus bagi 2018 untuk dibayar kepada 9.3 juta pendeposit, bertujuan memastikan wang pendeposit selamat, selain membawa TH lebih maju agar pendapatan dijana dengan lebih mampan.*

🌺 *“IMPIAN kami mahu melihat Aqil mencapai cita-citanya menjadi hafiz, tapi ternyata Allah SWT lebih menyayanginya. Semoga Aqil menunggu kami di syurga nanti.” Demikian rintih Ahmad Ruhaimi Mohd Rehan, 40, bapa kepada Ahmad Aqil Fadlullah,10, yang ditemui lemas di bawah jeti Sungai Manir, dekat Kuala Terengganu, malam tadi.*

🌺 *ANAK seorang menteri yang disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan patologi sudah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan bagi kes berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara.*

🌺 *DUA beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif khidmat pelanggan pada Februari tahun lalu. S Kirubanantharaj, 25 dan S Tharmenderan, 22, hanya menangguk selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.*

🌺 *SEORANG guru maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas di Kilometer 32, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di Kota Samarahan, tengah hari ini. Mangsa, Ainul Khaliza Bolhi, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan 1.40 tengah hari itu.*

🌺 *SEKUMPULAN ahli sindiket pengedaran dadah ditahan ketika sedang melakukan transaksi penjualan bahan terlarang itu secara terbuka itu di depan sebuah restoran di Bandar Baru Bangi, Khamis lalu. Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor pada 2 petang itu berjaya menahan tiga wanita dan dua lelaki berusia 34 hingga 44 tahun.*

🌺 *KERAJAAN Negeri Sembilan berhak merampas tanah yang didakwa dimiliki individu tanpa menggunakan saluran yang betul. Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan merampas itu patut dilakukan jika wujud salah guna kuasa ketika pemberian tanah itu dilakukan sebelum ini.*

🌺 *HANYA kerana dituduh mencuri beras, seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kepala selepas dihentak menggunakan batu oleh adik kandungnya dalam kejadian di Kampung Kopungit, di Kota Kinabalu, kelmarin. Mangsa lelaki berusia 51 tahun ditemui terbaring oleh anak perempuannya berusia 15 tahun di luar rumah mereka dengan berlumuran darah kira-kira 5 petang.*

🌺 *JABATAN Kesihatan Kelantan menafikan tiada pemantauan dibuat terhadap penyakit kulit bersisik dan gatal yang dikatakan semakin merebak dalam kalangan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Aring 5, dekat Gua Musang, sejak sebulan lalu. Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya melalui Pasukan Mobile Klinik Kesihatan Aring memasuki kawasan kampung itu dan Kuala Koh sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membuat pemantauan dan merawat penduduk.*

🌺 *POLIS menahan 96 individu atas pelbagai kesalahan termasuk kes jenayah sepanjang tujuh hari Operasi bersepadu dijalankan sekitar Alor Setar, bermula 1 April lalu hingga semalam. Beliau berkata, operasi tertumpu di sekitar Bandaraya Alor Setar seperti rumah urut, pemeriksaan jalan raya dan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai.*

🌺 *“KOSONG, tak ada pun (derma dari orang ramai),” kata calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R Malarvizhi, 51. Menurut beliau, walaupun gagal meraih walaupun satu sen sumbangan dari rakyat pada kempen meraih undi dan sumbangan kempen minggu lalu, ia tidak melunturkan semangatnya untuk berkempen.*

🌺 *BAPA kepada enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mencabul bekas isterinya. Tertuduh berusia 61 tahun dari Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇮🇩 *JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan seorang wanita yang dihukum penjara 18 bulan kerana menghina azan apabila mengadu bunyinya terlalu kuat apabila dilaungkan menggunakan pembesar suara berhampiran rumahnya.*
*AFP melaporkan, Meiliana, 44, didapati bersalah menghina Islam kerana menyungut bunyi azan terlalu kuat dan menyakitkan telinganya serta meminta jiran memperlahankan pembesar suara berkenaan.*
*Dalam keputusan yang dimuatkan dalam laman web, Mahkamah Agung berkata, ia menolak rayuan wanita bukan Islam itu namun tidak menjelaskan lebih lanjut.*

🇿🇦 *CAPE TOWN: Mayat seorang pemburu haram dimakan sekumpulan singa selepas lelaki itu maut diserang seekor gajah di Taman Negara Kruger, minggu lalu.*
*Renger taman negara itu dalam kenyataan Jumaat lalu berkata, pasukan mencari hanya menemui tengkorak manusia dan seluar dipercayai milik mangsa.*
*Times Live memetik kenyataan polis Leonard Hlathi melaporkan, mangsa bersama empat pemburu mencerobohi taman negara itu pada 1 April lalu dipercayai untuk memburu badak sumbu.*

🇹🇼 *TAIPEI: Pesawat Cathay Dragon yang sepatutnya berlepas ke Hong Kong terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Kaohsiung untuk melakukan pendaratan cemas, hari ini.*
*AFP melaporkan, penerbangan KA451 itu mengalami masalah teknikal tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Kaohsiung.*
*Syarikat induk Cathay Dragon, Cathay Pacific dalam kenyataanya berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat di Kaohsiung yang terletak di selatan Taiwan.*

🇷🇴 *BUCHAREST: Lebih 300 polis dan dua helikopter menjalani operasi besar-besaran sepanjang persisiran pantai Laut Hitam Romania, semalam susulan 131 kilogram kokain hanyut ke darat.*
*Jurucakap polis, Georgian Dragan memberitahu AFP sebanyak 14 bot serta beberapa penyelam turut terbabit dalam operasi sejak penemuan bungkusan dadah itu di pantai, Jumaat lalu.*
*Polis menggesa penduduk setempat supaya tidak membuka sebarang bungkusan di pantai untuk keselamatan.*

🇧🇷 *BRASILIA: Seorang remaja mengaku membunuh adik lelakinya yang berusia lima tahun sebelum mengerat mayat mangsa dan memakan alat kelaminnya, dalam kejadian di Sao Roque di tenggara Brazil.*
*Daily Mail melaporkan, remaja berusia 17 tahun itu dipercayai melakukan ritual pelik selepas polis menemui mayat mangsa, Maycon Roque dikelilingi dengan beberapa batang lilin.*
*Menurut polis, kejadian berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di rumah selepas ibu mereka keluar untuk membeli belah sebelum remaja terbabit memujuk adiknya ke bilik dan menekup muka mangsa dengan bantal.*

🇷🇺 *MOSCOW: Pihak berkuasa Russia akan melepaskan hampir 100 ikan paus yang ditempatkan di beberapa sangkar di Timur Jauh Russia, ke laut selepas tertangguh selama beberapa bulan, lapor agensi berita TASS ketika memetik kenyataan Gabenor Wilayah Primorsky, Oleg Nikolayevich Kozhemyako.*
*Imej sekumpulan ikan paus dikurung dalam sangkar sempit di sebuah teluk berhampiran bandar pelabuhan, Nakhodka di Selat Jepun, mencetuskan kritikan pelbagai pihak selepas tersiar tahun lalu.*
*Haiwan itu ditangkap sebuah syarikat yang merancang menjualnya kepada pembeli di China. Namun, nasib ikan paus itu berubah hasil campur tangan Kremlin, yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan mencari jalan bagi membebaskan haiwan berkenaan.*

🇨🇳 *BEIJING: Seorang perompak terpaksa menyerah diri kepada pegawai polis apabila cubaannya untuk melarikan diri menemui jalan buntu selepas terperangkap di luar tingkat 22 sebuah bangunan di China.*
*Daily Mail melaporkan, suspek terbabit diburu polis kerana dipercayai merompak sebuah kedai dengan mengacukan pisau kepada pemiliknya di Yiyang, wilayah Hunan pada 24 Mac lalu.*
*Mangsa kerugian sebanyak 10,000 yuan (RM1,323) selepas suspek melarikan kad bank dan mengeluarkan wangnya, lapor Jiangsu Broadcasting Corporation.*

🇲🇿 *BEIRA: Seorang wanita terpaksa melahirkan anak di atas pokok mangga selepas rumahnya di tengah Mozambique ditenggelami air banjir akibat siklon Idai, baru-baru ini.*
*Amelia memberitahu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF), dia bersalin bayi perempuan sambil berpaut pada pokok bersama anak lelaki berusia dua tahun.*
*”Hanya saya dan anak berada di rumah apabila air tiba-tiba melimpah masuk ke dalam rumah. Saya tiada pilihan lain dan kami memanjat pokok untuk menyelamatkan diri," katanya.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Keranda mengandungi mumia ketua paderi Mesir Purba berusia 4,000 tahun disiarkan secara langsung di saluran Discovery, semalam.*
*Dokumentari istimewa berjudul ‘Ekspedisi Tidak Diketahui: Mesir’ itu bersiaran selama dua jam dari Minya yang terletak berhampiran selatan Sungai Nile.*
*AFP memetik pengkaji Josh Gates berkata, mumia itu adalah paderi tinggi dewa Thoth ketika pemerintahan dinasti ke-26 Mesir purba.*

🇿🇦 *CAPE TOWN: Sebuah kereta yang dipandu laju merempuh seorang penyelenggara jalan raya sehingga menyebabkan mangsa melambung tinggi dalam kejadian di sini, baru-baru ini.*
*Mangsa Xolele Phindela, 32, cedera parah, namun bernasib baik kerana tidak digilis kenderaan lain.*
*Sehingga kini ini, polis belum menahan pemandu kereta itu, lapor Daily Mail.*
*Kejadian itu berjaya dirakam kamera dari kereta pemandu Lyndon DeMeillon yang bertindak membuat laporan polis.*

🇵🇸 *Baitulmaqdis: Palestin tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Israel bahawa rejim Zionis akan merampas kawasan yang kini menjadi penempatan Yahudi di Tebing Barat jika beliau memenangi pilihan raya umum 9 April ini.*
*Benjamin Netanyahu membuat kenyataan itu hari ini, dalam temuramah dengan stesen televisyen Channel 12. sebagai janji pilihan raya dalam usahanya untuk kekal berkuasa.*
*Pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat berkata, kenyataan Netanyahu mengenai ‘merampas’ itu tidak mengejutkan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


😷 *BAU busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Gopeng kelmarin bukan milik manusia, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu.*
*Beliau berkata, maklumat mengenai bau busuk dan sekumpulan lalat diterima daripada Orang Asli tempatan.*
*Beliau mengulas mengenai tular di media sosial yang mengaitkan bau busuk dengan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap sejak 23 Mac lalu semasa menyertai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.*
*Dalam pada itu, Mohamad Yunus turut meminta pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam agar tidak membuat usaha mencari Mohammad Ashraf secara bersendirian.*

🚘 *DUA wanita cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dihimpit Mercedes Benz di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban semalam.*
*Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, kejadian 3 petang itu menyebabkan Perodua Alza dinaiki mereka terbabas merempuh pokok dan memasuki longkang.*
*Video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Mercedes Benz menghimpit Perodua Alza sebelum kenderaan itu terbabas melanggar pokok tular di Facebook sejak semalam.*

🏫 *MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.*
*Pertemuan itu difahamkan berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula jam 5.45 petang.*
*Difahamkan Osman memasuki pekarangan bangunan berkenaan jam 3 petang.*
*Sebelum ini tular berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor dan terdapat desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.*

👊🏻 *PENGGUSTI profesional, Bret Hart diserang seorang lelaki ketika menyampaikan ucapan dalam acara majlis World Wrestling Entertainment (WWE) di New York.*
*Rakaman video tular menunjukkan penyerang itu menyerbu masuk ke dalam gelanggang, memeluk Hart dan menariknya hingga jatuh ke atas lantai, semalam.*
*Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zachary Mason, 26, berdepan tuduhan melakukan serangan dan menceroboh.*
*Hart, 61, dikenali ‘Hitman’ yang membentuk tag team popular The Hard Foundation bersama mendiang Jim ‘The Anvil’ Neidhart, berkecimpung selama lima dekad dalam arena itu.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *AC Milan sedia menawarkan Mauricio Pochettino sebanyak £300 juta (RM1.6 bilion) untuk bajet perpindahan musim panas Serie A.*
*Kelab Itali itu mahu dia meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur dan mendapatkan pemain baru untuk kelab terbabit.*
*Tawaran dibuat oleh ketua eksekutif kelab itu, Ivan Gazidis, sebelum ini bersama musuh ketat London utara, Arsenal yang diberi tanggungjawab mengembalikan semula reputasi kelab gergasi itu dalam saingan Eropah dan Serie A.*

