Active Topics

Ringkasan Berita

Forum Berkaitan Pendidikan, Matapelajaran Dan sekolah

Moderators: zylajasmine, napisah

Post Reply
User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 12
Posts: 3886
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by Nursahirah74 » Tue Jan 22, 2019 3:33 pm

Akak @Zylajasminetakda ke ringkasan berita untuk hari ini :?: :?: :?:
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Jan 23, 2019 11:43 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 2⃣3⃣ JANUA®I 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣7⃣ JA♏ADℹLAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣7⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣7⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣4⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣8⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣0⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣6⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣8⃣*

☎ *GOA_L INI DISAJIKAN 👩🏻‍🍳LEH*
🍽 *SAKURAEJA KITCHEN*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *TENGKU Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah perkara itu diputuskan baginda dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di sini hari ini.*

🌺 *Kuala Lumpur: Khamis, 24 Januari ini menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu. Proses pemilihan ini adalah kesinambungan kepada sistem kerajaan beraja berasaskan Perlembagaan diamalkan di negara ini dengan raja atau sultan bergelar Yang di-Pertuan Agong bersemayam selama lima tahun.*

🌺 *“DOAKAN yang terbaik,” titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, Khamis ini. Titah ringkas itu menarik perhatian kerana baginda dikatakan berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem penggiliran yang menyaksikan giliran pemerintah dari Pahang selepas Kelantan.*

🌺 *SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini. Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.*

🌺 *PENDUDUK Kampung Kuala Nau, Mukim Bakai, dekat Baling, dikejutkan dengan penemuan janin bayi yang dibuang di tepi jalan berdekatan masjid kampung itu, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang penduduk yang ingin menoreh getah tercium bau busuk sebelum menemui bungkusan hitam beserta nota di tepi jalan.*

🌺 *CURI ikan di pasar sebelum menjualnya semula. Itu modus operandi dua lelaki yang mencuri hasil laut itu di Pasar Awam Parit Buntar dan sekitar Pulau Pinang yang kemudian menjual semula ikan curi itu kepada orang ramai bagi mendapatkan wang mudah.*

🌺 *POLIS sudah mengambil keterangan ibu kepada dua beradik berusia sembilan dan 12 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu untuk siasatan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, hasil siasatan dengan wanita berusia 33 tahun semalam, dia memaklumkan yang dua anaknya itu tiada dengan suaminya. Katanya, wanita itu menghubungi suaminya yang tinggal di Golok, Thailand dan diberitahu kedua-dua anaknya tiada di sana.*

🌺 *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam. Tertuduh, Muhammad Hafizan Ismail, 24, dari Marang mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed.*

🌺 *TOUCH and Go (TnG) Digital Sdn Bhd akan menjalin usaha sama dengan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma menggunakan TnG e-dompet.*

🌺 *SEORANG guru tadika yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut dilanggar kereta selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Sungai Pau, Sik, hari ini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa Siti Majidah Ayob, 25, dari Kampung Tanjung Besar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.*

🌺 *POLIS menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai dapat membantu kes pembunuhan seorang wanita di Taman Permai 3, Seremban, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 44 tahun terbabit ditahan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Oakland, Seremban, pada 8.50 malam tadi.*

🌺 *KEGIATAN haram satu sindiket menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan elit di Bandar Puteri, Puchong sebagai stor simpanan arak. Malah, aktiviti itu berlarutan sehingga enam bulan selepas kawasan berkenaan dikatakan kebal daripada pihak berkuasa. Namun kekebalan itu tidak lama apabila berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Selangor yang kemudian melakukan serbuan, minggu lalu.*

🌺 *SEORANG lelaki sempat membuat FB live sebelum terjun dari Kilometer 12.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, lelaki berusia 33 tahun itu yang berpakaian kemas berjaya diselamatkan nelayan. Jurucakap bomba berkata, mangsa sebelum itu dilihat bersama isterinya memberhentikan kereta di tepi jambatan terbabit.*

🌺 *SURI RUMAH menangis teresak-esak apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan daripada sebuah pasar raya, Jumaat lalu.*

🌺 *SEORANG petani dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, atas tuduhan menyamun motosikal milik seorang wanita warga emas, Disember lalu. Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Shafiq Abdul Rahman, 21, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.*

🌺 *SEORANG anggota polis ditahan, kelmarin kerana meminta suapan RM1,700 daripada seorang lelaki bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah. Sumber polis berkata, suspek ditahan di rumahnya di Taman College Heights, Seremban selepas pengadu membuat laporan polis.*

🌺 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang ejen insurans wanita, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta. Menurut sumber, pengarah syarikat bergelar Datuk berusia 44 tahun itu ditahan, kira-kira 12 tengah hari dan seorang lagi pengarah syarikat berusia 51 tahun ditahan sejam kemudian.*

🌺 *BEBERAPA kes pecah rumah berjaya diselesaikan susulan penahanan seorang lelaki di sebuah bengkel di Kampung Melayu, Bukit Batu Sedenak, Kulai semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan pasukan dari Balai Polis Air Bemban pada 7.30 malam dan turut ditemui peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah itu.*

🌺 *TIMBALAN Perdana Menteri tidak pernah meluluskan teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG), hari ini. Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.*

🌺 *Menjadikan banglo mewah tiga tingkat lengkap dengan kolam renang bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. Itu modus operandi sindiket didalangi warga China yang menjadikan dua banglo mewah sebagai pusat operasi perjudian dalam talian. Bagaimanapun kegiatan mereka berjaya dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Yap Keat Hua dalam dua serbuan di Taman Melawati, Ampang Jaya, hari ini.*

🌺 *Kuala Langat: Segelintir pemilik kilang haram memproses sisa plastik import di daerah ini turut melakukan pembakaran terbuka untuk melupuskan sisa yang tidak boleh dikitar semula. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan bagi mengaut keuntungan maksimum dengan cara pelupusan termudah iaitu membakarnya.*

🌺 *Kuantan: Hukuman berat iaitu denda hingga RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun seolah-olah tidak menggerunkan penjaja rokok seludup yang penjualannya dikesan masih berleluasa di sekitar daerah ini. Tinjauan di Jalan Pasar Baru di sini, iaitu antara lokasi panas penjualan rokok seludup pelbagai jenama mendapati masih ada penjaja menjualnya walaupun pihak berkuasa baru-baru ini melakukan serbuan di kawasan berkenaan.*

🌺 *TIGA puluh empat individu cedera dalam letupan mercun di atas jambatan persimpangan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves , jam 8.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan.*

🌺 *TIADA angin tiada ribut, lelaki mengamuk dan merosakkan kereta kakaknya menggunakan nunchaku (alat mempertahankan diri) di Taman Serai, di Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian 7.40 malam itu, suspek berusia 49 tahun datang ke rumah kakaknya dan secara tiba-tiba mengamuk.*

🌺 *EMPAT nelayan warga Myanmar yang leka mengaut hasil laut di perairan berdekatan Pulau Langkawi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Mereka berusia 28 hingga 43 tahun itu ditahan di kedudukan lapan batu nautika barat Pulau Rebak pada 6.35 petang semalam.*

🌺 *BAKI 12 daripada 18 pendaki yang terkandas di Gunung Batu Putih, Batu 7, Kuala Woh, di Tapah, selamat dibawa turun, jam 11.15 pagi hari ini. Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, seramai 18 pendaki Bumi Hijau Hiking Club dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur terkandas selepas seorang pendaki wanita mengalami patah kaki kiri ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.*

🌺 *PEKERJA binaan warga Bangladesh maut selepas lantai bangunan dalam pembinaan runtuh di Taman Hi-Tech Subang, Subang Jaya, hari ini. Dalam kejadian 4.44 petang itu, mangsa berusia 43 tahun baru selesai melakukan kerja pembinaan kawasan terbabit.*

🌺 *KERAJAAN negeri Kedah sedia menggunakan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara bagi menghapuskan lebih 100 hektar ladang ketum yang dikesan di seluruh negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan terbabit adalah salah satu langkah drastik bagi menangani masalah berkaitan penyalahgunaan ketum yang dilihat lebih banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat.*

🌺 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan keluarga kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan berbungkus kain batik di tepi jalan di Sungai Siput, kira-kira empat tahun lalu. Penolong Pegawai JKM Sungai Siput yang juga Pelindung kanak-kanak itu, Norashikin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak itu yang diberi nama Danial Rayyan kini sudah berusia empat tahun, dan akan diserahkan kepada keluarga angkat jika waris atau keluarga kandungnya tidak muncul.*

🌺 *LEBIH 600 individu menghadiri ujian lasak terbuka bagi mengisi kekosongan beberapa jawatan di Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini. Pengarahnya Azman Mahmood berkata, ujian terbabit diadakan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi.*

🌺 *SUASANA tenang di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Ayer Keroh, Melaka, bertukar gamat apabila didatangi ‘tetamu tidak diundang’, hari ini. Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan pekerja wanita lari ketakutan sebaik diberitahu mengenai kemunculan ular sawa batik sepanjang kira-kira satu meter yang berada di lampu bahagian siling.*

🌺 *DUA parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini. Sebaliknya, kedua-dua parti berkenaan, memberi laluan dan sokongan kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk memastikan PH mempertahankan kerusi DUN berkenaan yang kini kosong selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor.*

🌺 *SEBANYAK 87 peratus daripada jumlah keseluruhan 247 pengundi awal melaksanakan tangungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands selepas pusat mengundi ditutup, jam 5 petang hari ini. Berdasarkan peratusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bermakna, hanya 216 anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab itu.*

🌺 *SEORANG wanita bukan hanya ditampar tetapi turut diugut dengan sebatang besi oleh bapanya dalam perselisihan faham berkaitan tanah pusaka di Kampung Gerong Apal, Jerteh, semalam. Selain memukul dan mengugut anaknya yang berusia 25 tahun, suspek berusia 50-an turut mengugut ibu mangsa yang juga bekas isterinya dalam kejadian itu pada 7.10 malam.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seramai 26 bilionair kini mempunyai kekayaan sama dengan 3.8 bilion penduduk miskin iaitu hampir separuh daripada populasi penduduk dunia, kata badan gabungan kebajikan dunia, Oxfam.*
*Oxfam berkata, jumlah harta 26 lelaki dan wanita terkaya di dunia adalah £1.1 trilion (RM5.81 trilion) - sama dengan dimiliki 50 peratus penduduk dunia yang miskin.*
*The Guardian memetik laporan tahunan kekayaan oleh Oxfam yang disiarkan sempena perasmian Forum Ekonomi Dunia di Davos.*
*Menurut Oxfam, 2018 menjadi tahun golongan kaya bertambah kaya dan golongan miskin bertambah miskin.*

🇲🇨 *GEMPA bumi dasar laut berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi meteorologi dan geofizik negara itu.*
*Gegaran utama berlaku pada jam 12.10 tengah malam waktu Jakarta (0510 GMT) dengan pusat gempa di 120 kilometer barat daya wilayah Sumba Barat pada kedalaman 10 kilometer, kata kakitangan agensi itu, Priyo Budi ketika dihubungi Xinhua.*
*”Berdasarkan pemerhatian kami setakat ini tiada potensi tsunami,” katanya.*

🇫🇷 *PARIS: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown ditahan polis di sini untuk disoal siasat berhubung dakwaan satu kes rogol, kata sumber keselamatan yang enggan dikenali kepada AFP.*
*Difahamkan seorang wanita menuduh Brown, pengawal peribadi dan seorang lagi rakan merogolnya di hotel Mandarin Oriental di Paris pada Selasa dan Rabu lalu, kata sumber itu.*
*Awal minggu ini, akhbar Le Figaro melaporkan, artis bermasalah dengan sejarah perlakuan ganas itu berada di ibu kota Perancis bagi menghadiri satu pertunjukan fesyen.*

🇮🇳 *New Delhi: Seorang bayi berusia tiga minggu ditemui selamat biarpun selepas beberapa jam ditanam hidup-hidup dipercayai dilakukan ahli keluarga yang percaya kononnya bayi itu dirasuk.*
*Daily Mail melaporkan, kejadian di Uttar Pradesh, India itu disedari oleh penduduk kampung yang terdengar suara tangisan bayi malang terbabit pada petang Jumaat lalu selepas ditanam berhampiran sebuah kolam.*
*Salah seorang penduduk kemudiannya mencari arah suara tangisan itu sebelum menemui bayi terbabit dan mengeluarkannya dalam keadaan masih hidup.*

🇸🇾 *BEIRUT: Sistem pertahanan udara Syria menembak jatuh sekurang-kurangnya 30 peluru berpandu dan bom kawalan tepat ketika serangan Israel terhadap beberapa sasaran sekitar Damsyik semalam.*
*Reuters melaporkan, agensi berita Russia, Interfax, yang memetik pusat kawasan pertahanan negara itu melaporkan serangan Israel mensasarkan lapangan terbang di selatan Damsyik.*
*Al Jazeera melaporkan, kenyataan tentera Israel berkata: “Kami menyerang sasaran Quds Iran di wilayah Syria.*

🇪🇸 *TOTALAN: Usaha mencari budak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi di selatan Sepanyol lebih seminggu lalu menghampiri tahap paling bahaya, kata jurutera pasukan penyelamat semalam.*
*Budak berkenaan, Julen Rosello, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu. Tiada petunjuk beliau masih hidup.*
*Pelombong menggali sepanjang hari untuk menghasilkan laluan, berharap dapat mencari budak berkenaan.*

🇨🇳 *BEIJING: Penyelidik yang mendakwa menghasilkan bayi diubah suai secara genetik pertama dunia akan disiasat polis China, lapor media hari ini, ketika pihak berkuasa mengesahkan wanita kedua hamil sepanjang uji kaji itu.*
*He Jiankui mengejutkan komuniti saintifik tahun lalu selepas pengumuman beliau berjaya mengubah suai gen kembar perempuan yang dilahirkan November lalu untuk menghalang mereka dijangkiti HIV.*
*Beliau memberitahu forum di Hong Kong bahawa ada satu lagi kehamilan membabitkan pasangan kedua.*

🇲🇨 *MATARAM: Polis Indonesia melancarkan gerakan memburu suspek Perancis yang melarikan diri dari penjara dengan menggergaji jeriji tingkap di tingkat dua dan turun menggunakan kain sarung.*
*Tindakan berani Felix Dorfin yang dituduh menyeludup dadah berlaku petang Ahad lalu di pusat tahanan polis di Lombok, lokasi suspek berusia 35 tahun itu menantikan perbicaraan dalam kes yang boleh membawa hukuman mati itu.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


👨🏻‍🚒*JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan berhubung permohonan maaf yang dilakukan seorang lelaki kerana menghina tugas anggota pasukan penyelamat itu.*
*Pengarahnya Saadon Moktar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sama ada permohonan maaf dibuat lelaki itu benar-benar ikhlas atau hanya sekadar gimik.*
*Semalam, seorang lelaki menulis komen ketika FB secara langsung operasi menyelamat dan mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam di dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, semalam.*
*Lelaki terbabit mengkritik mengatakan pasukan bomba sebagai teruk serta hanya tidur dan makan sahaja.*

🚨 *“SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.*
*Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.*
*“Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.*
*Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.*

💁🏻‍♂ *BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau mengaku bersalah kerana cuba menyelesaikan masalah legasi FELDA dan memberi pinjaman mudah kepada peneroka demi kehidupan yang lebih baik.*
*"Saya mengaku bersalah kerana cuba menyelesaikan masalah legasi FELDA serta menjaga dan memberi pelbagai pinjaman mudah dan bantuan kepada kroni, iaitu peneroka dan keluarga mereka supaya kehidupan mereka lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) beliau, hari ini.*
*Berkongsi siaran berkenaan isu FELDA itu, Najib secara sinis berkata, ada yang mengaku dirasuk syaitan mengenai isu FELDA sehingga mengugut untuk menamparnya.*

☹ *“SELAMA saya sakit memang ada beberapa persatuan artis datang menghulurkan sumbangan,” kata pelakon Ebby Yus.*
*Antaranya Yayasan Artis 1Malaysia (sekarang Yayasan Kebajikan Artis Malaysia) yang berbuat demikian dua tahun lalu.*
*”Persatuan Seniman beberapa kali datang untuk memberi sumbangan tapi saya menolak dengan cara baik kerana masih boleh bekerja (berlakon) walaupun dalam keadaan sakit. Ada banyak lagi anak seni yang lebih memerlukan bantuan”.*
*Pelakon dan pelawak itu berkata ketika mengulas perkembangan terbaru dirinya selepas tidak mampu aktif dalam bidang seni akibat komplikasi jantung dan buah pinggang yang kian kritikal.*

⛰ *Taipei: Seorang pendaki wanita yang terkenal di media sosial dengan swafotonya memakai bikini di atas puncak gunung, dilaporkan maut dipercayai akibat terjatuh gaung di taman negara Yushan, Taiwan.*
*AFP melaporkan, anggota penyelamat sehingga kini masih berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa, Gigi Wu dari lokasi kejadian yang sukar dilakukan akibat cuaca buruk.*
*Wu yang dikenali sebagai ‘Bikini Climber’ oleh peminatnya, sempat menghantar koordinat lokasi kejadian kepada rakannya menerusi telefon bimbit selepas terjatuh pada Sabtu lalu.*


*ARENA* ⏱
========


⭐ *PAUL Pogba sedia terus bersama Manchester United dengan menandatangani kontrak jangka panjang bernilai lebih £290,000 (RM1.5 juta) seminggu.*
*Pemain Perancis itu menolak tawaran itu musim lalu selepas bertelagah dengan Jose Mourinho hingga menyebabkan dia mahu menyertai Barcelona.*
*Bagaimanapun, dia kini mahu terus berada di Old Trafford selepas pengendali Portugal itu dipecat dan digantikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.*

🎾 *MELBOURNE: Pemain pilihan kedua, Rafael Nadal mengekalkan rentak cemerlang di saingan tenis Terbuka Australia apabila melangkah ke pentas separuh akhir, sebentar tadi.*
*Pemain nombor dua dunia ini mengenepikan cabaran ‘pembunuh gergasi’ dari Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe 6-3, 6-4, 6-2, untuk menyertai kelompok empat terbaik.*

🛩 *LONDON: Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, malam tadi.*
*Setakat ini, kelab itu memaklumkan kepada SkyNews, mereka sedang menunggu pengesahan mengenai perkara berkenaan.*
*Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff.*

🏆 *ABU DHABI : Selepas ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala Asia 2019, Ketua Jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi membuat keputusan mengejut meletak jawatan.*
*The Green Falcons tumbang 0-1 kepada Jepun di peringkat 16 terbaik dan Pizzi membuat keputusan nekad itu sebaik saja perlawanan tamat.*

🎾 *MELBOURNE: Pemain pilihan kelapan, Petra Kvitova meleburkan cabaran pemain tuan rumah, Ashleigh Barty untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini sekali gus prestasi terbaiknya dalam Grand Slam selepas pulih daripada kecederaan.*
*Juara dua kali Wimbledon itu menangis kegembiraan selepas menewaskan Ashleigh 6-1, 6-4 untuk menempah pertembungan dengan pemain bukan pilihan daripada Amerika Syarikat, Danielle Collins.*

🐯 *KUALA LUMPUR: Timbul kerisauan dalam diri pengendali skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak selepas memulakan kem latihan pusat Fasa 2 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuka tirainya, semalam.*
*Pengendali kelahiran Croatia itu menyatakan kegusarannya terhadap kelibat beberapa pemain yang dipanggil menyertai latihan sepanjang minggu ini memandangkan ada antara mereka yang langsung tidak beraksi bersama pasukan tahun lalu.*

🐃 *PETALING JAYA: Juara Liga Super 2006, Negeri Sembilan yakin akan kembali beraksi di Liga Super tahun depan, selepas tersingkir ke Liga Perdana musim ini.*
*Pengurus pasukannya, Mohd Khairollah Abd Latif berkata, skuad diberi jolokan ‘Hobin Jang Hobin’ itu yang kini berada pada fasa terakhir persiapan, mampu meraih kedudukan dua teratas liga tahun ini, walaupun dibarisi pemain muda.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Jan 24, 2019 11:19 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*KH🅰MIS 2⃣4⃣ JANUA®I 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣8⃣ JA♏ADℹLAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣7⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣7⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣4⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣8⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣0⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣6⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣9⃣*

☎ *GOA_L INI DISAJIKAN 👩🏻‍🍳LEH*
🍽 *SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_ ... 1296196953


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *PEMANDU Toyata Vios yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terjunam ke dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. Terdahulu, lelaki berusia 21 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk menyerah diri sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik oleh ahli keluarganya, jam 2 pagi.*

🌺 *AHLI keluarga Moey Yun Peng, 20, mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban dari Jambatan Pulau Pinang ke laut, Ahad lalu, mahu siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil. Abang Moey, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan.*

🌺 *SEBARANG tindakan yang akan diambil berhubung penggunaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diputuskan selepas siasatan dalaman selesai. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, sudah mempertanggungjawabkan Ketua Setiausaha Kementerian, Dr Tan Yew Chong untuk mengendalikan siasatan itu.*

🌺 *TINDAKAN pengusaha bengkel kereta membina premis secara haram di Jalan Gombak, Batu 4 1/2, Kuala Lumpur, mengundang padah apabila struktur yang dibina dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. Dalam operasi roboh bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, tiga hingga empat blok premis yang dijadikan sebagai pejabat serta bengkel membaiki kereta berkenaan dirobohkan oleh sepasukan anggota penguat kuasa DBKL.*

🌺 *KERAJAAN negeri Pahang meluluskan permit penggunaan tanah seluas 146 hektar kepada 73 penduduk yang mengusahakan tanah kerajaan untuk pertanian di Cameron Highlands. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia membuktikan kerajaan negeri tidak pernah bertindak zalim terhadap mereka walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram sejak puluhan tahun dahulu.*

🌺 *LELAKI yang disyaki terbabit dalam kes samun di Taman Hiburan, Jalan Penampang, kelmarin ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, polis mengesan suspek di kawasan Sinsuran sebelum cuba dihampiri.*

🌺 *TIMBALAN Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.*

🌺 *JURUWANG pusat hiburan ditegur kerana tergelak ketika membuat rayuan sebelum didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah mengendalikan premis hiburan beroperasi lebih masa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim, menegur tertuduh, Hilyn Lasius, 22, supaya tidak tergelak sebelum mengarahnya meneruskan rayuan untuk meminta hukuman diringankan.*

🌺 *TINDAKAN seorang lelaki menceroboh laluan trek Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara, Petaling Jaya mengakibatkan perkhidmatan MRT tergendala seketika, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, lelaki yang memakai jersi pasukan bola sepak itu didapati menceroboh laluan trek pengangkutan awam berkenaan menggunakan tangga.*

🌺 *PEGAWAI polis Bukit Aman dan seorang peniaga burger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas dakwaan melakukan gaduh gempar di Taman Rasah Jaya, pada 9 Januari lalu. Tertuduh, Inspektor Rashi Akhbar Abdul Rashid, 37, dan Muhammad Firdaus Mohd Anuar, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyun Yusof sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.*

🌺 *BAPA lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini atas tuduhan menampar seorang guru Pendidikan Jasmani di Krubong, April tahun lalu. Kamarul Ariffin Suboh, 44, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

🌺 *POLIS menahan empat lelaki disyaki menyamar sebagai wanita dengan menggunakan aplikasi WeChat bagi memperdaya seorang lelaki sebelum menyamun mangsa. Keempat-empat suspek berusia 21 hingga 27 tahun ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dalam tempoh 24 jam selepas melakukan jenayah berkenaan.*

🌺 *LAPORAN forensik dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka memutuskan bangunan Planetarium Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, tidak selamat untuk digunakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, arahan pengosongan premis itu dibuat susulan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa struktur sokongan pada bangunan terbabit tidak kukuh dan berbahaya untuk keselamatan orang awam.*

🌺 *SEORANG penagih yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tampin di sebuah rumah di Gemas, hari ini, memberi alasan perlu menggunakan dadah bagi merawat kanser perut. Pengarah AADK Negeri Sembilan, Nazira Sadiron berkata, serbuan dilakukan di rumah ibu suspek jam 3 pagi . Katanya, lelaki itu memberitahu dia perlu menggunakan dadah bagi mengurangkan penderitaan akibat penyakit yang dihidapi sejak 2017.*

🌺 *POLIS menumpaskan geng curi kabel bersenjatakan parang berikutan penahanan salah seorang daripada lima ahli kumpulan itu dalam serbuan di tepi Jalan Permatang 3, Kempas Baru, Johor Bharu, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian jam 12 tengah hari itu suspek berusia 35 tahun ditahan sepasukan Team Ops Cegah Jenayah (OCJ) Balai Polis Kempas.*

🌺 *SEORANG anggota polis cedera akibat diseret kereta sejauh 20 meter oleh dua lelaki yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku 10.30 pagi semalam, menyebabkan anggota berusia 25 tahun itu cedera di bahu dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.*

🌺 *SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini. Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.*

🌺 *PEMANDU teksi dan bas di Pulau Pinang akan menerima bayaran insentif berjumlah RM898,500 bermula hujung minggu ini. Insentif pemberian kerajaan negeri itu akan dimanfaatkan oleh 2,342 pemandu teksi dan 653 pengusaha bas yang aktif dan berlesen. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penerima boleh menuntut insentif berkenaan di Dewan Sri Pinang, Georgetown pada 26 Januari atau di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah pada 27 Januari bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.*

🌺 *WARDEN asrama sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka yang direman Ahad lalu kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap pelajar di bawah jagaannya, dipercayai cuba membunuh diri ketika berada dalam lokap polis. Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata guru Sains berusia 40 tahun itu cuba membunuh diri dengan terjun daripada tempat tinggi sehingga mengalami patah pinggang.*

