Active Topics

ASUS

Perbincangan Hal Persian Komputer

Moderators: sallehB, Nursahirah74

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 4442
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

ASUS

Post by zylajasmine » Wed Jan 09, 2019 3:20 pm

Tawar teknologi 4K
Image
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

ASUS Republic of Gamers (ROG) melancarkan laptop terbaru dalam segmen eSport iaitu Strix SCAR II (GL704).

Laptop berkenaan yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-8750H di samping kad grafik Nvidia Geforce GTX1060 dengan kapasiti memori video sebanyak 6GB.

Malah laptop ini bakal menjadi pilihan penggemar permainan video apabila skrin paparannya turut menawarkan teknologi 4K berdefinisi ultra (UHD).

Paparannya juga mampu menyokong teknologi G-Sync yang boleh dipadankan dengan kad grafik berkenaan.

Pemilik laptop jenis ini juga boleh melakukan modifikasi menerusi perisian dikenali ‘Armoury Crate’ dan boleh melakukan pengubahsuaian sistem mengikut keperluan.

ASUS ROG STRIX SCAR II (GL704)

• PEMPROSES: Intel Core i7-8750H

• MEMORI: 16GB DDR4

• KAD GRAFIK: Nvidia Geforce GTX1060 6GB

• SKRIN: 17.3 inci

• HARGA: RM7,599

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 12:01 PM
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: ASUS

Post by Nursahirah74 » Fri Aug 16, 2019 4:10 pm

6 Perkara Yang Kami Minat Mengenai Asus Zenfone Max Pro M1

Di Malaysia, pasaran smartphone dikuasai oleh peranti-peranti kelas pertengahan atau mid-range. Oleh sebab itulah jenama-jenama seperti Asus, Xiaomi, Huawei dan Oppo menjadi popular oleh kerana banyak menawarkan peranti dari kelas tersebut.

Namun untuk mencari smartphone pertengahan yang baik pada harga mampu milik sudah tentu agak sukar untuk membuat pilihan oleh keranan lambakan peranti-peranti mid-range yang ada di pasaran sekarang ini.

Bagi yang sedang mencari smartphone dibawah harga RM1000, Asus Malaysia baru sahaja melancarkan smartphone pertenghan iaitu Asus Zenfone Max Pro M1. Ia akan berada di pasaran mulai 1 June ini dengan harga jualan rasmi RM699 hingga RM999 bergantung kepada variasi memori dan RAM. Kami telah mencuba peranti ini hampir seminggu sebelum pelancarannya dan dibawah ini adalah senarai 6 pekara yang kami minat mengenai Asus Zenfone Max Pro M1. Model yang kami terima ialah model asas dengan 32GB memori dan 3GB RAM. Dan jangan lupa untuk membaca artikel Pandang Pertama Dan Unboxing Asus Zenfone Max Pro M1.

1 – Skrin Besar Dengan 6.0-inci Dan Resolusi FHD+

Bagi yang sedang mencari smartphone dengan skrin besar, peranti mampu milik ini mungkin sesuai untuk anda. Ia dimuatkan dengan skrin bersaiz 6.0 inci yang cukup terang dan jelas dengan resolusi Full-HD+ 1080 x 2160 pixel. Dengan menggunakan skrin FullView dan nisbah skrin 18:9, peranti ini kelihatan lebih memanjang dengan kelebaran yang lebih minima untuk genggaman yang lebih selesa.

2 – Peranti Mampu Milik Khas Untuk Kaki Gaming.

Seperti tagline yang dipromosikan Asus “Limitless Gaming” yang membawa maksud kepada permainan tanpa had sudah tentunya memiliki pemproses yang berkuasa. Zenfone Max Pro M1 dikuasai oleh cip Snapdragon 636 dengan CPU Octa-Core 1.8 GHz serta cip grafik GPU Adreno 509. Tambahan pula dengan pilihan memori sehingga 6 GB RAM serta 64 GB memori sudah memadai untuk jalankan sebarang aplikasi permainan dengan lancar.

Kami telah mencuba beberapa aplikasi permainan popular yang memerlukan keupayaan grafik tinggi seperti Mobile Lagends dan juga PUBG Mobile. Ternyata dengan model 3GB RAM telah dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma untuk permainan PUBG Mobile, ia telah disetkan secara automatik aturan grafik kepada medium untuk kelancaran yang lebih baik.

3 – Jangka Hayat Bateri Sehingga Tiga Hari

Satu lagi kelebihan Asus ZenFone Max Pro M1 ialah memiliki kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh yang mampu bertahan sehingga 12 jam untuk gaming beterusan serta sehingga 35 hari waktu sedia. Melalui pecubaan kami, untuk kegunaan yang sederhana peranti ini mampu bertahan sehingga tiga hari untuk setiap cas penuh. Baterinya juga menyokong pengecasan pantas menggunakan pengecas 5V/2A/10W yang dicas melalalui sambungan microUSB.