🎮 *MAURIZIO Sarri mempertikaikan keputusan ‘tak masuk akal’ Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jadual perlawanan Chelsea menentang West Ham awal pagi esok, hanya tiga hari sebelum aksi pasukan itu di gelanggang lawan menentang Slavia Prague dalam Liga Europa.*
*Chelsea, yang bersaing merebut kedudukan empat teratas liga, berdepan minggu yang memenatkan, melayan kunjungan West Ham sebelum menuju ke Prague untuk perlawanan pada Khamis, diikuti perlawanan berdepan Liverpool pasukan yang memburu kejuaraan liga perdana pada Ahad.*
*Sarri memikirkan bos Liga Perdana perlu melakukan sesuatu untuk memberi galakan kepada pasukan Inggeris mengintai peluang dalam saingan Euro.*

🏈 *LAMA sudah tidak melihat pemain bintang ragbi Perancis, Sebastien Chabal beraksi di padang.*
*Namun kali ini pemain posisi ‘lock’ berjambang dengan ketinggian 191sm itu tampil bukan sebagai pemain tetapi penghibur.*
*Dia mengenakan pakaian ‘orang gua’ yang menepati gelaran diberi kepadanya iaitu ‘The Caveman’.*
*Dia dilihat menyanyikan lagu kumpulan Scotland, The Proclaimers bertajuk 'I'm Gonna Be (500 Miles)' ketika memeriahkan kejohanan Hong Kong Sevens di Hong Kong, baru baru ini.*

🚵🏻‍♂ *PENAMAT Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sekali lagi berakhir dengan henjutan beramai-ramai ke garisan penamat pada saingan peringkat ketiga dari Muar yang berakhir di Putrajaya sejauh 192.6 kilometer, hari ini.*
*Saingan itu menjadi milik Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling yang merakam masa empat jam 49 minit 39 saat.*
*Tempat kedua milik Matteo Pelucchi dari Androni Giocattoli-Sidermec manakala Andrea Guardini dari Bardiani CSF ketiga.*

🦌 *KETUA jurulatih Kelantan, Marko Kraljevic dan pemain berpengalaman Mohd Badhri Mohd Radzi berada dalam situasi 'bahaya' selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd menarik diri daripada kerjasama pengurusan dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) minggu lepas.*
*Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, susulan penarikan diri syarikat terbabit, pihaknya perlu meneliti semula kontrak dua individu itu bersama pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Mon Apr 15, 2019 9:58 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

🎉 *HEPI NEW YEAR TO ALL INDIAN MEMBERS*

*ISNℹN 1⃣5⃣ 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 9⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣4⃣1⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣5⃣1⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣7⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣6⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣2⃣7⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣1⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣1⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 14april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene, sebentar tadi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyerahkan surat tauliah pelantikan sebelum Dr Sahruddim melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.*

🌺 *MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal tiba di kampung halamannya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Pagoh, Muar sebaik selesai istiadat pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene 2 petang hari ini. Ketibaan Dr Sahruddin disambut ibunya, Isniah Kasmongin, 73, ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang menantikan kepulangan anak jati kampung itu sejak proses pelantikan di Istana Bukit Serene selesai.*

🌺 *MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal akan melakukan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat susulan pelantikannya untuk meneraju kepimpinan baharu negeri ini. Beliau berkata, walaupun tempoh lazim bagi rombakan Exco selepas pelantikan Menteri Besar baru boleh dibuat dalam masa 14 hari, namun beliau akan cuba untuk melaksanakannya dalam masa terdekat.*

🌺 *PAKAR bius, Dr S Streram menganggap kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di luar jangkaannya. Calon Pakatan Harapan (PH) berusia 64 tahun itu mengakui lawannya Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) bukan 'calang-calang' nama untuk ditewaskan.*

🌺 *TINDAKAN menghalang penjawat awam menjalankan tugas adalah kesalahan mengikut Kanun Keseksaan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH) yang memeriksa kenderaan polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.*

🌺 *“SAYA kurang pasti sama ada (tunjuk kertas undi) satu kesalahan atau tidak. Saya perlu meneliti betul-betul peraturan,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun. Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas tindakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan yang menunjukkan kertas undi selepas mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau semalam.*

🌺 *“KEKALAHAN ini peringatan kepada pimpinan PH (Pakatan Harapan) untuk terus memberi perhatian sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup,” kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini adalah keputusan rakyat.*

🌺 *WANITA cedera, manakala anak lelakinya parah diserang lelaki menggunakan pisau, dipercayai akibat perselisihan faham membabitkan masalah keluarga di Kampung Padang Buloh, Pekan, semalam. Wanita terbabit cedera pada kepala dan tangan kanan diserang bekas menantunya itu, anaknya pula parah pada perut serta tangan dipercayai ditikam dengan pisau panjang.*

🌺 *PENGAMBILAN tanah di Kampung Baru, Alor Malai di sini, oleh kerajaan untuk dijadikan jalan lencongan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan yang mendakwa pampasan diterima tidak setimpal. Menurut penduduk, nilai diberi kerajaan ternyata tidak berbaloi dengan tempoh mereka menetap di kampung berkenaan.*

🌺 *POLIS mengesahkan kejadian seorang lelaki yang diugut anggota beruniform itu untuk menyerahkan RM5,000 sebagai bayaran untuk melepaskan diri selepas ditahan kerana dadah, Selasa lalu. Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lelaki berkenaan ditahan dekat Taman Connaught, Cheras di Kuala Lumpur dan pemeriksaan menemui dadah dalam kenderaannya.*

🌺 *DUA lelaki dipercayai warga asing maut dilanggar komuter berhampiran laluan Sungai Buloh-Kepong, Kuala Lumpur, petang hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan menceroboh laluan komuter di Kilometer 371.7 sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.*

🌺 *KEPULAN asap berbau pelik dalam rumah di sebuah kondominium di Jalan Paya Terubong, Relau di Georgetown, membongkar kepada kegiatan penghuninya yang menjadikan kediaman itu sebagai makmal mini memproses dadah, malam tadi. Dalam kejadian 9 malam itu, beberapa jiran yang melihat kepulan asap terbabit memaklumkannya kepada pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi bomba.*

🌺 *KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah referendum penolakan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH). Penyandang kerusi Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kini BN perlu membuktikan mereka mampu menjadi pembangkang yang efisyen dalam pentadbiran sama ada dalam kerajaan negeri dan Pusat.*

🌺 *PUNCA kebakaran dan letupan yang berlaku di Unit Atmospheric Residue Desulphurisation (ARDS) Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang di sini, awal pagi semalam, masih belum dikenal pasti. Ini berikutan, pasukan yang bertanggungjawab menyiasat punca kebakaran itu masih belum dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sehingga disahkan selamat oleh pihak berkaitan.*

🌺 *PENIAGA dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan memperdaya seorang wanita dengan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bulan lalu. Tertuduh, Ellysuhana Mustapha, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izzudin Mohd Shukri.*

🌺 *SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan maut dalam kemalangan di Jalan Beluran-Telupid, berhampiran simpang Ladang Berkat Setia, Beluran, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Laskar Kelas Satu Maritim, Muhammad Nazrin Tarmidi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.*

🌺 *LELAKI dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana merosakkan peti besi milik sebuah masjid membabitkan kerugian RM600. Bukan itu saja tertuduh, Mohd Hari Mohd Hashin, 38, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda.*

🌺 *SERAMAI 500 masyarakat Siam seluruh Kelantan menyambut perayaan Songkran di Dataran Seni Budaya Siam Kelantan berhampiran Wat Chonprachumthart Chanaram, Kampung Dalam, Tumpat di sini, semalam. Acara gimik pelancaran yang dilakukan sempena perayaan Songkran Perpaduan itu menampilkan anak menyiram ibu bapa mereka sebelum memohon ampun dari mereka.*

🌺 *“JIKA sesiapa membeli komputer riba yang dijual perompak, tolong beritahu dan saya akan beli semula. “Komputer itu sangat bernilai kerana dibeli secara kongsi tiga anak gunakan wang simpanan mereka,” kata Ruzila Adam, 38, penduduk Felda Pasoh Tiga, Jempol, yang menceritakan kejadian rumahnya dimasuki penjenayah kelmarin.*

🌺 *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak terus menggerakkan 20 anggotanya hari ini untuk menjejak Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang walaupun masih belum menemui petunjuk baru. Penolong Pengarah JBPM Perak, Mohd Yunus Abu berkata, bomba serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain sudah melakukan pencarian lebih 20 kali di satu-satu lokasi sejak kehilangannya 23 Mac lalu.*

🌺 *WARGA emas meninggal dunia di atas bot di Jeti Nelayan Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Parit Buntar, hari ini. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Abu Talib Sa’ad,61, dari Kamunting, Taiping, datang ke Kuala Kurau bersama rakannya dipercayai untuk memancing di kawasan itu.*

🌺 *PERSATUAN Penyelam Profesional Semporna, mahu tindakan segera diambil terhadap jurulatih menyelam yang didakwa mencabul dua pelancong China, bulan lalu. Pengerusinya, Abdul Razak Ismail berkata, tindakan terhadap jurulatih terbabit bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang pada masa depan.*

🌺 *CUBAAN menyeludup keluar 970 ekor pelbagai spesis burung dilindungi ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang selepas melakukan serbuan di Pantai Kampung Simon, Teluk Ramunia, Johor Bahru, malam tadi. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek sempat melarikan diri sebaik melihat anggota dan pegawai PPM.*

🌺 *TIGA lelaki parah selepas Perodua Myvi dinaiki terbabit kemalangan dengan bas milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdekatan Kampung Kisap, Jalan Ayer Hangat, Langkawi hari ini. Dua penumpang bas yang juga kakitangan JBPM turut cedera.*

🌺 *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menawarkan sebanyak 30,000 peluang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan belia menerusi empat agensi di bawah kementerian itu di seluruh negara setiap tahun. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 345 program ditawarkan menerusi pelbagai institut kemahiran di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).*

🌺 *SERAMAI 77 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mendulang 43.75 gram emas dan ketulan batu permata dianggarkan bernilai RM22,000 dalam Kem Eksplorasi Alam Misi Teroka Sumber Mineral Semulajadi, baru-baru ini. Kem itu membabitkan penuntut UMK Kampus Kota, Jeli dan Bachok yang julung kali diadakan di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) bagi memenuhi tuntutan pengajian program akademi di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Bachok dan Fakulti Sains Bumi, Jeli.*

🌺 *DATUK Seri Mohamad Hasan meluangkan masa 30 minit bertemu orang ramai di Pasar Rantau hari ini selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau semalam. Kehadiran Mohamad 9 pagi disambut mesra peniaga dan pengunjung yang dikenalinya sejak dulu lagi.*

🌺 *KAPTEN kapal diburu polis selepas melarikan wang hasil jualan minyak syarikat RM13,250 di Jalan Lubuk Poring, Sepanggar, Kota Kinabalu Rabu lalu. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, difahamkan lelaki tempatan berusia 43 tahun itu membawa lari wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat.*

🌺 *“SAYA sudah tua, belajar pun tak pandai... ini saja tau (jual nombor ekor),” kata lelaki warga emas yang ditahan kerana menjual nombor ekor di sebuah premis di Butterworth semalam. Lelaki berusia 63 tahun itu cuba meraih simpati dengan memberi alasan dia sudah tua serta tidak mampu membuat kerja berat ketika ditahan sepasukan polis dalam Op Dadu dengan harapan dapat dilepaskan.*

🌺 *KAKITANGAN pejabat Pos Tanah Merah, Kelantan terkejut selepas mendapati premis itu dipecah masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) dilarikan, pagi ini. Kejadian itu disedari pada jam 8 pagi tadi ketika kakitangan terbabit mahu memulakan operasi dan mendapati premis bersepah.*

🌺 *BAYI perempuan berusia 10 bulan maut selepas Perodua Kenari dinaikinya dilanggar dari belakang menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbalik di tengah jalan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi. Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala manakala bapanya berusia 29 tahun yang memandu cedera parah di badan, kepala dan kaki.*

🌺 *JUMLAH deposit yang diterima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunjukkan angka positif. Ini kerana keyakinan pendeposit tetap kekal utuh walaupun institusi itu mengumumkan hibah yang rendah bagi 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, prospek TH yang cerah, tadbir urus lebih baik, tiada aset kurang berdaya saing serta jaminan kerajaan antara faktor menyokong keyakinan pendeposit untuk terus kekal melabur dalam TH.*

🌺 *KERAJAAN Kelantan melihat Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi impak yang besar kepada majoriti rakyat di negeri ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, projek itu mampu membuka peluang pekerjaan menerusi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.*