🌺 *SERAMAI 92 warga China termasuk tujuh wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan judi atas talian menggunakan aplikasi WeChat di Plaza Sun (Sun Complex), Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kelmarin. Serbuan dijalankan jam 1.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.*

🌺 *POLIS menafikan seorang penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Chembong, Rembau, maut akibat dibelasah, sebaliknya lelaki itu meninggal dunia disebabkan kecederaan lama dalam kepala, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, Muhammad Aizuddin Awang, 24, memberitahu rakannya dia mengalami sakit kepala ketika berada di bilik asrama pada 8.45 malam.*

🌺 *SEPUPU kepada Altantuya Shaariibuu mendakwa pernah ditunjukkan gambar wanita itu bersama dua lelaki yang dikenali sebagai penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Burmaa Oyunchimeg, 37, mengesahkan gambar itu selepas ditunjukkan oleh peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.*

🌺 *HANYA menunggu masa untuk siling atau bumbung runtuh, malah sudah ramai penduduk cedera kerana terkena renjatan elektrik. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi lebih 100 penduduk di 22 unit rumah tingkat empat pangsapuri kos sederhana rendah, LMC Carnation Park di Tanah Rata, Cameron Highlands sejak hampir lima tahun lalu.*

🌺 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kemaman merampas 7,565 paket serbuk kopi dalam operasi di sebuah kilang memproses kopi terkenal di Chukai, semalam. Rampasan itu dibuat selepas KPDNHEP mendapati kilang terbabit dipercayai menggunakan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah tamat tempoh.*

🌺 *KERAJAAN Pulau Pinang akan mengemukakan surat bertulis kepada pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS (M) Berhad berhubung cadangan mengkaji penghadang laluan di jambatan berkenaan. Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap beberapa kejadian yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang, termasuk kes bunuh diri yang sering dilaporkan media.*

🌺 *SEORANG abang tidak menyangka tindakan adik bongsunya menghulur wang kepada bapa mereka adalah pemberian terakhir sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Muhammad Syafiqal Othman, 20, meninggal dunia di Hospital Port Dickson akibat cedera parah di kepala.*

🌺 *LELAKI tempatan yang merempuh pegawai Imigresen menggunakan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, pada 8 Januari lalu, didenda RM4,100. S Jeganes, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas PATI Pekan Nenas, Pontian, hari ini.*

🌺 *LELAKI ‘tidur mati’ di tepi jalan sehingga menimbulkan tanda tanya sebelum tersedar selepas 10 minit dikejutkan orang ramai di Kampung Pulau Melayu, Miri, petang semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran motosikalnya tanpa menghiraukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.*

🌺 *PENOLONG Pegawai Tadbir sebuah universiti awam (UA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes salah guna kuasa membabitkan kerja pembekalan dan perkhidmatan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM140,000. Menurut sumber, wanita berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi, di Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir untuk memberi keterangan.*

🌺 *TIGA beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan menyamun jiran mereka, awal bulan ini. Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 13, 21 dan 22 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama melakukan samun berkawan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dengan merampas wang tunai milik mangsa berjumlah RM10.*

🌺 *SERAMAI 101 pelajar Orang Asli yang terkandas di lima pos di daerah Gua Musang dibawa keluar dengan menggunakan dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini. Penerbangan dikenali Ops Murni itu dijangka mengambil masa selama tiga hari bermula hari ini untuk membawa keluar semua pelajar yang terkandas itu.*

🌺 *PASUKAN Polis Marin (PPM) Sandakan menumpaskan cubaan dua lelaki termasuk seorang warga tempatan dipercayai cuba menyeludup keluar 2,500 liter minyak diesel dalam Ops Pensura di perairan Pulau Berhala, Sandakan, awal pagi, semalam. Turut ditemui dalam bot yang dikendalikan lelaki warga Filipina itu ialah tujuh tong gas petroleum cecair (LPG), beberapa paket beras, gula tepung dan minyak masak.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇷🇺 *MOSCOW: Seorang ibu mendakwa tidak mampu menyara dua anaknya hingga mendorongnya membunuh kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu sebelum membakar mayat mereka dalam kejadian di Russia pada April tahun lalu.*
*Bagaimanapun, gaya hidup wanita terbabit, Elena Karimova, 27, tidak seperti didakwanya apabila dikatakan membelanjakan sekitar 470 paun (RM2,501) untuk kereta sewa selain mampu melancong ke luar negara.*
*Elena yang hidup glamor dengan 27,000 pengikut Instagram untuk perniagaan kosmetiknya, mencekik mati anaknya di tempat duduk belakang kereta sewanya dengan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan detik akhirnya membeli coklat untuk kanak-kanak berkenaan didedahkan pihak berkuasa, semalam.*

🇲🇨 *JAKARTA: Seorang pemandu minivan awam didapati meninggal dunia di Curug, Tangerang, akibat terlebih makan buah durian.*
*Ketua unit siasatan jenayah Tangerang Selatan, Alexander Yuriko, berkata pemandu yang dikenali sebagai Adie, 53, mempunyai tekanan darah tinggi dan disahkan memakan durian dalam kuantiti banyak sebelum dia meninggal dunia.*
*”Disebabkan pemakanan yang tidak dikawal itu menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidung turut berdarah,” katanya kepada kompas.com.*

🇲🇽 *Mexico City: Presiden Mexico mengumumkan bakal memperkenalkan program sosial bertujuan untuk membangunkan kawasan miskin bagi menangani kes kecurian bahan api yang semakin berleluasa terutama selepas berlakunya kebocoran paip yang membunuh 93 orang.*
*Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, berkata kerajaannya akan membelanjakan kira-kira RM830 juta (USD200 juta) untuk pencen, pinjaman perniagaan kecil, skim pekerjaan belia dan program lain bagi membantu 1.7 juta penduduk yang mendiami kawasan kecurian bahan bakar.*

🇳🇬 *LAGOS: Seramai 20,000 wanita dan remaja perempuan dari Nigeria dikhuatiri terjebak dalam kegiatan pemerdagangan manusia di Mali, kata ketua agensi anti pemerdagangan Nigeria.*
*Ketua Pengarah Agensi Kebangsaan Larangan Pemerdagangan Manusia (NAPTIP), Julie Okah-Donli, berkata berpuluh-puluh wanita dan remaja perempuan dihantar balik dari daerah Kangaba di selatan Mali pada November 2018.*
*Pasukan yang diarahkan untuk menyiasat kawasan itu mendapati terdapat beratus-ratus lagi wanita ditahan di sana.*

🇺🇸 *NEW YORK: Dua adik-beradik warga Arab Saudi yang mayat mereka ditemui di tebing Sungai Hudson di sini, pada Oktober lalu disahkan membunuh diri, iaitu berdasarkan hasil siasatan oleh pegawai perubatan.*
*Hasil siasatan itu menunjukkan Rotana Farea, 22, dan adiknya, Tala, 16, yang ditemui dengan pinggang dan buku lali diikat bersama menggunakan pita perekat, tidak menunjukkan sebarang tanda trauma atau serangan.*
*”Kami memutuskan bahawa punca kematian Rotana dan Tala adalah akibat bunuh diri, dengan mengikat diri mereka bersama-sama sebelum terjun ke dalam Sungai Hudson,” kata Ketua Pemeriksa Perubatan, Barbara Sampson.*

🇦🇫 *Kabul: Sekumpulan militan Taliban menggunakan sebuah kenderaan Humvee yang dicuri untuk melancarkan serangan bom kereta di sebuah kem tentera Afghanistan yang meragut lebih 100 anggota keselamatan.*
*Pegawai pertahanan memberitahu, kenderaan itu yang penuh dengan bahan letupan merempuh pusat pemeriksaan di sebuah pusat latihan tentera di Maidan Shahr kelmarin sebelum meletup.*
*Dua lelaki bersenjata kemudian menyerbu masuk dan melepaskan tembakan ke arah tentera yang terselamat sebelum mereka ditembak mati.*

🇨🇦 *MONTREAL: Netflix dilaporkan menolak permohonan kerajaan Quebec supaya ia menarik balik rakaman kemalangan kereta api di Kanada pada 2013, daripada filem terbitannya, ‘Bird Box’.*
*Namun, syarikat penyedia perkhidmatan media itu memohon maaf atas segala masalah yang timbul susulan paparan rakaman berkenaan dalam filem terbabit.*
*Dalam sepucuk surat kepada Menteri Kebudayaan Quebec, Nathalie Roy, Netflix turut memberi jaminan ia tidak akan menggunakan rakaman kemalangan di Lac Megantic dalam mana-mana penerbitannya.*

🇹🇷 *ANKARA: Seorang tukang masak kebab ditahan kerana disyaki membunuh dan mengerat anak perempuannya yang juga penari gelek di Keslan, barat laut Turki.*
*Hasan Uslu disyaki membunuh anaknya Didem, 32, sebelum mengerat mayatnya selepas pertengkaran besar antara dua beranak itu, bulan lalu, lapor Daily Mail.*
*Dia ditahan selepas lengan anaknya ditemui dibungkus dalam surat khabar di kawasan belukar oleh seorang lelaki yang mengutip kon pain berhampiran sebuah masjid pada 9 Januari.*

🇹🇼 *TAIPEI: Seorang penumpang seberat 200 kilogram (kg) didakwa memaksa pramugari penerbangannya membersihkan punggungnya selepas membuang air, kononnya kerana terlalu gemuk dan mengalami kecederaan tangan sehingga tidak mampu melakukannya sendiri.*
*Lebih menjijikkan apabila lelaki itu didakwa mengerang gembira sepanjang mereka membersihkannya dalam kejadian ketika penerbangan antara Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan itu.*
*Perkara itu didedahkan seorang ketua pramugari yang mendakwa penumpang dipercayai warga Amerika itu yang namanya tidak didedahkan memaksanya serta anak kapal lain melucutkan seluarnya di dalam bilik air dan membersihkannya selepas selesai membuang air, termasuk menyuruh mereka ‘mencuci lebih dalam lagi.’*

🇷🇺 *MOSCOW : Seorang penumpang yang mabuk dalam satu penerbangan domestik memaksa pesawat itu mengubah haluan ke Afghanistan, menyebabkan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Siberia, hari ini.*
*Pesawat Aeroflot itu yang sedang dalam perjalanan dari Surgut di barat Siberia ke Moscow terpaksa mendarat di bandar Khanty - Mansiysk.*
*Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, lelaki tidak dikenali itu berada dalam keadaan mabuk.*
*Dia ditahan sebaik pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Khanty - Mansiysk yang terletak 2,600 kilometer di timur Moscow.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


🍛 *LEMANG To’ki di Bentong, Pahang mendapat promosi percuma selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak singgah di kedai itu dan memuji keenakannya, pagi ini.*
*”Lemang dan rendang, siapa boleh say no (kata tidak)? Kalori pun kalori lah.*
*”Kalau lalu Bentong, singgah kat gerai Lemang To’ki. Sedap dan harga dia pun ok,” katanya menerusi hantaran Facebook dalam kunjungan beliau ke Pahang.*
*Susulan itu, Najib memuat naik gambar beliau berdiri di sebelah kenderaan jentera pacuan empat roda (4WD) yang terpampang pelekat ‘Malu Apa Bossku’.*

🙏🏻 *“SAYA mohon kepada semua pengguna laman sosial supaya menghentikan penyebaran gambar berserta video dan memadamkan perkara tidak baik mengenai mendiang dengan serta merta bagi menghormati perasaan kami sekeluarga,” kata keluarga Moey Yun Peng, 20 mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu.*
*Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Dennis menggesa semua pihak memahami situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.*
*Katanya, walaupun sedih, mereka sekeluarga menerima apa yang sudah ditakdirkan dengan merayu gambar dan video yang tidak sepatutnya disiarkan dapat dipadamkan demi menjaga perasaan serta sensitiviti keluarga.*

🎼 *IBARAT pelanduk dua serupa, begitulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki apabila dikatakan mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee.*
*Bukan itu saja, suara dan raut wajah dengan gaya rambut dan potongan misainya saling tak tumpah dengan seniman agung yang disegani itu.*
*Lelaki dengan nama Fairuz Misran, 34, menjadi tular apabila mendendangkan lagu 'Maafkan Kami' nyanyian P Ramlee daripada filem Pendekar Bujang Lapuk.*
*Rakaman video berdurasi lima minit enam saat yang tular sejak kelmarin, menunjukkan gaya Fairuz seakan P Ramlee. Malah, nyanyiannya 'Maafkan Kami' salin tak tumpah dengan seniman itu.*

📮 *SEDANG asyik bergaya untuk merakamkan memori indah pada majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu menerima kehadiran posmen untuk meminta tanda tangan bagi penyerahan bungkusan pos laju.*
*Pengalaman unik itu dialami Nur Syafini Afni Mohd Yatim, 25, dalam majlis akad nikah bersama pasangannya, Mohamad Khairul Adha Che Kamaruddin, 26, di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di Tumpat Sabtu lalu.*
*Detik manis itu dikongsi Nur Syafini menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi tular.*
*Nur Syafini berkata pada mulanya posmen itu menyerahkan bungkusan itu kepada bapanya untuk diserahkan kepadanya posmen itu dijemput naik ke rumah untuk menyerahkan sendiri.*

♿ *JAKARTA: Video lelaki cacat diarah untuk bersolat di luar Masjid Besar Sumatra Barat di Padang, Sumatera Barat, kerana kerusi rodanya dianggap tidak bersih mencetuskan kemarahan di media sosial.*
*Menurut The Jakarta Post, Abraham Ismed turut menulis pengalamannya berbalah dengan pegawai keselamatan masjid yang diluahkannya di Instagram menerusi akaun @boy1492.*
*Abraham menerima 582 ‘like’ dan 241 komen. Rata-rata netizen mengutuk sikap pegawai keselamatan yang dianggap mendiskriminasi, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).*
*Abraham turut mengutuk peraturan di masjid itu sebagai "tidak masuk akal."*


*ARENA* ⏱
========


🤳🏻 *BEKAS penyerang England, Gary Lineker mengkritik Cristiano Ronaldo kerana mengirim foto selfie ‘tidak kena masa’ sebelum berlepas menaiki pesawat peribadinya.*
*Pengulas sukan The Match of the Day itu membuat tweet kepada bintang Juventus itu dengan mengatakan: “Bukan hari untuk tweet ini. Ia benar-benar tidak perlu.”*
*Gambar penyerang bintang Portugal itu selfie muncul ketika pesawat dinaiki pemain Cardiff City, Emiliano Sala hilang dari radar ketika terbang dari Nantes ke Cardiff, kelmarin masih belum ditemui ketika dia dalam laluan melengkapkan perpindahan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.*
*Sala menaiki pesawat kecil Piper Malibu yang ‘lesap’ ketika melalui Selat Inggeris dan pemain terbabit itu kini dianggap sudah mati.*

🎾 *MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini apabila Kei Nishikori yang cedera menarik diri selepas ketinggalan 6-1, 4-1 dalam tempoh 51 minit.*
*Nishikori melalui pertembungan epik lima set selama 13 jam 47 minit di gelanggang sebelum saingan suku akhir dan mengalami ketegangan di bahagian paha pada set pertama ketika saingan panjang itu mula memberi kesan kepadanya.*

🏸 *KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bakal berdepan ujian getir apabila dijadual bertemu pasangan nombor dua dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi pusingan kedua Masters Indonesia, esok.*
*Terdahulu, Ee Yi-Yew Sin yang muncul naib juara Masters Malaysia, Ahad lalu mara selepas menundukkan pasangan muda China, He Jiting-Tan Qiang 21-17, 21-8 dalam aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.*

🚴🏻‍♂ *KUALA LUMPUR: Trio pecut negara yang diketuai Azizulhasni Awang diharapkan terus cemerlang bagi memastikan sasaran melayakkan diri ke Olimpik Tokyo menerusi acara pecut berpasukan tercapai.*
*Gandingan Azizulhasni bersama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis cemerlang apabila melakar gangsa di Kejohanan Trek Asia bulan lalu.*
*Persembahan itu dilihat belum mempamerkan kemampuan sebenar trio negara apabila Fadhil beraksi dalam keadaan demam.*

🐂 *IPOH: Kesilapan teknikal menyebabkan majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain Perak 2019 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Indera Mulia pada Sabtu ini terpaksa ditukar ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).*
*Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertukaran lokasi disebabkan pihak pengurusan stadium berkenaan sudah menandatangani perjanjian dengan pihak lain untuk menggunakan kawasan itu.*

🐯 *KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan merujuk kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu berhubung cadangan untuk mendaftar pemain import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck sebagai pemain tempatan.*
*Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kedudukan sebenar berhubung status pemain kelahiran England itu sama ada akan didaftarkan atau sebaliknya akan diputuskan selepas perbincangan lebih lanjut dengan FAM.*

⚽ *MELAKA: Melaka United (MU) turun beraksi di Liga Malaysia sebagai pasukan 'underdog' walaupun skuad itu kini dibarisi pemain yang berpengalaman luas dalam saingan bola sepak tempatan dan antarabangsa.*
*Bekas kapten kebangsaan dan Selangor, Razman Roslan berkata, beraksi sebagai skuad bukan pilihan lebih selesa buatnya dalam memenuhi sasaran pengurusan yang mahu skuad itu meraih satu daripada piala dipertandingkan musim ini.*
*Katanya, situasi itu jelas tidak memberi tekanan kepada pemain dalam memberi komitmen 100 peratus, berbanding di label sebagai pasukan 'favourite'.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Jan 31, 2019 8:20 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 3⃣0⃣ JANUA®I 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣4 JA♏ADℹLAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣9⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣9⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣5⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣9⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣7⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣9⃣*

☎ *GOA_L INI DISAJIKAN 👩🏻‍🍳LEH*
🍽 *SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_ ... 1296196953


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang pada istiadat di Istana Abu Bakar, hari ini. Tunku Azizah Aminah Mainunah adalah Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Pahang era moden. Turut dimasyhurkan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya dilantik Pemangku Raja Pahang.*

🌺 *PENGURUSAN ICC Pudu bersedia mempertimbangkan bayaran pampasan kepada ahli keluarga dua warga emas yang maut ketika sedang mendapatkan kupon makanan percuma di Plaza Pudu ICC, Jalan Kijang, Kuala Lumpur, semalam. Pengurusnya, Chin Huey Yee, berkata, bagaimanapun jumlah pampasan berkenaan bergantung kepada permintaan ahli keluarga.*

🌺 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akui menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu itu, akhir-akhir ini.*

🌺 *KEMALANGAN membabitkan lori membawa muatan plat besi dengan lori kontena di Kilometer (KM) 16, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dekat Putrajaya, hari ini mengakibatkan kesesakan trafik hampir sembilan kilometer.*

🌺 *BEDAH siasat ke atas dua mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam selesai pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat yang akan menentukan punca kematian kedua-dua mangsa.*

🌺 *SEORANG lelaki tidak sempat menjual revolver selepas dia ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Rahmat Off Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pembeli senjata berkenaan.*

🌺 *TIGA beradik dan seorang lelaki yang terbabit dalam kes tembakan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang, semalam direman empat dan tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah di Mahkamah Majistret Pasir Mas.*

🌺 *PELAJAR tingkatan tiga sebuah sekolah menengah terkenal di Pulau Pinang yang juga suspek kes pukul rakan sekelas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Sumber berkata, remaja lelaki terbabit dibebaskan pada 10 malam selepas polis mengambil keterangan daripadanya.*

🌺 *POLIS mengesahkan pistol yang dirampas daripada seorang imam susulan insiden melepaskan tembakan di Kampung Bukit Kadir di sini, Khamis lalu adalah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, revolver yang ditemui semula, kelmarin berserta 90 peluru itu dilaporkan hilang dari stor senjata Balai Polis Kuala Pilah pada 31 Disember 2017.*

🌺 *“SEPATUTNYA kamu lebih tahu hukum halal dan haram serta dosa dan pahala kerana kamu seorang yang disegani oleh masyarakat dan antara tenaga pengajar agama tersohor di tempat kamu. "Namun menyedihkan apabila kamu sanggup mengambil kesempatan ke atas pelajar sendiri yang ingin menuntut ilmu agama yang difahamkan disediakan secara percuma oleh kamu,” kata Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof ketika penghakimannya terhadap seorang pendakwah bebas yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, kerana berkhalwat dengan pelajarnya.*

🌺 *TIGA anggota ‘Geng Penyamun Tampan’ yang dikehendaki polis berjaya diberkas minggu lalu, selepas terbabit dalam beberapa kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Kangar sejak Disember lalu. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, ketiga suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun yang berperwatakan menarik itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Changlun dan Air Hitam, Kedah pada 14 Januari lalu.*

🌺 *UBAH suai baju dalam sebelum memasukkan dadah ketamin untuk diseludup ke luar negara. Itu modus operandi seorang lelaki berusia 35 tahun yang ‘pakar’ dalam pengubahsuaian barang kelengkapan wanita sebelum menjadikan wanita sebagai keldai dadah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun kegiatan lelaki berkenaan ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.*

🌺 *WARGA emas yang mati dipukul menggunakan cangkul dan kuku kambing di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah, Kota Bharu, Sabtu lalu, dipercayai dibunuh lelaki yang cuba mencuri rokok. Dalam kejadian 5.20 pagi, Hamid Mat Salleh, 84, parah di kepala dan pergelangan tangan kiri akibat dipukul suspek terbabit yang mahu mencuri rokok dijual mangsa.*

🌺 *WANITA maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki yang dipandu rakannya terbabas di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15, Shah Alam, malam tadi. Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa, Sharina Zee Alexander, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan. Rakannya yang memandu kereta itu, Ng Tiong Sin, 53, cedera dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.*

🌺 *PENGETUA sebuah sekolah menangis dan terpaksa ditenangkan isterinya selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar termasuk seorang murid sekolah rendah, tahun lalu. Tertuduh, Zainuren Mohamed, 55, sebelum itu minta dibicarakan bagi keempat-empat pertuduhan di dua prosiding berlainan di sini.*

🌺 *TIADA sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.*

🌺 *SEORANG koperal dan anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) dibekukan tugas dan ditukarkan ke bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Ia susulan kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Tanjung Kling itu didakwa terbabit dalam insiden melepaskan tembakan rambang ke atas seorang individu dalam kejadian bulan lalu.*

🌺 *OPERASI Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di sebuah kilang di Pokok Sena, Alor Setar, semalam gempar dengan penahanan ‘orang minyak’. Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya melakukan serbuan di premis berkenaan dengan menyasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Bagaimanapun katanya, seorang pekerja asing cuba melarikan diri tetapi dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dalam tong minyak pelincir.*

🌺 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi isu pembebasan ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dijangka akan dibebaskan dengan pelepasan bersyarat. Abu Bakar, 80, yang memimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) dihukum 15 tahun penjara selepas ditahan pada tahun 2011. Beliau juga dipercayai menjadi perancangan utama serangan bom di Bali pada tahun 2002.*

🌺 *Kuala Lumpur: Tawar bilik ‘rahsia’ bersama khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sekitar Kuchai, di sini, yang diserbu pihak berkuasa, kelmarin. Dalam serbuan bermula jam 11.30 malam itu, anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung di kedua-dua premis berkenaan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur.*

🌺 *SIASATAN awal polis mendapati kematian bayi lelaki berusia sembilan bulan semalam, selepas diambil dari rumah pengasuh di Manjung, Jumaat lalu, didapati tiada sebarang unsur penderaan. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan dalam kepala iaitu terdapat darah beku.*

🌺 *KETIKA kebanyakan orang masih dibuai mimpi, seorang warga emas di Kampung Lontik Maralamin, Topokon, kira-kira 10 kilometer dari Tuaran sudah bergerak ke kebun getah bersebelahan rumahnya untuk menoreh. Itu rutin harian Tinggalan Komunta, 82, sejak kira-kira setengah abad lalu untuk mencari rezeki dengan `menghadap’ pokok getah meskipun harga komoditi itu tidak menentu dan berada pada tahap rendah ketika ini.*

🌺 *POLIS masih belum menemui tangan, kepala dan kaki milik dua mangsa bunuh yang ditemui terapung di sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi mencari yang sudah melangkaui 300 meter dari lokasi kejadian juga sudah dihentikan.*

🌺 *KERAJAAN mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan akta baharu bagi mengawal aktiviti pembiayaan dan dana bagi parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, beliau akui parti politik amat memerlukan dana kerana kos mengendalikan parti politik kini adalah sangat tinggi. "Tanpa dana, mereka (parti politik) tidak boleh berfungsi. Ini kerana kos mengendalikan parti politik kini sangat tinggi dan ia meningkat setiap masa.*

🌺 *BAYARAN pampasan bagi pembatalan kontrak bersama China Communications Construction Group Ltd (CCCC) tidak sebesar jumlah hutang yang akan ditanggung kerajaan sekiranya melaksanakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata demikian sekali gus memberi bayangan mengenai pembatalan kontrak bagi pelaksanaan projek berkenaan.*

🌺 *KAKITANGAN Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terkejut apabila mesin pencetak bil yang ditinggalkan di motosikalnya ketika ke tandas sebuah restoran di Jalan Templer, Temiang, Seremban dilarikan individu tidak dikenali, semalam. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, pembaca meter SAINS terbabit sedang melakukan tugas pemeriksaan meter air di kawasan sekitar.*

🌺 *Kangar: Lebih 1,000 keluarga dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar bakal hilang tempat berteduh kerana akan diusir keluar dari kediaman mereka berikutan tidak memiliki geran hak milik tanah. Hal ini berikutan tanah milik kerajaan yang diduduki mereka sejak 50 tahun lalu, kini didakwa dimiliki individu luar dari kawasan terbabit secara persendirian.*

