Active Topics

Kerana Aku Seorang Wanita

Forum Khas Untuk Puteri Nurul Iman

Moderators: zylajasmine, napisah

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Tue Nov 27, 2018 12:24 am

Jadi perempuan kena kental,

Usah putus asa,
Tapi harus tetap berusaha,
Jika jatuh, harus bangkit lagi,
Berdiri dan terus berlari,
Tetaplah terus melangkah usah berhenti,
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang,
Jika ada suara langau yang kata kau tidak boleh berjaya biarkan saja,
Pekakkan saja telinga,
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya,
Satu hari kelak, kau pasti akan bertemu bahagia
Di sayangilah dan hargailah dirimu,Kerana dirimu istimewa, dirimu itu ibarat mutiara berharga,Yang tersembunyi jauh di dasar lautan.


@bingkisanpuisi
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Thu Nov 29, 2018 1:58 pm

Tadi aku tengok satu video
Tentang seorang gadis
Seorang youtuber terkenal
Yang tak perlu aku sebutkan namanya

Dia ditanya:
“Macam mana sis boleh konsisten post video?
Setiap minggu, without miss though a week?”

Dan dia jawab dengan kenyataan yang menggerakkan aku untuk berfikir:
“Saya ada juga masa-masa penat. Tak larat.
Drain out. No ideas. And so on.
Tapi, saya fikir benda ni. Untuk selalu kuatkan langkah, dan teruskan apa yang saya dah mulakan.

I want to spread the beauty of Deen. I want to reach these young people to get closer to Allah.

And foremost, I want to reach my families. my younger sisters.

Saya mungkin tak sampaikan tazkirah di rumah untuk keluarga, tapi saya harapkan bila mereka tengok video-video saya, mereka boleh rasakan saya menyampaikan sesuatu, tanpa perlu membebel panjang.
Tanpa perlu menimbulkan rasa paksaan pada mereka untuk mendekati Islam.”

Dan, yeah!

Adik saya mula tutup aurat, at one day.
Kerana terkesan dengan video saya.”

I got that point. 😊😊

“ARM YOURSELF WITH STRONG INTENTION.
SO THAT ANY MOMENT IN THAT WHOLE JOURNEY
YOU GET EXTREMELY JADED OR TIRED, YOU REMIND YOURSELF OF YOUR INTENTION OF WHY YOU STARTED.

AND THEN HAVE A LOT OF PATIENCE🌊

@budaktarbiah
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Mon Dec 03, 2018 2:29 pm

🇳 🇦 🇸 🇮 🇭 🇦 🇹


💌 *UNTUKMU, WAHAI WANITA*

••• ════ ༻🎀༺ ════ •••

*KELEMAHAN wanita itu adalah,*

"Wanita selalu lupa betapa berharga dirinya."

🎁 *Kemuliaan Wanita...*

*WANITA...*

Ia adalah makhluk yang mulia, di saat kecil memberi pahala besar untuk orang tuanya...
Nabi ﷺ bersabda, "Siapa yang memiliki dua saudari atau dua anak wanita, lalu ia berbuat baik kepada keduanya, maka aku dan ia di dalam surga seperti ini, beliau menggandengkan dua jarinya." (H.R. Al Khathib)

🎁 *DISAAT MENJADI ISTRI...*

Ia menjadi ladang pahala untuk suaminya, mengangkatnya menjadi manusia terbaik...
Nabi ﷺ bersabda, "**Sebaik-baik kamu** adalah yang paling baik untuk istrinya." (H.R. Bukhari dan Muslim)

🎁 *KETIKA MENJADI IBU...*

Ia amat mulia dan haknya amat agung. Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ, "Siapakah manusia yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?
Beliau bersabda,
Ibumu...
Kemudian siapa?
Ibumu...
Kemudian siapa?
Ibumu lalu bapakmu..."
(HR Bukhari)

❣ Wahai wanita...
Sadarkah bahwa kalian makhluk yang mulia...
Maka janganlah kamu campakan kemuliaanmu...
Semoga Allah senantiasa menjagamu...


📝 _Ditulis oleh : Ustadz Badrusalam Lc. Hafizhahullâh_

••• ════ ༻🎀༺ ════ •••

➖➖➖➖➖
*Editor Tim Admint RM*
➖➖➖➖➖➖➖➖



🌺 *Berpegang Teguh Dengan Al quran Dan Sunnah* 🌺

*Silahkan Berbagi , Semoga kita dan saudara"kita, mendapatkan faidah ilmu dan menjadi pembuka pintu hidayah kebaikan bagi kita dan saudara kita. آمِينَ.*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
faziaspec
Forum Moderator
Forum Moderator
Lans Koperal
Lans Koperal
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 130
Joined: Mon Dec 17, 2018 12:10 pm
Mood:
Has thanked: 1 time
Been thanked: 3 times
Gender:

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by faziaspec » Tue Dec 18, 2018 12:52 am

alamak tak tahu nak komen apa mengenai wanita sebab saya sendiri pon tak faham sangat dengan wanita ni hehehe tapi apa2 pon sebagai manusia kita harus berpegang teguh dengan jati diri kita . Jangan mudah terpengaruh dengan keindahan sekeliling yang sementara kerana permata yang cantik pasti akan menjadi lesu bila kita sudah bosan dengannya . Hidup di dunia hanyalah sementara :D piss

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Thu Dec 20, 2018 6:57 am

*┏📕🌹﷽*

🌹۞ *" اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ "* ۞ 🌹💟🌹

*🍃🍁WANITA DAN*
*DAKWAH*

*💖Berdakwah merupakan kewajiban setiap muslim, baik laki-laki maupun wanita. Sejak awal sejarah Islam, wanita memiliki peranan penting dalam penyebaran dakwah Islam*

*💖Orang yang paling* *pertama menjawab*
*dakwah Rasulullah adalah wanita,yaitu Sayyidah Khadijah,Ia membantu dakwah Rasulullah dengan mengorbankan harta yang dimilikinya*

*💖Selain Sayyidah khodijah, ‘Aisyah juga memiliki peran yang sering menjadi tempat untuk menanyakan berbagai persoalan keislaman, baik pada saat Rasulullah masih hidup maupun setelah kepergiannya*

*💖Kiprah muslimah dalam lapangan dakwah saat ini juga sangat penting*

*💖Banyak permasalahan dakwah yang seharusnya dilakukan oleh mereka dan lebih efektif jika diselesaikan oleh mereka, misalnya permasalahan yang berkaitan dengan dakwah kepada kaum wanita*

*💖Wanita tentu lebih mudah dan lebih leluasa* *dalam menjalankan*
*misi dakwah kepada sesama kaumnya*

*💖Di sisi lain, kaum wanita kelak akan menjadi ibu dan madrasah pertama untuk anak-anaknya yang akan berjuang menjadi generasi penerus bangsa sesuai dengan ajaran agamanya Wanita tidak jauh berbeda dengan laki-laki*

*💖Ia wajib berdakwah dan beramar ma’ruf nahi mungkar dengan adab syar’i dan tabiat kewanitaannya*

*💖Seorang muslimah hendaknya tidak melupakan kewajiban terhadap ilmu pengetahuan dan semua hal yang bermanfaat bagi dirinya*

*💖Dengan demikian, ia akan senantiasa belajar, mengajar, dan berdakwah kepada Allah dengan segala macam cara yang sesuai dengan tabiatnya sebagai seorang wanita*

*💖Semoga bermanfaat dan semoga semakin banyak Kaum Wanita yg berdakwah....dijalan ALLAH.*
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Fri Dec 28, 2018 12:01 pm

*TIGA BELAS AURAT WANITA*

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki
Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perem
puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
.
.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

# SemogaBermanfaat # Muslimah
# Akhwat # Ukhty
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Ikasnow
Ahli Forum
Leftenan Muda
Leftenan Muda
Malaysia
Posts in topic: 3
Posts: 918
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:14 am
Mood:
Has thanked: 5 times
Gender:

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by Ikasnow » Sun Dec 30, 2018 1:13 pm

Pelakon Rita Rudaini buat kali pertama mendedahkan secara eksklusif foto pernikahan dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak.

Rita, 42, berkata, foto kenangan yang disimpan itu diambil ketika upacara akad nikah yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.


IKLAN

"Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya.

"Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu. Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal," ujarnya kepada mStar Online.


Rita Rudaini ditemui pada majlis pelancaran buku Kerana Aku Seorang Perempuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.
💚iqa💚

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Tue Jan 01, 2019 12:53 am

JEMAAH MASTURAT (JEMAAH DAKWAH SUAMI ISTERI) ...

Tujuan jemaah masturat adalah untuk kembalikan semua wanita² Islam ke dalam rumah. Supaya para wanita lebih gemar berada di dalam rumah daripada luar rumah ... Sehingga di dalam Islam solat fardhu pun digalakkan wanita bersolat di rumah sebagaimana di sebut dalam hadis 👇

وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( صلاة المرأة في بيتها أفضل من صلاتها في حجرتها ، وصلاتها في مخدعها أفضل من صلاتها في بيتها ) رواه أبو داود

Daripada Abdullah Ibnu Mas'uud رضي الله عنه daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda 👉 "Solat seorang wanita di dalam biliknya lebih baik dari solat di ruang tamu, solatnya di bilik tidurnya lebih baik dari solatnya di biliknya".(riwayat Abu Daud) ...