🌺 *POLIS akan membantu pihak berkuasa Indonesia berhubung penemuan kertas undi Pilihan Raya Umum pemilihan Presiden negara itu di Kajang, Khamis lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapatkan bantuan Polis Republik Indonesia (POLRI).*

🌺 *SEBUAH bot jongkong asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki membawa masuk pelbagai barangan tanpa kelulusan Jabatan Kastam di kawasan perairan Batu 3, Tawau, malam tadi. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bot jongkong itu ditahan melalui Op Gelora Khas selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan jam 10.30 malam.*

🌺 *SEORANG daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas pekerja yang mengorbankan 12 nyawa berhampiran Kompleks MASkargo di Sepang Ahad lalu mendakwa bas berkenaan berlumba ketika kemalangan berlaku. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, polis akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa berhubung dakwaan itu.*

🌺 *TEKONG bersama tiga awak-awak ditahan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini kerana didapati melanggar syarat sah lesen perikanan dengan menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, nelayan berusia lingkungan 40 hingga 49 tahun itu ditahan di bot kelas B1 ketika berada pada kedudukan 6.70 batu nautika barat Pantai Kuala Sala, Yan sekitar jam 12.30 tengah malam.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London: Seorang akauntan yang menjadi mangsa buli di tempat kerja membalas dendam dengan membelanjakan wang majikannya sebanyak £170,000 (RM915,000) untuk dadah serta pelacur sepanjang satu hujung minggu.*
*Darren Carvill, 38, mencuri £260,000 (RM1.4 juta) daripada rangkaian servis kereta, Mr Clutch sebelum menghabiskan hujung minggu berjoli menggunakan dadah dan bersama pelacur kelas atasan.*
*Malah, tindakannya itu hampir menyebabkan Mr Clutch bankrap, dan Carvill mengaku ia melakukannya semata-mata mahu merasai ‘hujung minggu yang gila.’*
*Carvill yang lazimnya seorang yang amat pemalu, dipenjara dua tahun setengah selepas mengaku salah atas 18 tuduhan tipu oleh Mahkamah Crown Maidstone, Kent.*

🇮🇱 *MAJLIS perbandaran Israel di wilayah Safed menjadikan Masjid Al-Ahmar sebagai kelab malam yang dilengkapi bar dan dewan acara.*
*Menurut Middle East Monitor, memetik Al-Quds Al-Arabi, masjid itu diubah menjadi bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang bersekutu dengan majlis perbandaran itu.*
*Akhbar yang berpangkalan di London melaporkan, nama masjid itu juga diubah kepada Khan Al-Ahmar.*

🇦🇺 *SYDNEY: Bapa kepada pengasas WikiLeaks Julian Assange meminta kerajaan Australia untuk membawa pulang anak lelakinya, selepas terkejut melihat keadaan anaknya yang ditahan di London minggu lalu.*
*John Shipton dilaporkan melawat Assange setiap kali Krismas di kedutaan Ecuadore di London selepas dia mendapat perlindungan di sana pada 2012.*
*”DFAT (Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri) dan perdana menteri seharusnya dapat melakukan sesuatu”.*

🇸🇪 *STOCKHOLM: Ikea akan memulakan perkhidmatan sewa dan kitar semula perabot di seluruh dunia sebagai sebahagian menuju ke arah mesra alam kerana kebimbangannya ke atas model perniagaan pek rata membawa kepada pembaziran.*
*Menurut Ikea, rancangan itu akan dilaksanakan menjelang 2030.*
*Gergasi Sweeden itu sudah pun memulakan pembaikan dan pembungkusan semula produk rosak ketika penghantaran di setiap kedai serta membolehkan pelanggan memulangkan produk termasuklah perabot sama ada untuk dijual semula atau didermakan kepada badan amal.*

🇦🇺 *MELBOURNE: Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi kritikal selepas ditembak di luar sebuah kelab malam popular di sini, kata polis hari ini.*
*Polis berkata, empat lelaki, tiga pengawal keselamatan dan seorang pelanggan yang sedang menunggu, ditembak di luar kelab malam Love Machine di kawasan pinggir bandar di Prahran awal pagi tadi.*
*”Tembakan dilepaskan dari sebuah kereta ke arah orang ramai yang sedang menunggu di luar kelab malam,” kata Inspektor Polis Victoria, Andrew Stamper kepada wartawan.*

🇺🇸 *LOS ANGELES: Pesawat terbesar di dunia berjaya membuat penerbangan sulung pertama merentasi Gurun Mojave di California semalam.*
*Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.*
*Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak Amerika dan dikuasakan dengan enam enjin pada fiuslaj berkembar, berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.*

🇸🇬 *SINGAPURA: Ratusan ribu rakyat Indonesia di Singapura berarak ke kedutaan negara itu, hari ini, untuk membuang undi bagi memilih presiden dan anggota Dewan Perwakilan (DPR), tiga hari sebelum pilihan raya sebenar di tanah air.*
*The Straits Times melaporkan, mereka akan memilih antara penyandang Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk penggal kedua dan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, juga pencabarnya pada 2014.*
*Pilihan raya sebenar diadakan pada Rabu ini di Indonesia, namun kira-kira dua juta pengundi luar negara membuang undi lebih awal antara 8 hingga 14 April.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Seorang isteri memfailkan cerai kerana tidak tahan tabiat buruk suaminya enggan mandi atau mencukur jambang sehingga menyebabkan badannya terlalu busuk.*
*Media tempatan melaporkan, wanita berusia 23 tahun dari Madhya Pradesh itu diarahkan mahkamah supaya tinggal berasingan selama enam bulan sebelum perintah cerai diberikan, lapor agensi berita PTI.*
*Wanita itu dan suaminya yang berusia 25 tahun berkahwin tahun lalu. Dalam dokumen difailkan, wanita terbabit mendakwa suaminya enggan mencukur jambang atau mandi sehingga tujuh atau lapan hari berturut-turut.*

🇺🇸 *SAN FRANCISCO: Facebook Inc membelanjakan AS $22.6 juta (RM93 juta) untuk keselamatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg tahun lalu yang jumlahnya meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, kata syarikat aplikasi media sosial itu.*
*Zuckerberg menerima gaji asas AS$1 (RM4) sejak tiga tahun lalu serta pampasan lain disenaraikan dengan jumlah itu yang sebahagian besarnya digunakan untuk keselamatan peribadi.*
*Perbelanjaan hampir AS $20 juta (RM82.3 juta) digunakan untuk menjaga keselamatan Zuckerberg dan keluarganya berbanding AS $9 juta (RM37 juta) pada tahun sebelumnya.*

🇲🇨 *Luwuk (Indonesia): Segelintir penduduk di Pulau Sulawesi enggan pulang semula kerana bimbang kemungkinan berlakunya gegaran susulan selepas amaran tsunami dikeluarkan semalam.*
*Penduduk di kawasan itu masih trauma selepas dikejutkan dengan gempa berukuran 6.8 magnitud selain dihantui kejadian gempa dan tsunami di Palu, tengah Sulawesi hingga mengorbankan lebih 4,500 orang pada tahun lalu, lapor AFP.*

🇧🇷 *RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya dua orang mati selepas sebuah bangunan apartmen runtuh bersebelah kawasan kejiranan miskin di Rio de Janeiro akibat dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu, kata jurucakap di Brazil.*
*AFP melaporkan, kejadian yang berlaku pagi semalam di Muzema Favela itu menyebabkan tujuh yang lain cedera.*
*Beberapa helikopter diterbangkan ke tempat kejadian untuk menghantar sebahagian mangsa yang cedera ke hospital.*

🇵🇬 *PORT Moresby: Doktor di Papua New Guinea (PNG) menghadapi fenomena baru apabila semakin ramai penduduk lelaki wilayah itu menyuntik bahan asing, termasuk minyak masak, silikon dan minyak bayi pada kemaluan mereka kerana obses mahukan zakar besar.*
*Menurut The Guardian, doktor di wilayah itu mendedahkan masalah berkenaan semakin serius kerana berlaku di seluruh negara dan membabitkan golongan lelaki berkerjaya.*
*Jurucakap Hospital Umum Port Moresby berkata, sejak dua tahun lalu, mereka sudah merawat sekurang-kurangnya 500 kes lelaki yang melakukan amalan itu yang membawa kepada masalah mati pucuk dan alat sulit cacat akibat suntikan bahan asing.*

🇮🇳 *New Delhi: Fasa pertama pilihan raya India, pilihan raya terbesar dunia selesai kelmarin, membabitkan 142 juta pemilih berdaftar di 20 negeri dan wilayah persekutuan untuk memilih 91 calon.*
*Keseluruhan, India memiliki 900 juta pengundi berdaftar, lebih ramai berbanding kombinasi pengundi Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.*
*Mereka akan mengundi dalam tujuh fasa pilihan raya selama enam minggu, berakhir 19 Mei sebelum keputusan diumumkan pada 23 Mei.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🤴🏻 *POLIS menerima 209 laporan berhubung kenyataan jelik yang dibuat pemilik akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.*
*Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, akaun FB berkenaan sudah disekat dan tidak lagi boleh diakses.*
*”Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar jelik yang dibuat pemilik akaun berkenaan melalui apa jua rangkaian.*

🚔 *“KAMI sangat kecewa dengan perbuatan itu seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada polis,” kata Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berhubung video tular atas tindakan lima penyokong sebuah parti yang memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung Hua, Rantau semalam.*
*Beliau berkata, insiden pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu pertama kali berlaku dalam negara apabila orang awam memeriksa kenderaan polis.*
*”Mereka sangat melampau, mencabar tugas kami dan memalukan. Tuduhan kami membawa lebihan kertas undi tidak betul kerana polis sangat profesional,” katanya.*

👊🏻 *SEKUMPULAN penyokong Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri di bilik gerakan utama mereka di Bandar Ekar, Rembau malam ini, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.*
*Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial pada 8 malam tadi, pergaduhan tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.*
*Difahamkan situasi tegang itu bermula apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur mula menyalahkan ahli parti mereka daripada kalangan penduduk setempat kerana kekalahan calon PKR, Dr S Streram.*

🎤 *PENYANYI rock terkenal Amy Search membuat kejutan kepada peminatnya di negara jiran apabila tampil menyanyi di stesen MRT Bundaran HI, Jakarta Pusat, petang kelmarin.*
*Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 60, berpakaian seperti ‘pengamen’ atau pemuzik jalanan dengan memakai jambang dan misai palsu.*
*Pada awalnya peminat menyaksikan persembahan itu tidak menyedari kehadirannya hinggalah dia memperkenalkan diri.*
*Pada persembahan itu, Amy turut menyanyikan lagu popular Isabella.*
*”Saya rasa sangat terharu kerana lagu ini masih diingati hingga ke hari ini dan tidak pernah luput. Tidak dinafikan impak lagu Isabella sangat besar dalam kerjaya saya dan Search.*

❌ *JAKARTA: Pihak berkuasa pilihan raya Indonesia di Malaysia mengesahkan proses undian bagi rakyat negara itu di sini, diteruskan seperti yang dijadualkan hari ini walaupun siasatan dakwaan penyalahgunaan kertas undi masih diteruskan.*
*The Jakarta Post melaporkan, Ketua Badan Pengawasan Pemilihan Umum (Bawaslu), Abhan berkata agensi itu belum membuat sebarang keputusan berhubung penemuan kertas undi yang sudah bertanda di dua lokasi berbeza di Malaysia, namun memastikan siasatan itu tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara itu.*
*Sebuah video tular di media sosial pada Khamis lalu, memaparkan serbuan ke atas kedai kosong di Selangor, Malaysia yang membawa kepada penemuan kertas undi yang sudah bertanda memihak kepada calon presiden dan calon legislatif tertentu.*

🐈 *LOS ANGELES: Kucing kebiasaannya memilih tempat tidur yang tenang dan hangat tetapi berbanding kucing di dalam gambar ini memutuskan untuk tidur di atas piano yang sedang dimainkan.*
*Video lucu itu tular dimedia sosial menunjukkan seekor kucing tabbu kelabu berdengkur dengan tenang di atas kekunci piano ketika seorang lelaki sedang memainkan lagu.*
*Kepala kucing itu bergerak perlahan sama ada ke atas dan ke bawah seiring kekunci piano yang ditekan oleh pemain piano.*