🌺 *BURUH didakwa di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas, hari ini, atas tuduhan menyeludup lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar. Tertuduh, Mohd Syafiq Che Sekrey, 32, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.*

🌺 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak akan menyediakan laporan sosial bagi mengenal pasti wujud unsur kecuaian sepanjang penjagaan bayi berusia sembilan bulan yang meninggal dunia semalam dipercayai didera pengasuh. Pengarah jabatan berkenaan Ruhaini Zawawi berkata, pihaknya akan mengambil keterangan keluarga bayi berkenaan serta pengasuh bagi mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau tidak.*

🌺 *PERTUBUHAN Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) menyambut baik pelaksanaan Kempen ‘Say No 2 Zina’ yang dilancarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) baru-baru ini.
Pengerusinya, Hazlina Abd Razak berkata, pihaknya sebagai sebuah pertubuhan berkaitan kes hamil luar nikah menyokong penuh usaha pencegahan, kesedaran, advokasi, penguatkuasaan dan pemulihan bagi isu seumpama itu.*

🌺 *PASUKAN Gerakan Am (PGA) Sarawak menumpaskan sindiket penyeludupan mercun dan bunga api selepas menyerbu rumah sarang burung walit yang dijadikan stor sementara barangan larangan itu di Kampung Sorak Melayu, Serian, Sabtu lalu. Serbuan jam 6.20 petang itu susulan risikan dan intipan selama seminggu.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇦🇺 *SYDNEY: Beratus-ratus ribu ikan dilaporkan mati disebabkan musim kemarau di Australia sejak beberapa hari yang lalu dan pihak berkuasa memberi amaran jumlah kematian haiwan berkenaan dijangka terus meningkat.*
*Penduduk di sekitar Sungai Darling terkejut apabila melihat lautan bangkai ikan berhampiran pekan Outback di tenggara Menindee.*
*Ia berlaku selepas seminggu lalu - jutaan ikan terbunuh yang disebabkan paras air dan oksigen rendah serta kemungkinan alga toksik - kini satu lagi kematian besar berlaku di rantau pengeluar utama makanan itu.*

🇺🇸 *CAROLINA UTARA: Seorang profesor di Universiti Duke terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua program selepas dikesan mengarah pelajarnya untuk bertutur hanya di dalam bahasa Inggeris ketika berada dalam bangunan fakulti, kata universiti itu, semalam.*
*Pembantu profesor Biostatistik di universiti di Carolina Utara, Megan Neely, menghantar emel kepada semua pelajarnya pada Jumaat lalu yang mengatakan beliau menerima aduan daripada dua anggota fakulti mengenai pelajar yang berbual dalam bahasa Cina dalam nada kuat di kawasan universiti.*
*"Saya menggalakkan anda menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus ketika berada dalam Hock atau di kawasan lain,” kata Neely dalam emelnya.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Seorang ibu yang dituduh memotong alat sulit anak perempuannya berusia tiga tahun di rumah mereka di timur London, menangis dan menafikan perkara itu sambil memberitahu juri sesiapa sahaja yang melakukan sedemikian adalah ‘bukan manusia’.*
*Polis melancarkan siasatan apabila doktor mendapati alat sulit kanak-kanak itu seperti dipotong selepas ibu bapa membawanya ke hospital.*
*Ibu kanak-kanak itu yang menjalani perbicaraan kecacatan pada alat kelamin wanita (FGM), berkata anaknya tercedera ketika cuba mengambil biskut di dapur.*

🇨🇺 *HAVANA: Puting beliung yang berlaku di Havana kelmarin, menyebabkan empat maut dan sekurang-kurangnya dua ratus penduduk cedera apabila ia merobohkan bumbung, menterbalikkan kenderaan dan menyebabkan keruntuhan bangunan.*
*Menurut ahli meteorologi perkhidmatan cuaca Kuba, Jose Rubiera, berkata puting beliung itu adalah yang terkuat menghentam Cuba selama hampir 80 tahun.*
*"Ia memecut sejauh 11.5 kilometer melalui Havana selama 16 minit, yang adakalanya mencapai 1 kilometer per diameter,” katanya.*

🇲🇽 *MEXICO CITY: Mexico bakal menghadapi kekurangan makanan ruji seperti tepung jagung dan tepung gandum disebabkan pengangkutan kereta api di negara itu masih terhalang selepas berlakunya protes selama dua minggu oleh persatuan guru di barat Michoacan, kata pengendali laluan kereta api Ferrocarril Mexicano (Ferromex), semalam.*
*Guru dari Kesatuan Pekerja-pekerja Pendidikan Kebangsaan mula menyekat laluan kereta api pada 14 Januari untuk membantah tuntutan buruh.*
*Jurucakap Ferromex, Lourdes Aranda, berkata kejadian itu sekaligus menghalang pembahagian bekalan untuk pelbagai industri, termasuk hidrokarbon dan bijian seperti jagung makanan ruji Mexico.*

🇳🇵 *KATHMANDU : Juruterbang pesawat Bangladesh yang terbabit dalam nahas terburuk Nepal sejak 26 tahun lalu dilihat mengalami tekanan emosi sebelum tragedi.*
*Insiden berkenaan dikatakan berpunca dari kegagalan kru pesawat menilai situasi sebenar sehingga menyebabkan pesawat AS-Bangla Airlines yang sedang dalam penerbangan dari Dhaka ke ibu negara Nepal itu terbakar ketika mendarat di Kathmandu, meragut 51 daripada 71 nyawa keseluruhan.*
*"Juruterbang menyangkakan dia mampu mengendalikan pesawat terbabit dan mendarat. Tetapi malangnya tidak,” kata panel penyiasat, Buddhisagar Lamichhane merujuk kepada kapten berkenaan.*

🇻🇪 *CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan rejimnya masih gagal untuk mengeluarkan simpanan emas bernilai AS$1.2 bilion (RM5 bilion) dari Bank of England selepas berusaha sejak tahun lalu.*
*Menurut laporan Bloomberg, pegawai Maduro berusaha mengeluarkan emas terbabit yang dideposit di bank pusat Britain itu sebagai rizab asing.*
*Bank of England enggan mengulas mengenai aset Venezuela itu namun menyatakan ia menyediakan perkhidmatan perbankan, termasuk deposit emas untuk sejumlah besar pelanggan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


🔫 *POLIS menubuhkan pasukan khas menyiasat dakwaan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor Bahru yang dikatakan mengugut dan menunjukkan pistol kepada orang awam.*
*Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengetahui video berdurasi 2.32 minit yang tular di akaun Facebook milik, Olan Semen, pada 10.54 pagi semalam.*
*Menurutnya, dalam rakaman video itu, kelihatan lelaki berdiri di luar kereta mangsa dan menunjukkan sepucuk pistol di pinggang serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.*

🐍 *DENGAN mengamalkan doa Nabi Nuh dan doa Nabi Sulaiman, Mohd Nizam Abdul Rahman, 50, dapat menangkap beberapa spesis ular termasuk yang berbisa sejak lebih lima tahun lalu.*
*Mohd Nizam yang lebih dikenali sebagai Abang Ndek berkata, terbaru dia berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter dalam tandas di sebuah universiti tempatan di Kedah petang semalam.*
*Ular tedung selar seberat lima kilogram itu ditemui jam 4.30 petang melingkar dalam mangkuk tandas dan tidak dapat keluar disebabkan ruang yang sempit.*
*“Saya sendiri tak tahu ada orang tular gambar saya menangkap ular di laman sosial kerana satu gambar pun saya tak simpan," katanya.*

🕋 *TIGA sahabat yang terbabit projek ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ menyifatkan semua urusan mereka ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah dengan menunggang motosikal kapcai, dipermudahkan Allah SWT.*
*Sejak memulakan misi pada November tahun lalu hingga pulang dan tiba di Kota Bharu pada 3.30 petang, hari ini, Diami Yusoff, 60; Mohd Zalani Zulkifli, 64, dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, dalam keadaan sihat serta ceria.*
*Diami yang mengetuai kumpulan itu berkata, meskipun mereka diuji dengan pelbagai cabaran, misi ke Makkah dengan menunggang motosikal kapcai tetap berjaya walaupun mengambil masa tiga bulan.*

🐐 *WANITA yang juga penerima Anugerah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), tidak malu menceburi bidang penternakan kambing, malah bangga apabila menjadi penternak berjaya.*
*Ina Syazana Ishak, 30, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Pengurusan itu, bertekad mengembala sendiri kambing kira-kira dua tahun lalu selepas menimba pengalaman bekerja di pusat ternakan kambing selama tiga tahun.*
*Katanya, bermula dengan empat ekor kambing, kini membiak sehingga 13 ekor dan dia bertekad untuk terus menambah serta membiak lebih banyak baka kambing.*

👶🏻 *Jakarta: Seorang bayi menjadi topik hangat netizen di media sosial apabila mempunyai nama dengan 19 perkataan, malah mungkin mencipta rekod sebagai individu nama terpanjang.*
*Bayi lelaki bernama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta itu anak kedua kepada pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia.*
*Tribune News melaporkan, bayi yang memiliki nama panjang itu dilahirkan secara normal pada 6 Januari lalu dengan berat 3.5 kilogram.*

🏘 *LONDON: Pertengkaran pelik antara dua jiran dirakam di United Kingdom dengan kedua-duanya melepas geram mencampakkan kepingan kayu serta penyapu di sebalik pagar menjadi popular apabila ditonton lebih sejuta kali selepas tular di media sosial.*
*Pergaduhan itu bermula apabila seorang daripada dua lelaki berkenaan mencampak sekeping kayu panjang ke arah jirannya di sebalik pagar sebelum terus mengambil satu lagi kayu untuk dibaling, lapor Daily Mail.*
*Jirannya terus mencampakkan semula kayu berkenaan manakala seorang wanita muncul dengan tangannya diangkat tinggi mungkin sebagai cubaan menenangkan keadaan dengan mengangkat tangannya.*

🦆 *SYDNEY: Itik paling sunyi di dunia, Trevor, yang tinggal di Niue, kepulauan Pasifik mati akibat diserang anjing tidak lama selepas sensasi di Internet dan kematiannya diratapi ramai sehingga ke New Zealand.*
*Itik itu dikenali ramai selepas wartawan memasukkan catatan mengenainya sebagai ‘itik paling sunyi di dunia’ kerana satu-satunya itik berada di pulau berkenaan.*
*Malah, tempat tinggal itik itu satu lopak air juga menjadi mercu tanda penunjuk jalan dalam kalangan penduduk.*
*Penolong Pengarang Politik New Zealand Herald, Claire Trevett, yang melawat pulau itu bulan lalu berkata: “Mereka berkata, ‘Pusing kanan dan anda akan jumpa itik, satu-satunya itik di Niue.”*


*ARENA* ⏱
========


⭐ *TOKYO: Pemain sayap Belanda Arjen Robben sedia menyertai FC Tokyo dalam Liga J selepas meninggalkan gergasi Jerman Bayern Munich, menurut laporan media tempatan, hari ini.*
*Pemain berusia 35 tahun itu mengesahkan dia akan meninggalkan Bayern pada penghujung musim ini selepas meraih kejayaan cemerlang dengan tujuh trofi Bundesliga dan 100 kap bersama skuad Belanda.*
*Jika benar, ia adalah perpindahan terkini membabitkan pemain berprofil tinggi ke liga Jepun selepas bintang Piala Dunia Sepanyol Andres Iniesta dan penyerang Jerman, Lukas Podolski menyertai Vissel Kobe.*
*Rakan sepasukan Iniesta yang menjulang Piala Dunia, Fernando Torres turut beraksi di Liga J bersama kelab Sagan Tosu.*

🏊🏻‍♂ *SHAH ALAM: Keputusan bekas perenang Olimpik warga Poland, Bart Kizierowski yang menolak menjadi jurulatih pasukan renang kebangsaan negara ini perlu dihormati.*
*Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia pendirian Kizierowski dan tiada siapa berhak mempertikaikan keputusannya.*

🏁 *KUALA LUMPUR: Pemandu negara, Nabil Jeffri kecewa apabila penyertaannya bersama Jazeman Jaafar dan Weiron Tan pada Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) bagi musim 2018-19 tidak disambung meskipun saingan masih berbaki tiga pusingan.*
*Trio negara yang mewakili pasukan Jackie Chan DC Racing dan menggunakan jentera bernombor 37 itu ketika ini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 15 mata dalam kelas LMP2 tatkala mereka hanya dipisahkan tiga mata daripada penghuni tangga kedua dari pasukan Signatech Alpine Matmut.*

🏑 *KUALA LUMPUR: Tiada bayaran tiket dikenakan kepada penyokong yang ingin menyaksikan Final Siri Hoki dari 26 April sehingga 4 Mei depan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.*
*Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala berkata, pendekatan itu dilakukan bagi menarik kehadiran ramai penyokong ke stadium sekali gus memberi sokongan kepada skuad negara dalam usaha layak ke kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.*

🐘 *KUANTAN: Kemunculan semula penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme bagi menguatkan skuad Pahang dalam saingan Liga Malaysia mengimbau nostalgia terindah buat pemain Tok Gajah, Mohd Faisal Rosli.*
*Ini kerana Mohd Faisal atau Tocang pernah bersama Dickson selama dua musim pada 2014 dan 2015 ketika rakan sepasukan lain sudah memilih haluan bersama pasukan berbeza.*
*Bagi pemain pertahanan itu, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan kerana Dickson antara nadi utama skuad Tok Gajah beroleh kejayaan terutama pada musim 2014 yang menyaksikan Pahang menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Jan 31, 2019 8:25 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*KH🅰MIS 3⃣1⃣ JANUA®I 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣5⃣ JA♏ADℹLAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣9⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣9⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣5⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣9⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣8⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣4⃣0⃣*

☎ *GOA_L INI DISAJIKAN 👩🏻‍🍳LEH*
🍽 *SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_ ... 1296196953


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *KERAJAAN negeri mengumumkan esok (hari ini) cuti peristiwa sempena pemasyhuran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, esok (hari ini) adalah hari yang bersejarah buat rakyat Pahang.*

🌺 *BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menegur sikap sesetengah menteri yang suka bergaduh sesama sendiri secara terbuka. Beliau berkata, jika perkara itu terus berlaku, ia hanya menimbulkan rasa muak rakyat terhadap sikap menteri kerajaan baharu. "Kita faham ramai menteri baharu dan mereka ini sudah 50 tahun jadi pembangkang.*

🌺 *DIIKAT sebelum ditampar dan dipukul! Itu ‘hukuman kejam’ diterima kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun selepas disyaki mencuri buku mewarna di sebuah pasar raya di Sibu. Akibatnya, kanak-kanak itu bukan hanya trauma malah turut cedera pada muka, bahu dan tangan termasuk patah gigi. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku jam 5.30 petang Isnin lalu selepas kanak-kanak itu dipercayai mencuri buku mewarna di premis berkenaan.*

🌺 *PEMBINAAN tokong yang turut menempatkan kubur Allahyarham Kadi Padang Segenting berusia 400 tahun di Bukit Sarin, Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang, Jelebu, adalah tidak sah mengikut undang-undang. Pegawai Penyelaras Pertadbiran Masjid Daerah Jelebu, Mohd Fadzil Abdul Ghani berkata, tokong itu dibina di tanah simpanan milik Hotel Sri Klawang yang juga milik kerajaan negeri. Katanya, tindakan itu menunjukkan pembinaan dibuat secara haram atau menceroboh tanah milik kerajaan.*

🌺 *PEKERJA sebuah hotel parah di kepala selepas dipercayai dirempuh sebuah motosikal di kawasan lintasan pejalan kaki di Jalan Pernu, Melaka, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Mohd Azrul Faiz Jawahir, 35, mengalami pendarahan di kepala, manakala penunggang motosikal, Surianor Suhaimi, 19, luka di tangan dan kaki.*

🌺 *PAS meminta kerajaan mengkaji semula pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kerana akan mewujudkan tohmahan daripada masyarakat.*

🌺 *TINDAKAN pemilik kiosk menjual pelbagai aksesori aksesori jenama ‘Chanel’ tiruan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Difahamkan, peniaga wanita tempatan berusia 41 tahun itu menyewa dua kiosk berbeza untuk menjalankan perniagaan berkenaan selama seminggu sempena sambutan Tahun Baru Cina.*

🌺 *POLIS Kedah menumpukan enam lokasi panas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang didapati kerap berlaku kemalangan pada Op Selamat Tahun Baharu Cina tahun ini. Enam kawasan iaitu ialah di Kilometer (KM) 46.5 berdekatan Kota Setar; KM20 (Kubang Pasu), KM63.1 (Pendang), KM171.3 (Bandar Baru), KM109.4 dan KM83.3 di Kuala Muda.*

🌺 *MERSING: Merasa sambil menjual, itu kegiatan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang ditahan polis ketika berada di tepi jalan di Jalan Mohd Aris, Kampung Sungai Muka Dua di sini. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian jam 3.45 petang Khamis lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mersing menahan penagih terbabit yang berada dalam keadaan mencurigakan.*

🌺 *PEMANDU lori didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret Kulai, hari ini atas pertuduhan membawa 14 lembu ke kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor, November tahun lalu.*

🌺 *TINDAKAN pantas pasukan bomba dan penyelamat berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki berusia 39 tahun membunuh diri di tingkat dua, bangunan JB Sentral berhadapan Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, pagi ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan dari bilik Gerakan JB Sentral pada jam 8.30 pagi membabitkan cubaan bunuh diri.*

🌺 *DUA wanita warga Indonesia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pelacuran, dua minggu lalu. Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Renny, 25, dan Hardiyanti, 33.*

🌺 *LIMA kontraktor direman antara lima dan tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM48,600, dua tahun lalu. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sallehudin Abd Sani terhadap kontraktor berusia 39 hingga 55 tahun yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kluang, semalam.*

🌺 *BIMBANG kegiatan haram mereka diketahui polis, penganggur menyorokkan 80 paket syabu di dalam guni beras di sebuah pondok di Kampung Entangis, Jalan Medamit, Limbang kelmarin. Namun rahsia lelaki Indonesia berusia 39 tahun itu akhirnya terbongkar selepas rumah yang didiaminya diserbu polis jam 5 petang kelmarin.*

🌺 *KANAK-kanak lelaki berusia 11 tahun cemas apabila tersangkut pada saluran paip pembetungan najis ketika bermain bersama rakannya kawasan tangga Flat Sri Titingan, Tawau, pagi tadi. Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, kanak-kanak terbabit terpaksa menahan kesakitan selama lebih 20 minit akibat tersepit sebelum diselamatkan anggota bomba.*

🌺 *KOTA BHARU: Berang pintu bilik hotel penginapan mereka dipecah menjadi punca tiga beradik melepaskan tiga das tembakan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang jam 10.40 pagi, kelmarin. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, terdahulu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan memecahkan lima pintu bilik hotel untuk mencari isterinya yang hilang sejak sebulan lalu.*

🌺 *POLIS akan mengambil keterangan lanjut terhadap anak lelaki sulung Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang cedera ditikam dalam kejadian cubaan samun di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya, Ahad lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashriman Ku Mahmood berkata, mangsa sudah dibenarkan keluar daripada hospital semalam.*

🌺 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas pakaian dan kasut berjenama tiruan bernilai RM170,000 dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Seremban semalam. Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP itu bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang.*

🌺 *TIGA rumah dua tingkat di Taman Bersatu, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah terbakar hari ini. Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, sebuah dari rumah berkenaan musnah 90 peratus manakala dua lagi hanya membabitkan kebakaran 60 peratus.*

🌺 *JARI tangan kiri seorang pekerja warga asing hancur akibat tersepit pada mesin pengisar daging di sebuah restoran di Semabok, di Melaka, petang semalam. Difahamkan, dalam kejadian 5.30 petang itu, pekerja warga Yaman berusia 32 tahun berkenaan sedang melakukan kerja mengisar daging.*

🌺 *BARISAN panel yang akan menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes penyeludupan manusia di Wang Kelian, Padang Besar, pada 2015 dijangka dilantik bulan hadapan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui tarikh perlantikan panel RCI terbabit, namun pihaknya sudah bersedia menjadi urus setia dalam pendengaran.*

🌺 *RANGKA manusia yang ditemui di kawasan semak berdekatan sebuah kilang di Jelapang, Ipoh dipercayai mangsa bunuh berikutan penemuan pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter berhampiran rangka berkenaan. Rangka lelaki dikenali sebagai Wan Izani Mustaffa, 46, itu ditemui lengkap berpakaian jam 11 pagi sebelum pemeriksaan menemui lesen memandu dan kad pengenalannya di dalam saku pakaian berkenaan.*

🌺 *TIDAK hanya menggantung hiasan ayat al-Quran yang salah, sebuah restoran di Pontian dipercayai menggunakan kalimat suci itu bercampur dengan nombor dikenali sebagai wafaq untuk pelaris jualan. Kesalahan itu dikesan dalam operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Pejabat Kesihatan, Pejabat Agama dan Majlis Daerah Pontian (MDP) yang dijalankan 15 Januari hingga hari ini.*

🌺 *SOAL selidik yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati 82 peratus responden berpendapat isu rasuah dan salah guna kuasa di negara berada pada tahap membimbangkan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, data itu diperoleh hasil soal selidik terhadap responden yang terdiri daripada pelajar, kakitangan awam dan swasta serta pesara pada Hari Antirasuah yang diadakan di seluruh negara.*

🌺 *MAYAT lelaki warga Amerika Syarikat ditemui dalam bilik sebuah hotel di Jalan Penang, Georgetown hari ini. Dalam kejadian 11.45 pagi itu, mayat James Edward Mahoney, 67, ditemui pekerja yang mahu mencuci bilik terbabit sebelum dia melaporkannya kepada pengurusan hotel.*

🌺 *KERAJAAN negeri memberi amaran kepada pihak yang cuba memberi rasuah supaya tidak berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan tegas. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau bersama EXCO kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mengesan sebarang keraguan dalam urusan pentadbiran.*

🌺 *PELANCONG lelaki warga China maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan Datai, Langkawi, hari ini. Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa, Wang Bing Zhong, 70, dari Beijing, China disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi (HL). Seorang lagi mangsa kanak-kanak, Liu Yanci, 4, juga dari Beijing, China cedera di kepala dan masih menerima rawatan di wad hospital sama.*

🌺 *CUBAAN seorang lelaki mencuri buah kelapa sawit di sebuah ladang di Sungai Dingin, Mahang, dekat Kulim, gagal apabila dia ditahan anggota polis bantuan yang sedang melakukan rondaan di kebun itu semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu sedang mengambil buah kelapa sawit yang dilerai dan sudah dipotong sebelum anggota polis terbabit melihat kelibatnya.*

🌺 *KERAJAAN akan menerima bayaran pertama daripada wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tahun ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah wang berkenaan dan daripada sumber itu diterima. Namun, beliau menyifatkan ia satu permulaan yang baik kepada kerajaan.*

🌺 *POLIS akan merekodkan keterangan semua pihak yang mempunyai kaitan dengan kes suami isteri maut di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Sepang, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.*

🌺 *MAYAT seorang lelaki warga asing ditemui dengan lastik serta batu masih berada dalam poket seluarnya di tepi kawasan Sungai Perai, Seberang Jaya, petang semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, mayat mempunyai tatu bercorak bunga di lengan kiri itu ditemui nelayan yang kemudian menghubungi polis.*

🌺 *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan dua lelaki dipercayai ulat tiket di Terminal Shahab Perdana, Alor Setar, semalam. Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff, berkata lelaki berusia 36 dan 42 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi selepas dikesan anggota penguatkuasaan yang menyamar. Katanya, ulat tiket terbabit dikesan menawarkan tiket pada harga lebih tinggi berbanding harga kaunter selain memujuk serta mendesak orang ramai membeli tiket dengan mereka.*

🌺 *ISU projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diterajui China Communications Construction Group Ltd (CCCC) perlu diurus secara berhati-hati kerana ia membabitkan hubungan antara dua negara. Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, projek ECRL adalah perkara sensitif dan ia sepatutnya dibincangkan secara senyap.*

🌺 *LULUH hati suami isteri apabila anak bongsu kesayangan berusia 18 bulan maut selepas ditemui tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas rumah mereka di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, semalam. Mangsa, Muhammad Alif Ridhwan Wahab, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira 12.30 tengah hari, selepas bayi lelaki itu didapati tiada di tempat tidur dalam bilik mereka.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇵🇭 *MANILA: Dua terbunuh dalam letupan bom tangan di sebuah masjid di selatan Filipina, awal pagi ini, beberapa hari selepas serangan maut di sebuah gereja Katolik, kata pihak berkuasa.*
*”Sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam masjid, membunuh dua jemaah dan mencederakan empat individu,” kata jurucakap tentera wilayah Leftenan Kolonel Gerry Besana mengenai serangan itu di Zamboanga City.*
*Katanya, letupan itu berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam masjid yang terletak dalam penempatan majoriti Islam Filipina di Kepulauan Jolo.*

🇧🇷 *BRUMADINHO: Jumlah kematian akibat empangan runtuh di komplek perlombongan Brazil meningkat kepada 84 orang semalam berbanding 65 orang.*
*Menurut pihak berkuasa, jumlah individu yang dilaporkan hilang berkurangan dari 292 kepada 276 orang.*
*Jurucakap Pertahanan Awam negeri Minas Gerais, Leftenan Flavio Godinho, berkata setakat ini sebanyak 42 mayat sudah dikenal pasti selepas usaha pencarian selama lima hari dibuat di antara lumpur.*