Tempat yang paling selamat bagi seorang wanita adalah di dalam rumahnya ... Apabila wanita keluar rumah maka dia akan terperangkap dalam 'fitnah'. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis 👇

وأخرج الترمذي والبزار عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال « إن المرأة عورة ، فإذا خرجت استشرفها الشيطان ، وأقرب ما تكون من رحمة ربها وهي في قعر بيتها » .

Dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dan juga Bazzar daripada Rasulullah صلى الله عليه telah bersabda👉 "Sesungguhnya wanita adalah aurat, maka apabila seorang wanita keluar dari rumahnya maka syaitan akan mencantikkanya (menampakkannya cantik) ... Wanita paling hampir dengan rahmat tuhannya ketika berada di dalam rumahnya".

Di dalam usaha masturat melatih setiap para wanita muslimah untuk menjadikan rumah mereka sebagai cawangan kepada masjid ... Sebagaimana di masjid adanya amal dakwah, ta'lim wat ta'allum, zikir ibadat dan khidmat begitu juga dengan rumah² orang Islam. Sehingga rahmat yang turun ke masjid akan turut mengalir masuk ke rumah² orang Islam ...

Dengan cara ini maka rumah² orang Islam akan menjadi madrasah pertama bagi anak² ... Cinta Allah dan Rasul dalam diri anak² akan dibentuk dari rumah mereka sehingga mereka akan menjaga setiap perintah Allah dan Sunnah Rasulullah di mana sahaja mereka berada ...

Inilah yang telah terjadi di zaman para sahabat رضي الله عنهم. Dari rumah mereka lahirnya anak² seperti Saidina Abdullah Bin Umar, Saidina
Abdullah Bin Abbas رضى الله عنهم ورضوا عنه.

#CopyPaste
#DakwahDanSampaikan
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 30
Posts: 4275
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by zylajasmine » Sun Jan 06, 2019 6:14 pm

Teguran Kepada Semua Wanita
.
Jika kalian ingin menutup aurat, tutuplah dengan sempurna. Berfesyenlah dengan pelbagai tudung semahu kalian tetapi kenapa berbaju dan beseluar ketat?
.
Sebenarnya kalian tidak dikira sebagai menutup aurat pun jika hanya elok bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat. Sekali pun kalian hendak bersukan atau berenang, jika pakaian kalian ketat sehingga menampakkan bentuk badan, kalian tidak dikira menutup aurat.
.
Jika kalian berpakaian ketat lalu berfikiran kalian tidak mengganggu orang lain, sebenarnya kalian silap!
.
Sebenarnya kalian telah menjadi fitnah terhadap kesucian agama Islam ini. Kalian hanya akan menyumbang kepada banyak lagi kemaksiatan dan kemungkaran dikalangan masyarakat yang sedia pincang ini. Kalian hanya menjadi contoh yang buruk kepada anak anak dan sesiapa sahaja yang memandang kalian yang sedang membesar.
.
Bertaubatlah! Sebelum kalian sampai ke suatu hari di mana kalian hanya akan dibungkus dengan kain putih, diikat di atas kepala dan diikat dibahagian kaki.
.
Saya berdoa agar kebejatan ini tidak berlaku ke atas isteri, anak anak, ahli keluarga, saudara mara dan kawan kawan. Amin..

5 January 2019
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 14
Posts: 3884
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Kerana Aku Seorang Wanita

Post by Nursahirah74 » Thu Jan 17, 2019 7:38 pm

zylajasmine wrote:
Sun Jan 06, 2019 6:14 pm
Teguran Kepada Semua Wanita
.
Jika kalian ingin menutup aurat, tutuplah dengan sempurna. Berfesyenlah dengan pelbagai tudung semahu kalian tetapi kenapa berbaju dan beseluar ketat?
.
Sebenarnya kalian tidak dikira sebagai menutup aurat pun jika hanya elok bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat. Sekali pun kalian hendak bersukan atau berenang, jika pakaian kalian ketat sehingga menampakkan bentuk badan, kalian tidak dikira menutup aurat.
.
Jika kalian berpakaian ketat lalu berfikiran kalian tidak mengganggu orang lain, sebenarnya kalian silap!
.
Sebenarnya kalian telah menjadi fitnah terhadap kesucian agama Islam ini. Kalian hanya akan menyumbang kepada banyak lagi kemaksiatan dan kemungkaran dikalangan masyarakat yang sedia pincang ini. Kalian hanya menjadi contoh yang buruk kepada anak anak dan sesiapa sahaja yang memandang kalian yang sedang membesar.
.
Bertaubatlah! Sebelum kalian sampai ke suatu hari di mana kalian hanya akan dibungkus dengan kain putih, diikat di atas kepala dan diikat dibahagian kaki.
.
Saya berdoa agar kebejatan ini tidak berlaku ke atas isteri, anak anak, ahli keluarga, saudara mara dan kawan kawan. Amin..

5 January 2019


Insya Allah 😊😊 , tq atas nasihat diatas
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Puteri Nurul Iman”