🏋🏽‍♀ *Tbilisi (Georgia): Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat bebanan seberat 110 kilogram.*
*Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika atlit Perancis itu, Gaelle Nayo Ketchanke, 30, menyertai Kejuaraan Angkat Berat Eropah bagi kategori 76 kilogram yang turut disiarkan secara langsung dari Batumi, Georgia semalam.*
*Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video dimuat naik pengguna Twitter, @SamuHernando yang menunjukkan lengan atlit itu terkehel ketika beraksi menyebabkan penonton menjerit ketakutan.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *EPL RESULT: CRYSTAL PALACE 1 MANCHESTER CITY 3, LIVERPOOL 2 CHELSEA 0*

🏁 *LEWIS Hamilton memenangi Grand Prix China di Shanghai hari ini sekali gus merampas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada rakan sepasukan di Mercedes, Valtteri Bottas dalam saingan Formula 1 (F1) edisi ke-1,000.*
*Bottas yang bermula buruk walaupun berada di petak depan dipintas juara dunia lima kali, Hamilton ketika di selekoh pertama, masih mampu menduduki tempat kedua - kali ketiga pasukan itu meraih dua tempat pertama musim ini.*
*Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga untuk podium pertama musim ini.*

⭐ *LIVERPOOL, Bayern Munich dan Real Madrid sudah boleh memasang impian untuk mendapatkan Timo Werner selepas CEO Leipzig, Oliver Mintzlaff mengesahkan pemain itu tidak akan melanjutkan kontrak bersama kelab Bundesliga itu.*
*Kontrak penyerang berusia 23 tahun itu dijangka berakhir pada 2020 selepas berpindah dari Stuttgart pada 2016.*
*Prestasinya semakin meningkat bersama Leipzig dan menjadi tarikan beberapa kelab besar sehingga mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.*

🔝 *PENDAHULU La Liga, Barcelona diikat tanpa jaringan oleh kelab tercorot Huesca awal pagi tadi selepas jurulatih Ernesto Valverde melakukan rombakan besar menjelang suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester United, awal pagi Rabu ini.*
*Barca mendahului carta dengan 74 mata dan baki enam perlawanan sekalipun kelebihan mereka dikurangkan kepada sembilan mata selepas pasukan tangga kedua Atletico Madrid mengalahkan Celta Vigo 2-0.*

🏆 *CARDIFF City semakin hampir tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dan kembali ke Liga Kejuaraan selepas kalah 0-2 di Burnley, malam tadi.*
*Ketika pertarungan untuk merebut empat tangga teratas dilihat semakin sengit, perjuangan untuk mengekalkan status mungkin berakhir sekiranya Brighton menewaskan Cardiff, awal pagi Rabu ini.*

🏁 *JUARA dunia Marc Marquez mengekalkan dominasinya pada Grand Prix Amerika awal pagi tadi, sekali lagi menyambar petak utama ketika dia memburu kemenangan ketujuh berturut-turut di Texas.*
*Bintang MotoGP Sepanyol itu meraih petak utama ketujuh berturut-turut di Litar Americas, Austin selepas mencatat masa terpantas dua minit 3.787 saat pada awal sesi kelayakan.*
*Pencabar dari Itali, Valentino Rossi kedua terpantas dengan 2:04.060 manakala penunggang Britain, Cal Crutchlow ketiga 2:04.147.*

🐘 *PAHANG membuktikan pasukan mereka sukar ditundukkan apabila terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menumpaskan PKNS FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.*
*Jaringan Dickson Nwakaeme dan Jose Eduardo pada minit 24 dan 75 sudah cukup untuk skuad Tok Gajah membawa pulang tiga mata penting bagi mencabar pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim.*

🏑 *KEPUTUSAN Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) tidak menggunakan teknologi rujukan video (video referral) pada Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 26 April ini jelas dilihat agak pelik.*
*Apatah lagi, status kejohanan berkenaan tinggi dan menjadi sebahagian daripada kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
*Sedangkan kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung bulan lalu di Ipoh juga menggunakan teknologi rujukan video.*

🏸 *KEKALAHAN beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di perlawanan akhir Terbuka Singapura hari ini boleh diibaratkan seperti 'kereta kehabisan minyak', buatlah apa cara sekali pun ia sudah tidak mampu bergerak lagi.*
*Perkara itu diakui sendiri Pei Jing apabila mereka terlalu letih ketika berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai sebelum tumpas 14-21, 6-21 di Stadium Tertutup Singapura.*

🚵🏻‍♂ *PENGANJUR Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage Sdn Bhd menyifatkan penganjuran edisi ke-24 berakhir dengan kejayaan.*
*”Peringkat perlumbaan yang dipertandingkan agak mencabar dan kita tamatkannya dengan ‘bang’ (cemerlang). Kita sudah meletakkan tahap berbeza dalam penganjuran LTdL dari aspek hospitaliti," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2019, Datuk Ahmad Mustafa.*
*Selain itu menurutnya, wang kemenangan berjumlah RM816,750 terus dibayar kepada pasukan.*

🦅 *NAMA pemain sayap lincah Farhan Roslan atau dikenali dengan gelaran 'Messi Kedah' kembali menjadi sebutan penyokong Kedah selepas mempamerkan aksi cemerlang membantu skuad Lang Merah menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.*
*Lebih bermakna buat pemain berusia 22 tahun itu dipilih secara rasmi oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebagai pemain terbaik perlawanan atau ‘Man Of The Match’ untuk aksi berkenaan.*

🦌 *PERGI dan datang kembali apabila bekas jurulatih Kuala Lumpur Yusri Che Lah disahkan sudah menandatangani kontrak semusim untuk membaikpulih pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan liga.*
*Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang menandatangani Yusri selepas menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan terbabit Marco Kraljevic baru- baru ini.*
*Bibi Ramjani berkata, beliau percaya dengan kredibiliti dan kemampuan dimiliki Yusri mampu menggalas cabaran mengemudi pasukan yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana.*

⚽ *MELAKA United harus menggandakan usaha termasuk membaiki kesilapan dilakukan pemain bagi mengelak pasukan terus mengalami kekalahan.*
*Itu rumusan dibuat penolong ketua jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff selepas pasukan bimbingannya tewas kepada PKNP 0-1 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee pada minit ke-66.*
*Sebelum ini, pasukan Hang Tuah tewas 2-3 kepada PKNS dalam saingan Piala FA dan 3-4 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di hadapan penyokong sendiri.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed May 01, 2019 1:14 pm

🐼👀😱🐼👀😱🐼👀😱
*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*SEL🅰SA 3⃣0⃣ 🅰🅿RIL 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣4⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*


🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣3⃣5⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣4⃣5⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣3⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣3⃣
*ASAR : 1⃣6⃣3⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣0⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣1⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 29april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 1) *LAPORAN lengkap siasatan Blok F Flat Taman Keramat Permai di Ampang dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini. Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua rumusan hasil siasatan terbabit akan diteliti sebelum keputusan sama ada bangunan berkenaan selamat diduduki atau sebaliknya dibuat pihak berkaitan.*

🌺 2) *PARIT BUNTAR: “Kami terkejut dan tergamam apabila melihat bumbung rumah diterbangkan angin selain bunyi deruan yang sangat menakutkan,” kata mangsa ribut dari Kampung Parit Mat Ali Tengah, di sini, Rosnan Mat Saad, 33. Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, sebanyak 17 rumah dari tiga kampung di daerah itu rosak akibat dibadai ribut.*

🌺 3) *LULUH hati wanita apabila berdepan ujian besar menjelang Ramadan selepas kehilangan suami dan anak serentak yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Stesen Keretapi, Kampung Jeram, Tunjang, Kubang Pasu malam tadi. Dalam kejadian 9.45 malam itu, Ahmad Tarmizi Kadir, 50, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Akhmal Ahmad Tarmizi, 16, meninggal dunia di Hospital Jitra selepas tercampak ke sawah padi.*

🌺 4) *“MANA ada buat apa...kami sembang-sembang ja,” itu antara alasan diberikan seorang lelaki Myanmar yang ditahan bersama pelacur di sebuah rumah tumpangan di Bukit Mertajam, semalam. Alasan diberikan itu langsung tidak logik kerana kedua-duanya ditahan tanpa seurat benang, namun kerana mahu membuktikan dia tidak bersalah lelaki Myanmar itu mengatakan dia tidak berbuat apa-apa bersama pelacur terbabit.*

🌺 5) *GURU wanita dari Kuala Terengganu, kerugian hampir RM400,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Macau Scam’. Mangsa berusia 50 tahun hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan jam 12.30 tengah hari semalam, selepas semakan dilakukan mendapati simpanan dalam akaun miliknya berbaki RM100 saja.*

🌺 6) *KEDEGILAN dua pemilik premis yang masih menjual barangan tiruan di sebuah pusat beli belah di sekitar Klang mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini. Ia membawa kepada rampasan ratusan beg tangan dan dompet berjenama Chanel disyaki tiruan dianggarkan RM17,169.*

🌺 7) *KERAJAAN akan perluaskan Program Food Bank Siswa ke semua pusat pengajian tinggi swasta, kolej komuniti, sekolah agama dan institut pendidikan guru di seluruh negara bermula tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu akan dilaksanakan selepas kerajaan selesai melaksanakan program food bank terbabit di semua 20 universiti awam (UA) di negara ini hingga akhir tahun ini.*

🌺 8) *“SELAGI tiga batu hidup itu dijaga, kita dapat mengekang aktiviti khurafat atau pemujaan daripada berlaku di kawasan ini,” kata Nor Azam Mansor, 44. Nor Azam adalah Jurucakap Kumpulan Penjaga Tiga Bongkahan Batu Megalith di Kampung Jenagor, Kuala Berang. Katanya, seramai 13 penghuni Perkampungan Sumber Warisan Melayu Jenagor, ditempatkan di kawasan batu purba itu bagi menghalang sebarang aktiviti bertentangan agama Islam.*

🌺 9) *WANITA warga asing berusia 40-an ditahan bersama 7.2 kilogram dadah jenis syabu di sebuah gerai makan di hadapan kawasan Pelabuhan Sandakan, 23 April lalu. Dalam kejadian 5 petang, wanita itu ditahan bersama dadah yang disembunyikan dalam sebuah kotak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menerusi pelabuhan berkenaan.*

🌺 10) *HARAPAN veteran tentera yang dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) menikmati elaun khas pingat berkenaan kembali bersinar, selepas usaha untuk mendapatkannya tahun ini tidak kesampaian. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, beliau sudah menerima arahan untuk mengemukakan kertas kerja pemberian elaun khas itu kepada Kabinet.*

🌺 11) *LELAKI warga asing ditahan polis selepas dipercayai melakukan seks oral terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di tandas awam sebuah pasar raya di Ipoh semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki yang bekerja di pasar raya itu sebagai pemotong buah dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas mangsa membuang air kecil di tandas.*

🌺 12) *AMBIL syabu untuk berjaga malam, itulah pengakuan selamba seorang ‘mat despatch’ (penghantar surat) ketika ditahan polis di susur keluar Jalan Baru menuju Perai Jaya, Bukit Mertajam, 5 pagi kelmarin. Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan tiga anggota polis sedang melakukan rondaan selepas mengesan dia memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.*

🌺 13) *SEORANG suri rumah di Miri kerugian RM3,800 selepas diperdayakan kenalan Facebook (FB). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani berkata, mangsa berusia 34 tahun berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa dari United Kingdom (UK) pada 13 Mac lalu.*

🌺 14) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangka permintaan tembikai di Terengganu dan Kelantan yang meningkat Ramadan ini dapat dipenuhi memandangkan ia bertepatan dengan tempoh penuaian buah itu. Timbalan Pengarah FAMA Terengganu, Mohd Azrul Abd Aziz berkata, sehingga hari ini pihaknya membeli 702 metrik tan tembikai dan labu manis bernilai RM631,000.*

🌺 15) *SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kenderaan pacuan pacuan roda dari arah belakang dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, Keningau, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa Jaidin Jamin, 26, parah di kepala dan badan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan daripada Hospital Keningau.*

🌺 16) *PENOLONG jurutera dan isterinya direman kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan menggunakan lesen kontraktor kenalannya untuk kepentingan peribadi dalam tempoh tiga tahun bermula 2015. Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun dan isterinya, 38, itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.*

🌺 17) *DUA anggota wanita Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) nyaris dibelit seekor ular sawa batik ketika terbabit operasi menangkap reptilia itu di Kampung Sanglang, Buloh Kasap, Segamat, malam tadi. Reptilia dipercayai kelaparan itu bertindak agresif termasuk cuba menyerang empat anggota APM daerah Segamat termasuk dua wanita yang terbabit dalam operasi itu.*