🇯🇴 *Amman: Setiap tahun dianggarkan 15 juta kehidupan zaman kanak-kanak remaja perempuan di seluruh dunia berakhir pada usia bawah 18 tahun, sebahagian besarnya ketika 15 tahun kerana terpaksa berkahwin pada usia terlalu muda.*
*Kemiskinan menjadi punca utama remaja perempuan berkahwin pada usia muda yang menurut UNICEF, menyebabkan mereka tidak lagi ke sekolah, secara tidak langsung mewarisi kemiskinan berpanjangan.*
*Rantau Asia Selatan mencatat statistik tertinggi, termasuk di Syria dan sejak perang bermula pada 2011, jumlah perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan pelarian Syria yang tinggal di Jordan, melonjak daripada 15 ke 36 peratus.*

🇮🇳 *Bhubaneswar: Enam lelaki ditahan di India selepas dipercayai membunuh seorang wanita bersama empat anaknya termasuk bayi berusia 10 bulan kerana dituduh mengamalkan sihir hingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan.*
*Polis berkata, wanita itu dan keluarganya diserang oleh penduduk kampung di rumahnya di selatan negeri Odisha dengan menggunakan peralatan bertani sebelum mayat semua mangsa dibuang ke dalam perigi, lapor Reuters.*
*”Mereka mengaku melakukan pembunuhan itu dan kemungkinan dua atau tiga orang lagi akan ditahan dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata jurucakap polis, Sushant Dash.*

🇸🇦 *JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Madinah serta beberapa kawasan lain di Arab Saudi mengakibatkan banjir yang turut melihat sekolah ditutup serta gangguan lalu lintas, kata pihak berkuasa.*
*Hujan lebat melanda utara dan barat Arab Saudi pada Ahad serta Isnin lalu, menyebabkan sekolah di beberapa kawasan ditutup, manakala beberapa kawasan turut dilanda ribut pasir, seterusnya menjejaskan penglihatan, lapor Arab News.*
*Menurut Saudi Gazette, jalan raya di Madinah dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan hanyut selain menjejaskan lalu lintas termasuk kemalangan kecil di beberapa laluan utama.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


👑 *ISTIADAT memuliakan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Abdulaziz, Kuantan akan bermula 6.30 pagi ini.*
*Istiadat berkenaan dimulakan dengan ketibaan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan EXCO kerajaan negeri.*
*Baginda kemudiannya berangkat ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jam 7 pagi dan baginda akan disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempersembahkan ‘Hormat Diraja’ lagu Negaraku.*

💁🏻‍♂ *SEORANG jurujual cedera di muka, jari dan badan selepas diserang tiga individu termasuk dua ‘mak nyah’ ketika sedang berkerja di sebuah farmasi di pusat beli-belah di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur, kelmarin.*
*Kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam selepas video pergaduhan berkenaan dimuat naik.*
*Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan seorang daripada ‘mak nyah’ terbabit menarik tangan jurujual berkenaan yang sedang bertugas sebelum membawanya keluar daripada premis berkenaan.*

🕋 *DATUK Seri Najib Razak dijangka mempamerkan kain kiswah Kaabah diterimanya daripada Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud pada 201 kepada khalayak.*
*Menurutnya, hadiah diterima secara peribadi daripada Almarhum Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci itu adalah kain kiswah yang digunakan untuk melindungi Kaabah bagi 2009.*
*”Pada masa ini, kain kiswah ini masih disimpan dengan baik oleh saya.*
*“Saya masih dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk mempamerkannya di suatu galeri atau muzium tempatan dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.*

🔝 *Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjadi individu yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram terbanyak di Malaysia iaitu hampir 6 juta.*
*Setakat ini, pengikut Instagram @ctdk berjumlah 5,984,150 sekali gus berjaya mengatasi rekod yang dipegang pengacara Neelofa sebanyak 5,977,561.*
*Siti berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mempunyai pengikut tertinggi sebaliknya akaun Instagram dibuat bagi memudahkan komunikasi antara dia dengan peminat.*

😭 *VOKALIS Seventeen, Ifan berkongsi perasaan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT apabila menemui foto terakhirnya bersama arwah isteri tercinta, Dylan Sahara.
*Foto yang dirakam sekitar 20 minit sebelum tragedi Tsunami Selat Sunda di Tanjung Lesung, Banten pada 22 Disember lalu adalah kenangan paling bermakna ditinggalkan Dylan buat Ifan.*
*Menerusi perkongsian dua foto dimuat naik sekitar dua jam lalu di Instagramnya (IG) iaitu bersama Dylan dan anggota Seventeen, sebanyak lebih 400,000 'likes' diterima daripada pengikutnya.*
*Manakala, sebanyak 5,207 komen berbaur ucapan semangat dan teruskan kecekalan hati menempuh dugaan Allah diterima Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah.*

🕷 *Sao Paulo: Seorang pekerja bank mengambil peluang hari terakhirnya bertugas selepas meletak jawatan, dengan memakai kostum adiwira Spider-Man.*
*Lelaki yang tidak bernama itu kelihatan bergambar di mejanya di lokasi yang tidak didedahkan di Sao Paulo, Brazil selepas berhenti kerja, lapor Daily Mail.*
*Foto serta video hari terakhir pekerja itu tular di Internet memperlihatkan dia sedang berbual bersama rakan sekerjanya, malah menjawab panggilan telefon serta membantu rakan sepejabatnya sambil memakai kostum watak terkenal itu.*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *ABU DHABI: Qatar menundukkan penyokong tempatan yang menimbulkan kontroversi membaling selipar dengan mara ke final Piala Asia buat kali pertama apabila membenam tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 4-0 sekali gus bakal menentukan gelaran terbaik Asia bertemu Jepun di Abu Dhabi, Jumaat ini.*
*Jaringan awal pembukaan daripada Boualem Khoukhi dan gol kelapan kejohanan dari penyerang Almoez Ali membolehkan Qatar mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum Hassan Al-Haydos dan Hamid Ismail melengkapkan kemenangan pada baki 10 minit permainan.*

🔝 *KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh kini dikaitkan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) selepas lebih dua bulan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu 'tanpa nakhoda' berikutan peletakan jawatan Mohd Khairi Zawi.*
*Walaupun faktor pengalaman lebih terarah kepada bekas CEO ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, namun dua daripada sembilan calon lain iaitu Pengarah Teknikal Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Profesor Madya Dr Ahmad Naim Ismail dan Timbalan Pengarah Seksyen Perkhidmatan Sosial, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Faedzal Md Ramli turut disebut-sebut menjadi calon utama.*
*Menurut sumber, pihak KBS sudah meneliti latar belakang sembilan calon yang disenarai pendek itu.*

🐂 *IPOH: Penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy sudah bersedia untuk menjadi penghalang kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada merangkul Piala Sumbangsih, Sabtu ini.*
*Hafizul Hakim berkata, dia bersama rakan sepasukan sudah bersedia  menampilkan persembahan terbaik pada perlawanan yang turut menjadi aksi pembuka tirai Liga Super 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru.*
*Menurutnya, walaupun beraksi di gelanggang lawan, dia dan rakan sepasukan akan cuba sedaya mungkin untuk menampilkan aksi bertenaga seperti ditampilkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.*

🏑 *KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berpeluang merampas kedudukan teratas Liga Perdana, Liga Hoki Malaysia daripada TNB sekiranya berjaya menewaskan Maybank, Jumaat ini.*
*Selepas lima perlawanan, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu ketika ini menduduki tangga kedua liga dengan 13 mata, kurang dua mata berbanding TNB yang lebih satu perlawanan.*
*Ketika TNB tidak akan beraksi Jumaat ini, peluang terbuka luas untuk UniKL mengungguli takhta liga dengan syarat mereka perlu menewaskan Maybank.*

🦅 *ALOR SETAR: Jumlah kutipan Tabung CAS yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menampung kos perbicaraan kes perpindahan Akhyar Rashid di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland sudah mencecah RM50,000.*
*Sejak tabung itu dilancarkan pada 3 Januari lalu, jumlahnya terus meningkat dalam tempoh kurang sebulan dan difahamkan, KFA memerlukan lebih RM100,000 untuk jumlah kos keseluruhan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Fri Feb 01, 2019 9:22 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*JUⓂAAT 1⃣ FE🅱UARℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣6⃣ JA♏ADℹLAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣9⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣9⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣6⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣3⃣0⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣8⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣4⃣0⃣*

☎ *GOA_L INI DISAJIKAN 👩🏻‍🍳LEH*
🍽 *SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_ ... 1296196953


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, hari ini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.*

🌺 *LEBIH 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuhraya Shah Alam (LSA), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SMART bakal menikmati diskaun kadar tol sempena Tahun Baharu Cina. Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) Stephen Low Chee Weng berkata, pemberian diskaun antara 10 dan 30 peratus itu akan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam Selasa ini.*

🌺 *SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina, Kumpulan Gamuda mengumumkan diskaun tol kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART). Ia membabitkan diskaun sebanyak 70 sen di LDP dan 20 sen di KESAS untuk kenderaan kelas satu, manakala diskaun 30 sen diberikan kepada pengguna kelas satu dan empat SMART bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Februari ini.*

🌺 *SIASATAN terhadap Presiden Skuad Badar serta ahlinya sudah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebarang keputusan dibuat susulan kes itu nanti akan diumumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar.*

🌺 *POLIS Kedah mengeluarkan 761 saman membabitkan enam kesalahan utama pada Op Selamat ke-14 Sempena Tahun Baharu Cina 2019 dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Superintendan Chuah Seong Lim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 676 saman adalah kesalahan pandu laju diikuti saman melanggar lampu isyarat sebanyak 50.*

🌺 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang menerima 28 aduan mengenai peniaga yang tidak meletakkan tanda harga di premis jualan mereka sepanjang bulan lalu. Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghafar, berkata aduan itu membabitkan kompaun berjumlah RM2,000 dengan nilai rampasan RM2,040.80.*

🌺 *LELAKI berjubah putih yang mencetuskan provokasi di majlis penutupan Bazar Tahun Baru Cina 8TV di Kompleks Sukan Bukit Jalil, malam tadi, disahkan positif ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kerana mengeluarkan kata-kata lucah kepada menteri.*

🌺 *ENAM lelaki ditahan selepas kegiatan curi motosikal dan pecah rumah serta restoran yang dilakukan mereka di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejak tahun lalu, akhirnya terbongkar. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata hasil operasi pertama dilakukan, polis menahan tiga remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun yang sudah tidak bersekolah dengan menggelarkan ‘Geng SYM Jajar’.*

🌺 *SEORANG anggota komando yang dalam proses ditamatkan perkhidmatan diberkas polis selepas terbabit dalam sembilan kes jenayah di tiga daerah di Kedah, Jumaat lalu. Suspek berusia 26 tahun itu terbabit dalam jenayah seperti mencuri hasil penjual nasi lemak, peniaga buah-buahan serta mengisi minyak petrol tanpa membayar sejak awal bulan ini.*

🌺 *DUA beradik perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan termasuk jubah dan tudung bernilai hampir RM1,000 di sebuah pasar raya di bandar raya ini, Ahad lalu.*

🌺 *BEKAS jurulatih pasukan terjun kebangsaan yang didakwa merogol atlet terjun wanita, dua tahun lalu, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Noradura Hamzah membuat keputusan itu terhadap Huang Qiang, 37, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.*

🌺 *ANAK lelaki menerima balasan apabila dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan ibunya hanya kerana tidak dapat makan mi segera.*

🌺 *TAKUT dicekup polis selepas mengganggu bekas teman wanitanya, lelaki bertindak menyorok di bawah kabin kontena, kira-kira sejam sebelum dia menyerah diri dalam kejadian di Taman MITC Prima, Melaka hari ini. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh terpaksa memujuk lelaki berkenaan supaya keluar.*

🌺 *PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut dalam keadaan menyayat hati akibat rentung selepas kenderaan ditungganginya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Bulat, Sarikei hari ini. Kejadian jam 2.20 petang itu menyebabkan lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu disahkan maut di lokasi kejadian selepas terperangkap di bawah bas memandangkan dokumen peribadinya turut terbakar.*

🌺 *PADAH menjadi ‘budak penghantar’ pendatang tanpa izin, seorang pembantu gerai makan dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi Melaka, hari ini. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Muhammad Al Amin Mahat, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

🌺 *SEORANG peniaga runcit di Perak disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 selepas didakwa menyeleweng dengan menyimpan barang kawalan bersubsidi melebihi tempoh sepatutnya. Tindakan diambil susulan serbuan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak ke atas premis itu yang terletak di Jalan Gopeng-Kampar dekat Ipoh, semalam.*

🌺 *SURI rumah warga China kerugian RM38,000 dipercayai ditipu individu yang menawarkan tukaran mata wang tidak wujud di Butterworth kelmarin. Dalam kejadian itu mangsa berusia 44 tahun dikatakan mahu membuat penukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) kepada mata wang Yuan China untuk dihantar kepada keluarganya di negara itu.*

🌺 *SEBUAH restoran yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam diarah tutup dua minggu bermula hari ini kerana beroperasi dalam persekitaran kotor. Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Selangor serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini.*

🌺 *SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman selepas empat awak-awaknya didapati memiliki pasport dan permit kerja dipercayai palsu. Empat awak-awak terbabit terdiri daripada dua warga Thailand dan dua warga Kemboja ditahan untuk siasatan lanjut.*

🌺 *SEORANG bekas tentera diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini bagi dua pertuduhan sebagai orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan di Taman AST pada 20 Januari tahun lalu. Hakim Madihah Harullah memerintahkan Muhammad Nizam Aripen, 37 membela diri pada 1 dan 2 April ini apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

🌺 *SEORANG pengembala lembu yang mengejar dua lelaki disyaki mencuri ternakannya, terkejut apabila menemui senapang patah buatan sendiri dengan sebutir peluru hidup, dalam kejadian di kebun kelapa sawit di Tenang, dekat Segamat. Kejadian jam 1 tengah hari, Isnin lalu, dua suspek sempat melarikan diri sebelum berjaya ditahan pasukan polis beberapa jam kemudian sehingga membawa kepada penemuan 10 butir peluru hidup.*

🌺 *EMPAT puluh lima pemilik lot perniagaan di Zon C, Terminal Melaka Sentral, Melaka diarah mengosongkan premis susulan masalah mendapan lantai dan struktur bangunan yang serius. Keputusan itu hasil laporan pemeriksaan forensik geoteknik ke atas struktur bangunan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu yang mengesahkan berlaku mendapan tanah 300 milimeter (mm) di kawasan itu.*

🌺 *BAGI mengelak ditahan pihak berkuasa, beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh di kawasan penempatan haram di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, sanggup bersembunyi di tempat pembuangan najis manusia. Tindakan itu menyebabkan badan mereka diselaputi najis dan berbau busuk, namun tetap gagal menyelamatkan diri daripada ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam Ops Gegar dan Ops Sapu, awal pagi hari ini.*

🌺 *PEMBONCENG motosikal, Muhammad Zulkairul Azhar Mohd Nawi, 23, maut diseret treler dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, malam tadi. Dalam kejadian 10.44 malam itu, lelaki berasal dari Kampung Batu 6, Jalan KTM Renok terbabit mati di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan tangan kanan.*

🌺 *DUA warga Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM3,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.*

🌺 *PADAH memiliki sebilah pisau ‘rambo’, Julai tahun lalu, seorang buruh dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Zawari Mustaffa, 36, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah mengarahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Julai 2018.*

🌺 *KANAK-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 10 minit selepas lehernya tersepit di kerusi di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pusing, Batu Gajah, hari ini.*

🌺 *KES denggi di Melaka terus mencatatkan peningkatan sehingga 181.03 peratus atau 163 kes bagi tempoh bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu. Semua kes membabitkan di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. EXCO Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong, berkata, Melaka Tengah merekodkan peningkatan tertinggi dengan 133 kes iaitu meningkat 216.7 peratus diikuti Alor Gajah.*

🌺 *SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, hari ini, atas tuduhan membunuh pengamal perubatan tradisional manakala isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana mencederakan suaminya itu, dua minggu lalu. Di Mahkamah Majistret, Shahdan Serah, 47, didakwa membunuh Muhammad Farhan Raswan, 26, di sebuah rumah di Taman Kiaramas 2 antara jam 8.50 pagi hingga 10.30 pagi, 17 Januari lalu.*

🌺 *DUA lelaki dipercayai waris tampil ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, hari ini, bagi membantu polis mengesahkan identiti lelaki yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Jelapang, dekat ini, semalam.*

🌺 *KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan yang melarang mana-mana individu mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk di kawasan berkenaan.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: E-rokok hampir dua kali ganda berkesan membantu perokok sebagai pengganti rawatan nikotin seperti tampalan, lozeng dan gam, menurut keputusan percubaan klinikal.*
*Kajian yang membabitkan hampir 900 perokok itu mendapati, 18 peratus pengguna e-rokok bebas dari rokok selepas setahun, berbanding 9.9 peratus yang cuba berhenti menggunakan produk lain.*
*”Ini adalah berita baik untuk perokok yang mahu berhenti merokok. Bukti ini persuasif,” kata Richard Miech dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat yang mengkaji e-rokok tetapi tidak terbabit dalam percubaan berkenaan.*

🇨🇴 *BOGOTA: Tujuh pendatang tanpa izin maut dan 23 lagi dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di Laut Caribbean, di luar barat laut Colombia.*
*Datuk Bandar Acandi, Lilia Cordoba, berkata bot yang membawa 18 dewasa dan 14 kanak-kanak itu karam selepas dibadai ombak besar pada awal pagi Isnin.*
*Tujuh mayat termasuk seorang kanak-kanak ditemui pada Selasa dan Rabu lalu di dua pantai di bahagian barat Choco, kata kenyataan dari tentera Colombia.*

🇺🇸 *CHICAGO: Puluhan juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) semalam berdepan dengan suhu sejuk melampau yang boleh meragut nyawa akibat pusaran kutub yang diramal melanda beberapa bahagian negara itu.*
*Cuaca melampau itu menyebabkan beberapa syarikat mengarahkan pekerja mereka berada di rumah, sekolah ditutup dan ratusan penerbangan dibatalkan.*
*Perkhidmatan Pos AS yang terkenal dengan komitmen mereka menyampaikan surat tanpa mengira keadaan cuaca juga dilaporkan menghentikan sementara penghantaran di Iowa akibat suhu sejuk melampau itu.*

🇨🇱 *SANTIAGO: Sebuah mahkamah, di sini, memenjarakan enam bekas ejen ketika regim pemerintahan diktator Chile, Augusto Pinochet terbabit dalam pembunuhan mantan presiden Eduardo Frei pada 1982.*
*Hakim Alejandro Madrid menetapkan keputusan itu selepas siasatan dibuat selama 15 tahun selain dua kali pemeriksaan forensik ke atas mayat Frei.*
*Keputusan mendapati enam defendan terbabit bersalah di atas ‘pembunuhan beracun selepas campur tangan pembedahan’ dan hukuman dikenakan antara tiga hingga 10 tahun.*

🇨🇳 *BEIJING: Sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China mengenakan denda berlari setiap hari terhadap pelajarnya sekiranya berat badan mereka didapati naik selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.*
*South China Morning Post melaporkan, idea itu bermula dari seorang guru dengan tujuan untuk memberi kesedaran terhadap pelajar sekolah terbabit mengenai pentingnya menjaga kesihatan badan.*

🇺🇸 *SAN FRANCISCO: Alphabet Inc. Google, semalam melaporkan ia bakal mematikan aplikasi iPhone selepas peranti itu membayar sebilangan pengguna untuk memasang aplikasi di telefon bertujuan mengkaji tabiat digital pengguna.*
*Langkah itu dibuat sehari selepas rangkaian media sosial Facebook Inc. mengumumkan keputusan yang sama.
Google dan Facebook dikritik oleh pakar privasi kerana mengedarkan aplikasi penyelidikan mereka melalui iPhone.*
*”Aplikasi iOS Screenwise Meter tidak sepatutnya dikendalikan di bawah program kendalian Apple. Ini adalah satu kesilapan, dan kami memohon maaf,” kata Google dalam satu kenyataan.*

🇰🇷 *SEOUL: Seorang gabenor yang juga sekutu kuat Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dijatuhi hukuman penjara dua tahun semalam, selepas didapati bersalah dalam skandal mengatur pendapat umum atas talian menjelang pilihan raya presiden pada 2017.*
*Kim Kyoung-soo, 51, didapati bersalah selepas bersekongkol dengan seorang penulis blog untuk menghasilkan lebih daripada 88 juta ‘like’ dan ‘dislike’ pada ruang komentar 76,000 berita.*
*Tujuannya adalah untuk mengatur algoritma Naver, portal terbesar Korea Selatan, bagi menonjolkan cerita yang cenderung kepada Jae-in yang ketika itu adalah calon presiden.*

🇨🇦 *OTTAWA: Kanada mengambil tindakan dengan mengurangkan kakitangannya di kedutaan Cuba selepas diplomat lain didiagnosis dengan kecederaan misteri pada bahagian otak seperti mana yang berlaku kepada beberapa wakil utusan Amerika Utara ke pulau terbabit, menurut kerajaan pada Rabu lalu.*
*Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Kanada yang dijangkiti penyakit meningkat kepada 14 orang dan 25 rakyat Amerika Syarikat, dilaporkan kesemuanya mengalami gejala pening, letih, sakit kepala, komplikasi pendengaran dan penglihatan, hilang keseimbangan badan, loya dan gagal dalam memberi tumpuan.*

🇩🇪 *Berlin: Somalia menjadi negara paling korap di dunia pada 2018 dengan Denmark menjadi negara paling bersih manakala kedudukan Amerika Syarikat pula terus jatuh dan terkeluar daripada senarai 20 negara paling bersih.*
*Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah 2018 yang dikeluarkan Transparency International, beberapa negara yang turut disenaraikan dalam kategori paling korap termasuk Syria, Korea Utara, Sudan, Afghanistan dan Libya.*
*Denmark pula menjuarai kedudukan sebagai negara paling bersih dengan mendapat 88 markah, diikuti New Zealand, Finland, Singapura, Sweden dan Switzerland.*

🇵🇭 *SEORANG bapa nekad bergelut dan menggigit kaki buaya selepas haiwan ganas itu mengheret anaknya yang berenang di sungai berhampiran rumah mereka di bandar Balabac, wilayah Palawan, Filipina.*
*Mail Online melaporkan, kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu, Diego Abulhasan, 12, berenang bersama adiknya sebelum dibaham reptilia terbabit yang cuba menyeretnya ke dasar sungai.*
*Kerana marah, Tejada terjun ke dalam sungai dan menggigit kaki buaya itu menyebabkan haiwan berkenaan melepaskan gigitannya lalu terus beredar meninggalkan mangsa.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


👦🏻 *POLIS mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan penemuan mayat kanak-kanak dengan isi perutnya diambil seperti yang ditularkan di media sosial.*
*Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya juga mengesahkan kejadian sebegitu tidak berlaku di Dusun Damai, Pagoh sebagaimana didakwa.*
*”Semakan sudah dibuat dan mendapati kes ditularkan (di media sosial) ini adalah kes yang berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu yang mana satu laporan polis dibuat susulan kehilangan seorang kanak-kanak.*

👑 *JAGA hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.*
*Itu menjadi pegangan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sekali gus menjadikannya pemerintah disayangi semua lapisan masyarakat di Pahang.*
*Baginda memegang nasihat tertulis dalam al-Quran itu sejak usia muda ketika dilantik Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975 dan hasilnya dapat dilihat ketika ini apabila baginda sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan berdamping dengan rakyat ketika susah serta senang.*

👶🏻 *PENDERITAAN keluarga Orang Asli di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, yang tinggal di pondok yang hampir runtuh di kawasan paya akhirnya mendapat pembelaan.*
*Lizawati Hashim, 36, yang baru melahirkan bayi 18 hari lalu bersyukur penderitaan keluarganya mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pelbagai agensi awam di negeri ini.*
*“Alhamdulillah, sejak kisah saya dilaporkan media dan tular, pelbagai pihak tampil memberi bantuan terutama JAKOA, begitu juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Johor yang memberi sumbangan wang.*

🍙 *KOTA KINABALU: Impian untuk memperkenalkan nasi lemak di seluruh dunia mendorong anak kelahiran Sabah mengambil langkah berani membuka kedai Nasi Lemak Nek Nong di London.*
*Pada September lalu, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 30, yang sebelum ini mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan meninggalkan negara itu untuk mengembangkan sayap dan mencari peluang perniagaan di ibu kota terbesar di United Kingdom.*
*Duzy berkata, dia mengambil keputusan untuk ke London kerana sambutan menggalakkan dari negara itu serta ramai rakyat negara ini berada di kota berkenaan dan sering mencari makanan Malaysia.*
*”Tidak seperti restoran Malaysia lain di sini (London), hidangan utama saya ialah nasi lemak berlauk panas.*

🚞 *New Delhi: Seorang lelaki yang terjatuh di atas landasan dianggap sangat bernasib baik kerana masih selamat apabila sempat berbaring ketika sebuah kereta api bergerak laju di atasnya.*
*Dalam kejadian yang berlaku di stesen kereta api Bihar, India pada Ahad lalu itu, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berbaring di atas landasan selama beberapa saat.*
*Rakaman kejadian itu dirakam seorang penumpang dan ia segera tular di media sosial di India dengan ramai yang menganggap lelaki berkenaan sebagai sangat bernasib baik.*


*ARENA* ⏱
========


🔝 *LIVERPOOL: Jurgen Klopp enggan dirinya dibeban rasa kecewa sekali pun berang Liverpool tidak dianugerahkan penalti ketika seri 1-1 dengan Leicester City di Anfield, awal pagi tadi.*
*Keputusan yang hadir selepas 24 jam pencabar utama kejuaraan Liga Perdana, Manchester City tewas kepada Newcastle menyaksikan skuad kendalian Klopp mengukuhkan kedudukan di puncak liga kepada lima mata.*

