Active Topics

Koleksi Cerita Dongeng

Forum Khas Untuk Penghuni Dan Bekas Penghuni Rumah Nurul Iman

Moderators: zylajasmine, napisah

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 19
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Koleksi Cerita Dongeng

Post by zylajasmine » Sat Jan 19, 2019 4:24 pm

Rusa yang Bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

ingat tu @nananazeri
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Faizrosdi03
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Indonesia
Posts in topic: 10
Posts: 1914
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 17 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Faizrosdi03 » Sat Jan 19, 2019 11:25 pm

Mak nk cerita hg tuah
Allah 😎😎Faizrosdi cool Muhammad 😎😎

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 14
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Nursahirah74 » Sun Jan 20, 2019 6:11 pm

Faizrosdi03 wrote:
Sat Jan 19, 2019 11:25 pm
Mak nk cerita hg tuah

Aik tiba tiba pulak mak , sapa mak kamu @Faizrosdi03
❤️ara 🐼

Faizrosdi03
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Indonesia
Posts in topic: 10
Posts: 1914
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 17 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Faizrosdi03 » Mon Jan 21, 2019 3:23 pm

Nursahirah74 wrote:
Sun Jan 20, 2019 6:11 pm
Faizrosdi03 wrote:
Sat Jan 19, 2019 11:25 pm
Mak nk cerita hg tuah

Aik tiba tiba pulak mak , sapa mak kamu @Faizrosdi03
Silap taip😅😅😅😅😲😲😲
Allah 😎😎Faizrosdi cool Muhammad 😎😎

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 14
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Nursahirah74 » Mon Jan 21, 2019 11:02 pm

Faizrosdi03 wrote:
Mon Jan 21, 2019 3:23 pm
Nursahirah74 wrote:
Sun Jan 20, 2019 6:11 pm
Faizrosdi03 wrote:
Sat Jan 19, 2019 11:25 pm
Mak nk cerita hg tuah

Aik tiba tiba pulak mak , sapa mak kamu @Faizrosdi03
Silap taip😅😅😅😅😲😲😲
@Faizrosdi03

Owh yeke 😕😕 ada masalah ngan keyboard ke??
❤️ara 🐼

Faizrosdi03
Ahli Forum
Mejor
Mejor
Indonesia
Posts in topic: 10
Posts: 1914
Joined: Thu Nov 22, 2018 9:45 am
Has thanked: 15 times
Been thanked: 17 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Faizrosdi03 » Tue Jan 22, 2019 12:28 am

Nursahirah74 wrote:
Mon Jan 21, 2019 11:02 pm
Faizrosdi03 wrote:
Mon Jan 21, 2019 3:23 pm
Nursahirah74 wrote:
Sun Jan 20, 2019 6:11 pm



Aik tiba tiba pulak mak , sapa mak kamu @Faizrosdi03
Silap taip😅😅😅😅😲😲😲
@Faizrosdi03

Owh yeke 😕😕 ada masalah ngan keyboard ke??
Kecik sangat keybord
Allah 😎😎Faizrosdi cool Muhammad 😎😎

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 14
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by Nursahirah74 » Tue Jan 22, 2019 6:47 am

Kisah dongeng apa yang menjadi realiti 😕😕😕
❤️ara 🐼

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 19
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by zylajasmine » Tue Jan 22, 2019 2:33 pm

Asal Usul Udang Galah Bongkok

Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.

"Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah.

Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan Udang Galah.

"Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut.

Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera masuk kedalam.

"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ...

"siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.


"Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus.
Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang.

"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah.

Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Jalannya pun mengundur semenjak itu.
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 19
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by zylajasmine » Tue Jan 22, 2019 2:36 pm

3 Pontianak Berlumba

Image
oneline dice

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 19
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Re: Koleksi Cerita Dongeng

Post by zylajasmine » Tue Jan 22, 2019 2:39 pm

Abu dan 100 ekor ayam
Image
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Ali.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."

Pak Ali: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Ali memanggil anak buahnya yang bernama Abu dan memberikan arahan...

Pak Ali: "Abu, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Abu : "hantar ayam? Beres Tuan !"


Esoknya dengan menunggang motor si Abu pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran.


Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Abu. Tetapi si Abu tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Abu ketawa ...


Orang yang bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Abu : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Abu: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."
Orang yang bertanya : ???????
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

Post Reply

Return to “Penghuni Rumah Nurul Iman”