🌺 18) *PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berharap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat menggunakan kepakaran yang ada bagi membantu melaksanakan kajian terperinci dalam usaha mengekalkan kebersihan sungai tercemar di negeri ini. Baginda bertitah dan menyeru supaya semua dapat bersama-sama mempertahankan kebersihan sungai yang juga sumber utama minuman serta keperluan harian, selain menjadi tempat habitat bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan.*

🌺 19) *PIHAK berkuasa menahan lima bot pukat tunda kelas C dan 13 nelayan warganegara Thailand dalam Op Gelora sekitar perairan Tanjung Piandang, Pulau Pinang, antara 4 hingga 4.30 petang kelmarin. Sepanjang Op Gelora dijalankan Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu itu pihak berkuasa merampas hasil tangkapan seberat dua tan.*

🌺 20) *PERSELISIHAN faham menjadi punca lelaki ditikam dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Merbah, Puchong kelmarin. Dalam kejadian 5.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an dikatakan bersama dua rakannya ke restoran berkenaan. Menurut sumber, ketika berada di dalam restoran, lelaki dipercayai mabuk memaki mangsa.*

🌺 21) *PENTERNAK lembu menggagalkan cubaan pencuri melarikan tujuh ekor haiwan ternakannya yang ditinggalkan dalam lori di sebuah ladang di Tanah Merah, Port Dickson semalam. Siti Aminah Abdullah, 55, berkata, dia menyedari lembu miliknya dicuri sebaik memeriksa ladang ternakannya 6 petang.*

🌺 22) *TIDAK sayang nyawa. Kegiatan sekumpulan lelaki termasuk remaja bawah umur yang menayangkan aksi berbahaya di Lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE), mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Ops Samseng Jalanan, semalam. Operasi yang bermula 1 pagi itu menahan lima lelaki berusia dari 17 hingga 22 tahun selepas melakukan beberapa aksi seperti ‘superman’ dan berlumba sesama sendiri.*

🌺 23) *TUJUH lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan selepas dipercayai terbabit menculik dan membunuh lelaki warga asing, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, semua lelaki tempatan berusia 26 hingga 33 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar negeri itu dan Selangor, 23 April lalu.*

🌺 24) *SEBANYAK 47,153 botol arak tiruan dianggarkan bernilai RM600,000 dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, hari ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Johary Yacob berkata, barang kes yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan bagi tahun 2016.*

🌺 25) *NELAYAN yang mahu mengangkat bubu ikan di sungai terkejut apabila bot dan enjin miliknya bernilai RM10,000 hilang dicuri di Sungai Papan, Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi 7 pagi tadi. Kejadian itu disedari Hassan Mau, 70, ketika melakukan rutin hariannya melihat bubu yang di pasang di sungai itu dengan menaiki bot.*

🌺 26) *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) menawarkan diskaun serendah RM5 bagi pengurangan kompaun letak kereta sempena Ulang Tahun ke-129 MPK bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan. Yang Dipertuanya Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya menawarkan pengurangan kompaun itu bagi tahun 2011 hingga 2015 manakala RM15 hingga RM200 bagi kompaun tahun 2016 hingga 2019 membabitkan pelbagai kesalahan.*

🌺 27) *RATUSAN penduduk sekitar Tanjung Bidara dan Ayer Hitam, Masjid Tanah, Alor Gajah menghadapi kesukaran berikutan bekalan air terputus sejak tengah hari semalam. Difahamkan, sehingga tengah hari ini, bekalan air masih belum pulih menyebabkan pengguna terpaksa mencari alternatif mendapatkan air perigi untuk kegunaan membasuh dan mandi selain membeli air galian untuk minuman.*

🌺 28) *ALLAHYARHAM Datin Zaliha Nordin, 79, ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di Ipoh, hari ini. Seramai lebih 1,000 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jenazahnya selamat dikebumikan 11 pagi.*

🌺 29) *PENIAGA dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini terhadap tuduhan menculik bekas adik iparnya, tahun lalu. Majistret Azem Fatihi Kamal membuat keputusan itu terhadap Moh Ridzuan Mohd Yasin, 30, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

🌺 30) *GUNA teman wanita untuk jual dadah. Itu dilakukan lelaki yang bersekongkol dengan teman wanitanya untuk menjual dadah kepada pengunjung di pusat hiburan. Lelaki warga tempatan berusia 49 tahun itu menjadikan teman wanitanya yang juga warga Vietnam berusia 29 tahun sebagai ‘umpan’ kepada pengunjung di pusat hiburan untuk membeli dadah daripada mereka.*

🌺 31) *GURU wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap lori membawa muatan sawit di Jalan Kota Marudu-Pitas berhampiran Dataran Bengkoka, Pitas, hari ini. Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa, 34, tahun yang berasal Kota Belud, disahkan meninggal dunia serta-merta oleh pasukan perubatan hospital yang tiba di lokasi kejadian.*

🌺 32) *DUA kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan lebih RM1.7 juta. Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Mei ini dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kedua-dua lelaki itu.*

🌺 33) *LELAKI tergamak menolak dan cuba membunuh ibunya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang kecil di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 69 tahun yang berada di rumah didatangi anaknya berusia 35 tahun dan terus menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum suspek mengambil parang kecil dan mengelar leher mangsa.*

🌺 34) *MAJLIS Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melantik seramai 954 amil bagi urusan mengutip zakat fitrah pada Ramadan tahun ini. Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, amil dilantik itu akan berada di masjid dan surau selain di pejabat Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bermula 1 Ramadan.*

🌺 35) *PENDUDUK di Bario kini tidak perlu lagi membayar harga yang tinggi untuk gas memasak LPG, petrol dan diesel. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata, ini kerana harga ketiga-tiga bahan api di kawasan terpencil itu sudah diturunkan bermula semalam.*

🌺 36) *LELAKI warga emas yang sedang membaiki bumbung rumah pada ketinggian 4.57 meter, meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Kebangsaan 42, Taman Universiti di Johor Bahru, malam tadi. Kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan usaha menurunkan Chen Lay Hwa, 62, yang berada di atas bumbung rumah teres setingkat itu terpaksa menggunakan khidmat sepasukan bomba.*

🌺 37) *BAYI lelaki Orang Asli berusia sebulan yang pengsan akibat demam panas dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan penerbangan ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam. Makili Selem dari Pos Balar, Gua Musang diterbangkan ke HGM dengan menggunakan helikopter Agusta AW139 2 petang semalam.*

🌺 38) *TIGA lagi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan dibina di negeri ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan buah menjelang 2020. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiga lagi SRIDI dirancang dibina di Permaisuri, Bandar Baru Kijal dan Paka.*

🌺 39) *GAS ammonia disyaki punca pekerja kapal maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas beracun di Jeti Lok Poring, Sepangggar, Kota Kinabalu kelmarin. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu keputusan analisis makmal.*

🌺 40) *PROSIDING perbicaraan kes pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan bermula dari 9 pagi hingga 3.30 petang sepanjang Ramadan ini. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Peguam Negara Tommy Thomas memohon mahkamah menetapkan waktu untuk prosiding bermula pada Ramadan yang dijangka Isnin depan.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇱🇰 *COLOMBO: Ketua Polis Sri Lanka enggan meletak jawatan susulan serangan bom berani mati minggu lalu, biarpun pemimpin negara itu sudah menamakan penggantinya.*
*Jumaat lalu, Presiden Maithripala Sirisena berkata, ketua polis itu, Pujith Jayasundara dilaporkan sudah meletak jawatan tetapi tidak menghantar surat rasmi.*
*Bagaimanapun, jurucakap kerajaan berkata, dia masih menetap di kediaman kerajaan, lapor AFP.*

🇱🇰 *COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan pengharaman pemakaian niqab, seminggu selepas kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom berani mati yang meragut 253 orang.*
*AFP yang memetik kenyataannya berkata, dia menggunakan kuasa undang-undang darurat untuk melaksanakan pengharaman penutup muka itu di tempat awam yang berkuat kuasa hari ini.*
*”Pengharaman ini bagi memastikan keselamatan negara. Tidak ada sesiapa yang patut menutup muka kerana ia menyukarkan pengecaman,” katanya.*

🇹🇷 *ANKARA: Seorang lelaki disyaki ejen perisik Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ditahan pihak berkuasa Turki kira-kira 10 hari lalu, dilaporkan mati akibat bunuh diri, kata sumber kerajaan Turki dan media tempatan hari ini.*
*Agensi berita tempatan, Anadolu melaporkan, suspek terbabit ditemui mati di penjara Silivri yang terletak di pinggir bandar Istanbul.*
*Laporan itu turut disahkan oleh sumber Kementerian Keadilan Turki kepada AFP.*

🇲🇨 *BENGKULU: Angka kematian akibat banjir di Indonesia meningkat kepada 29 orang manakala berpuluh lagi dilaporkan masih hilang, kata pihak berkuasa hari ini.*
*AFP melaporkan, banjir yang turut merosakkan ratusan bangunan, jambatan dan jalan turut memaksa kira-kira 12,000 penduduk berpindah di wilayah Bengkulu yang terjejas teruk.*
*Pihak berkuasa turut menyediakan pusat pemindahan sementara dan dapur terbuka untuk mangsa banjir.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Polis India menggeledah rumah milik tiga suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 15 individu yang meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan militan Daish, seminggu selepas serangan bom di Sri Lanka.*
*Reuters yang memetik Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA) berkata, pihaknya menyerbu tiga rumah di selatan negeri Kerala.*
*”Tiga orang individu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa orang yang didakwa meninggalkan India untuk menyertai kumpulan militan Daish.*

🇸🇬 *SINGAPURA: Ratusan penyu dan kura-kura termasuk spesies jarang dan terancam di sebuah pusat perlindungan haiwan di Singapura berdepan nasib tidak menentu kerana diarah berpindah susulan rancangan kerajaan untuk melakukan pembangunan semula.*
*AFP melaporkan, Muzium Penyu dan Kura-Kura yang dibuka pada 2001 itu menempatkan kira-kira 1,000 haiwan dan menjadi lokasi pelancongan popular, Chinese Gardens.*
*Muzium yang juga pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai pusat perlindungan haiwan yang mempunyai koleksi penyu dan kura-kura terbesar itu turut mempamerkan pelbagai spesimen dan cenderamata seperti anak patung.*

🇦🇪 *AJMAN: Kecewa dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) oleh suami, seorang isteri muda ingin bercerai dengan lelaki berkenaan, dalam kejadian di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Gulf News yang memetik Pengarah Pusat Sosial Polis Ajman, Kapten Wafa Khalil Al Hosani berkata, kes itu dianggap sebagai salah satu kes yang pelik apabila permainan dalam talian menjadi punca perceraian.*
*Katanya, wanita merujuk kesnya ke pusat berkenaan selepas mendakwa suaminya bertukar menjadi pemarah dan ganas akibat pertelingkahan yang dihadapi.*
*”Wanita itu mengatakan punca dia ingin bercerai kerana dihalang haknya untuk berhibur dengan bermain permainan itu.*

🇨🇦 *MONTREAL: Lebih 6,500 penduduk di Montreal, Kanada diarahkan berpindah selepas banjir mula menenggelamkan benteng di kawasan timur negara itu lewat malam kelmarin.*
*AFP melaporkan, pemindahan itu dilakukan ketika Perdana Menteri, Justin Trudeau menggesa supaya infrastruktur dapat ditingkatkan supaya lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.*
*Data terbaru kerajaan itu mendedahkan, hampir 8,000 orang dipaksa berpindah dari kediaman masing-masing di Quebec, iaitu lebih ramai berbanding 2017 ketika dilanda banjir paling buruk.*

🇺🇬 *KAMPALA: Seorang wanita Uganda yang berkahwin pada usia 12 tahun melahirkan 44 anak, termasuk lima pasang kembar dua, empat pasang kembar tiga dan lima pasang kembar empat namun enam bayinya meninggal dunia.*
*Dia kini hidup bersama 38 anaknya dalam sebuah rumah sempit diperbuat daripada blok simen di perkampungan Kasawo, daerah Mukono, timur Kampala, Uganda, selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.*

🇲🇨 *Jakarta: Selepas 10 hari pilihan raya Indonesia, pilihan raya sehari terbesar dunia, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) negara itu merekodkan lebih 270 pekerja pilihan raya meninggal dunia, sebahagian besarnya akibat bekerja terlalu lama, terutama mengira kertas undi secara manual.*
*Sehingga kelmarin, jurucakap KPU, Arief Priyo Susanto berkata, seramai 272 pekerja pilihan raya meninggal dunia manakala 1,878 lagi jatuh sakit akibat kepenatan kerana bekerja terlalu lama.*
*Berikutan itu, KPU menjadi sasaran kritikan keras banyak pihak berikutan jumlah kematian yang tinggi itu, termasuk oleh Kementerian Kesihatan dan parti politik.*