⭐ *REAL Madrid enggan mengalah dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford dalam rundingan bernilai £100 j (RM538 juta).*
*Penyerang itu yang kini masih dalam peringkat perbincangan kontrak baru dengan Manchester United sehingga musim depan.*
*Ketika rakan sepasukannya, Anthony Martial bersetuju mengikat kontrak baru selama lima tahun, Rashford masih menunggu sebelum membuat sebarang keputusan.*

🏁 *SEPANG: Hafizh Syahrin Abdullah mahu memanfaatkan tempoh ujian pramusim selama enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok untuk lebih memahami jentera baharunya, KTM RC16.*
*Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, buat masa ini dia masih menghadapi beberapa isu antaranya mengawal jentera ketika keluar dari selekoh namun percaya masalah itu dapat diselesaikan di Sepang.*
*”Kami perlu dapatkan pelarasan motosikal supaya lebih lancar dan senang untuk keluar di selekoh sebab jentera KTM ini menggunakan enjin V4 seperti yang digunakan Ducati dan beberapa jentera lain.*

💸 *KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengambil maklum mengenai rungutan penyerang Perlis, Safee Sali yang masih belum menerima gaji pertamanya sejak menyertai skuad Singa Utara awal Disember lalu.*
*Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata, penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu ada menghubungi pihaknya bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung tunggakan gaji yang kini memasuki bulan kedua.*

🚴🏻‍♂ *KUALA LUMPUR: Bukan kroni. Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan syarikat pengurusan acara, Human Voyage (M) Sdn Bhd dipilih menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 berdasarkan faktor kos perbelanjaan kompetitif dan tajaan besar dikemukakan syarikat itu.*
*”Kriteria pemilihan semua dilakukan menerusi proses tender terbuka seiring dengan perincian baru kerajaan baru. Saya sebagai seorang menteri tidak boleh duduk dalam jawatankuasa pemilihan tender.*

⚽ *KUALA LUMPUR: Sekalipun teruja dengan kepulangan kali keduanya ke PKNS FC namun Gabriel Guerra menegaskan kemenangan secara berpasukan lebih penting berbanding rekod peribadi.*
*Jelas pemain berusia 26 tahun dari Argentina itu, dia enggan mengejar sasaran peribadi sebaliknya akan menerapkan corak permainan berpasukan bagi memastikan skuad Semut Merah dapat membuka kempen musim ini dengan langkah kanan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Feb 06, 2019 10:25 am

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 6⃣ FE🅱UARℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣ JA♏ADℹLAKHI® 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣6⃣0⃣0⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣1⃣0⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣6⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣3⃣0⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣5⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣9⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣4⃣0⃣*

*artikel disiarkan pada tarikh 5feb19*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan supaya golongan muda Tionghua mengekalkan amalan dan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina secara turun-temurun. Baginda memberi pesanan berkenaan menerusi kunjungannya bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ke kediaman Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Senibong Cove, Johor Bahru, hari ini.*

🌺 *ORANG ramai yang meninggalkan premis untuk bercuti di musim perayaan dinasihatkan supaya tidak menampal notis pemberitahuan kerana tindakan itu boleh mengundang musibah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, amalan menampal notis di luar pintu utama premis perniagaan khususnya, seolah-olah mengundang kehadiran penjenayah untuk melakukan kegiatan pecah masuk premis.*

🌺 *ORANG ramai dinasihatkan tidak membawa pulang anjing dari kawasan lain ke mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit rabies atau anjing gila. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, diingatkan kepada orang ramai bahawa pewartaan daerah LMS sebagai kawasan jangkitan sehingga kini masih berkuatkuasa dan belum ditarik balik sejak ia diwartakan pada 14 Januari lalu.*

🌺 *ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam yang dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Perkara itu dikongsikan anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi akaun Twitternya yang merakamkan kehadiran Dr Siti Hasmah dan ditemani isteri Timbalan Presiden PKR itu, Datin Seri Shamsida Taharin di sebuah bilik hospital. Bagaimanapun Farah Amira tidak mendedahkan jenis pembedahan dan di mana bapanya mendapatkan rawatan.*

🌺 *ALIRAN trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 6 petang ini. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Seberang Jaya ke Perai, Tapah ke Gopeng, Perak dan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar hingga ke Bukit Beruntung, Selangor. "Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.*

🌺 *KEMENTERIAN Pendidikan akan mendapatkan maklumat daripada Wisma Putra dalam usaha mengenal pasti sama ada terdapat pelajar atau penuntut Malaysia terjejas akibat bencana banjir melanda wilayah utara Queensland, Australia. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sekiranya ada pelajar atau penuntut terjejas, pihaknya akan mengambil tindakan segera. "Sehingga kini, kami belum menerima laporan rasmi berkaitan kejadian itu.*

🌺 *POLIS menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki memiliki senjata tajam dan dadah di kawasan Jalan Temenggong 10, Taman Ungku Tun Aminah dekat Skudai, Johor Bahru, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun itu ditahan selepas polis menemui mereka dalam keadaan mencurigakan.*

🌺 *SEBUAH rumah teres satu tingkat di Jalan Cemara 3/3B Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, Selangor, terbakar, kira-kira jam 4 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 pagi. "Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.*

🌺 *TIGA rentung sejurus kereta mewah model BMW dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 6.9, Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) jam 5.40 petang tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 5.46 petang.*

🌺 *BARU nak keluar meronda kena cekup pula. Itu yang berlaku terhadap sekumpulan warga asing apabila mereka dicekup dalam operasi di kawasan parkir bas, Penang Sentral, Butterworth hari ini. Dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu, 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tiada dokumen sah.*

🌺 *AKIBAT tertekan ibu tersayang meninggal dunia, wanita bertindak membunuh diri di rumah di Taman Chip Aik, Seremban, semalam. Dua beranak terbabit ditemui mati bersama di rumah berkenaan. Sumber polis berkata, wanita berusia 58 tahun terbabit nekad menggantung dirinya menggunakan tali pada bingkai tingkap dalam bilik.*

🌺 *KEMENTERIAN Pendidikan menjelaskan sebuah sekolah di Negeri Sembilan tidak pernah memaksa seorang muridnya mengikuti Pendidikan Islam seperti dilaporkan sebuah portal berita dan beberapa media lain. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya semakan Kementerian Pendidikan mendapati murid terbabit mengikuti subjek Pendidikan Moral sejak dia memulakan persekolahan pada 2017.*

🌺 *PEMANDU van kilang yang terbabit dalam kemalangan di Taman Wuduri Sungai Bakap, Nibong Tebal pagi semalam didapati positif dadah methamphetamine. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafie Abdul Samad berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan polis selepas kemalangan yang menyebabkan seorang wanita maut manakala empat lagi cedera selepas van kilang dinaiki terbabas dalam kejadian jam 6.50 pagi.*

🌺 *PENDUDUK di Tanjung Maling, Sibu, gempar dengan penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Batang Rajang, hari ini. Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk 8.30 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mayat itu dijumpai terapung dan hanya berseluar dalam.*

🌺 *JURUJUAL di Kuantan berputih mata apabila kerugian RM136,000 selepas diugut sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki pada 29 Disember tahun lalu yang memaklumkan nombor telefon rumahnya terbabit dengan kes judi dalam talian haram.*

🌺 *OPERASI dan rondaan akan terus dilaksanakan pihak polis di sepanjang lebuh raya di negeri ini bagi mengesan penunggang motosikal Singapura mahu pun tempatan yang tidak mematuhi undang-undang. Tindakan penguatkuasaan pula akan segera diambil sekiranya penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sengaja menutup nombor plat bagi mengelak dirakam kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kerana menunggang melebihi had laju ditetapkan.*

🌺 *DUA lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kejadian pecah rumah di kondominium di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, berdasarkan maklumat diperolehi, anggota Balai Polis Cheras menahan dua suspek berusia 24 tahun itu ketika menaiki motosikal di Tamam Segar, Cheras, Jumaat lalu.*

🌺 *PEMANDU pacuan empat roda yang putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 66, Jalan Beluran-Telupid, Sandakan, semalam, menafikan kenderaan yang dipandunya memasuki lorong bertentangan. Sebaliknya, Rawny Alivat Taha, 33, berkata, kenderaan mereka berada di lorong betul tetapi dirempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan.*

🌺 *DUA lelaki warga tempatan ditahan polis, semalam selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan kegiatan peras ugut terhadap mangsa. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, sepasukan polis yang bertindak atas maklumat menahan salah seorang suspek di susur keluar Lebuhraya Kota Tinggi - Johor Bahru di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.*

🌺 *SEBARANG pengumuman berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hanya akan dibuat selepas perbincangan mengenainya dimuktamakan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Sehubungan itu, katanya, sebarang maklum balas mengenai ECRL hanya akan dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selagi rundingan mengenainya belum dimuktamadkan.*

🌺 *SERAMAI 117 individu ditahan dalam serbuan parti persendirian di premis hiburan di Metro Pudu, Kuala Lumpur, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, 15 pegawai dan 120 anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, membuat pemeriksaan di premis berkenaan.*

🌺 *SEORANG wanita cedera di kepala selepas kepalanya dibaling tabung oleh suami susulan pergaduhan berlaku di rumah mereka di Taman Len Sen, Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, mangsa berusia 50-an cedera di kepala, manakala suaminya cedera ringan di bahagian lengan kiri. Difahamkan kejadian berpunca pertengkaran antara suami isteri terbabit yang tidak diketahui punca sebelum bertukar menjadi ganas.*

🌺 *LIMA laporan polis dibuat Pemuda Amanah Negeri Melaka, Amanah Kawasan Alor Gajah, Angkatan Wanita (AWAN) Alor Gajah serta Pemuda Amanah Kawasan Alor Gajah terhadap Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek yang didakwa memfitnah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta kerajaan negeri. Semua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.*

🌺 *TIMBALAN Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan individu bahawa beliau menipu rakyat dengan menyatakan ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Cambridge. Marzuki berkata, pihaknya akan mengemukakan bukti bahawa beliau pernah mengikuti kursus dalam bidang itu di universiti berkenaan.*

🌺 *TINDAKAN tokan dadah menyewa rumah di Naka, Padang Terap untuk menjalankan kegiatan menjual bekalan itu kepada pelanggan bagi mengaburi pihak berkuasa sejak tujuh bulan lalu gagal apabila diserbu polis semalam. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap yang menerima maklumat awam dan hasil risikan bertindak menyerbu rumah itu jam 8.30 pagi dalam Op Tapis.*

🌺 *SELEPAS hampir enam bulan diburu, lelaki yang menyerang dan memukul lelaki dikenalinya dengan kayu dan pisau Ogos lalu ditahan hari ini. Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah bangsal di Kampung Sungai Siput, Lubok Merbau, Naka, Padang Terap jam 2.45 pagi bagi membantu siasatan susulan mangsa berusia 30 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sik sebelum ini.*

🌺 *PUSAT Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kota Tinggi mengalami kerugian RM200,000 berikutan kehadiran gajah liar yang memusnahkan tanaman dan kemudahan di sekitar kawasan itu.
Difahamkan, kehadiran sekumpulan gajah liar jam 10 malam hingga awal pagi Ahad lalu itu, menyebabkan berlakunya kerosakan pada pagar keselamatan selain tanaman di laluan pintu masuk pusat itu.*

🌺 *BERANG bekas tunangnya memutuskan hubungan mereka sejak Julai lalu menyebabkan lelaki itu tergamak menghubungi wanita terbabit dan mengugut ingin membunuhnya minggu lalu. Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 25 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan polis di tepi jalan di Taman Anggerik, Jalan Junjong, Kulim jam 1.15 pagi tadi.*

🌺 *SEBANYAK 15,790 kes denggi direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga Ahad lalu dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi. Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menunjukkan 9,210 kes denggi dilaporkan di Selangor diikuti Johor (1,284), Kuala Lumpur (1,217), Pulau Pinang (1,177), Sabah (543) dan Perak (422). Kes paling rendah adalah di Labuan dengan lapan kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

🌺 *TINDAKAN lelaki warga emas meneruskan kerja dalam keadaan gelap di hutan berakhir tragedi selepas dihempap pokok, malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, Kalom Manggai, 65, yang berasal dari Rumah Panjang Ansat, Pakit B, Sri Aman, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak melaporkan ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya sedang memotong kayu di kawasan hutan itu untuk dijadikan papan.*

🌺 *SUAMI isteri warga Russia yang ditahan polis selepas paparan video mereka melambung bayi perempuan ketika membuat persembahan muzik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi tujuan mengemis, dibebaskan dengan jaminan, hari ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Deputi Superintendan M Gunalan, pasangan yang masing-masing berusia 27 dan 28 tahun itu dibebaskan selepas pemeriksaan doktor terhadap bayi mereka selesai.*

🌺 *CUBAAN dua lelaki untuk menyeludup 20 guni berisi benih kerang bernilai RM100,000 ke negara jiran gagal apabila kereta Proton Perdana yang dinaiki mereka ditahan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kilometer 4.8 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Changlun, malam tadi. Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 35 tahun itu dipercayai memandu kereta yang disyaki bernombor pendaftaran palsu dengan membawa benih kerang dari Batu Kurau, Perak untuk dibawa ke Thailand.*

🌺 *PEMUDA sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata mahu mencuri kabel di pencawang elektrik di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), Bintulu, kelmarin. Bagaimanapun, perbuatan suspek berusia 31 tahun berjaya dikesan anggota Polis Bantuan Lembaha Kemajuan Bintulu (BDA) yang kebetulan menjalankan rondaan di lokasi kejadian pada 12.20 malam sebelum menahannya.*

🌺 *KERETA milik wanita yang diletakkan di ruang parkir Kuarters Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands disimbah asid, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Uni berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 46 tahun berhubung kejadian itu semalam.*

🌺 *LELAKI yang memiliki senjata buku lima antara 10 lelaki ditahan dalam Operasi Bersepadu di tiga lokasi di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran simpang empat Pusing, Batu Gajah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan lelaki berusia 20 tahun berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Seri Pengkalan, Pusing sebelum menemui senjata itu di dalam bakul motosikalnya.*

🌺 *LELAKI maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh pokok dalam kemalangan di jalan susur berhampiran bulatan Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu hari ini. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Andy Mahaga Sipawi, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya.*

🌺 *EMPAT pelancong China mengharungi detik mendebarkan selepas tersesat selama tiga jam ketika melawat Taman Negara Bako, Kuching, semalam. Kejadian itu dimaklumkan kepada bomba selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat seorang daripada mangsa pada 3.47 petang. Komander Operasi, Mosli Salim berkata, sejurus menerima maklumat, pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇳🇱 *BEKAS ahli parlimen nasionalis Belanda dan orang kanan ahli politik anti-Islam, Geert Wilders, memeluk Islam, lapor media hari ini.*
*Joram van Klaveren menjalankan kempen menentang Islam tanpa henti selama tujuh tahun di dewan rendah parlimen di Belanda sebagai pembuat dasar parti Wilders' Freedom Party (PVV).*
*"Ketika itu, "pelampau terbabit menuntut larangan burqa dan menara masjid. Beliau tidak mahu sebarang elemen Islam atau paling kurang elemen Islam yang sebolehnya di Belanda,” menurut akhbar tabloid Algemeen Dagblad (AD).*
*"Tindakan beliau memeluk Islam mengejutkan ramai kawan dan musuh,” menurut akhbar AD.*

🇺🇸 *SACRAMENTO (AS): Lima maut dengan dua daripadanya penghuni sebuah rumah akibat dihempap pesawat ringan yang terhempas di satu kawasan perumahan di bandar Yorba Linda, California, kelmarin.*
*Asap tebal kelihatan menjulang dari lubang bumbung rumah yang terbakar selepas pesawat itu dipercayai jenis sebagai Cessna, terhempas di atas kediaman berkenaan.*
*CNN melaporkan jurucakap Jabatan Sherif Daerah Orange, Leftenan Kolonel Cory Martino berkata, nahas mengorbankan dua pemilik rumah dan dua individu lagi.*
*Martino mengesahkan juruterbang berkenaan adalah mangsa kelima yang terbunuh.*

🇫🇷 *Paris: Seorang wanita ditahan berkaitan kebakaran bangunan mewah di tengah bandar raya ini menyebabkan lapan terbunuh, hari ini.*
*Pendakwa raya Paris, Remy Heitz, berkata polis menganggap kebakaran itu adalah perbuatan khianat.*
*Menurutnya, wanita yang ditahan itu tinggal di bangunan di Daerah Ke-16 yang terbakar.*
*”Seorang wanita ditahan berhubung kejadian itu,” kata Heitz.*

🇺🇸 *Denver: Seorang lelaki yang berjoging di kawasan bukit Gunung Horsetooth di sini, bertarung dengan singa gunung yang menerkamnya sebelum dia membunuh haiwan itu.*
*Menurut pihak berkuasa, lelaki itu yang tidak dinyatakan identitinya berjoging di laluan joging pergunungan itu yang terletak lebih 100 kilometer dari sini.*
*Seekor singa gunung yang masih muda menyerangnya dari belakng, menggigit serta mencengkam leher, muka, belakang, kaki dan lengan mangsa.*
*Kenyataan Jabatan Perlindungan Taman dan Hidupan Liar Colorado (CPW) hari ini, tidak menyatakan bagaimana lelaki berkenaan membunuh singa itu.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *Gibraltar (Britain): Sepasukan polis yang berkejar ke pantai selepas menerima panggilan kecemasan dari sebuah bot yang karam terkejut apabila menemui puluhan bungkusan besar berisi ganja yang terdampar di pantai, minggu lalu.*
*Mail Online melaporkan, dalam kejadian pada Sabtu lalu, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi (waktu tempatan) dari sebuah bot getah yang hampir karam di Laut Mediterranean.*
*Ketika pengawal pantai Sepanyol menyelamatkan tiga penumpang bot itu dan membawa mereka ke sebuah hospital di Algericas, polis Britain membuat pemeriksaan di pantai.*

🇺🇸 *Los Angeles: Hawaii bercadang menaikkan had umur mereka yang dibenarkan membeli rokok kepada 100 tahun.*
*Usul diperkenalkan calon Demokrat tempatan, Richard Creagan, jika diterima dijangka berkuatkuasa menjelang 2024.*
*Hawaii dikenali sebagai antara negeri di Amerika Syarikat yang tegas dengan undang-undang penjualan rokok.*
*Melalui undang-undang sedia ada, hanya mereka yang berusia 21 tahun boleh membeli rokok di Hawaii manakala usia minimum di seluruh Amerika ialah 18 atau 19 tahun.*

🇺🇸 *WASHINGTON: Seorang banduan Islam yang menunggu hukuman mati di Alabama ‘bergelut’ dengan waktu dengan harapan agar permintaan terakhirnya untuk mendapatkan seorang imam menemani perjalanan terakhirnya di bilik hukuman ditunaikan.*
*Domineque Ray, 42, dijadualkan menjalani hukuman suntikan maut, hampir 20 tahun selepas dia dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan merogol dan membunuh remaja berusia 15 tahun di Selma, pada 1995.*
*Ray yang juga disabitkan kesalahan melakukan dua pembunuhan membabitkan dua orang remaja lelaki setahun sebelumnya, sudah memeluk Islam sejak dia ditahan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


🐓 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan laporan mengenai ayam didakwa tidak disembelih dibeli seorang pelanggan dari sebuah pasar raya di Kuala Berang, Kuala Terengganu, yang tular hari ini adalah kes lama.*
*Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan kes itu dan membuat pemeriksaan di pasar raya berkenaan pada tahun lalu sejurus dimaklumkan mengenai laporan berkenaan.*
*Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil kerana hasil pemeriksaan mendapati pasar raya berkenaan mematuhi segala peraturan dan mereka mendapat bekalan ayam daripada pembekal yang mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).*

👊🏻 *SEORANG penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka menjadi mangsa samseng jalanan apabila diserang dan ditumbuk tiga individu, semalam.*
*Difahamkan, kejadian berlaku pada 9 pagi di atas jambatan jalan pantai dari Dataran 1Malaysia Klebang ke bandar Melaka.*
*Rakaman mengenai kejadian itu yang berdurasi seminit 17 saat, turut tular di media sosial, memaparkan tiga lelaki menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HRV memotong dan menghalang laluan mangsa sebelum menumbuknya.*
*Dia mendakwa samseng jalanan itu turut menyepak kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dan memukul cermin hadapan tetapi tiada kerosakan.*

📞 *AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.*
*Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).*
*"Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *LONDON: Pendahulu Liga Perdana Liverpool mempunyai kualiti untuk menamatkan kemarau trofi sejak 1990 tetapi mesti teguh bekerjasama bagi menafikan hasrat cabaran juara bertahan Manchester City, menurut kapten West Ham United, Mark Noble.*
*Liverpool hanya mampu seri 1-1 menentang West Ham awal pagi tadi dan mengumpul 62 mata daripada 25 perlawanan sekali gus hanya tiga mata membezakan mereka dengan City.*
*Keputusan seri itu yang kedua berturut-turut selepas diikat Leicester City minggu lalu dan Noble menganggap kemerosotan Liverpool akibat harapan terlalu tinggi kelab itu sendiri.*

⚽ *LONDON: Harapan Manchester City untuk terus kekal dalam buruan juara Liga Perdana bergantung kepada bagaimana juara bertahan itu mengharungi cabaran lima hari selepas ini apabila menentang Everton dan Chelsea, menurut pemain tengah Bernardo Silva.*
*City kini memiliki 59 mata daripada 25 perlawanan dan ketinggalan hanya tiga mata di belakang pendahulu Liverpool yang seri 1-1 di West Ham awal pagi tadi.*
*Silva menegaskan City perlu mengambil peluang sebaiknya apabila menentang Everton pada awal pagi Khamis.*

⭐ *BARCELONA: Lionel Messi belum pasti dapat beraksi menentang Real Madrid di tempat sendiri dalam saingan peringkat pertama Copa del Rey akibat kecederaan kaki kanan ketika seri 2-2 menentang Valencia dalam aksi liga Sabtu lalu.*
*Barcelona tidak menyatakan dengan terperinci keadaan Messi walaupun laporan menyatakan kecederaan itu tidak serius sehingga dia tidak boleh beraksi di Nou Camp.*
*Kecederaan itu dialami apabila diasak keras pertahanan Valencia, Antonio Lato pada separuh masa kedua, Sabtu lalu.*
*Messi terlepas perlawanan ketika Barcelona membelasah Madrid 5-1 dalam aksi liga di Madrid pada Oktober lalu akibat patah lengan kanan.*

💸 *BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun di Sepanyol kerana terbabit dalam penipuan cukai.*
*Dia bagaimanapun berkemungkinan tidak dipenjarakan kerana Sepanyol tidak menguatkuasakan undang-undang itu sekiranya kurang daripada dua tahun.*
*Pengurus dari Portugal itu dituduh berhutang dengan pihak berkuasa percukaian Sepanyol sebanyak €3.3j (RM15.3 juta).*
*Mourinho akan menjelaskan denda cukai dilaporkan sebanyak €2j (RM9.3 juta) sebagai hukuman penggantungan penjara itu.*

💥 *PEMAIN sayap Juventus dan Brazil Douglas Costa terselamat daripada mengalami kecederaan teruk selepas keretanya terbabit dalam kemalangan.*
*Insiden berlaku di lebuhraya di utara Itali, semalam ketika pemain terbabit dalam perjalanan pulang ke Turin.*
*Kenderaan jenis Jeep Cherokee dinaiki terbabit dalam perlanggaran dengan kereta Fiat Punto menyebabkan pemandunya dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.*

🛩 *LONDON: Pasukan ‘pemburu kapal karam’ yang menemui bangkai pesawat membawa Emiliano Sala berkata adalah penting membawa keluar pesawat itu daripada dasar Selat Inggeris demi keluarganya selepas penyelam mendapati terdapat mayat di dalam bangkai pesawat itu.*
*Saintis Marin, David Mearns secara sukarela membantu keluarga Sala selepas usaha mencari oleh beberapa agensi menemui jalan buntu.*
*Pasukannya berjaya menemui bangkai pesawat pada kedalaman 220 kaki di dasar laut.*
*Imej bangkai pesawat itu disiarkan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) hari ini dan mendedahkan terdapat mayat sama ada Sala atau juruterbang David Ibbotson di dalamnya.*

🎌 *APABILA seorang pemain berpindah kelab, menjaringkan gol dalam tempoh hanya 20 saat mungkin satu cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada penyokong kelab.*
*Bekas pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa melakukannya apabila dia tampil dari bangku simpanan buat kelab terbarunya Besiktas susulan perpindahan secara pinjaman dari Borussia Dortmund.*
*Jika ia tidak mencukupi, dua minit kemudian dia menambah gol kedua peribadi ketika kelab Turki itu menang besar 6-2 di Antalyaspor dalam aksi Liga Super Turki, awal pagi tadi.*

💰 *Kuala Lumpur: Belum ada sebarang aduan rasmi dikemukakan oleh barisan pemain Perlis kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) susulan isu tunggakan gaji selama hampir dua bulan yang masih gagal dibayar oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).*
*Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail yang masih menanti aduan rasmi daripada pemain berkenaan.*
*”Ada pemain yang memang sudah berhubung dengan PFAM dan mereka juga sudah tahu apa yang perlu dilakukan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Tue Feb 26, 2019 6:23 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*SEL🅰SA 2⃣6⃣ FE🅱UARℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣1⃣ JA♏ADℹLAKHI® 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*
q
*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱uEVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣9⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣9⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣3⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣9⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣4⃣5⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣9⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣8⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 25feb*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *LEMBAGA Tabung Haji (TH) kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan tidak berubah dengan pengenalan syarikat tujuan khas (SPV) seperti yang sudah dipersetujui Kabinet. Susulan itu, dakwaan dan tuduhan mengatakan TH dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. "TH dilemparkan dakwaan dan tuduhan iaitu bidang kuasa TH dipindahkan daripada JPM kepada Kementerian Kewangan.*