4 – Platform Terkini Dengan Android 8.1 Oreo Asli

Asus ZenFone Max Pro M1 merupakan model pertama dari Asus yagg menggunakan Android tulen dari versi 8.1 Oreo. Ianya bukanlah sebuah peranti AndroidOne seperti Xiaomi Mi A1 atau kebanyakan peranti Nokia yang mendapat kemaskini lebih awal terus. Sebaliknya peranti ini menggunakan Android 8.1 Oreo asli tanpa pengubahsuaian maxima pada platform tersebut. Buat masa ini, tiada maklumat dari Asus mengenai kemaskini Android P untuk Zenfone Max Pro M1.

Daripada pencarian kami, Asus turut bawakan beberapa aplikasi khas Asus seperti Calculator, FM Radio dan Sound Recorder. Bagi kami, ianya tidak boleh dipanggil sebagai bloatware memandang Google sendiri tidak memiliki aplikasi khas dengan fungsi tersebut untuk platform Android mereka. Selain tiga aplikasi tersebut, Asus turut membawa fungsi ZenMotion yang merupakan isyarat khas pada skrin membolehkan skrin dihidupkan dan dimatikan dengan ketukan dua kali pada skrin.

Antaramuka Android 8.1 Oreo Asli Pada ZenFone Max Pro M15 – Dual Kamera Dengan 13 MP dan 5MP

Untuk fungsi fotografi, smartphone ini membawakan aturan dual-lensa dibelakangnya dengan sensor 13 Megapixel, F2.0 dan sensor kedua 5 Megapixel untuk mengesan kedalaman bagi kegunaan mod portrait termasuk HDR, Portait, Landscape, Sports, Flower dan banyak lagi. Kamera utamanya juga menyokong PDAF serta rakaman video 4K namun tiada teknologi AI digunakan untuk model ini. Untuk selfie pula, peranti ini menawarkan sensor 8 Megapixel yang juga berfungsi sebagai pembuka kunci melalui pengecaman wajah.

Aturan kamera serta mod fotografi pada ZenFone Max Pro M1

Seperti kebanyakan smartphone Asus yang menggunakan Asus PixelMaster Camera, peranti ini menggunakan aplikasi kamera dari Snapdragon dengan lebih 12 mode fotografi serta 10 pilihan kesan khas. Fungsi kesukaan kami sudah tentunya Portait Mode dimana ia menghasilkan kesan kabur pada latar dan fokus hanya pada object yang diambil dan hasilnya sudah tentuk seperti kamera professional. Gambar artificial bokeh yang terhasil juga agak baik malah ia boleh disetkan sendiri kadar kabur yang dihasilkan untuk hasilkan gambar bokeh yang lebih rialistik.

Contoh gambar yang diambil dari Asus ZenFone Max Pro M1

Untuk gambar diluar bagunan, kualiti gambarnya agak baik dengan warna semula jadi. Namun, di dalam bagunan atau kawasan kekurangan cahaya serta kamera selfie hanyalah memuaskan.

6 – Pakej Lengkap Pada Harga Mampu Milik

Untuk peranti ini Asus telah mengumumkan tiga variasi untuk pasaran Malaysia dengan perbezaan memori, RAM serta kamera belakang. Harga untuk setiap model seperti berikut :-

ZenFone Max Pro M1 (32GB/3GB RAM/13+5 MP Kamera/8 MP Selfie) – RM699ZenFone Max Pro M1 (64GB/4GB RAM/16+5 MP Kamera/16 MP Selfie) – RM849ZenFone Max Pro M1 (64GB/6GB RAM/16+5 MP Kamera/16 MP Selfie) – RM999

Ketiga-tiga model ini boleh dibeli melalui Lazada Malaysiamulai 1 June 2018 dengan harga promosi serendah RM599 untuk model 32GB/3GB RAM serta RM799 untuk model 64GB/4GB RAM.

Secara keseluruhanya, peranti ini menawarkan pakej lengkap pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pencabarnya. Rekaannya sangat berkualiti dengan kerangka aluminium, Skrin yang besar dengan resolusi FHD+, bateri dengan jangka hayat yang lebih tahan lama, fungsi dual kamera yang terbaik serta prestasi pemproses yang sesuai untuk permainan yang menggunakan kuasa CPU dan GPU tinggi. Dan paling utama, ia merupakan satu-satunya peranti dari Asus yang menggunakan Android 8.1 Oreo tulen.
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Perisian Komputer”