🇺🇸 *CALIFORNIA: Pihak berkuasa sebuah penjara di sini, terkejut dengan kekejaman seorang banduan yang bukan saja membunuh rakan sebiliknya, malah memenggal kepala mangsa sebelum mengerat tubuh lelaki itu.*
*Dalam kejadian 9 Mac lalu, Jaime Osuna, 31, menyeksa sebelum membunuh dan memenggal kepala Luis Romero, 44, di penjara di Stockton, Corcoran.*
*Romero ditemui tidak bernyawa dalam bilik penjara sekitar jam 7.30 pagi dan laporan autopsi pada Jumaat lalu, menggambarkan keadaan mayatnya tidak sempurna.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


👨🏻‍🏫 *JABATAN Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menjalankan siasatan berhubung video dua murid dirotan guru yang tular di laman sosial Facebook semalam.*
*Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Port Dickson.*
*Pengarah JPNS, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, pihaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson masih menyiasat dakwaan itu untuk tindakan lanjut.*

♿ *POLIS sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.*
*Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, gerakan mengesan individu berkenaan dilakukan susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 39 tahun.*
*Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Bukit Payung, pada 17 April lalu dan mangsa memaklumkan dia yang cedera akibat kejadian itu turut ditahan di hospital.*

🤴🏻*POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung satu laporan polis dibuat terhadap penganjuran program teh tarik bersama empat Putera Mahkota.*
*Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kertas siasatan itu dibuka susulan laporan polis yang diterima.*
*Kelmarin, poster program tersebut dikongsikan tular di media sosial dan program akan diadakan di Mahkota Parade, Banda Hilir Melaka, 5.30 petang semalam.*
*Poster itu memaparkan gambar Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah dan gambaran seorang lagi putera raja yang dirahsiakan identitinya.*

👇🏻 *POLIS menolak dakwaan yang tular sejak kelmarin mengenai pembabitan pelajar sekolah dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap dan pengedaran dadah di sekitar Bukit Indah, Iskandar Puteri.*
*Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada lelaki tempatan berusia 34 tahun pada 10.45 pagi, 19 April lalu.*
*Menurutnya, lelaki itu mendakwa individu tidak dikenali memuat naik gambarnya bersama status menyatakan dirinya adalah pengedar dadah dalam kongsi gelap dikenali Geng 1804 selain memberi suapan kepada anggota polis untuk menutup kegiatan itu.*

🧠 *IDEA kreatif beberapa guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal, Jitra mereka cipta dapur mudah alih bukan saja memudahkan aktiviti perkhemahan tetapi turut diiktiraf melalui beberapa pertandingan yang disertai.*
*Menariknya, produk yang dinamakan Dapur Perkhemahan Pintar itu juga boleh mengecas telefon bimbit.*
*Projek itu adalah hasil inovasi guru sains sekolah berkenaan, Norhayaty Yahya dengan kerjasama guru bimbingan dan kaunseling, Norashika Abd Ghani serta beberapa murid.*

📽 *LOS ANGELES: Filem siri Avengers: Endgame sudah memecah rekod pecah panggung dan kini dijangka mencatat rekod baru lebih AS$1 bilion (RM4.13 bilion) bagi minggu pertama tayangan.*
*Sehingga semalam, filem terbitan Disney dan Marvel itu mencatat kutipan AS$643.7 juta (RM2.66 bilion) di seluruh dunia, lapor Deadline.*
*Di Amerika Syarikat sahaja, jualan tiket Endgame sehingga kelmarin, sudah mengutip AS$156.7 juta (RM647.64 juta).*
*Daily Mail melaporkan, kutipan filem itu di Amerika sudah mengatasi rekod Star Wars: The Force Awakens’ (RM491.8 juta) pada 2015 dan Avengers: Infinity War’s (RM438.1 juta).*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *BEKAS pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan ‘takdir’ akan menyebabkan Liverpool menamatkan saingan di belakang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.*
*The Reds menikmati musim terbaik EPL tetapi ketinggalan di belakang skuad Pep Guardiola dan kurang satu mata ketika berbaki dua perlawanan lagi.*
*Malah, kelab Merseyside itu juga akan terlepas peluang terbaik bergelar juara untuk menamatkan penantian selama 29 tahun.*
*Skuad Jurgen Klopp sudah mengumpul 91 mata dan berada dalam laluan menjadi kelab pertama dalam sejarah EPL mencipta rekod tidak memenangi gelaran biarpun meraih lebih 90 mata.*

🏅 *VIRGIL van Dijk dimahkotakan sebagai Pemain Tahunan Liga Perdana Inggeris oleh rakan pemain semalam, namun pertahanan Liverpool itu menegaskan dia tidak terfikir untuk menyaingi Lionel Messi untuk memenangi Ballon d'Or.*
*Van Dijk akan berdepan pemenang lima kali Ballon d’Or itu apabila Liverpool berkunjung ke Barcelona untuk aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.*
*Messi menjaringkan 46 gol musim ini ketika Barca menjulang satu lagi trofi La Liga dengan baki tiga perlawanan dan berada di landasan tepat untuk menjulang gelaran liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.*
*”Saya tidak terfikir langsung mengenainya,” kata Van Dijk mengenai prospek menyaingi Messi.*

🗣 *PEMAIN handalan Sweden, Zlatan Ibrahimovic sudah tentu hilang rasa hormat terhadap Nedum Onuoha ketika pasukannya, La Galaxy mengatasi Real Salt Lake dalam saingan Major League Soccer (MLS), semalam.*
*LA Galaxy mencatat kemenangan 2-1 selepas bekas penyerang Inter Milan, Barcelona, PSG dan Manchester United itu menjaringkan gol kemenangan pada m-78 di Dignity Health Sports Park.^
*Bagaimanapun, setiap orang tidak bercakap mengenai gol kemenangannya tetapi lebih berminat memperkatakan cara Ibrahimovic meraikan kejayaan iaitu menjerit ke arah lawannya.*

🏑 *MEMALUKAN. Mungkin itu ungkapan paling tepat menggambarkan bagaimana skuad hoki negara tewas kepada Itali - pasukan yang menduduki ranking paling rendah di Pusingan Akhir Siri FIH - apabila tewas 2-4 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B malam ini.*
*Skuad negara yang turun dengan reputasi menduduki tangga ke-13 dunia, umpama tiada jawapan menafikan kemenangan lawan yang sekadar di kedudukan ke-32.*
^Dengan kekalahan itu, skuad negara yang menduduki tempat kedua Kumpulan B dan akan bertemu pasukan ketiga Kumpulan A, Wales untuk aksi play off bagi mencari slot ke separuh akhir, Rabu ini.*

🏊🏻‍♂ *SEBAIK berakhirnya Terbuka Malaysia kelmarin, jurulatih renang negara, Chris Martin mengakui bahawa tugasnya untuk mempersiapkan perenang menjelang Sukan SEA Filipina hujung November depan sudah bermula.*
*Martin berkata, beliau sudah melihat sendiri dan banyak belajar mengenai situasi perenang negara sekarang ini termasuk jaguh gaya bebas, Welson Sim.*
*”Banyak perkara menarik saya belajar di kejohanan ini, saya sudah mendapat sedikit gambaran bagaimana situasi perenang bertaraf Sukan SEA. Sekarang saya sudah mengetahui bagaimana mereka perlu berlatih, apa perlu dilakukan dan kejohanan yang perlu mereka sertai selepas ini,” kata jurulatih kelahiran Amerika Syarikat itu.*

🚴🏻‍♂ *JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang mengakui sedih sekiranya dua rakan sepasukan terpaksa berputih mata layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun depan.*
*The Pocketrocketman dijangka tampil buat kali keempat berturut-turut di pentas Olimpik sejak Beijing 2008 namun Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis mengintai peluang untuk tampil buat kali pertama.*
*”Kami masih berpeluang...kami perlu menang emas Kejohanan Trek Asia di Korea Selatan penghujung tahun ini selain konsisten sekurang-kurangnya menduduki tempat keenam di dua atau tiga siri Piala Dunia bagi mencerahkan peluang.*

🤼‍♂ *ATLET seni bela diri campuran (MMA) negara, Keanu Subba kembali menggegar kejohanan ONE Championship ‘For Honor’ di Jakarta, Indonesia pada 3 Mei ini.*
*Bersaing dalam kategori ‘featherweight’, atlet berusia 24 tahun ini akan bertarung dengan wakil Jepun, Ryogo Takahashi yang juga pertarunKeanu Subbagan profesional ke-11 bagi dirinya.*
*Subba berkata, dia menyasarkan perlawanan itu satu daripada sekurang-kurangnya tiga perlawanan tahun ini dalam usaha layak ke divisyen featherweight.*

🔥 *KUALA LUMPUR: “Bukan senang nak suruh Kevin Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) letak jawatan kerana jawatan itu atas lantikan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).”*
*Demikian menurut sumber, seorang Setiausaha Agung persatuan bola sepak negeri yang menegaskan desakan untuk melihat Kevin melepaskan jawatannya hanya sia-sia jika tidak menggunakan saluran betul.*
*Jelasnya, nasib Kevin hanya boleh ditentukan oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkuasa penuh untuk melantik atau memecat mana-mana individu bagi menyandang kerusi panas itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 63
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 77 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed May 01, 2019 1:22 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

⛑ *SELAMAT HARI PEKERJA*

*RA🅱U 1⃣ ⓂAY 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣5⃣ SY🆎AN 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*


🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣3⃣5⃣*
*SUBUH : 0⃣5⃣4⃣5⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣0⃣2⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣3⃣
*ASAR : 1⃣6⃣3⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣0⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣1⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 30april*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 1) *GARA-gara dendam lama, seorang lelaki cuba menghayun parang ke arah bapanya dalam kejadian di Lorong Kemuyang Timur di Sibu, Ahad lalu. Detik mencemaskan itu berlaku pada 9.15 malam ketika mangsa berusia 66 tahun itu berada di rumah anaknya itu bersama isteri dan seorang lagi anak. Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang pesara tidak mengalami sebarang kecederaan apabila tindakan suspek dihalang ahli keluarga.*

🌺 2) *LEBIH 20 individu dipercayai terpedaya dengan sindiket penipuan jual beli motosikal yang diiklankan melalui laman sesawang jual beli dalam talian. Malah, sindiket itu yang dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak tahun lalu menggunakan identiti sebuah kedai motosikal di Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya untuk menjerat mangsa.*

🌺 3) *SEBANYAK 138 poster iklan pinjaman wang tidak berlesen diturunkan polis daerah Tumpat dalam masa tempoh tiga jam dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT) malam tadi. Operasi itu dijalankan oleh lima anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bersama 10 anggota MDT.*

🌺 4) *KIRA-kira 400 individu mengerumuni ruang bidaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk mencuba nasib membeli kenderaan yang disita dengan harga jauh lebih murah. Sebanyak 101 kenderaan pelbagai jenis disita pihak berkuasa dilelong kepada orang awam yang membeli buku lelongan bermula jam 9 pagi ini.*

🌺 5) *JUAL penyerap hentakan dan spring kenderaan tiruan pada harga menyamai produk jenama tulen di pasaran. Kegiatan penipuan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya susulan serbuan di dua premis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.*

🌺 6) *LAPANGAN terbang dan pelabuhan di negara ini dipercayai menjadi transit penyeludupan gading gajah sebelum dieksport ke luar negara. Kegiatan yang dipercayai didalangi sindiket luar negara itu dikesan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) hasil rampasan yang dilaksanakan pihak berkuasa.*

🌺 7) *TIGA kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang di Sungai Rengit, Kota Tinggi petang ini. Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Abd Rani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.03 petang, sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.*

🌺 8) *POLIS berjaya menumpaskan sindiket menjual sijil cuti sakit palsu (MC) susulan penahanan enam orang termasuk dalang utamanya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai penolong pegawai tadbir di sebuah pejabat kesihatan daerah.*

🌺 9) *AIR dari kolam ikan keli yang dilepaskan penternak di Hutan Perca, Alor Gajah ke Sungai Batang Melaka, dikenal pasti punca pencemaran yang menyebabkan bekalan air terputus di Tanjung Bidara, Ayer Hitam Darat dan Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah. Perbuatan itu menyebabkan kandungan ammonia dalam air mentah meningkat, sekali gus menyebabkan air terawat di Loji Air Gadek menurun dan menjejaskan bekalan air mulai tengah hari kelmarin.*