🌺 *SURUHANJAYA Siasatan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan wang RM90 juta yang didakwa daripada 1Malaysian Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun PAS. Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.*

🌺 *DUA lelaki dipercayai terbabit dengan kes jenayah bermotosikal yang melakukan samun di beberapa lokasi di Selangor sudah ditahan polis. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan lokasi tangkapan dilakukan. Menurutnya, ia bertujuan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut dan mengesan baki suspek lain yang terbabit dengan kegiatan jenayah itu.*

🌺 *LIMA kanak-kanak positif jangkitan kuman difteria yang dikuarantin di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, dilaporkan stabil. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahrudin Jamal berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, semua kanak-kanak itu masih dirawat di wad berkenaan.*

🌺 *SERAMAI 858 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menunaikan tanggungjawab mereka di dua pusat pengundian yang akan dibuka esok. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, 761 anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan akan mengundi di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih. Manakala 97 anggota keselamatan terbabit lagi mengundi di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.*

🌺 *Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang tukang gunting rambut warga Vietnam selepas dia mengaku bersalah memiliki pisau sepanjang 24 sentimeter tanpa permit di tempat awam di sini bulan lepas.*

🌺 *SUASANA riuh-rendah penyokong bola sepak menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di sebuah restoran di Taman Telipok Ria, Tuaran, bertukar cemas apabila sebuah pasar raya terletak bersebelahan terbakar. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, kepulan asap tebal dan api yang marak di tingkat atas pasar raya itu disedari beberapa pengunjung restoran yang kemudiannya segera mengalihkan kenderaan masing-masing.*

🌺 *POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun membabitkan rumah yang sedang diubah suai di Taman Mewah Jaya, Klang, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di rumah itu, 10.40 pagi. "Ketika kejadian, mangsa dan seorang lagi rakannya sedang melakukan kerja mengubah suai rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki.*

🌺 *HANYA dalam beberapa saat, seorang ibu yang berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya dikejutkan dengan jeritan anak tunggal yang melecur apabila teh o panas dalam gelas tumpah ke badan kanak-kanak itu. Nor Hayati Yazid, 23, berkata, kejadian 2 petang semalam di rumahnya di Kempas, Johor Bahru ketika dia membancuh teh o untuk suaminya, Mohd Azarul Alaudin, 29, yang baru pulang dari kerja.*

🌺 *SEORANG kelindan lori maut selepas dilanggar tayar yang dipercayai tercabut daripada treler di Kilometer (KM) 372.8 arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Slim River hari ini. Difahamkan, lokasi itu berhampiran tempat kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu lori terbakar, Sabtu lalu iaitu KM 372 arah utara.*

🌺 *PESARA terkejut apabila Toyota Vios milik anak perempuannya yang diparkir di halaman rumah dekat Jalan Jasa 9/3, Taman Mutiara Rini, Skudai di Johor Bahru, hilang. Lelaki berusia 65 tahun itu yang membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Rini sejurus menyedari kehilangan kenderaan itu kemudian mendapati pagar bahagian belakang rumah dipotong, manakala kunci kereta yang diletakkan di tepi pintu turut hilang.*

🌺 *RUMAH dua tingkat separa batu dan kayu di Kampung Raja, Mukim Jeram, Jitra musnah dalam kebakaran hari ini. Ketika kejadian 2 petang itu, empat beradik di rumah berkenaan yang berusia 20 hingga 28 tahun sempat keluar menyelamatkan diri selepas menyedari rumah mereka dijilat api. Ketika kebakaran, pemilik rumah itu, Abdul Razak Kassim, 53, yang juga pesara tentera bersama isterinya tiada di rumah kerana ada urusan.*

🌺 *LEBIH 20 pesawah padi mengalami kerugian RM40,000 apabila padi yang diusahakan mereka dimusnahkan kerbau di Kampung Kok Kiak, Bukit Bakar, Machang. Masalah itu berlanjutan lebih 20 tahun lalu apabila kerbau peliharaan penduduk kampung dilepas bebas hingga memasuki sawah padi penduduk dan merosakkan tanaman.*

🌺 *ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim yang meninggal dunia dipercayai akibat diserang dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, pada hari keenam dia dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN, Datuk Dr Suneta Sulaiman berkata, Muhammad Adib mula menggerakkan kepala dan membuka mata serta mengikuti arahan diberikan pada hari itu.*

🌺 *TINDAKAN lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol, tidur di tengah jalan, berakhir tragedi selepas maut dirempuh kereta, semalam. Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an ditemui maut di Kilometer 60 Jalan Miri - Bintulu, di Bintulu.*

🌺 *“SELEPAS melihat api marak, saya terus memangku anak bongsu berusia empat tahun keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” kata Wan Hassan Wan Ahmad selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Bagus, Rantau Panjang, hari ini. Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari tadi, Wan Hassan, 45, bersama anak bongsu daripada lima beradik itu sedang berehat di bilik mereka sebelum terhidu bau asap dan terkejut melihat salah satu bilik rumahnya sudah dipenuhi api yang sedang marak.*

🌺 *IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan 13,914 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 tahun lalu. Hasil tangkapan itu menunjukkan peningkatan sehingga 27 peratus berbanding 2017 yang mencatatkan 10,894 tangkapan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, daripada tangkapan itu, pihaknya merampas 201.9 kilogram syabu, lima kilogram ganja, 411.69 gram ketamin, 351 pil ekstasi dan enam kilogram daun ketum.*

🌺 *KEBANJIRAN iklan menawarkan proses pinjaman ekspres tidak sampai 24 jam dan kadar bayaran bunga serendah satu peratus menyebabkan orang ramai terjerumus dalam perangkap Ah Long. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bimbang masalah itu menjadi semakin serius, polis bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengadakan operasi menurunkan iklan berkenaan yang dipasang tanpa kebenaran.*

🌺 *SUDAH dua kali diserbu dan dikenakan kompaun, tetapi seorang peniaga di perkarangan pusat beli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang tidak serik menjual kasut berjenama tiruan. Hari ini, premis peniaga berkenaan diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri buat kali ketiga dengan 1,369 kasut pelbagai jenama tiruan dianggarkan bernilai RM68,450 dirampas dalam serbuan jam 12 tengah hari tadi.*

🌺 *TAKTIK sindiket memproses dadah yang menjadikan rumah teres dua tingkat dilengkapi pengawal keselamatan sebagai lokasi operasi terbongkar apabila sembilan suspek termasuk seorang wanita warga emas ditahan dalam serbuan di Setia Alam, Shah Alam, Khamis lalu. Serbuan dijalankan kira-kira 12 tengah hari oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.*

🌺 *SEORANG wanita kerdil warga Vietnam yang terbabit kegiatan persundalan di sebuah rumah urut di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, antara lapan individu ditahan pihak berkuasa, hari ini. Wanita itu yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah bersama empat lagi rakan senegara serta tiga wanita tempatan ditahan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) 2.0 Siri 8, dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).*

🌺 *SINDIKET perjudian jenis ‘See Go Lak’ dan sabung ayam didapati bergiat aktif apabila menjadikan kebun durian dekat Sungai Tiram, Johor Bahru sebagai lokasi rahsia melakukan aktiviti itu sejak sebulan lalu. Ia terbongkar selepas polis menjalankan serbuan 1 hingga 3 pagi hari ini dan menahan 55 individu termasuk wanita di kawasan kebun berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 65 tahun.*

🌺 *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan mengesan terdapat peningkatan dalam jumlah penagih baharu berbanding penagih berulang berikutan strategi pemasaran pengedar dadah menggunakan golongan muda sebagai ‘rekrut’ baharu. Pengarahnya Rahayu Ahmad berkata, pihaknya mendapati penagih muda mula terjebak dalam penagihan seawal usia 15 tahun kerana terpengaruh dengan rakan atau kenalan yang juga pengedar dadah. "Golongan remaja lebih terdedah dengan dadah jenis pil kuda (Metaphetamine) berbanding golongan berusia yang menagih heroin dan morfin.*

🌺 *RAKYAT tetap membayar kos membabitkan pemansuhan tol, walaupun ia dibayar oleh kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan perlu membeli kepentingan dalam konsesi lebuh raya menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat dan akhirnya rakyatlah yang membayar kos itu, walaupun ia melalui kerajaan. Justeru, katanya, ia akan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk membiayai projek pembangunan lain yang juga diperlukan rakyat.*

🌺 *PEMBERI pinjaman wang tanpa lesen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan mengugut dan mengganggu peminjam serta ahli keluarga, Januari lalu. Lelaki itu, K Gunaseelan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim G Ramesh.*

🌺 *SEBANYAK 139 kilang kitar semula sisa plastik diarah tutup oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, sejak Januari lalu. Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 108 premis dikesan menjalankan operasi secara haram manakala selebihnya gagal mematuhi peraturan ditetapkan. Menurutnya, kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan pihaknya bersama beberapa agensi berkaitan.*

🌺 *TIGA lelaki yang juga sahabat terlepas hukuman gantung mandatori selepas Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini, melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap S Mathavan,33; S Logeswaran,34, dan L Keleman,33.*

🌺 *KES demam denggi di Perak merekodkan peningkatan iaitu sejumlah 633 kes sehingga 23 Februari tahun ini, berbanding 521 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A.Sivanesan berkata sepanjang dua tempoh itu, dua kes kematian direkodkan akibat denggi iaitu masing-masing di daerah Kinta dan Manjung.*

🌺 *PROJEK Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) hanya akan diteruskan sekiranya harga yang ditawarkan bersesuaian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, ketika ini Malaysia tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Beliau berkata, Malaysia berharap untuk mengeluarkan perbelanjaan kurang daripada kos yang ditawarkan iaitu lebih RM55 bilion.*

🌺 *WANITA orang kurang upaya (OKU) berusia 26 tahun meninggal dunia dipercayai didera abang iparnya di Taman Sentosa, Klang Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan daripada suspek berusia 59 tahun yang memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat sawan 2 petang. Menurutnya, suspek bagaimanapun enggan membenarkan mangsa dibedah siasat oleh hospital bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya.*

🌺 *MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan pihak polis memberi penjelasan berhubung 44 barang kemas bernilai RM60 juta yang dirampas daripada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Peguam N Ranjivan yang mewakili Rosmah ketika ditemui berkata, Pesuruhajaya Kehakiman Wong Chee Lin mengarahkan Superintendan Foo Wei Min menjelaskan mengapa perintah mahkamah supaya Rosmah memeriksa dan mengesahkan 44 barangan berkenaan, tidak dipatuhi.*

🌺 *MISTERI dua kontena yang diisytihar mengandungi mi segera terbongkar selepas pemeriksaan kastam menemui rokok putih dengan nilai termasuk cukai RM8.67 juta di Pelabuhan Baram, Miri Jumaat lalu. Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, kontena yang diimport dari Vietnam itu dibawa masuk menerusi Pelabuhan Bintulu dan dipindahkan untuk dibawa ke Miri. "Pemeriksaan dua kontena itu menjumpai 71,750 karton rokok putih pelbagai jenama yang bersamaan 13.03 juta batang rokok.*

🌺 *PENGURUS akaun syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mendera anak kandungnya berusia empat tahun sehingga cedera di badan dan kaki awal tahun ini. Tertuduh yang berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.*

🌺 *SEORANG pemandu jengkaut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas tuduhan menceroboh dan mencuri pokok getah, dua tahun lalu. Difahamkan, tertuduh B Sundranmuthy, 40, mengambil kerja membersihkan tanah kebun, namun tidak mengukur sempadan tanah yang dibersihkannya.
Begitupun, Sundranmuthy mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

🌺 *“DUA hari jiran tak melihat motosikalnya di rumah dan semuanya terjawab pagi ini,” kata Mohammad Safandi Abd Rahman, 36. Dia adalah anak saudara Yusery Hashim, 51, yang ditemui lemas di pantai Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru malam tadi. Mohammad Safandi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa bapa saudaranya itu selepas dihubungi jiran Yusery di Taman Perling 10 pagi.*

🌺 *SEBUAH feri penumpang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis terbakar jam 2.50 petang hari ini selepas baru lima minit baru memulakan pelayarannya dari Terminal Feri Kuah,Pulau Langkawi. Kebakaran berlaku di perairan Langkawi kira-kira tiga kilometer dari terminal feri berkenaan dan ia dipercayai bermula dari bahagian enjin yang terletak belakang feri berkenaan.*

🌺 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil masa untuk membuat siasatan terhadap dakwaan pemimpin PAS menerima duit sejumlah RM90 juta daripada UMNO. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan SPRM yang mengesahkan setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS, mungkin dibuat ekoran suruhanjaya itu belum mendapat maklumat sepenuhnya.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇵🇸 *BAITULMAQDIS: Selepas 16 tahun, akhirnya pada Jumaat lalu, umat Islam terutama penduduk Palestin memasuki kawasan Bab al-Rahma dalam kawasan Masjidil al-Aqsa yang ditutup sejak 2003.*
*Ratusan umat Islam diketuai Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein, memasuki kawasan berkenaan sebelum solat Jumaat, selepas Israel mengenakan sekatan melarang umat Islam beribadat di kawasan berkenaan selama 16 tahun.*
*Menurut laporan agensi berita rasmi Palestin, WAFA, penduduk Palestin melaungkan Allahu Akbar dan slogan lain sambil membawa bendera Palestin meraikan pembukaan semula Bab al-Rahma.*

🇻🇳 *DONG DANG: Stesen kereta api di sempadan Vietnam-China ditutup kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang dijangka tiba dengan kereta api menjelang sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump beberapa hari lagi.*
*AFP melaporkan, stesen itu dikawal rapi oleh pengawal bersenjata untuk menyambut kunjungan Jong Un yang berlepas dari Pyongyang menaiki kereta api warna hijaunya kelmarin.*
*Kereta api pemimpin itu merentasi Beijing dan menuju ke selatan Vietnam sebelum mengadakan pertemuan kedua dengan Trump selepas bertemu dalam sidang kemuncak di Singapura, Jun tahun lalu.*

🇯🇵 *TOKYO: Kerajaan Jepun akan meneruskan rancangan memindahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat walaupun lebih 70 peratus penduduk Okinawa membantah dalam pungutan suara yang diadakan semalam.*
*Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, walaupun keputusan undian itu diambil serius kerajaan namun rancangan pemindahan dari Futenma ke Henoko, Nago itu tidak boleh ditangguhkan lagi.*
*"Kita tidak boleh mengelak terhadap keperluan memindahkan pangkalan itu dari Futenma yang dikatakan sebagai pangkalan paling bahaya di dunia. Kita tidak boleh lagi menangguhkan rancangan pemindahan ini,” katanya yang menjelaskan dua dekad sudah berlalu sejak perjanjian pemindahan itu ditandatangani.*

🇧🇩 *Dhaka: Kejadian cubaan rampasan pesawat syarikat penerbangan Bangladesh, Biman Bangladesh Airlines, yang dalam penerbangan ke Dubai selesai apabila anak kapal berjaya menahan lelaki itu selepas bergelut dengannya.*
*Menurut laporan The Daily Star, Setiausaha Penerbangan Awam Bangladesh, Mohibul Haque, berkata anak kapal memberi amaran kepada juruterbang selepas mendapati seorang penumpang bersikap mencurigakan.*
*"Juruterbang membuat pendaratan cemas di Chittagong. Semua penumpang dikeluarkan dari pesawat dan suspek berjaya ditahan,” katanya.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Britain akan mengharamkan pertubuhan Hizbullah, menambah kumpulan Syiah dari Lubnan itu berada dalam senarai pertubuhan pengganas yang diharamkan.*
*"Hizbullah berterusan cuba menggugat kestabilan di Asia Barat, dan kami tidak boleh lagi membezakan sayap tentera dan parti politik mereka.*
*"Susulan itu, saya memutuskan untuk mengharamkan keseluruhan pertubuhan itu,” kata Setiausaha Dalam Negeri Britain, Sajid Javid.*

🇨🇳 *BEIJING: Seorang bekas kru kapal terbang menerima lebih 300 paku keluli di dalam kepala dan plat keluli di tampal di bawah tengkoraknya selepas dia terjatuh dari sebuah hotel di selatan China.*
*DailyMail melaporkan, Chen Lidan, 26, turut mengalami hilang daya ingatan, masalah pembelajaran dan penglihatannya terjejas teruk selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hotel Jade Sea International, di wilayah Hainan, pada 2015.*
*Akibat kejadian itu, muka Chen hancur, dia kehilangan semua giginya dan bentuk kepalanya juga berubah, kata keluarganya.*

🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 *EDINBURGH: Seorang wanita berusia 30 tahun maut jatuh dari sebuah blok pangsapuri setinggi 30.48 meter selepas dilihat tergantung dari jendela pangsapuri oleh seseorang yang dipercayai cuba menyelamatkannya dengan menarik rambutnya.*
*Daily Mail melaporkan, polis Scotland menganggap kematian Alem Shimeni mencurigakan kerana wanita itu terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri di Royston, Glasgow, pada jam 5 petang, Isnin lalu.*
*Seorang jurugambar yang menyaksikan kejadian itu berkata, wanita itu tidak jatuh segera kerana dia berusaha keras cuba memegang ambang tingkap manakala kakinya menggaruk dinding untuk memaut sesuatu agar tidak jatuh, lapor Daily Mail.*

🇩🇰 *COPENHAGEN: Doktor membuat penemuan mengejutkan terhadap seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah pernafasan sejak dua tahun lalu, apabila mendapati sebatang gigi tumbuh dalam lubang hidung lelaki berkenaan.*
*Menurut doktor, pertumbuhan aneh gigi itu dikenali sebagai gigi tersimpan intranasal berpunca daripada kerosakan fizikal atau masalah ketumbuhan.*
*Daily Mail melaporkan, lelaki berkenaan berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Universiti Aarhus di Aarhus, Denmark selepas kehilangan deria bau disebabkan hidung tersumbat.*

🇵🇰 *SEKURANG-kurangnya lima terbunuh dalam pertempuran antara tentera dan pemberontak di daerah Kulgam di selatan wilayah Kashmir yang dikuasai India, kelmarin.*
*Ketua polis Kashmir, Dilbagh Singh memberitahu Al Jazeera, pertempuran tercetus apabila pasukan bersenjata India melancarkan satu operasi terhadap pemberontak di kampung Turigam pada tengah hari kelmarin.*
*"Ketika operasi seorang pegawai polis dan askar terbunuh akibat kecederaan yang dialami mereka,” katanya.*


*TULAR MEDIA SOSIAL* 📡
=================


🎎 *SUSPEK yang meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda yang tular sebelum ini dipercayai mempunyai masalah mental ‘gila isim’ selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran.*
*Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 37 tahun di rumah yang berada kira-kira 200 meter dari surau itu di Taman Pandamar Indah, dekat Klang, 6.15 petang semalam.*
*Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur mengaku terbabit meletakkan patung secara bersendirian di surau terbabit.*

🎈 *BELON udara panas berbentuk badut, sotong, robot dan gajah antara yang akan ditonjolkan pada penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kali ke-10 pada 28 hingga 31 Mac ini.*
*Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, lebih 20 belon udara panas akan diterbangkan oleh juruterbang antarabangsa dari 14 negara sepanjang penganjurannya.*
*Menurutnya, dengan adanya acara itu di Putrajaya, ia akan menjadi satu platform membuktikan wilayah berkenaan bukan saja sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan tetapi destinasi pelancongan.*

☀ *SUHU maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius akan dialami 10 kawasan di Semenanjung selama tiga hari berturut-turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga-jaga.*
*Kemas kini status gelombang haba yang dimuat naik di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 11 pagi hari ini menyatakan antara kawasan yang disenaraikan adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).*
*Kawasan lain yang turut disenaraikan ialah di Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).*

📢 *TIGA suri rumah ditahan polis, semalam kerana menyebarkan video mendakwa Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengharamkan azan dan membenarkan perkahwinan sejenis sekiranya dia menang dalam pilihan raya jawatan disandang pada April ini.*
*Video itu dikongsi ribuan kali dalam talian memaparkan dua wanita memberitahu seorang lelaki warga emas kononnya Jokowi akan memberhentikan laungan azan di negara itu dan memaksa wanita Islam membuka hijab mereka.*
*Wanita terbabit turut mendakwa pemimpin beragama Islam itu merancang mengiktiraf perkahwinan sejenis yang sememangnya mendapat tentangan hebat dari rakyat Indonesia.*


*ARENA* ⏱
========


🏆 *GELAGAT lucu Sergio Aguero menari tanpa baju dan berstokin meraikan kejayaan memenangi Piala Liga membuatkan rakan sepasukan Manchester City begitu ceria.*
*Kegembiraannya dilihat ketika membuat tarian ‘We Won The Cup’ di bilik persalinan ketika pasukannya menang 4-3 selepas terikat 0-0 pada waktu tambahan dalam pertembungan final di Wembley, London, semalam.*
*Penyerang Argentina terbabit tidak menjaringkan gol pada perlawanan itu tetapi hanya dapat melepasi jangkauan penjaga gol The Blues, Kepa Arrizabalaga pada penentuan sepakan penalti.*

🐔 *PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengakui kecederaan dialami Roberto Firmino ketika menentang Manchester United di Old Trafford semalam menimbulkan impak besar ke atas skuadnya.*
*Bintang Brazil itu terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam perlawanan apabila mengalami kecederaan buku lali dan dijangka tidak dapat beraksi menentang Watford dalam aksi penting Liga Perdana pada Rabu ini.*
*"Perlawanan ini memang pelik. Kami bermula baik sehinggalah semua insiden kecederaan itu menjejaskan rentak kami. Kecederaan ‘Bobby’ ibarat bala.*
*"United beraksi dengan pemain baharu di bahagian tengah dan tiga di hadapan. Kami hilang rentak dan gagal mendapatkannya semula.*

🎾 *SYDNEY: Kartun kontroversi Serena Williams siaran akhbar Australia yang disifatkan perkauman dan seksis, tidak melanggar standard media, kata pemerhati media negara itu.*
*AFP melaporkan, karikatur oleh Mark Knight dalam Herald-Sun Melbourne pada September lalu menggambarkan Serena bertubuh sasa dan berbibir tebal mengamuk selepas tewas kepada Naomi Osaka dalam perlawanan Terbuka Amerika Syarikat (AS).*
*Kartun yang diterbitkan pada muka depan bertajuk ‘WELCOME TO PC WORLD’ itu dikecam seluruh dunia termasuk penulis buku Harry Potter, JK Rowling dan akhbar Washington Post yang menyamakannya dengan zaman pengasingan kaum di AS.*

🎾 *BINTANG muda Greece, Stefanos Tsitsipas merangkul gelaran kedua Jelajah ATP selepas menewaskan pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin 7-5, 7-6(5) di Terbuka Marseille, awal pagi tadi.*
*Pemain berusia 20 tahun itu meneruskan kecemerlangannya bermula pada awal tahun ini termasuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia.*
*"Menjuarai kejohanan ini sesuatu saya idamkan, kepuasan tidak terhingga dalam sukan tenis,” kata Tsitsipas yang menjuarai ATP pertamanya di Stockholm tahun lalu.*

🏸 *KEJAYAAN Soong Joo Ven muncul juara kebangsaan Sabtu lalu meluaskan lagi saingan antara pemain muda untuk menggalas cabaran besar sebagai pengganti legenda negara, Datuk Lee Chong Wei.*
*Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria berkata, mereka kini mempunyai banyak pilihan dan membuatkan peminat tertanya-tanya siapa bakal pengganti bekas pemain nombor satu dunia itu.*

🐯 *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berusaha menyelesaikan masalah pelepasan pemain peringkat umur yang sudah lama berlaku dalam kancah bola sepak tempatan.*
*Terbaharu, kegagalan skuad B-22 melangkah ke separuh akhir Piala LG AFF B-22 di Kemboja, dikaitkan dengan kesukaran pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee membentuk pasukan selepas lima pemain tidak berikan ‘lampu hijau’ oleh majikan masing-masing.*
*Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan, badan induk negara sememangnya berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik supaya ia tidak berulang pada masa depan.*

🐅 *PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak skuad Harimau Selatan mendapat ‘ihsan’ daripada pengadil Liga Malaysia (Liga M).*
*Dakwaan itu dipercayai timbul selepas juara Liga Super lima kali berturut-turut itu mendapat empat sepakan penalti dalam empat perlawanan awal liga musim ini.*
*Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat penafian itu dalam kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai beberapa tuduhan atau dakwaan dilemparkan terhadap skuad Harimau Selatan.*

🦅 *KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu pemainnya kekal fokus memburu kemenangan pada aksi seterusnya dan mengelak kelekaan ketika pasukan itu mengungguli carta Liga Super selepas empat perlawanan.*
*"Saya tak mahu pemain dibuai mimpi indah hingga memberi kesan terhadap fokus pasukan yang mahukan semua pemain bekerja keras memburu kejayaan sepanjang musim ini.*
*"Walaupun kami kini di puncak liga dan memberi saingan hebat dalam perlawanan sebelum ini, ia sudah berlalu dan apa yang lebih penting adalah fokus perlawanan seterusnya kerana semua pasukan sedang berusaha memintas kami.*

