Active Topics

Berita Polis

Segala-gala Cerita Polis Disini

Moderator: Aziantermizi

Post Reply
User avatar
zylajasmine
Global Moderator
Global Moderator
Mejor General
Mejor General
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 4459
Joined: Mon Nov 19, 2018 9:03 pm
Mood:
Has thanked: 14 times
Been thanked: 78 times
Gender:

PINGAT

Berita Polis

Post by zylajasmine » Sun Dec 30, 2018 9:10 am

Semoga bahagia sampai akhir hayat

MyMetroMutakhir
Safeek Affendy Razali

SERAMAI 20 pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinikahkan dan dirai dalam satu Majlis Raikan Cinta Raja Sehari Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis bersejarah dan julung kali diadakan di kalangan warga PDRM ini dibuat di Dewan Pengaman, Pulapol dengan anjuran Bank Muamalat (M) Bhd.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, majlis perkahwinan ini adalah membabitkan seorang pegawai kanan, 16 anggota pegawai rendah dan lima kakitangan awam yang berkhidmat dalam PDRM.

"Majlis yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Muamalat ini ditawarkan kepada seluruh pegawai dan anggota PDRM yang baru mula mahu mendirikan rumah tangga di negara ini.

"Pada majlis ini 20 pasangan diijab kabul pada sebelah pagi di Masjid Pulapol, manakala majlis persandingan berlangsung di sebelah tengah hari," katanya pada sidang media majlis berkenaan.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Bank Muamalat bagi melaksanakan majlis berkenaan.

"Pada mulanya, perancangan untuk mengadakan majlis ini mula dibincangkan pada 16 Oktober lalu dan diatur dalam tempoh sebulan sehinggalah diadakan pada hari ini.

"Acara seumpama ini diraikan bagi menjimatkan kos perbelanjaan yang semakin tinggi sekarang ini dikalangan mereka yang mempunyai hasrat untuk berumah tangga," ujarnya.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya mendapat sokongan sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta.

Yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Pada majlis sama juga ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan semua 20 pasangan mempelai turut diraikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Disember 2018 @ 5:26 PM

Image
*❀﷽❀*
💖🌹ZylaJasmine🌹💖

User avatar
Nursahirah74
Junior Moderator
Junior Moderator
Brigadier General
Brigadier General
Malaysia
Posts in topic: 1
Posts: 4024
Joined: Thu Nov 22, 2018 3:35 pm
Mood:
Has thanked: 20 times
Gender:

PINGAT

Re: Berita Polis

Post by Nursahirah74 » Sat Aug 17, 2019 11:25 am

TIADA KE BERITA TENTANG POLIS LAGI .. SEBAB SERONOK BACA TENTANG POLIS 😋😋
❤️ara 🐼

Post Reply

Return to “Polis”