Active Topics

Search found 34 matches

by nananazeri
Fri Apr 26, 2019 10:46 am
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

zylajasmine wrote:
Fri Apr 26, 2019 9:36 am
Nursahirah74 wrote:
Fri Apr 19, 2019 11:38 pm
zylajasmine wrote:
Mon Apr 15, 2019 9:29 am
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syurga Untuk Pengunjung Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (HR Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang sentiasa solat di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.

2. Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: …. seorang yang hatinya terikat ke masjid. (HR Bukhari: 660)

3. Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan hadis di atas: dia sangat mencintai masjid dan selalu menetapinya untuk melaksanakan solat berjamaah”

4. Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid seperti kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) {dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah dan mendalami ilmu agama. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat.

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

15hb April 2019
09hb Syaaban 1440H


Bagaimana dengan surau ?
Sama juga. Bezanya. Masjid boleh menampung lebih ramai lagi manusia. Surau terhad bilangan nya.
Ouh begitu baru saya tau
by nananazeri
Sun Apr 14, 2019 1:11 pm
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Masjid Lokasi Paling Allah Cintai

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ مَوْلَى أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

Dari Abdurrahman bin Mihran, mantan budak Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan Lokasi yang paling Allah benci adalah pasar." (HR Muslim No: 1076) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Masjid adalah rumah Allah untuk dikunjungi khususnya untuk melaksanakan solat berjemaah.

2. Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Tempat mengikat ukhuwah sesama Muslim.

3. Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman disamping sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah : 18)

4. Ibnu Katsir menukil ucapan sahabat yang mulia, ‘Abdullah bin ‘Abbas RA, beliau berkata: “Barangsiapa yang mendengar seruan azan untuk solat (berjamaah) kemudian dia tidak menjawabnya dengan mendatangi masjid dan solat (berjamaah), maka tidak ada solat baginya dan sungguh dia telah bermaksiat (durhaka) kepada Allah dan Rasul-Nya”. Kemudian ‘Abdullah bin ‘Abbas RA membaca ayat tersebut di atas (Tafsir Ibn Katsir).

5. Tempat yang dibenci Allah ialah pasar atau pusat membeli belah yang boleh melalaikan. Kata Imam Nawawi: pasar adalah tempat kecurangan, penipuan, riba, sumpah palsu, ingkar janji, dan berpaling dari mengingat Allah, dan lain-lain yang sama dengan ini” (Syarh Shahih Muslim 5/171)

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb April 2019
08hb Syaaban 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
by nananazeri
Mon Mar 25, 2019 12:59 pm
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

4 golongan manusia yang haram disentuh api neraka.

1) HAYYIN
- Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.

2) LAYYIN
- Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

3) QARIB
- Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

4) SAHL
- Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.
by nananazeri
Mon Mar 25, 2019 12:44 pm
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rapatkan Saf

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan ruang-ruang bagi syaitan. Barangsiapa yang menyambungnya (saf) maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memotong saf, maka Allah akan memotongnya” (HR Abu Daud No: 666) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Saf yang sempurna dalam solat berjemaah bukan hanya lurus malah mesti rapat (bahu bertemu bahu).

2. Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat dituntut.

3. Jangan biarkan saf renggang atau ada ruang antara Jemaah kerana ia akan dimasuki oleh syaitan (tutup celah-celah dengan merapatkan bahu) kerana syaitan akan merosakkan solat dengan was-was. Memenuhi ruang saf yang kosong adalah termasuk di dalam meluruskan saf.

4. Sesiapa yang menyambung saf bermaksud ia datang pada saf tersebut serta memenuhi ruang kosong yang ada padanya. Adapun yang dimaksudkan dengan Allah menyambungnya adalah Allah SWT akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]

5. Barangsiapa yang memotong saf pula bermaksud sesiapa yang tidak datang ke saf tersebut dan tidak memenuhi ruang yang kosong tersebut nescaya Allah akan memotongnya bermaksud terputus daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]
by nananazeri
Mon Mar 25, 2019 12:42 pm
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Orang Sombong Diakhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang yang sombong, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1. Sombong adalah sifat iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2. Jika kita memiliki sifat merasa lebih mulia dan lebih baik dari orang lain, dibimbangi menjadi pewaris sifat sombong iblis.

3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5. Orang yang sombong akan diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Elakkan daripada merasa diri kita lebih baik dari orang lain atau memperlekeh serta merendahkan mereka.


25hb Mac 2019
18hb Rejab 1440H
by nananazeri
Sun Feb 17, 2019 8:27 am
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

feyaa27 wrote:
Sun Feb 17, 2019 8:26 am
nananazeri wrote:
Sun Feb 17, 2019 8:24 am
feyaa27 wrote:
Sun Feb 17, 2019 8:23 am





Kalau air kita takde ..kita boleh ambik tayamum kan
Betul tu.. Contoh kita pergi berkhemah di dalam hutan



Ok terima kasaih @nananazeri
Same2 feyaa
by nananazeri
Sun Feb 17, 2019 8:24 am
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

feyaa27 wrote:
Sun Feb 17, 2019 8:23 am
nananazeri wrote:
Sun Feb 17, 2019 8:20 am
Rukun wudhuk ada enam, empat basah dan dua kering.

Dua yang kering ialah
Niat dan Tertib.

Yang basah pula ialah
Muka, Tangan
Sebahagian rambut at least tiga helai dan
Kaki.

Membasuh telinga adalah sunnah, membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali juga sunnah.

Sekiranya bekalan air sedikit, cukup wudhuk diambil yang rukun dengan sekali basuhan sahaja



Kalau air kita takde ..kita boleh ambik tayamum kan
Betul tu.. Contoh kita pergi berkhemah di dalam hutan
by nananazeri
Sun Feb 17, 2019 8:22 am
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berakhlak Dengan Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ

Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat.

3. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu

4. Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah

5. Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata 'hayaa' (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.

Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu.
by nananazeri
Sun Feb 17, 2019 8:20 am
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

Rukun wudhuk ada enam, empat basah dan dua kering.

Dua yang kering ialah
Niat dan Tertib.

Yang basah pula ialah
Muka, Tangan
Sebahagian rambut at least tiga helai dan
Kaki.

Membasuh telinga adalah sunnah, membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali juga sunnah.

Sekiranya bekalan air sedikit, cukup wudhuk diambil yang rukun dengan sekali basuhan sahaja
by nananazeri
Sat Jan 12, 2019 5:10 pm
Forum: Hadith
Topic: 1 Hari 1 Hadis
Replies: 317
Views: 28041
Mood:
Gender:
Negeri Perak, Malaysia

Re: 1 Hari 1 Hadis

Marilah kita selalu lafaz kalimah ini...

لاحول ولا قوة إلا بالله

"La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

(Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.)

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”

(Hadis Riwayat Tabrani)

Sollu Alan Nabiy...

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
@kitabdoa

Return to “1 Hari 1 Hadis”