🐘 *PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui segalanya serba tidak menjadi ketika skuad bimbingannya diikat Selangor 1-1 pada perlawanan keempat Liga Super, malam tadi.*
*Keputusan seri itu jelas mengecewakan bekas jurulatih kebangsaan yang mengharapkan skuad Tok Gajah meraih tiga mata di laman sendiri. *

🦁 *PEMAIN Perlis Northern Lion (PNL) 2 membuat dua laporan polis terhadap pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berhubung dakwaan penipuan kontrak dan penyelewengan wang pemain.*
*Bekas Kapten PNL2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman berkata, dia mewakili 17 pemain lagi membuat laporan polis ke atas bekas Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie serta timbalannya, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan.*
*Katanya, kedua mereka bertanggungjawab terhadap kemelut yang melanda terhadap PNL2 sehingga kesemua mereka kini hilang pekerjaan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Thu Feb 28, 2019 4:23 pm

*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*KH🅰MIS 2⃣8⃣ FE🅱UARℹ 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣3⃣ JA♏ADℹLAKHI® 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ fN 💯PLUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣9⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣9⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣3⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣9⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣4⃣4⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣9⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣8⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 27feb*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan berdasarkan trend harga sebenar pasaran petroleum yang semakin meningkat pada masa ini. “Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.*

🌺 *WARGA emas, Wai Foo Sing, 68, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas dua tuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB), 17 Februari lalu terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar wang ikat jamin.*

🌺 *PAS Negeri Sembilan sedia memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada Mohamad atau Tok Mat dengan membantu Barisan Nasional (BN).*

🌺 *USAHA pengambilalihan konsesi empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart (SMART) akan mengambil masa enam bulan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, jangkaan tempoh masa itu adalah bagi memenuhi keperluan pengawalseliaan, kewangan dan undang-undang.*

🌺 *DUDA mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan mencemarkan surau dan mencuri berhala di sekitar Pelabuhan Klang, minggu lalu. Tertuduh, Helmee Othman, 38, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman dan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.*

🌺 *DUA lelaki yang ditahan berkaitan kes pecah rumah sebenarnya menjalankan aktiviti jenayah lebih besar iaitu pemalsuan wang. Kegiatan dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan jenayah pemalsuan wang itu tumpas selepas mereka dicekup polis di Bemban, Jasin, 15 Februari lalu.*

🌺 *“MUJUR adik ipar saya sedar rumah terbakar. Jika tidak, mungkin kami sekeluarga hangus bersama,” kata Nur Nadia Mohd Murad, 26. Wanita itu dan bayinya, Muhammad Habib Muhamad Alif yang berusia 45 hari antara yang terselamat dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Taman Berkat, Sungai Besar, semalam.*

🌺 *PARAS Empangan Sungai Lebam, Bandar Penawar, Kota Tinggi, terus menyusut 0.45 meter apabila mencatatkan 10.45 meter pada hari ini berbanding 10.9 meter semalam. Situasi itu sekali gus menimbulkan kebimbangan lebih 100,000 pengguna di kawasan Kota Tinggi, Tanjung Balau, Teluk Remunia, Pengarang dan Bandar Penawar. Ini kerana tindakan pencatuan air dari empangan itu terpaksa dilaksanakan sekiranya paras air di paras 9.60 meter.*

🌺 *POLIS percaya suspek yang melarikan cincin berlian bernilai RM2.89 juta, dari sebuah kedai emas di Genting Highlands, Ahad lalu sudah melarikan diri ke luar negara pada hari sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata siasatan lanjut mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah melarikan diri ke Vietnam.*

🌺 *KEGIATAN tujuh ahli kongsi gelap Geng 08 dipercayai melakukan pemerasan dan samun di tapak pembinaan tumpas apabila mereka diberkas polis dalam Op Cantas Khas di Kuala Langat, kelmarin. Difahamkan, semua lelaki berusia 18 hingga 30 tahun itu mengutip wang perlindungan di sekitar Sepang, Petaling Jaya dan Serdang.*

🌺 *MAHKAMAH Sesyen, Petaling Jaya, hari ini, mengingatkan Datuk Farid Kamil Zahari, 38, supaya lebih peka dengan tarikh perbicaraan ditetapkan membabitkan pertuduhan jenayah dan narkotik yang dihadapinya. Majistret Nor Ariffin Hisham menegur pelakon dan pengarah terkenal itu selepas dia hadir lewat ke mahkamah pada perbicaraan kes urinnya, hari ini.*

🌺 *PEMBAKARAN terbuka di Kedah meningkat 50 peratus sehingga bulan ini berikutan cuaca panas melampau sejak awal tahun. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria berkata, berdasarkan statistik, 599 kes kebakaran terbuka membabitkan lalang, belukar, sampah sarap jerami dilaporkan bulan ini berbanding hanya 380 kes tahun lalu.*

🌺 *DUDA dan janda yang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Kampung Ramuan China Kechil, Alor Gajah, semalam ditahan polis apabila didapati memiliki dadah dipercayai heroin. Pasangan yang tiada pertalian itu dicekup di ruang tamu rumah terbabit, selepas polis menerima maklumat awam berkaitan kegiatan pengedaran dadah, sekitar Lubok China, sejak akhir tahun lalu.*

🌺 *PASUKAN Polis Marin (PPM) Kudat merampas 50 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan selepas pemeriksaan dibuat terhadap sebuah feri penumpang, di Kudat, semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, rampasan itu dibuat 3.30 petang ketika melaksanakan operasi bersepadu bersama beberapa agensi lain di Terminal Feri Kudat.*

🌺 *PEMANDU lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya berusia sembilan tahun, minggu lalu. Tertuduh, Mohd Irwan Abu Kassim, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.*

🌺 *LEBIH 400 produk kosmetik pelbagai jenama yang tidak bernotifikasi bernilai RM1.07 juta dirampas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam satu serbuan di Sibu, 18 Februari lalu. Hasil risikan dan aduan yang diterima, Seksyen Penguatkuasaan Farmasi Bahagian Sibu (SPF Sibu) menyerbu premis dan menjumpai 35,000 kotak kosmetik tidak bernotifikasi.*

🌺 *PENDUDUK Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor, menarik nafas lega apabila sebuah rumah yang menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes dibersihkan dalam Operasi Bersepadu Kawasan Hotspot Denggi, baru-baru ini. Rumah didiami wanita warga emas berusia 81 tahun itu mengumpulkan hampir satu tan sampah kitar semula yang terdiri daripada kotak polisterin, periuk, bekas botol plastik, kotak dan baldi.*

🌺 *PEGUAM Negara, Tommy Thomas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini berkaitan isu yang mengaitkannya dengan sikap anti-Islam. Laporan polis itu dibuat dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini 3.15 petang hari ini.*

🌺 *SEORANG wanita maut akibat digilis lori simen di Kampung Koh di Sitiawan, hari ini. Dalam kejadian 12.40 tengah hari itu, Eu Hea Mee, 47, yang menunggang motosikal Honda EX5 mati di tempat kejadian. Difahamkan, kemalangan berlaku apabila mangsa yang dipercayai keluar dari simpang di jalan berkenaan terjatuh dari motosikal ditungganginya.*

🌺 *KANAK-KANAK perempuan yang melecur seluruh badan akibat tersimbah sambal popia basah di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, 7 Febuari lalu, menjalani satu lagi pembedahan, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan melecur yang parah.*

🌺 *KETUA kumpulan Vickey menjadi buruan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata membabitkan kerugian RM40,000 di Jasin dua minggu lalu. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku 3 petang 13 Februari lalu.*

🌺 *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan sebanyak 14 kompaun kepada kediaman sekitar Klang sepanjang Januari sehingga semalam kerana dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik. Kompaun itu dikeluarkan berikutan penduduk setempat mengambil sikap sambil lewa mengenai kebersihan di kawasan kediaman masing-masing.*

🌺 *LELAKI yang disyaki terbabit melakukan sembilan kes ragut di sekitar kawasan Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, kelmarin sudah ditahan polis, tengah malam tadi. Suspek berusia 33 tahun dan bekerja sebagai mekanik itu ditahan di sebuah premis di Jalan Serunai 3, Taman Pancasila, Saleng dekat Senai, kira-kira 12.25 tengah malam.*

🌺 *SOROK dalam plastik makanan haiwan. Itu tindakan terdesak tokan dadah bagi mengaburi aktiviti haram mengedar pelbagai dadah 13.323 kilogram bernilai RM280,212 daripada dikesan polis. Kegiatan didalangi dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terbongkar selepas barang terbabit ditemui dalam dua kenderaan jenis Toyota Altis dan Nissan Almera di kediaman mereka di Jalan Sialang, Tangkak, Ahad lalu.*

🌺 *GARA-gara tidak berpuas hati dengan makanan yang dipesan, lima lelaki bertindak ganas memecahkan barangan di sebuah restoran di Jalan Pahlawan di Sibu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian jam 9.30 malam itu berlaku apabila tiga suspek yang dipercayai dalam pengaruh alkohol bertengkar dengan seorang pelayan di restoran berkenaan mengenai makanan yang mereka pesan.*

🌺 *BAYI perempuan berusia 28 hari meninggal dunia kelmarin dipercayai didera berikutan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan penderaan secara fizikal. Ketua Polis Daerah Kota Samaharan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia, Taman Samarindah, Kota Samarahan yang menerima bayi itu sebagai pesakit 3.15 petang, Isnin lalu.*

🌺 *EMPANGAN Air Itam, Georgetown menyusut 3.2 peratus dalam masa seminggu ketika cuaca panas melanda Pulau Pinang. Laporan menerusi sesawang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mencatatkan bacaan air di empangan terbabit ialah 64.1 peratus hari ini berbanding 67.3 peratus 18 Februari lalu. Empangan Teluk Bahang juga turut menyusut 1.9 peratus bagi tempoh sama.*

🌺 *CALON Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Zakaria Hanafi hari ini membuat laporan polis berikutan penemuan kain rentang berbentuk provokasi membabitkan dirinya. Beliau yang ditemui media selepas itu berkata, kain rentang berkenaan digantung di tepi jalan utama di beberapa lokasi strategik.*

🌺 *POLIS menafikan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero Wagon ditahan di tepi jalan besar dekat Kampung Mak Sara, Jertih semalam terbabit dengan kes penculikan pelajar sekolah. Sebaliknya, salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan kira-kira 6.30 petang itu sebenarnya ingin mencari adik perempuannya berusia 16 tahun yang belajar di Kolej Vokasional Besut (KVB).*

🌺 *CUBAAN seorang pencuri sarang burung walit menyerang pemilik bangunan yang diceroboh itu menggunakan tukul mengundang padah apabila dia cedera ditembak semalam. Berikutan kejadian kira-kira 5 pagi di Sungai Apong, Lebaan, Sibu itu, suspek berada dalam keadaan kritikal selepas kehilangan banyak darah akibat kecederaan di kaki.*

🌺 *EMPAT penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disyaki pengedar dadah di sekitar Matang, Kuching ditahan bersama ganja 264.41 gram di Kampung Sungai Cina, Matang, Isnin lalu. Ketika serbuan di sebuah rumah tidak bernombor 4 petang itu, keempat-empat lelaki berusia 21 hingga 24 tahun berada di dapur.*

🌺 *EMPAT sungai di lapan kawasan di Kelantan merekodkan penurunan di bawah paras normal berikutan musim kemarau sejak awal bulan ini. Portal Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) menunjukkan Sungai Galas, Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Pergau mencatatkan penurunan perlahan namun masih terkawal.*

🌺 *TEMPOH reman terhadap seorang penoreh getah yang mendera anak tirinya sehingga maut minggu lalu disambung tujuh hari lagi. Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Azizah Ahmad di Mahkamah Majistret Rompin, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, turut disambung reman adalah isteri suspek yang juga ibu kandung mangsa.*

🌺 *PERKENALAN dengan wanita dalam laman sosial Facebook (FB) mengundang padah buat lelaki warga emas apabila kerugian RM14,100 selepas terpedaya dengan janji manis wanita itu yang sebenarnya sindiket parcel scam. Dalam kejadian Isnin minggu lalu, mangsa berusia 67 tahun dari Kepala Batas berkenalan dengan wanita yang menggunakan nama ‘Silver Vuyana’.*

🌺 *PEMANDU teksi direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun sejak lapan tahun lalu. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi terhadap lelaki berusia 52 tahun itu bermula hari ini sehingga 5 Mac ini.*

🌺 *DUA pegawai polis dari Bukit Aman hari ini hadir ke kamar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer, di Putrajaya bagi merekod keterangan beliau berhubung afidavit sokongan yang diikrarkannya mengenai salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Perkara itu dimaklumkan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Hamid ketika ditemui media di Istana Kehakiman, hari ini.*

🌺 *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat menahan dua individu dalam operasi di Tanjung Tohor, Muar dan merampas 3,300 labi-labi bernilai RM150,000 yang cuba diseludup ke negeri ini, tengah malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan bersama Pasukan Gerakan Batalion 6 dan Pos Parit Unas ke atas sebuah bot yang dikesan dalam keadaan mencurigakan pada 12.30 tengah malam.*

🌺 *NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, daripada pertuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di akaun Facebook miliknya, tiga tahun lalu.*

🌺 *TUKANG gunting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mengugut mahu membunuh bapanya menggunakan pisau kerana tidak berpuas hati selepas ditegur menghabiskan keropok lekor yang dibeli.*

🌺 *PERMOHONAN semakan kehakiman tujuh individu yang mencabar keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan semua tempat makan sebagai larangan merokok mulai 1 Januari lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 6 Mei ini. Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.*

🌺 *PEMANDU kenderaan utiliti sukan (SUV) cedera selepas kereta dinaikinya bertembung dengan lori pembancuh simen di Taman Kota Laksamana Utama, Melaka hari ini. Kejadian jam 2 pagi itu menyaksikan pemandu SUV Honda HRV, Chan Chee Chung, 40, tersepit sebelum dibawa keluar dengan bantuan bomba dan orang awam.*

🌺 *TAKTIK pengedar dan penagih dadah yang menjadikan kandang kambing sebagai tempat melepas gian terbongkar apabila 16 suspek termasuk seorang janda ditahan dalam serbuan di FELDA Palong 2, Jempol, semalam. Difahamkan, taktik itu bagi mengelak kegiatan mereka dikesan polis selepas ladang kelapa sawit yang sebelum ini sering dijadikan tempat penagihan dadah kerap diserbu polis.*

🌺 *SURI rumah didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas anak perempuannya, dua minggu lalu. Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan denda itu ke atas Mahani Paimin, 35, selepas dia membuat pengakuan salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🇯🇵 *TOKYO: Bayi pramatang yang ketika dilahirkan hanya seberat 268 gram, iaitu hanya sebesar bawang besar memecah rekod dunia sebagai bayi paling kecil yang berjaya hidup.*
*AFP melaporkan, bayi terbabit dilahirkan ketika berusia 24 minggu selepas berhenti membesar di dalam rahim ibunya.*
*Selepas lima bulan menerima rawatan, bayi lelaki itu kini mempunyai berat 3.2 kilogram dan dibenarkan keluar hospital minggu lalu, kata Hospital Universiti Keio.*

🇻🇳 *PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Hanoi, Vietnam semalam, dengan kereta api ‘kebal’ selepas menempuh perjalanan 60 jam untuk pertemuan kedua dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.*
*Timbul persoalan kenapa Jong Un memilih kereta api untuk ke Hanoi berbanding pesawat yang hanya mengambil masa tiga atau empat jam.*
*Menurut AFP, Jong Un memulakan perjalanannya tengah hari Sabtu lalu, menaiki kereta api berperisai dan dikawal ketat dari stesen di Pyongyang pada jam 4.30 petang (waktu tempatan) sebelum singgah di stesen Dandong di sempadan Korea Utara- China dan Beijing.*

🇳🇵 *KATHMANDU: Menteri pelancongan Nepal Rabindra Adhikari antara tujuh yang terbunuh selepas helikopter dinaiki terhempas di kawasan berbukit di timur negara itu.*
*Anggota penyelamat menemui mayat Adhikari, 49, juruterbang dan lima penumpang lain di lereng bukit di Taplejung, tempat helikopter Air Dynasty itu terhempas ketika rombongan mencari lokasi sesuai untuk lapangan terbang baru.*
*”Mayat menteri sudah ditemui,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Ram Krishna Subedi dalam satu sidang media.*

🇲🇨 *PALEMBANG: Akibat berang kerana tidak diberikan wang untuk membeli makanan ringan, seorang lelaki sanggup bertindak kejam apabila memukul kepala ibunya beberapa kali dengan batang kayu hingga mati.*
*Dalam kejadian di sebuah rumah di Muara Dua, Ogan Komering Ulu Selatan itu, Marlina, 40, ditemui mati kelmarin dengan pendarahan di kepala akibat dipukul.*
*Tribun News melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca apabila suspek yang dikenali sebagai Edian Saputra, 23, meminta wang daripada ibunya untuk membeli makanan ringan.*

🇪🇬 *KAHERAH: Seramai 20 orang maut manakala 40 lagi cedera akibat kebakaran selepas sebuah tren merempuh platform di sebuah stesen kereta api utama di pusat bandar Kaherah.*
*Saksi berkata, kereta api terbabit melanggar platfom dan meletup seterusnya mencetuskan kebakaran besar di stesen Ramses itu.*
*Jumlah kematian disahkan televisyen Mesir. Ketua hospital Cairo Railroad, Mohammed Said berkata, bilangan mangsa nahas dijangka meningkat.*

🇹🇭 *DUA anggota polis dibunuh selepas diculik dari sebuah kedai teh di wilayah Narathiwat, sempadan selatan, semalam.*
*Menurut Leftenan Sarayuth Khotchawong, dalam kejadian itu, lapan anggota pemisah menyerbu kedai berkenaan sebelum menculik anggota polis terbabit.*
*”Penculik merampas pistol dan memaksa anggota polis itu masuk ke dalam trak pikap.*
*”Mayat kedua-duanya ditemui beberapa ratus meter dari tempat kejadian. Mangsa beragama Buddha dan seorang lagi adalah Muslim,” kata Sarayuth.*

🇵🇰 *ISLAMABAD: Pakistan menembak jatuh dua jet pejuang India hari ini, ketika ketegangan meningkat sejak insiden pengeboman yang mengorbankan 40 polis separa tentera di Kashmir, dua minggu lalu.*
*Reuters yang memetik jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor, salah satu daripada jet berkenaan ditembak jatuh di Kashmir wilayah tadbiran India manakala satu lagi di kawasan mereka.*
*Katanya, pihak tentera turut menahan salah seorang daripada juruterbang jet terbabit.*

🇩🇪 *BERLIN: Seekor tikus montel mencuri perhatian penduduk di bandar Bensheim, Jerman apabila terpaksa diselamatkan sembilan anggota bomba kerana badannya tersekat dalam penutup longkang.*
*Daily Mail melaporkan, tikus terbabit dilihat oleh dua kanak-kanak perempuan, tengah hari Ahad lalu sebelum menghubungi talian kecemasan.*
*Haiwan itu yang tersekat di celah lubang penutup longkang berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba bersama penyelamat haiwan sebelum dilepaskan kembali.*

🇲🇨 *JAKARTA: Seorang pelombong haram ditemui mati manakala lebih 60 lagi dikhuatiri tertimbus selepas lombong yang digali runtuh dalam kejadian di Sulawesi, Indonesia.*
*Reuters yang memetik agensi bencana Indonesia berkata, runtuhan di sebuah lombong haram emas itu dilaporkan berlaku petang semalam sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 pagi tadi.*
*Bagaimanapun, seramai 13 pelombong sempat diselamatkan dalam kejadian di Bolaang Mongondow, wilayah Sulawesi Utara itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🗣 *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan insiden pertengkaran membabitkan seorang individu memaki hamun pegawai bertugas kaunter bukan berlaku di premis milik jabatan itu.*
*JPJ dalam satu kenyataan berkata, rakaman insiden berdurasi 43 saat itu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp mendakwa berlaku pertengkaran selepas seorang pelanggan lelaki berang apabila dia disuruh pulang apabila tiba gilirannya walaupun sudah menunggu untuk berurusan selama empat jam.*
*”JPJ memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial dan Whatsapp sejak semalam itu, namun siasatan lanjut mendapati insiden tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ seperti yang tularkan itu,” kata kenyataan itu.*

👨🏽‍⚖ *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) buka kertas siasatan berhubung isu yang mengaitkan peguam negara dengan sikap anti-Islam yang tular di media sosial.*
*Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat peguam negara berhubung isu berkenaan hari ini.*
*Katanya, laporan itu dibuat susulan satu hantaran di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp yang mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas.*

🏍 *SELEPAS memberkas dua ahli geng samun bersenjatakan parang yang menaiki motosikal jenis 125Z, Polis Selangor kini mengesan saki-baki ahli kumpulan itu termasuk ketua mereka dikenali Amy Keju.*
*Amy berusia lewat 20-an dipercayai turut terbabit dalam kejadian samun ke atas restoran di Hulu Klang, Ampang, pada Mei 2017 dan melarikan wang tunai dari van keselamatan di Bukit Antarabangsa pada September tahun sama.*
*Pada masa sama, video dan gambar ahli kumpulan itu membawa beg berisi wang tunai yang disamun ketika menunggang motosikal di Lebuhraya DUKE, tular di media sosial.*
*Video rakaman Amy Keju dan rakan sejenayahnya melakukan samun di perkarangan kawasan rumah yang sunyi di sekitar daerah Serdang, Klang Utara dan Kuala Langat turut tersebar dalam laman sosial.*

💔 *PENYANYI, Bella Astillah, 23, yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, mendedahkan mengenai kecurangan suaminya dengan seorang pelakon wanita.*
*Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menerusi akaun Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan antara dirinya dengan seorang peminat yang melihat aksi curang suaminya di sebuah kelab malam baru-baru ini.*
*Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan isi hatinya yang kecewa apabila peluang kedua diberikan sebelum ini, seolah-olah dipersiakan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu.*

💉 *PENGAMBILAN vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak mereka dan hukumnya adalah harus sama ada merawat penyakit atau bersifat pencegahan penyakit.*
*Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam dua Bayan Linnas siri 59 dan 167 berkenaan vaksin berkata, ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajipan memberi suntikan vaksin adalah berdosa apabila anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan.*
*”Sekiranya penyakit berkenaan membawa mudarat kepada orang lain kerana kecuaian, ibu bapa atau penjaga mereka juga mendapat dosa yang lain.*

☀ *KEMENTERIAN Kesihatan menggariskan beberapa panduan kepada orang ramai dalam mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas ketika ini.*
*Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan.*
*Menurutnya, ia seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.*

🔪 *KAZAN (Russia): Seorang lelaki yang menunggu untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini selepas pisau tercacak di belakangnya dirakam keluar dari wad kecemasan semata-mata untuk menghisap rokok.*
*Lelaki itu yang dikenali sebagai Vladimir, 34, dilaporkan ditikam di bahagian belakangnya selepas bergaduh di sebuah bar.*
*Vladimir kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di sini tetapi ketika menunggu rawatan lelaki itu yang hanya berseluar dalam berjalan ke luar wad untuk menghisap rokok.*
*Satu rakaman video tular yang dirakam seorang jururawat menunjukkan Vladimir berjalan perlahan-lahan menuju keluar wad.*


*ARENA* ⏱
========


⚽ *KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) mendakwa kapten Real Madrid, Sergio Ramos atas kesalahan ‘sengaja mengundang kesalahan kad kuning’ dalam perlawanan membabitkan kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu Ajax awal bulan ini.*
*Ramos melakukan kekasaran ke atas Kasper Dolberg pada minit ke-89 ketika perlawanan pertama aksi 16 peringkat terakhir di Belanda, di mana Real Madrid mencacat kemenangan 2-1. Sebagai hukuman, pemain pertahanan berusia 32 tahun itu digantung pada berlawanan timbal balik minggu depan.*

🎾 *RAFAEL Nadal langsung tidak menunjukkan aksi ‘berkarat’ dalam aksi pertama dalam bulan ini ketika pemain pilihan utama itu mudah menewaskan Mischa Zverev 6-3, 6-3 di Acapulco International, Mexico, pagi ini.*
*Nadal beraksi buat pertama kali sejak kekalahan kepada Novak Djokovis dalam final Terbuka Australia, pernah beraksi di final dalam tiga penampilan di Acapulco dan memiliki rekod penampilan 15-1 dalam kejohanan.*
*Pemain nombor dua dunia itu akan berhadapan Nick Kyrgios dalam pusingan ke 16 selepas pemain Australia itu mengalahkan pemain Itali, Andreas Seppi 6-3, 7-5.*

🏑 *CABARAN getir menanti skuad hoki lelaki negara pada Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 26 April hingga 4 Mei depan apabila diundi bersama China dalam Kumpulan B.*
*Menerusi pengumuman Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hari ini, skuad negara juga akan berdepan Brazil dan Itali.*
*Namun China dilihat pencabar sebenar Malaysian Tigers selepas beraksi cemerlang pada Piala Dunia di Bhubaneswar, India tahun lalu sekali gus menyaksikan mereka melonjak ke ranking ke-14 dunia, kurang satu tangga berbanding Malaysia.*

🏸 *MELEPASI pusingan pertama Terbuka Jerman di Mulheim awal pagi tadi sedikit sebanyak meredakan tekanan buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.*
*Menurut Shevon, mereka berasa sedikit tertekan selaku juara bertahan dan pada masa sama sedar pemain negara lain juga mula memperbaiki prestasi masing-masing.*