🌺 10) *LELAKI berusia 33 tahun nyaris dipatuk tiga ular senduk ketika ingin membuang air besar di tandas rumahnya di Tudan Fasa 5, Miri 5.51 petang semalam. Ketika kejadian lelaki berkenaan sedang menuju ke tandas dua ular senduk sepanjang satu meter melingkar di dalam tandas berkenaan.*

🌺 11) *LELAKI dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku bersalah menampar isterinya dalam satu pertengkaran di rumah mereka.
Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 25, dari Marang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.*

🌺 12) *KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,000 surat dan makluman melalui e-mel dihantar Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) kepada golongan artis tempatan dalam usaha menggalakkan mereka membayar cukai pendapatan sejak awal bulan lalu. Bagaimanapun, difahamkan daripada jumlah itu, hanya 10 peratus atau 100 artis hadir membuat pengakuan sukarela cukai dan memberikan maklum balas kepada LHDN.*

🌺 13) *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah membuat keputusan untuk menempatkan lebih 400 peniaga bazar Ramadan di Jalan Raja Uda selepas membuat pemilihan melalui dalam talian. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, pihaknya terpaksa memindahkan tapak bazar Ramadan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Raja Uda bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.*

🌺 14) *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap lebih 20 minit dalam kereta ibunya di Taman Ehsan, Kudat, pagi ini. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, ibu kanak-kanak terbabit dikatakan sedang memanaskan enjin kereta Perodua Kancil di rumahnya. Bagaimanapun sebaik keluar dari kereta berkenaan, tanpa disedari anaknya masuk dalam kereta lalu bermain dengan kunci kereta dan tertekan tombol kunci pintu.*

🌺 15) *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran kepada semua pemilik kilang beroperasi di daerah ini supaya memohon lesen yang sah. Timbalan Pengarah Jabatan Perlesenan MPK Mohd Fharulisa Md Isa berkata, amaran itu dikeluarkan susulan sikap segelintir pengusaha dikesan masih berdegil dan tidak memohon lesen.*

🌺 16) *KEMENTERIAN Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam proses menggubal undang-undang baru bagi menangani pemburuan haram boleh menyebabkan kepupusan haiwan liar dilindungi sepenuhnya di negara ini. Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan kini dalam proses untuk memperkasakan undang-undang sedia ada. Menurutnya kerajaan mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram sebagai agenda nasional dalam komitmennya untuk memastikan spesies Harimau Malaya tidak pupus.*

🌺 17) *Seorang lelaki maut akibat lemas selepas tercampak ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang terbabas berhampiran Pekan Teng Bukap, Padawan, malam tadi. Dalam kejadian 11.30 malam itu, Sloan Tinju, 25, dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari Kampung Bunuk menuju ke Teng Bukap. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, setibanya di lokasi kejadian motosikal Yamaha Lagenda ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa tercampak ke dalam sungai.*

🌺 18) *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri satu tong gas bernilai RM130 dari sebuah kedai runcit. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Rahim Rahimi, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.*

🌺 19) *ANGKARA cemburu buta, lelaki sanggup membakar isterinya sehingga badan wanita berkenaan terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian di Taman Krubong Permai, Melaka, semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, suami wanita terbabit membakar mangsa menggunakan minyak petrol yang diambil daripada tangki motosikal milik isterinya.*

🌺 20) *PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol, Januari tahun lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid Kamil, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

🌺 21) *JABATAN Kesihatan Perak akan menjalankan pemeriksaan khusus bagi mendapatkan sampel tahap kebersihan perkakas dan peralatan makanan di seluruh premis makanan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, pemeriksaan akan dijalankan dalam masa terdekat dengan peringkat awal memberi fokus kepada restoran.*

🌺 22) *LEBIH 40,000 rakyat Johor dan Melaka mengalami masalah penglihatan yang berpunca akibat katarak, glaukoma dan retinopati diabetik. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, hasil daripada Kaji Banci Mata Kebangsaan II pada 2014, bilangan rakyat yang buta di wilayah Selatan (Johor dan Melaka) pula direkodkan seramai 7,000 orang.*

🌺 23) *SERAMAI 525 tahanan warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina hari ini. Daripada jumlah itu, 403 orang adalah lelaki, 102 tahanan wanita, manakala 72 tahanan lagi membabitkan kanak-kanak dengan tahanan berusia antara sebulan hingga 70 tahun.*

🌺 24) *DUA lelaki disyaki aktif dalam kegiatan curi kenderaan sekitar bandar raya ini ditahan dalam serbuan berasingan, baru-baru ini. Suspek pertama berusia 20 tahun yang juga warganegara asing ditahan di Jalan Kampung Air, Khamis lalu. Sementara itu seorang lagi suspek rakyat tempatan berusia 39 tahun ditahan di Kampung Pengesahan dua hari kemudian.*

🌺 25) *TIGA lelaki termasuk dua warga Nepal ditahan kerana menjual arak dan rokok secara haram di sebuah premis di Jalan Idaman, Taman Desa Idaman, Senai, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 18 hingga 30 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dalam serbuan kira-kira 10 malam tadi.*

🌺 26) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah berbincang dengan sembilan pengusaha panggung wayang di Sarawak bagi memasang kamera anti rakaman di pawagam masing-masing. Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, usaha itu dilakukan bagi memudahkan pemeriksaan kerana ada penonton memuat naik rakaman secara langsung ke media sosial selain untuk penghasilan bahan cetak rompak.*

🌺 27) *SERAMAI 33,588 murid tahun satu daripada 852 sekolah rendah di negeri ini menyertai kempen Malaysia Book Of Record (MBOR), murid teramai membersihkan tangan secara serentak. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, jumlah itu adalah sebahagian 440,000 murid menyertai kempen sama seluruh negara, hari ini.*

🌺 28) *DUA anggota polis antara lapan lelaki yang direman selama 21 hari sehingga 20 Mei hadapan bagi membantu siasatan pembabitan mereka dalam penyeludupan migran di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah. Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Shahida Abdul Rahim selepas membenarkan permohonan polis.*

🌺 29) *PADAH memperdaya anggota polis untuk kerja membuat pagar, lelaki dipenjara setahun lapan bulan dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ibrahim Hussin, 48, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan.*

🌺 30) *SEORANG tuai rumah dilaporkan hilang ditemui sudah meninggal dunia berhampiran Rumah Lengain Patrick Kudang Sebetan, Saratok, 9 malam tadi. Terdahulu Kudang@Patrick Kudang Megat, 71, tidak pulang ke rumah selepas keluar dipercayai untuk ke kebun di Jalan Roban Lama. Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu penduduk rumah panjang.*

🌺 31) *DUA individu termasuk pemilik sebuah syarikat direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah lebih RM180,000 berhubung projek pembinaan gudang, empat tahun lalu. Perintah reman terhadap suspek berusia 40 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Rosli Sulaiman.*

🌺 32) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mengagihkan 4,500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai sempena menyambut Ramadan di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, kelmarin. Program yang memasuki musim ke-10 penganjurannya itu mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Pasar Tani UTC yang bergotong-royong menyediakan bahan serta aktiviti mengacau bermula 7 pagi dan berakhir enam jam kemudian.*

🌺 33) *MAJLIS Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 seorang, sama seperti tahun lalu. Yang di-Pertua MUIS Datuk Dr Hasbullah Taha berkata, kadar itu adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras dimakan majoriti penduduk negeri ini.*

🌺 34) *JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih melakukan pemeriksaan susulan secara proaktif ke atas mangsa insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pada Mac lalu. Pemeriksaan berterusan itu bertujuan mengesan kesan sampingan jangka panjang yang mungkin dialami mangsa. Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, sepatutnya mangsa tidak akan mengalami kesan jangka panjang.*

🌺 35) *TIGA pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa’ di Kampung Seri Repah, Tampin yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu dikesan berada di sekitar Putrajaya. Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Ramli Kasa berkata, ia berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa melihat ketiga-tiga pelajar berusia 13 dan 14 tahun terbabit. "Bagaimanapun, polis masih mengesan dan menjalankan siasatan terperinci mengenai kehilangan mereka itu.*

🌺 36) *PENUNGGANG motosikal maut, manakala rakannya yang membonceng parah selepas motosikal dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas Kilometer 327.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Tapah, hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian 6.45 pagi itu, membabitkan penunggang, Muhamad Safuan Azran Aznan, 23, yang beralamat di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah, dan pembonceng, Muhammad Muhaimin Parizal, 22, beralamat di Taman Gunung Bongsu, Alor Setar, Kedah yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR.*

🌺 37) *IMPIAN seorang pesara kerajaan mengerjakan umrah bersama ahli keluarga tidak kesampaian apabila mendakwa diperdayakan syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah tidak wujud mengakibatkan dia kerugian RM25,600. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada November tahun lalu, mangsa berusia 63 tahun menghubungi sebuah syarikat pelancongan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej umrah ditawarkan.*

🌺 38) *BEKAS pegawai khas bekas Menteri direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan atas dakwaan mengatur projek kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta. Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.*

🌺 39) *ORANG ramai yang melalui Jalan Gua Musang-Lojing berdepan detik cemas apabila ketulan batu runtuh dari bukit sehingga hampir menghempap kenderaan mereka, petang semalam. Kejadian 7 malam itu berlaku berhampiran Kampung Sengsang, Pos Brooke, dekat Gua Musang, ketika ribut dan hujan lebat menyebabkan air dari bukit turun dengan laju. Malah, kejadian itu juga memusnahkan tanaman penduduk Orang Asli, namun tidak menjejaskan kediaman mereka.*

🌺 40) *KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) menasihatkan orang ramai yang berhasrat menunaikan umrah khususnya kali pertama supaya mengatur pergerakan mereka melalui agensi bertauliah dan elakkan bersendirian. Pengerusi Papuh Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, perlu diingat kerajaan Arab Saudi mensyaratkan setiap individu yang mahu mengerjakan umrah di Makkah mesti mempunyai visa. Timbul masalah, katanya, apabila ada segelintir yang mahu mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) hanya menggunakan visa pelancong tanpa memohon visa.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh selepas mayat dua wanita ditemui dalam peti sejuk beku di pangsapuri di timur London, England.*
*Ia dibongkar polis selepas pegawai dihubungi ke sebuah unit di tingkat bawah pangsapuri di Canning Town berkaitan penyewanya.*
*"Lelaki berusia 50 tahun ditangkap semalam dan lelaki kedua, 34, hari ini. Kedua-duanya ditahan kerana disyaki membunuh.*

🇯🇵 *TOKYO: Maharaja Akihito, 85, menghadiri upacara keagamaan sebagai persediaan terakhir sebelum turun takhta daripada era pemerintahannya sejak lebih 200 tahun lalu.*
*AFP melaporkan, Akihito akan melepaskan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito, 59, sekali gus memulakan era baru pemerintahan diraja dikenali sebagai ‘Reiwa’ atau kecantikan harmoni,.*
*Acara utama dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang (waktu tempatan) apabila maharaja itu akan turun takhta dalam majlis selama 10 minit di Istana Imperial.*

🇱🇰 *COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka sudah menarik balik sekatan terhadap akses media sosial untuk menghalang penyebaran khabar angin susulan insiden serangan bom pada Ahad lalu.*
*Reuters yang memetik sumber melaporkan, sekatan terhadap aplikasi seperti Facebook, WhatsApp dan Viber sudah ditarik balik berkuat kuasa serta merta.*
*Kerajaan mengambil langkah memperketatkan keselamatan sejak serangan bom yang berlaku pada 21 April itu.*

🇦🇺 *SYDNEY: Pakar bom berjaya memusnahkan bahan letupan yang ditemui semalam di sebuah rumah di pinggir bandar Adelaide, susulan penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun.*
*AFP melaporkan, bahan letupan itu ditemui polis Australia Selatan dan lelaki terbabit dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan memiliki bahan letupan.*
*"Siasatan masih dilakukan di lokasi dan Unit Tindakan Bom sudah dihantar. Tidak ada ancaman kepada orang ramai,” kata polis dalam satu kenyataan.*

🇱🇰 *COLOMBO: Seramai 42 daripada 253 mangsa yang terbunuh dalam insiden serangan bom di Sri Lanka dikenal pasti sebagai rakyat asing, kata pihak berkuasa hari ini.*
*AFP yang memetik kenyataan Kementerian Luar berkata, mangsa paling ramai membabitkan rakyat India iaitu 11 orang diikuti dengan Britain (6), China (4) dan Denmark (3).*
*Menurutnya, terdapat 12 lagi rakyat asing yang tidak dapat dikesan dan kemungkinan besar mayat mangsa masih ditempatkan di rumah mayat dan identiti mereka belum dikenal pasti.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Seramai 21 pelajar di Telagana, India dilaporkan membunuh diri dalam tempoh seminggu lalu akibat gagal dalam peperiksaan yang berpunca daripada masalah teknikal sistem pemarkahan secara berkomputer.*
*Salah seorang mangsa membabitkan pelajar lelaki yang membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilanggar kereta api manakala seorang pelajar wanita membakar diri hingga mati, lapor media tempatan.*
*Daily Mail melaporkan, kerajaan mengakui terdapat masalah besar terhadap sistem pemarkahan berkomputer yang baru digunakan itu.*