🦅 *PENJAGA gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dibolosi hanya satu gol dalam tempoh 360 minit aksi Liga Super setakat ini.*
*Tidak hairan pemain berusia 22 tahun itu mahu mengekalkan rekod itu selain membantu Lang Merah mengungguli carta liga.*
*Dalam empat perlawanan setakat ini, Ifwat hanya bolos ketika Kedah seri 1-1 dengan Perak apabila Brendan Gan menyumbat gol pada minit ke-18 pada aksi di Ipoh.*

💰 *BEKAS pemain kebangsaan, Serbegeth Singh mencadangkan pemenang Kasut Emas turut diberi hadiah iringan wang tunai jika pengurusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak berhasrat menaik taraf kualiti trofi itu pada masa depan.*
*“Lebih baik berikan hadiah wang tunai juga dan alternatif itu tidaklah menyakitkan hati apabila mendapat trofi yang satu masa nanti akan rosak atau pudar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, di sini, semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 64
Posts: 4322
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Ringkasan Berita

Post by zylajasmine » Wed Mar 06, 2019 7:28 pm

🐼👀😱🐼👀😱
*G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI*

*RA🅱U 6⃣ ⓂAR©H 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣9⃣ JA♏ADℹLAK, HI® 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H*

*#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖*

🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA:*

*IMSAK : 0⃣5⃣5⃣7⃣*
*SUBUH : 0⃣6⃣0⃣7⃣*
*SYURUK : 0⃣7⃣2⃣1⃣*
*ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣7⃣*
*ASAR : 1⃣6⃣4⃣1⃣*
*MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣8⃣*
*ISYAK : 2⃣0⃣3⃣7⃣*


*artikel disiarkan pada tarikh 5mac*


*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============


🌺 *KERAJAAN Malaysia dan Brunei hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pemindahan dan iring kawal banduan atau tahanan antara kedua-dua negara. MoU itu membabitkan pemindahan dan iring kawal banduan atau tahanan dari Sabah dan Sarawak melalui Brunei serta sebaliknya.*

🌺 *PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti kerana kawasan itu sudah diperuntukkan kepada PKR. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, justeru tiada sebarang perubahan akan dibuat kerana mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) adalah kekal pada ketika ini.*

🌺 *UMNO dan PAS tidak akan bersatu bagi menghadapi siri pilihan raya kecil (PRK) selepas ini, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, kedua-dua parti itu sebaliknya hanya akan bekerjasama untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) tanpa sebarang simbol tunggal. “Tiada logo, masing-masing dengan polisi dan dasar parti sedia ada, kita bersama atas dasar penyatuan ummah semata-mata tanpa meminggirkan agama dan kaum lain.*

🌺 *KERAJAAN tidak boleh menutup pintu kepada kanak-kanak yang ingin belajar kerana semuanya berhak mendapatkan pendidikan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan mengutamakan kanak-kanak dan berpegang kepada pendidikan untuk semua. "Kita tidak boleh menutup pintu terhadap orang yang ingin datang belajar. Bagi kita semua anak-anak berhak mendapat pelajaran, itu sebahagian daripada hak asasi mereka.*

🌺 *BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 16 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah AS$37.8 juta (kira-kira RM154 juta) dan S$2.5 juta (kira-kira RM7.5 juta), 13 tahun lalu. Musa mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan mohon dibicarakan selepas ia dibacakan hadapan Hakim Rozina Ayob.*

🌺 *WANITA bukan sahaja kehilangan barang berharga, tetapi turut dikelar dan dijerut penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong Jumaat lalu. Akibat kejadian itu, mangsa, Siti Norafizah Mohd Hezri, 21 cedera di bahagian dahi, bibir, dagu dan leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.*

🌺 *BAKAL guru pendidikan seni dan visual dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana meliwat murid Tahun Enam. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin, 28, dari Kota Bharu, Kelantan.*

🌺 *SEBANYAK 5,000 kilogram (kg) susu tepung import dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah premis di Shah Alam kerana menyalahgunakan logo halal. Dalam serbuan pada 28 Februari lalu, syarikat berkenaan didakwa mengimport susu dari New Zealand dalam bungkusan 25 kg sebelum dibungkus ke dalam kuantiti lebih kecil iaitu satu kg dan 500 gram bagi pasaran tempatan.*

🌺 *MENGGUNAKAN sepucuk pistol mainan, dua lelaki memeras ugut dan menyamun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas seorang daripada mereka diberkas polis ketika sedang menyamun dua lelaki warga asing di Taman Cempaka Sari, Kepala Batas, Ahad lalu.*

🌺 *DUA remaja 18 tahun didenda RM5,000 dan penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Khas Trafik Johor Bahru, hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan membahayakan. Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua remaja lelaki terbabit mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

🌺 *ENAM warga emas antara tujuh lelaki yang ditahan ketika asyik berjudi sabung ayam di ladang kelapa sawit di Niah, Miri, Ahad lalu. Ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 33 hingga 72 tahun.*

🌺 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 20 pegawai kanannya hari ini, berkuat kuasa 8 April depan.*

🌺 *SEORANG lelaki rentung selepas kereta Honda City dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Taman Teknologi Park, berhampiran Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian 2.44 pagi itu, pemandu yang identitinya belum diketahui dipercayai melanggar pembahagi jalan.*

🌺 *EMPAT bot nelayan asing yang dirampas sejak 2014 hingga tahun lalu, ditenggelamkan empat batu nautika dari perairan Tumpat, hari ini. Semua bot yang dianggarkan bernilai RM4 juta termasuk peralatan itu dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan bagi menggalakkan biodiversiti marin.*

🌺 *PEMANDU teksi warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai bersubahat dalam aktiviti penyeludupan manusia di Pantai Teluk Kubur, Pasir Panjang di Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 43 tahun itu yang dikatakan bertindak sebagai tekong darat ditahan bersama empat lelaki warga Indonesia kira-kira 11 malam.*

🌺 *WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul. Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.*

🌺 *SEORANG nelayan berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terperangkap di kawasan cetek di Pantai Remis, Sungai Sembilang, Kuala Selangor, petang tadi. Nelayan terbabit, Husin Jaumar, 58, berkata, ketika kejadian dia sedang bersantai di pantai itu sebelum melihat objek kehitaman kira-kira 10 meter darinya kira-kira jam 3 petang.*

🌺 *NELAYAN di Sarawak perlu mengelak daripada membunuh yu paus kerana haiwan itu berpotensi menjadi produk pelancongan baharu seperti di Filipina dan Indonesia. Kehadiran ikan yu paus yang ditemui terperangkap dalam pukat tunda milik seorang nelayan laut di Perairan Kuala Baram, Miri baru-baru ini adalah disebabkan ia tertarik dengan kemunculan udang halus atau ‘bubuk’. Bubuk adalah antara makanan utama ikan yu paus, sekali gus menyebabkan spesies itu berlegar-legar di kawasan perairan terbabit.*

🌺 *PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) mahu majikan menggalakkan amalan hidup sihat dan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pekerja untuk mengelak penyakit tidak berjangkit (NCD). Bagi berdepan dengan situasi kesihatan pekerja yang semakin merosot, PERKESO memperkenalkan Program Saringan Kesihatan dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pencarum yang berusia 40 tahun ke atas bagi tujuan pengesanan awal NCD bermula September tahun lalu.*

🌺 *BANGUNAN kerajaan dan premis hotel disaran memaparkan karya lukisan pelukis tempatan mengenai budaya unik di negara ini sekali gus mengangkat seni kontemporari pada tahap lebih tinggi. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, lukisan yang menggambarkan kehidupan seharian menerusi budaya dan warisan Malaysia amat bernilai pada masa depan.*

🌺 *KERAJAAN negeri sudah mencapai persetujuan dengan pengendali Terminal Amanjaya di Meru Raya, Perak Transit Berhad untuk melanjutkan operasi jualan tiket di kaunter sehingga 31 Mac ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak Paul Yong Choo Kiong berkata, penangguhan itu sekali gus membatalkan arahan pemberhentian operasi jualan tiket di kaunter terminal terbabit pada 8 Mac ini.*

🌺 *MENJADIKAN kabin sebagai tempat tinggal dan juga untuk menyimpan barang curi. Itu dilakukan dua ahli geng ‘Tanker’ yang aktif melakukan puluhan kes pecah rumah, curi kereta dan samun warga emas di sekitar Kepala Batas. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila mereka berjaya ditahan dalam serbuan di Mak Mandin, dekat Kepala Batas, Khamis lalu.*

🌺 *“DALAM ketakutan, saya melaungkan azan selepas melihat api hampir menyambar rumah,” kata Mohamad Yusof, 71, selepas stor yang dijadikan tempat menyimpan peralatan majlis perkahwinan miliknya di Jalan Intan Balai Besar, Dungun musnah dijilat api. Dalam kejadian 8 pagi itu, Mohamad kerugian hampir RM500,000 apabila pelbagai peralatan perkahwinan termasuk 200 kanopi, 2,000 kerusi dan 200 meja gagal diselamatkan.*

🌺 *REMAJA perempuan nekad keluar dari rumah bersama dua adiknya selepas tidak tahan dipukul ibu mereka dalam kejadian di Kampung Gong Pasir, Jertih, semalam. Kejadian dipercayai berlaku 7.45 malam ketika mangsa berusia 15 tahun berada di rumah bersama suspek serta adik lelaki dan perempuan berusia tujuh tahun sebelum wanita terbabit dikatakan tiba-tiba mengamuk dan mahu memukul adik lelaki mangsa.*

🌺 *PENOREH getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, hari ini, atas tuduhan membunuh anak tirinya bulan lalu. Tertuduh Muhamad Alias Othman, 55, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.*

🌺 *TEBUK penutup pada pepasangan meter elektrik bagi mengelak kos bayaran bil elektrik direkodkan dengan bacaan sebenar.
Itulah taktik dilakukan kilang sejuk beku sebelum diserbu sepasukan pegawai dan anggota Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di kawasan industri di Lok Kawi, Penampang, 10 pagi hari ini.*

🌺 *HANYA kerana sikap pentingkan diri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa mengeluarkan kos lebih RM800 sehari untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di sekitar Beris Lalang, Bachok, sejak Ahad lalu. Aktiviti membakar kawasan bagi membuka kebun dan membuang puntung rokok ketika memikat burung di kawasan ladang seluas 6.25 hektar itu turut memusnahkan tanaman penduduk lain.*

🌺 *HANYA dua daripada keseluruhan kementerian di negara ini memenuhi dasar dengan menyediakan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada orang kurang upaya (OKU). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, dasar itu menetapkan setiap agensi memastikan pengambilan sekurang-kurangnya satu peratus golongan itu daripada bilangan kakitangan dalam agensi berkenaan.*

🌺 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Penolong Jurutera Mekanikal kerana terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM180,000. Sumber SPRM berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan kes itu.*

🌺 *NENEK berusia 62 tahun hidup dalam ketakutan apabila diganggu 21 ‘lintah darat’ yang menuntut hutang bekas suaminya, sejak Disember lalu. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Chan berkata, lintah darat atau ah long berkenaan bukan saja mengganggunya menerusi panggilan serta pesanan di WhatsApp, sebaliknya turut menyimbah cat merah di rumahnya.*

🌺 *SEORANG wanita warga Thailand mendakwa ditinggalkan suami sejak beberapa bulan lalu sehingga terpaksa mengemis sambil menjual kerepek bersama dua anaknya untuk menyara hidup. Wanita berusia 24 tahun bersama dua anaknya berusia enam dan dua tahun ditahan di hadapan sebuah bank di pusat bandar Kota Bharu kira-kira 11 pagi hari ini, dalam Ops Bersepadu (Kutip) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan.*

🌺 *TINDAKAN syarikat menjual kenderaan baru dan terpakai yang menawarkan penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah menyalahi undang-undang negara ini. Taktik yang digunakan kebanyakan syarikat penjual kereta itu semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan memanipulasi pelanggan mereka.*

🌺 *POLIS tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang dikurung ibunya sendiri selama lima hari sejak Rabu lalu di rumahnya turut didera wanita terbabit. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya masih menunggu laporan perubatan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu daripada Pakar Kanak-kanak Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.*

🌺 *GANJA seberat 80 kilogram dirampas selepas polis memeriksa sebuah Perodua Myvi di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Jaya, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, pemandu lelaki berusia 42 tahun diarahkan berhenti bagi pemeriksaan oleh tiga anggota Polis Peronda Lebuhraya Bukit Aman.*

🌺 *DITAWARKAN dengan gaji lumayan menjadi antara punca utama agensi pekerjaan ‘halimunan’ terus menjerat rakyat negara ini untuk bekerja di luar negara. Bermula dengan kes penipuan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Banteay Meanchey, Kemboja Disember tahun lalu sehingga kes terbaru di Monrovia, Liberia yang menyaksikan lapan turut menjadi mangsa. Ketua Operasi Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Zamri Zaimon berkata, sudah tiba masanya satu langkah drastik perlu diambil untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu ejen pekerjaan.*


*SEJAGAT* 🌍
==========


🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London: Seorang lelaki yang HIV positif di Britain menjadi individu kedua yang diisytiharkan bebas dari virus berkenaan selepas menjalani prosedur pemindahan sel stem untuk merawat kanser yang dihadapinya.*
*Satu kajian perubatan terbaru mendedahkan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu disahkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan selepas 18 bulan tidak menjalani rawatan menghapuskan virus.*
*Individu pertama yang terselamat selepas menjalani teknik berisiko tinggi itu dan disahkan bebas HIV adalah warga Amerika Syarikat, Timothy Ray Brown yang dirawat di Jerman kira-kira 12 tahun lalu.*

🇸🇬 *Kerajaan Singapura mencapai persetujuan dengan kesatuan sekerja untuk menaikkan had umur persaraan kepada 67 tahun.*
*Menteri Sumber Manusia, Josephine Teo, memberitahu Parlimen had umur persaraan sekarang ialah 62 tahun dan semua syarikat diwajibkan menawarkan pilihan kepada pekerja yang layak untuk bekerja sehingga usia 67 tahun.*
*Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan penduduk Singapura adalah yang kedua paling banyak warga tua selepas Korea Selatan.*

🇨🇳 *BEIJING: Seorang ibu ditahan polis akibat menyerang pemandu yang memarahinya kerana membiarkan anak lelaki berusia dua tahun kencing dalam tong sampah di atas sebuah bas Dazhi, Hubei.*
*Rakaman CCTV kejadian Sabtu lalu itu, memaparkan wanita dikenali sebagai Chen membawa anaknya ke tong sampah untuk membuang air kecil disaksikan penumpang lain.*
*Menurut South China Morning Post, pemandu bas menegur dengan menyatakan dia ‘tidak bertamaddun’ menyebabkan wanita itu berang lalu bertindak menghentak pintu serta menarik baju lelaki terbabit.*

🇺🇸 *ALABAMA: Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk kanak-kanak lapan tahun maut selepas puting-beliung melanda Daerah Lee, Alabama, semalam, merosakkan puluhan rumah.*
*New York Times melaporkan, Syerif daerah itu, Jay Jones berkata, jumlah kematian dijangka meningkat ketika anggota pasukan penyelamat meneruskan pencarian sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan kediaman serta bangunan perniagaan.*
*"Buat masa ini jumlah kematian direkodkan 23 orang, termasuk kanak-kanak. Ada mangsa dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius,” katanya.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Kerana cemburu buta, seorang lelaki memukul mati isterinya menggunakan tukul sebelum membunuh dua anak mereka dan membunuh diri dengan melompat dari bukit di mana dia pernah melamar mangsa, 17 tahun lalu.*
*Paul Newman, 42, membunuh isterinya, Geraldine, 51, serta anak mereka Shannon, 11, dan Shane, enam, selepas tersilap menyangka wanita itu mempunyai hubungan sulit, lapor Daily Mail.*
*Dia kemudian menaiki kereta api untuk perjalanan sejauh hampir 290 kilometer dari Leeds ke Isle of Anglesey di Wales iaitu tempat dia melamar Geraldine satu ketika dulu sebelum membunuh diri di situ.*

🇨🇳 *Beijing: Gara-gara terlalu lama melayan permainan video ketika membuang air, seorang kanak-kanak enam tahun di Wuhan, terpaksa menanggung kesakitan akibat tersangkut dalam mangkuk tandas selama dua jam.*
*Dalam kejadian Jumaat lalu, anggota bomba terpaksa membuka dan memotong tempat duduk plastik mangkuk tandas untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.*
*Daily Mail usaha ibunya selama sejam untuk mengeluarkan mangsa gagal lalu menghubungi bomba.*

🇸🇬 *Seorang pengurus jualan didapati bersalah atas sembilan tuduhan mendera pembantu rumahnya, termasuk dengan memaksa warga Myanmar itu makan muntahnya sendiri.*
*Chia Yun Ling, 43, memasukkan corong dalam mulut Moe Moe Than, 32, dan memaksanya menelan campuran nasi serta gula selepas mangsa mengadu tidak cukup makan. Apabila mangsa muntah, dia memaksa pula Moe makan muntahnya itu, lapor The Straits Times.*
*Ibu beranak tiga itu juga merotan Moe dan mengancam mengupah pembunuh untuk menghapuskan keluarganya di Myanmar.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dan dihempap seekor gajah ketika memandikan haiwan berkenaan.*
*Dalam satu rakaman kamera keselamatan, Arun Panikkar, 40, dilihat memandikan haiwan berkenaan di sebuah tempat jagaan gajah di Karappuzha di daerah Kottayam, Kerala di selatan India baru-baru ini.*
*Lelaki itu dilihat mengarahkan gajah berkenaan berbaring untuk membersihkan belakangnya tetapi haiwan itu enggan.*
*Panikkar kemudiannya mengambil rotan dan terus memukul gajah itu tetapi dia tergelincir lalu jatuh dan pada masa yang sama haiwan itu terus berbaring serta menghempap badan lelaki berkenaan.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *LONDON: Ribuan orang sanggup berbaris dalam hujan semata-mata mahu mencuba nasib menjadi penderma sel induk untuk seorang penghidap kanser berusia lima tahun.*
*Demi membantu Oscar Saxelby-Lee, 4,855 orang berhimpun pada hujung minggu lalu, selepas doktor meramalkan dia cuma mempunyai tiga bulan untuk mendapat penderma supaya sel darah boleh diambil bagi merawat leukemia limfoblastik akut (ALL) dihidap kanak-kanak itu.*
*Sejak didiagnos pada Disember lalu, Oscar sudah menjalani 20 pemindahan darah dan empat minggu kemoterapi, namun memerlukan rawatan lebih agresif untuk sembuh sepenuhnya.*

🇷🇺 *MOSCOW: Seorang bekas guru kimia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah di Russia selepas menjadikan loteng rumahnya sebagai makmal dadah sintetik.*
*AFP yang memetik agensi berita TASS melaporkan, bekas guru sekolah menengah yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kimia itu, Eduard Prokopyev, 52, menghasilkan dadah terbabit untuk dijual secara besar-besaran.*
*Menurut mahkamah daerah Irkutsk, lelaki terbabit mempunyai peralatan dan bahan kimia lengkap untuk menghasilkan dadah yang dibeli menerusi dalam talian.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL* 📡
========================


🐍 *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan memburu penangkap ular terkenal dari Kuala Krai yang memuat naik kegiatannya menangkap ular berbisa tedung selar di Facebook (FB).*
*Difahamkan, lelaki itu memaparkan gambar memegang ular berbisa yang ditangkapnya di FB miliknya.*
*Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohd Hasdi Hussin berkata, pihaknya menjangka dapat menahan penangkap ular itu dalam masa terdekat.*
*Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kegiatan lelaki yang menangkap ular itu selepas gambarnya yang memegang tedung selar tular di laman sosial.*

☀ *KEMATIAN seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Labuan ketika mengambil bahagian dalam acara larian pada temasya sukan sekolah itu baru-baru ini bukan disebabkan strok haba.*
*Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kematian Norsahfiza Jaratin pada 17 Februari lalu belum dapat dipastikan.*
*Dr Ismuni membuat kenyataan itu untuk memberi penjelasan mengenai hantaran dan rakaman video yang tular di media sosial mengatakan kematian pelajar itu disebabkan strok haba kerana cuaca panas ketika ini.*
*Norsahfiza, 16, pelari pecut bagi acara 200 meter tiba-tiba rebah kira-kira 20 meter dari garisan penamat di padang sukan Kolej Matrikulasi Labuan pada 8.40 pagi.*

📰 *SELEPAS mendominasi carta pilihan portal berita di Malaysia pada 2018 menerusi kategori berita dan maklumat, laman web Harian Metro (HM) terus mencatatkan pelayar unik (UV) tertinggi sepanjang Januari berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.*
*Berdasarkan laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 5.3 juta UV sepanjang Januari lalu.*
*Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.*
*Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) Harian Metro kini mencatatkan lebih 4.9 juta ‘likes’, manakala pengikut 4.9 juta, Twitter rasmi HM diikuti lebih 874,000 pengguna dan Instagram 336,000.*

🛬 *CHUKOTKA, Rusia: Jeritan kru kabin bahawa pesawat akan meletup menyebabkan penumpang pesawat Boeing 777 Air China menjadi panik dan bergegas keluar selepas pesawat itu mendarat cemas di timur Russia, awal hari ini.*
*Seorang penumpang menyiarkan kejadian itu di internet dengan berkata: “Selepas kru kabim membuka pintu, dia menjerit: ‘Tinggalkan apa saja, keluar cepat. Pesawat akan meletup’.”*
*Daily Mail yang memetik Siberian Times melaporkan, rakaman video tular menunjukkan penumpang berpusu-pusu melungsur keluar dari pesawat ke landasan ketika suhu 4 darjah selsius bawah paras beku.*
*Menurut pihak berkuasa Russia, pesawat itu sedang diperiksa dan Air China menghantar pesawat gantian bagi menerbangkan penumpang ke destinasi mereka.*

🎤 *Washington: Gadis pendatang dari Vietnam yang tidak fasih bahasa Inggeris mengejutkan juri American Idol musim ke-17 dengan persembahannya sehinggakan Luke Bryan menganggapnya setaraf dengan Kelly Clarkson.*
*USA Today melaporkan, dalam episod pertama Ahad lalu, Myra Tran, 19, memilih lagu ‘One Night Only’ nyanyian Jennifer Hudson.*
*Persembahan luar biasa pelajar itu membuatkan juri Lionel Richie, Katy Perry dan Bryan bangun sambil bertepuk tangan.*
*Ketika memberi ulasan, Bryan berkata Myra setanding dengan Kelly Clarkson, juara musim pertama American Idol pada 2002.*


*ARENA* ⏱
========


🖲 *SAINGAN peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menyaksikan tiada seorang pun pengadil Inggeris terpilih mengadili perlawanan.*
*Michael Oliver dan Anthony Taylor yang terbabit mengadili perlawanan pada peringkat kumpulan liga elit Eropah musim ini digugurkan daripada saingan peringkat 16 terbaik oleh UEFA kerana Liga Perdana tidak menggunakan VAR (penolong pengadil video).*
*VAR digunakan pada peringkat itu dalam Liga Juara-Juara musim ini tetapi liga utama Inggeris hanya menggunakannya musim depan.*

💝 *PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero kini dikatakan ‘berdating’ dengan Taylor Ward iaitu anak perempuan bekas penyerang kelab Crewe Alexandra, Ashley Ward.*
*Dia sebelum ini mengahwini anak perempuan legenda Argentina, Diego Maradona sebelum keluar bersama Taylor.*
*Rakan-rakannya mengatakan penyerang Manchester City berusia 30 tahun itu ada kalanya keluar dengan Taylor, 21.*
*Sumber memberitahu: “Dua minggu lalu mereka dilihat mengunjungi spa harian bersama.*

🏁 *MESKIPUN melalui sesi ujian pramusim yang agak hambar, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap bersikap positif menjelang pusingan pertama Kejohanan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Losail, Qatar hujung minggu ini.*
*Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu mengakui dia serta rakan sepasukan menempuh detik sukar sepanjang ujian pramusim tetapi kekal percaya prestasi jentera akan terus meningkat secara berperingkat.*

🎌 *HASRAT juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang satu mata tidak kesampaian selepas tewas kepada Kashima Antlers 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Kashima, sebentar tadi.*
*Walaupun skuad kendalian Benjamin Mora menurunkan kesebelasan terkuat namun jelas juara bertahan ACL itu berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai hampir 90 minit perlawanan.*
*Pemain JDT seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka Farizal Marlias apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya sekali gus menidakkan peluang tuan rumah meraih kemenangan dengan jaringan lebih besar.*

🏑 *SELEPAS 'berehat' lapan bulan, pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Najmi Farizal Jazlan kembali dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.*
*Najmi yang meninggalkan skuad negara secara mengejut Julai tahun lalu berada dalam senarai 28 pemain yang dipilih ketua jurulatih, Roelant Oltmans.*
*Aksi cemerlangnya membantu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memenangi Liga Perdana dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) serta naib juara Piala TNB dilihat menjadi faktor utama mengapa Oltmans kembali memanggilnya semula ke dalam kem latihan skuad kebangsaan.*

🦁 *LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan yang tepat apabila tidak membenarkan Perlis untuk beraksi di Liga Malaysia selagi mereka belum menyelesaikan masalah tunggakan gaji ke atas pemain dan pegawai pasukan.*
*Justeru, andai skuad Singa Utara itu mahu teringin bermain - tidak kira sama ada di divisyen 3 atau 4 - pengurusan pasukan perlu memastikan tidak ada lagi isu berbangkit terutama membabitkan tunggakan gaji kerana kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan Perlis tidak dibenarkan mendaftar pasukan.*
*Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mahu setiap pasukan menyelesaikan isu tunggakan gaji sebelum pendaftaran dibuat untuk semua divisyen.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#⃣re🅿oterat🅰spok🆗*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Pendidikan Dan Sekolah”