🇲🇽 *MEXICO CITY: Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam terowong digalinya selama beberapa hari untuk menghendap bekas teman wanita.*
*Cesar Arnoldo Gomez, 50, menggali lubang di sebelah kediaman Griselda Santillan, 58, di Puerto Penasco, Mexico utara untuk mengintai kehidupannya termasuk melihat sama ada wanita itu mempunyai kekasih baru, Khamis lalu.*
*Gomez pernah dikenakan perintah mahkamah supaya tidak menghampiri Griselda, yang sebelum ini bercinta dengannya selama 14 tahun, lapor El Universal.*

🇺🇸 *CALIFORNIA (AMERIKA SYARIKAT): Jutawan Coca-Cola diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$11 juta (RM45.4 juta) kepada bekas pekerjanya selepas dia dituduh melakukan gangguan seksual.*
*Alkiviades ‘Alki’ David, 50, diarahkan membayar jumlah pampasan itu kepada Chasity Jones, 42, Jumaat lalu, yang dianggap sebagai bayaran paling mahal dalam kes saman gangguan seksual, kata peguam wanita itu, Lisa Bloom.*
*Juri membuat keputusan supaya wanita itu dibayar ganti rugi kerosakan berjumlah AS$3.1 juta (RM12.8 juta) dan ganti rugi punitif AS $8 juta (RM33 juta) kerana melakukan serangan seksual.*

🇮🇩 *JAKARTA: Selepas lebih separuh undi dikira sehingga petang semalam, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mendahului dengan perbezaan 12.36 peratus selepas meraih hampir 45 juta undi manakala Prabowo Sunbianto hanya memperoleh hampir 35 juta undi.*
*Media Indonesia melaporkan, sehingga jam 3 petang waktu Indonesia semalam, jumlah keseluruhan undi yang sudah dikira ialah 51.7 peratus menunjukkan Jokowi dengan calon Naib Presidennya, Ma’aruf Amin meraih 56.18 peratus undi manakala gandingan Prabowo-Sandiaga Uno mencatat 43.82 peratus.*

🇺🇸 *NASHVILLE (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki membunuh tujuh orang termasuk ahli keluarganya sendiri, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan seorang wanita ketika cuba merampas kenderaan mangsa berkenaan.*
*Michael Cummins ditahan Sabtu lalu susulan polis menemui mayat di dua rumah di Westmoreland, antaranya ibu bapanya, David serta Clara, selain seorang bapa saudara, Charlie Hosale dan budak berusia 12 tahun yang ditembak mati, lapor Daily Mail. Mangsa yang cedera dipercayai nenek suspek yang dipukul teruk.*
*Polis turut menemui seorang mangsa yang cedera di salah satu rumah berkenaan manakala satu lagi mayat seorang wanita ditemui di atas jalan selepas disyaki ditembak ketika Cummins merampas keretanya.*

🇨🇳 *BEIJING: Demi peperiksaan, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang kudung sebelah kaki sanggup berlari sejauh 1,000 meter untuk membolehkannya menduduki peperiksaan sekolah di China malah masa lariannya lebih pantas berbanding rakan normal lain.*
*South China Morning Post melaporkan, Gao Yanneng tekad berlari menggunakan tongkatnya walaupun sudah mencapai jumlah mata diperlukan untuk masuk peperiksaan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


👻 *“MEMANG tiada entiti atau makhluk halus ketika rakaman dibuat dan saya akui rakaman video yang tular itu disunting untuk menjadikannya sebagai bahan penarik di laman sosial,” kata Nasrullah Mohammad Napi mengenai video ‘entiti’ menyerupai kanak-kanak lelaki duduk di hadapan cermin.*
*Nasrullah, 31, yang juga pengurus Jumper Motion berkata, kanak-kanak lelaki dalam rakaman berkenaan adalah anak bongsunya, Mohammad Naeyl yang berumur 10 bulan, manakala suara wanita dalam rakaman video berkenaan pula adalah isterinya, Noor Asmah Ishak, 36.*
*Katanya, idea menghasilkan video berkenaan timbul secara spontan ketika berada di rumah, dan dia mengambil masa selama setengah jam untuk merakam aksi Mohammad Naeyl serta dua hari untuk menyiapkan video berdurasi 10 saat itu.*

👨🏻‍🚒 *“RAMAI yang keliru dengan nama saya sehinggakan ada yang menyangka saya seorang doktor sedangkan saya pegawai bomba,” kata Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Dr-Rosdi Mat Yusoff.*
*Dr-Rosdi, 48, yang juga penyelia di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan pada mulanya kurang selesa apabila rakannya kerap memanggil panggilan namanya sebagai ‘Dr (doktor)’ namun lama-kelamaan dia sudah boleh menerima panggilan nama itu.*
*Katanya, berdasarkan cerita arwah bapanya, Mat Yusoff Awang, dia sepatutnya diberi nama Mohd Rosdi, namun pihak berkuasa yang mendaftarkan namanya tersilap menulis namanya ketika itu.*

👜 *“DUA lelaki dilihat menunggang motosikal dan dipercayai meragut mangsa sebelum memecut laju,” kata Pengurus Bangunan Seremban Gateway, Kenneth Chiew, mengenai kejadian ragut di kawasan itu malam tadi.*
*Beliau berkata, kejadian hanya diketahui selepas ia tular menerusi Facebook (FB) sebelum pihaknya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV).*
*Berdasarkan CCTV, katanya, dua lelaki menunggang dua motosikal berkeliaran di kawasan Seremban Gateway, pada 9.37 malam.*

🕷*KREATIVITI dua rakan yang mengenakan kostum watak komik adiwira Spiderman sambil menjual teh ais nyata ‘menjadi’ apabila gerai mereka yang terletak di Beserah, sering dikunjungi orang ramai sejak mereka mula berniaga bulan lalu.*
*Strategi yang digunakan oleh Mohd Azlan Mohamad Ashari, 25, dan rakannya, Hasmizah Rashid, 39, itu turut menyebabkan gerainya yang diberi nama ‘Teh Beng Avengers’ itu tular di laman sosial.*
*Mohd Azlan berkata, dia menjual air berkenaan dengan harga RM3 hingga RM4 segelas dan jualan mampu mencecah sehingga 200 gelas sehari.*


*ARENA* ⏱
========


🙌🏻 *MANCHESTER United berkemungkinan besar terpaksa menggantikan David De Gea musim depan selepas mempamer prestasi kurang menyakinkan dan enggan menandatangani kontrak baru.*
*Penjaga Sepanyol itu melakukan tiga kesilapan pada empat perlawanan terakhirnya dan dia kini sudah beraksi dalam 123 perlawanan.*
*De Gea, 28, di pilih sebagai Pemain Terbaik United sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun kini berdepan risiko kehilangan jersi No 1.*
*Dia yang memiliki rekod bersih 18 sepanjang musim lalu tetapi hanya mampu melakukan tujuh tahun ini.*

⭐ *THOMAS Tuchel menyelar tindakan Neymar bergaduh dan bertindak memukul peminat yang dikatakan menghina bintang Paris Saint-Germain (PSG) ketika berjalan mengambil piala selepas tewas pada final Piala Perancis, semalam.*
*Aksi pemain PSG itu dirakamkan penonton di Stade de France, yang melihat insiden berkenaan dan pelbagai maklum balas diberikan terhadap tindakan Neymar.*
*Pemain berusia 27 tahun itu dilihat cuba menolak telefon bimbit yang dihalakan kepadanya dan kelihatan sempat menghayunkan tangan ke dagu lelaki berkenaan.*

👕 *JOHN Stones berkata suasana di bilik persalinan Manchester City penting dalam misi menamatkan saingan di depan Liverpool dalam perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris.*
*City akan mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris jika mereka menang dua perlawanan terakhir iaitu menentang Leicester di laman sendiri dan Brighton di tempat lawan, namun dengan Liverpool hanya satu mata di belakang mereka, tiada ruang untuk melakukan kesilapan.*
*Dalam senario yang berbeza musim lalu, City menjulang gelaran berbaki lima perlawanan dengan rekod 19 mata mendahului pencabar terdekat mereka Manchester United.*

🥊 *BEKAS juara heavyweight dunia, Mike Tyson menyesal kerana mengecewakan banyak pihak sepanjang karier profesionalnya yang dicemari kontroversi.*
*Tyson berada dalam kalangan peninju paling menyerlah dalam kategori riben biru tetapi kelakuan buruknya sentiasa memburukkan keadaan.*
*Biarpun melalui zaman remaja yang sukar, dia dianugerahkan aura hebat pada pertengahan hingga penghujung 1980-an.*
*Malangnya, selepas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun akibat disabitkan kesalahan merogol, namanya sering menjadi tajuk utama akhbar atas pelbagai sebab yang tidak kena.*

😡 *OLE Gunnar Solskjaer berang terhadap Anthony Martial berikutan sikap malas dipamerkan ketika Manchester United seri dengan Chelsea.*
*Pengurus United itu memarahi Martial di hadapan pemain lain dalam bilik persalinan selepas meletakkan pemain Perancis itu di bangku simpanan di Old Trafford.*
*Penyokong mengkritik pemain sayap berusia 23 tahun itu di media sosial, semalam selepas melihat rakaman Martial berada pada sesi memanaskan badan bersama skuad itu.*

🏆 *PERAK dan PKNP FC terikat tanpa jaringan pada pertembungan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam ini.*
*PKNP FC nyata menunjukkan aksi lebih bertenaga malam ini berbanding persembahan longlai sehingga dibelasah empat gol tanpa balas pada saingan Liga Super oleh pasukan sama di tempat sama, tiga hari lalu.*

🦅 *MAGIS dua awang import Kedah jelas menjadi duri dalam daging buat pasukan PKNS FC apabila gandingan Fernando Rodriguez dan Jonatnan Bauman berjaya membantu skuad mereka meraih bekalan selesa 3-1 ke atas PKNS FC pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.*
*Kelebihan tiga gol di tempat lawan itu ternyata memberi kelebihan besar buat anak buah Aidil Sharin Sahak yang bakal melayan kunjungan skuad kendalian Datuk K Rajagobal bagi aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, Alor Star pada 10 Mei ini.*

⚽ *SKUAD Kuala Lumpur gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 3-3 ketika melayan kunjungan FELDA United pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2019 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.*

🏑 *MALAYSIA hanya mempunyai tempoh singkat untuk bangkit daripada kekalahan memalukan kepada Itali apabila bertemu Wales esok bagi aksi play off ke separuh akhir.*
*Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans berkata, beliau hanya ingin melihat satu perkara - skuad negara perlu kembali kepada prestasi sebenar - apabila bertemu Wales.*
*"Kami perlu memastikan bahawa kami benar-benar bersedia untuk perlawanan seterusnya. Hanya ini saja dapat kami lakukan ketika ini.*

🚴🏻‍♂ *PAKAR pecut Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh mengintai peluang untuk mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut di Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.*
*Harrif meraih dua emas di Sukan SEA 2015 di Singapura dalam acara lepas beramai-ramai dan kriterium yang disusuli emas pada edisi 2017 menerusi acara kriterium.*
*Bagaimanapun dia terlebih dulu memenangi tiga emas dalam acara trek pada edisi 2007 dan 2011.*

🐘 *PAHANG dijangka bakal mengetepikan penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC (TFC), malam esok.*
*Pemain import dari Nigeria itu mengalami kecederaan hamstring ketika skuad Tok Gajah mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam kelmarin.*
*Pengendali pasukan, Dollah Salleh berkata, Nwakaeme terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan dipercayai berpunca daripada kesan kecederaan lama dialaminya.*

🦏 *SKUAD Sabah akan mencari pemain import baharu bagi menggantikan Luka Milunovic yang akan kembali ke pasukan asalnya, Melaka.*
*Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, berkata pihaknya akan mengambil peluang untuk membawa masuk pemain baharu apabila jendela perpindahan pemain mula dibuka pada 2 Mei ini.*
*"Buat masa ini kita akan cari sekurang-kurangnya satu pemain import baru bagi mengisi tempat Luka (Milunovic) yang akan kembali ke pasukan asalnya, Melaka United.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”